Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Ini Rupanya Video Yang Buat Orang Maki Adam Adli Dan Hishammudin Rais.

PR tiada niat nak tukar bendera. Tak pernah keluar kenyataan macam tue pun. Jika PR ada pelan nak tukar bendera, sila buktikan. Dari apa yang aku faham, PR memang tak pernah ada perancangan pasal tue langsung. Tiada, langsung tak pernah ada.

Satu dua aktivis rakyat yang pro kepada Pakatan Rakyat yang keluarkan apa2 statement mengenai apa2 hal sekalipun tak semestinya bermaksud mewakili pandangan dari PR.

Rilex sudah la.

Untuk pengetahuan korang, dari terus tuduh2 Hishammudin Rais, apa kata dengar dulu penjelasan menyeluruh dia berkenaan insiden tersebut. 

Apa yang aku nampak sekarang taktik dan strategi Hishammudin Rais berjaya. Orang lebih ramai bercakap pasal Sang Saka Malaya berbanding Jalur Gemilang. Bahkan orang lebih ramai nak mengambil tahu apa benda nya si bendera Sang Saka MalaYA neh. Sampai bengang2 dorang dibuatnya.

Propaganda seperti neh, boleh jadi baik dan boleh jadi sebaliknya. Apa pun yang pasti sebarang bentuk propaganda yang akhirnya mengundang kontroversi merupakan satu bentuk promosi. Apa yang penting bila orang ada minat nak amek tahu citer tue, tak kira la dia sokong atau benci sekalipun, maka peluang untuk kita tambahkan penyokong sentiasa ada.

Korang tonton la video kat bawah neh sendiri. Esok lusa kalau Hishammudin Rais rajin nak jelaskan, dia mesti jelaskan punya la.

Hehe. 


Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya Ketika A.Samad Said Berucap.

Kelakar betul. 

Nak mengamuk atas benda remeh temeh. Itupun berlaku atas sebab salah faham. Jangan negatif sangat pada orang yang bawa bendera Sang Saka Malaya tue beb. Mereka bawa dan kibarkan bendera tue atas nama nasionalisme. Mengenangkan pejuang2 tokoh kemerdekaan parti politik gabungan haluan kiri. Bukan mengenangkan PKMM je. Jangan salah sangka.

Bendera Sang Saka Malaya juga di anggap sebagai bendera rakyat dengan sedikit ubahsuai. Bendera ini pernah diperkenalkan sebagai bendera rakyat ketika parti politik gabungan haluan kiri percaya bahawa mereka sedang menghampiri jalan untuk mendapatkan kemerdekaan di negara itu suatu ketika dulu.

Bahkan diterima oleh rata2 rakyat di Tanah Melayu ketika itu sebelum Jalur Gemilang diperkenalkan oleh kerajaan selepas pertandingan mengenai bendera dilakukan oleh kerajaan. Maksudnya, mungkin ketika itu, semua nya telah bersetuju secara majoriti memperakui Jalur Gemilang. Jika pernah berlaku bantahan, maaf tak pula aku tahu. Tetapi itu tak bermaksud bendera Sang Saka Malaya itu jika dikibarkan sekali dengan Jalur Gemilang di anggap sebagai mencemar kedaulatan Jalur Gemilang. 

Rilex sudah la.

Hanya nak mengenang kembali tokoh2 pejuang haluan kiri. Bukan nak cetuskan provokasi. Nasib baik tiada mana2 pihak dari pembangkang yang membalas semula provokasi murahan dari lelaki berbaju biru tue. Kalau tak, habislah satu media Malaysia canang aktivis2 PRO RAKYAT ganas nak mampos. Ko menjerit la sorang2. Orang dok perhatikan je gelagat ko. Mungkin depa pun dok terfikir2. Ini orang ke monkey?

Nak marah kang, kalau monkey, reti ke dia faham?

KAH KAH KAH

Pengecut? Ada terbaca di youtube, mereka kata pejuang rakyat pengecut sebab tak balas balik tindakan lelaki tersebut. BTW, untuk benda2 gini kalau jadi pengecut pun takde masalah. Pengecut takmo balas provokasi memang tindakan yang bijak dan bernas. Orang bodoh balas provokasi. Orang bijak tak balas provokasi. Jadi pengecut sebab tak terikut2 untuk menjadi orang bodoh ialah satu tindakan yang betul. Keganasan bukan stail aktivis2 rakyat. Sorry. 

KAH KAH KAH

Lihat video kat bawah neh hah ;

   

Psttt.. bila aku menulis benda neh, tetiba aku teringat kat pelukis yang ditahan polis sebab di anggap hina islam dan di anggap mempersendakan umat islam Malaysia disebabkan ada bendera yang seakan2 bendera Malaysia. Last2 bendera tue bendera US. Bendera sendiri dengan bendera US pun tak reti nak bezakan. Lagi ada ahti nak mengaku sebagai rakyat Malaysia. 

KELAKAR NAK MAMPOS.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Mak Nyah Sertai Perbarisan Sambutan Kemerdekaan Ke 56

Buat pertama kalinya dalam sejarah negara. Maknyah diberikan ruang dan peluang untuk menyertai perarakan meraikan hari kemerdekaan. 

12 maknyah.


Hish.


Mesti maknyah2 tue penyokong PR. Dasat LGBT punya Pakatan Rakyat. Haktuih. AMek kau. Rasakan.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Benda neh berlaku kat Pahang oke. Pahang. Ingatkan Kelantan tadi. Tak pun Selangor. Ataupun Penang. 

KAH KAH KAH

Takpela. Tak kisah la ia berlaku kat mana pun. Yang penting PR gak salah. PR gak kena bertanggungjawab. Dan PR, sila jawab, cepatt !!!!!

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.
Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.

Sumber :  http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/430791-mak-nyah-sertai-perbarisan.html

Nota : Jika ada di antara maknyah2 ini ialah KHUNSA, kita tak boleh buat penilaian melulu terhadap diri mereka. Tetapi kalau KHUNSA sekalipun, mereka dah ditentukan jantina sejak lahir, so masa tue kalau dah pilih nak jadi lelaki, kena jadi lelaki juga sampai bila2. Dan kalau la mereka2 ini lelaki, dan bertukar jadi wanita, macam mana la manusia2 macam kita nak menerima mereka seadanya tanpa ada gesaan dan sesi tarbiah agar diri mereka berubah kembali ke pangkal jalan? Maknyah bergiat aktif pada waktu malam atau bersembunyik2 dari bergaul dengan masyarakat bukan sebab takut kena herdik tapi takut nak dengar nasihat dan tidak mahu menerima dakwah serta tarbiah. Berhenti menyalahkan masyarakat. Dari apa yang aku tengok sekarang neh, masyarakat open jek dengan maknyah asalkan maknyah2 sudi menerima nasihat agar boleh berubah. Bila takmo dengar nasihat salahkan masyarakat pula. Adil ke? Renung2kan le ye.

Terima kasih.

Respon Mahathir Dalam Isu Roboh Surau Dan Pengomen Yang Mahu Halau Cina.

MEROBOH SURAU

1. Ramai berpendapat surau yang telah diguna oleh orang bukan Islam tidak lagi boleh diguna sebagai tempat sembahyang orang Islam. Surau itu patut diroboh.

2. Saya berpendapat jika jemaah di qariah berkenaan tidak lagi suka untuk mengguna surau berkenaan, itu adalah hak mereka membuat apa-apa tindakan.

3. Apabila Sultan Mehmet II tawan Constantinople, ibu kota Byzantium, gereja Hagar Sophia yang terbesar, dijadikan masjid bagi bangsa Turki yang beragama Islam. Demikian juga beberapa gereja Kristian di Hungary dijadikan masjid apabila Hungary jatuh ke tangan Othmaniah Turki.

4. Di Cordoba (Kurtubah) dan di Granada, masjid orang Islam dijadikan gereja apabila wilayah-wilayah ini ditawan semula oleh orang Katolik Sepanyol.

5. Di Malaysia juga ada gereja yang dijadikan masjid. Kem Terendak di Melaka di zaman British diguna sebagai kem bagi askar British. Sebuah gereja didirikan oleh British untuk askar mereka yang beragama Kristian.

6. Gereja ini sekarang, jika saya tak salah, dijadikan masjid untuk askar Melayu.

7. Setakat yang saya tahu tidak ada kuil Buddha atau Hindu yang pernah dijadikan masjid.


Rujukan :  https://www.facebook.com/TunDrMahathir?filter=1

Antara kecerdikkan Mahathir bila dia komen dalam satu2 isu neh, mesti dia selitkan maksud tersembunyi. Ada juga penyokong2 Mahathir yang tak faham apa yang Mahathir sampaikan. Nama jek totok Mahathir, apa jadah dia cuba huraikan korang tak faham. Takde ke mengalir sesuatu dalam jiwa dan ketenangan yang dirasai jika totok Mahathir diperlihatkan berbeza pendapat dengan Mahathir?

Hehe.

Boleh rujuk link di atas. Ada ramai juga totok2 Mahathir yang tak faham apa yang Mahathir cuba sampaikan. Kelakar siot baca komen2 dorang. Pendirian Mahathir cukup jelas ada pada no 2 dan keputusan akhir dia ada pada jawapan no 7. Apa citer neh pengkritik Mahathir pun lebih faham Mahathir dari totok Mahathir. BTW, aku tak rasa tenang dan ada sesuatu mengalir dalam jiwa lepas tatap wajah Mahathir oke.

KAH KAH KAH

Apa pun dalam banyak2 komen yang aku baca, aku tertarik dengan komen kat bawah neh hah ;


 
Korang nak tahu sapa, boleh baca komen kat link tue sendiri. Sorry la, aku bukan macam bloggers UMNO. Sikit2 report, sikit2 nak rasa sensitif tak tentu pasal, sikit2 nak sentap, sikit2 nak ugut dan kecam sebagainya. Cukupla aku paparkan kecerdikkan komen dia sebagai rujukan kepada pembaca, betapa inilah mentaliti 

Umat Islam
Pejuang suci murni yang pro Islam konon nya
Melayu
Penyokong BN

yang sedang mensasarkan SYURGA sebagai matlamat akhirnya. Aku tersangatlah kagum. 

Oke bai.

Khamis, 29 Ogos 2013

Pelukis Di Tahan Kerana Islam, Tapi Betul Ke Dia Hina Islam?

Kes berlaku di Malaysia. Baru jek berlaku. Ada beberapa pihak telah menyebarkan satu posting dengan mengatakan bahawa pelukis tersebut telah menghina Islam melalui lukisannya.

Dan pelukis tersebut dikatakan telah  ditahan oleh PDRM ** untuk menyoal-siasat berhubung dengan perkara yang dikatakan telah menghina Islam.

Rujuk sini : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lelaki-ditahan-kerana-lukisan-hina-islam

Lukisan yang dimaksudkan ada kat bawah neh hah ;


Lukisan yang disebarkan oleh mereka2 yang beranggapan dia hina Islam pula ;


Mereka2 yang tengok lukisan tersebut beranggapan bahawa ;

1. I for Idiot tue merujuk kepada I for Islam.

2. Then bismillah yang terbalik di anggap menghina islam

3. Bendera malaysia mereka anggap bahawa pelukis anggap ia sebagai lanun.

Kesemua di atas ialah anggapan/persepsi beberapa pihak yang merasakan bahawa pelukis tersebut telah menghina Islam setelah melihat lukisan oleh pelukis tersebut.

Betul ke?

I for Islam takde. I for Idiot je ada. Kalimah Allah yang terbalik [ cermin version ] tak cukup kuat untuk anggap dia hina Islam. Dan err apa bukti bendera tue bendera Malaysia? Boleh jadi ia bendera Amerika juga, kan? Bila orang Malaysia pun terkeliru antara bendera Malaysia dengan bendera Amerika, alangkah malunya kita.

Hehe.

Dan kat bawah neh pula penjelasan oleh pelukis yang melukis lukisan tersebut. Korang boleh terima dan boleh taknak terima. Juga boleh bersetuju dan tidak mahu bersetuju. Aku pun tak sure dia bercakap betul atau tidak dalam hal tersebut tapi siyes, aku tengok lukisan neh betul2 tadi, aku tak nampak tang mana hina Islam kat dalam lukisan tersebut. Bila baca keterangan2 yang depa tulis tue lagi la aku rasa cam tak betul jek. Pasal aku tak nampak pun dia tulis I for Islam, melainkan I for idiot jek. Sejak bila pula Idiot = Islam mewakili frasa dan maksud yang sama?

So aku bengong sikit memikirkan isu neh. Aku tak berada di mana2 side pun. Cuma adalah amat molek untuk kita menilai semua perkara sebelum melakukan analisis akhir. Baca la penjelasan oleh dia pula. BTW, aku simpulkan lukisan tersebut tak nampak pun macam hina Islam sebelum aku membaca penjelasan dia. Then lepas baca penjelasan dia, lagi la aku rasa cam telahan aku betul jek.

ARTIST STATEMENT

The work I is for Idiot is a reference to the beginning of the US war in Iraq and the terrible effect on the Iraqi people since then. There are four elements in the work .

 
The word Idiot refers to the American President George W Bush, the leader of the free world who is famous for not being very clever. He is shown here in the famous `mission accomplished’ photo when he landed on the USS Abraham Lincoln in 2003. The flag is the American flag with skull and cross-bones as a symbol for their Imperialist foreign policy aimed at benefitting American national and corporate interests in the Bush years.

 
The monkey in the fighter pilot’s helmet is a representation of American military might and its brutal action in the bombing of Baghdad during the Bush presidency. Lastly the use of the verse from the Quran - In the name of God, The Compassionate and Merciful is used here with respect in reverse representing the identity of the Iraqi people, victims of their own leaders as well as foreign powers as well as the oil lobby. It is in reverse because the state of the world was so upside down during that time.

 
There is no malicious intent intended on the part of myself to be disrespectful of Islam or Muslims or to create any racial tensions. In fact it is the opposite – it is my artistic expression of Solidarity with the suffering of the Iraqi people due to the war.

Maksud ;

1. Lukisan tersebut menceritakan tentang peperangan yang berlaku di Iraq dan kesan2nya.

2. Idiot merujuk kepada Presiden USA ketika itu. Ada perkataan Mission Accomplished di balik lukisan tue kalau korang perasan, dia warna putih.

3. Bendera tue pula merujuk kepada bendera USA. Nampak ada 4 bintang tue? Bendera USA kan berbintang2 kat situ. Malunya. Orang Malaysia pun terkeliru dengan bendera sendiri. Padan la ada orang beria2 nak tukar bendera negara kita. Hehe

4.  Monyet merujuk kepada tentera USA dan tindakan tidak perikemanusiaan mereka terhadap Baghdad. Nampak tak monyet tue pakai topi? Cuba tengok betul2 apa maksud topi dan kenapa monyet tue berbasikal. Takan gabungan monyet bertopi + pakai baju + berbasikal = hina Islam kot?

4. Kalimah terbalik. Mereka kata ia menghina Islam sebab ia terbalik. Merujuk kepada pelukis ia merujuk kepada umat islam di Iraq ketika itu yang kucar kacir akibat terhimpit dengan kekejaman dan penganiayaan semua pihak, baik orang luar mahupun pemimpin sendiri. Rakyat Iraq penganut muslim, maka bahasa arab digunakan.

Kesimpulannya lukisan tersebut adalah untuk memberikan tanda solidariti kepada rakyat2 Iraq yang teraniaya ketika itu, bukan nya nak menghina Islam. Itulah maksud yang pelukis ingin sampaikan.

Ikut suka korang le nak percaya ataupun sebaliknya. Aku tak kata penjelasan dia semestinya betul oke. Kalau betul kita kena terima, kalau tak betul, kita ketuk la dia balik sebab sentuh isu sensitif. Apa pun ketika aku check berita pasal neh, kat TMI dan juga kat The Malay Online, aik, tetiba dah takde. Aku nak check sebab nak letak link kat ayat aku kat atas tue. Tadi aku siap2 ayat jek dulu. Link letak kemudian. Sekarang berita pasal neh dah takde. 

Pelik tak?

Memang pelik. Aku syak. Ini syak je la. Berita2 tersebut dicabut keluar disebabkan pelukis tersebut setelah disiasat oleh polis, mereka dapati dia tak hina Islam. Kalau betul dia tak hina Islam, yang melebih2 neh tatau la aku nak cakap apa. Sebagai umat Islam, aku dah lama faham ketakutan orang2 non muslim kat negara neh. Sebab aku pun sama takutnya macam mereka. Ektremis gila dan yang paling teruk, ia dibuat secara membuta tuli.

Haizh. 

** Berita ini perlukan kepastian lanjut memandangkan link berkaitan nya telah dibuang dari laman berita, harap maklum.

Guru Yang Menyokong Pembangkang Harus Bertaubat. - MP Sarawak

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS.


Ahli Parlimen Sri Aman, YB Masir Kujat mendedahkan ada segelintir guru yang mengajar dan menetap di Bahagian Sri Aman secara terang-terangan berkempen untuk parti Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 lepas.

Atas dasar prihatin, beliau hanya merujuk nama beberapa orang guru kepada Pejabat Pelajaran di kawasan Sri Aman sahaja dan tidak membawa kes tersebut kepada Kementerian Pelajaran bagi tindakan lanjut.

Jelas Masir lagi memang setiap rakyat bebas menyokong mana-mana parti yang mereka sokong. Tetapi, para guru yang berkhidmat dengan kerajaan BN seharusnya menyokong komponen BN.

“Mereka boleh dikenakan tindakan berat jika dirujuk kepada pihak kementerian.

Namun, atas dasar keprihatinan terhadap mereka yang terlibat (guru) Ahli Parlimen Sri Aman itu tidak akan berbuat demikian.

Masir juga mahu para guru seharusnya memfokuskan kepada tugasan dan amanah diberikan kepada mereka dalam mendidik anak bangsa dan bukannya sibuk berpolitik.
 
Untuk rekod, ini artikel copy paste dari laman ini ==>  http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/08/masir-kujat-guru-yang-menyokong.html


Laman pro BN. Aku petik artikel tue, lepas baca, aku tergelak sambil terguling2 dekat seratus kali sebab kelakar nak mampos. Pandai dorang buat lawak eh.

Guru kena sokong BN = sebab kerja dengan BN.

BN = parti yang mentadbir negara neh. Yang di pilih melalui peti undi. Peti undi = pilihanraya = peluang yang datang 5 tahun sekali untuk tukar pucuk pimpinan pihak yang mentadbir dan menentukan hala tuju negara neh.

Ini bermaksud BN berada disitu sebab di undi. Mereka tak diletakkan disitu kerana diri mereka, tetapi kerana undian. Kebetulanya mereka menang setiap kali PRU, setiap kali mereka menjadi kerajaan pusat. Jadi adakah kerana itu mereka ada hak untuk besar kepala sampai menentukan secara peribadinya siapa patut seseorang GURU itu sokong dan siapa pula tidak?

Seseorang guru apabila dia bekerja dengan satu2 sekolah di bawah kerajaan Malaysia, dia bekerja dengan kerajaan MALAYSIA yang diuruskan oleh BN yang dipilih berdasarkan kepada proses demokrasi [PRU] di negara neh.

Bukan bermaksud dia bekerja dengan BN, tidak. Dia bekerja dengan kerajaan MALAYSIA yang di uruskan oleh BN yang terpilih menjadi pemerintah di negara neh melalui peti undi. Guru dibayar gaji oleh pembayar cukai, BN juga tiada beza. Kenapa? Sebab kedua2nya bekerja dengan KERAJAAN MALAYSIA. Bukannya BN yang bayar gaji guru2 tersebut.

Faham tak perbezaan neh? Tak faham? Takpe. Sebab aku dah terima nasihat. Kewujudan dan pemikiran2 bodoh sombong oleh sesetengah wakil2 rakyat pro UMNO dan BN bukan untuk difahami oleh aku, sebaliknya aku kena raikan. Raikan bukan bermaksud aku kena terima jika mereka zahirkan komen2 yang tidak cerdik, sebaliknya raikan dengan membuktikan betapa tidak cerdiknya pemikiran2 mereka dengan hujah.

Tenkiu.

DAP Membunuh Demokrasi Di Pulau Pinang Isu Filem Tanda Putera.

Terkini dari GSC Pulau Pinang. Mereka tidak akan tayangkan filem tersebut. Baca petikan kat bawah neh hah ;


Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) akur dengan “arahan” kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem kontroversi 'Tanda Putera' di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut.

Satu kenyataan GSC pagi ini menyebut, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.

"Selari dengan arahan Kerajaan Pulau Pinang semalam, filem filem 'Tanda Putera' tidfak akan ditayangkan di Pulau Pinang," kenyataanitu dipetik. Tindakan untuk menghalang penayangan filem berkenaan diumumkan oleh exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, semalam.




Hujah aku. 

DAP keterlaluan dalam menanggani filem tersebut. Ada beberapa babak di claim oleh DAP sebagai tidak tepat mewakili sejarah 13 mei.

Aku teringat pula kat PERKASA dan UMNO yang emo tak tentu pasal isu filem NAMEWEE. Benda yang sama gak aku nampak kat DAP. Emo tak tentu pasal.

Filem. Ia tak semestinya mewakili fakta meskipun ia mungkin dilabelkan sebagai karya sejarah. Filem Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dan sebagainya dilabelkan sebagai karya sejarah tetapi apakah ia 
menyekat manusia2 di negara ini dari berfikir? Tidak.

Masih ramai lagi di luar sana yang tidak terkesan dengan filem2 yang dilabelkan sebagai karya sejarah. Apatah lagi filem tanda putera telah pun di anggap sebagai filem cereka / sejarah plus cereka [rekaan].

DAP tidak perlu bersetuju dengan filem neh. DAP boleh memboikot dari menonton filem tersebut. Ia duit anda, dan hak anda. Tetapi dengan menggunakan kedudukan anda untuk menghalang filem ini dari ditayangkan atas nama NASIHAT, ia sebenarnya sudah tidak lagi membezakan DAP dan BN.

Ada orang cakap.

BN selalu sekat itu dan ini, maka kali neh DAP pula tiru.

Ah bagus dah tue. Cerdik gila alasan tue. Oleh kerana ada seseorang tue kerja dia mencuri dan mencuri, ko pun tiru benda tue sebab orang lain pun ada buat ma. Salah ke?

Benda yang baik bila ko tiru ia tiada pertikaian. Tapi bila ko tiru benda bodoh, benda tak betul, benda yang mengarut, betul ke pemikiran ko neh?

Meraikan demokrasi tak bermaksud kita kena bersetuju dengan setiap tindakan2 yang berbeza dengan kita. Tidak perlu. Tetapi cukup kita bagi dia ruang dan peluang yang sewajarnya untuk dia nyatakan pendapat dia.

Kita dengar.

Hello aku tak bersetuju dengan TANDA PUTERA. Ini mengarut. Ini hujah2 aku. Nah, amek baca, nilai dan fikirkan pendapat aku oke.

Cukup la macam tue.

Yang over reacted sangat sampai  'menasihatkan' agar penyiaran dia terhalang di Penang, kenapa? Seolah2 ko beranggapan semua orang di Penang akan beli tiket dan filem tersebut akan laku macam goreng pisang  panas. Ataupun ko beranggapan bahawa semua orang yang tonton filem tersebut akan dihipotesiskan untuk secara tiba2 akan menyokong BN dan UMNO selepas habis menonton filem tersebut.

Filem tersebut tak semestinya laku.
Seperti itu juga filem itu tak semestinya memberikan impression yang positif terhadap penonton2nya.

Ada  garisan yang sangat jelas. Yang membezakan kita pejuang demokrasi tulen dengan pejuang demokrasi tipu2 macam BN.

Garisan tersebut kalau kita langkah, pijak atau pergi ke sebelah sana, maka kita dengan BN sudah takde beza.

Untuk bercakap pasal demokrasi ia bukan sahaja memerlukan orang di sebelah memahami apa itu demokrasi dan seterusnyan mengamalkan ia, ia juga memerlukan kita sendiri untuk memahami apa itu demokrasi dan paling penting, mengamalkan ia.

Tindakan DAP ini mengecewakan. Ia mengecewakan untuk melihat satu2 parti yang aku anggap paling demokratik antara semua parti politik telah pun memilih menjadi parti yang sangat2 tidak demokratik, itupun atas satu isu yang sangat remeh temeh pada pandangan aku. DAP tidak meraikan demokrasi sepertimana yang mereka sering canang2kan.

Bai. 

Rabu, 28 Ogos 2013

Menteri Cadang Sekat Air Masuk Penang.

Cadangan yang amat bernas sekali. Mari kita halang rakyat penang dari mendapatkan air bersih. Semua yang berada di penang tue kan sokong pembangkang dap yang kafir yahudi laknat confirm neraka tue.

Kah Kah Kah

Baru2 neh timbalan menteri KPDNKK Datuk Ahmad Bashah telah mencadangkan agar laluan air sungai dari Kedah patut di halang dan di sekat dari mengalir ke Pulau Pinang disebabkan kerajaan negeri enggan membayar apa2 kepada Kedah berhubung penggunaan air dari sungai tersebut. Sungai yang dimaksudkan ialah air dari 
Sungai Muda.

Menurut LGE mereka tidak perlu membayar apa2 kepada kerajaan negeri Kedah kerana air tersebut mengalir secara semulajadi. Jika ia di Kedah maka ia sungai di Kedah, jika air tersebut memasuki sungai dan empangan di Penang ia adalah sungai di Penang. Kenapa pula Penang kena bayar sesuatu yang seperti itu? Sebab itu LGE tidak melayan sebarang tuntutan yang di anggap karut berhubung hal tersebut.

Oleh kerana tidak berpuas ahti dengan tindakan LGE yang mengabaikan tuntutan Kedah berhubung air di sungai tersebut, maka nya seorang timbalan menteri mencadangkan mari la kita sekat laluan air tersebut dari memasuki Penang.

Laluan air semulajadi tue Allah yang cipta. Allah beri kepada penduduk di kawasan tersebut. Allah bagi secara percuma. Sepatutnya kongsi dan gunakan la ia secara bersama. Ini apa barang nak jadi tamak sampai anggap macam aku yang punya? Siap nak jual beli bagai? Kat SG ko jual air bersih 3 sen jek then beli balik air yang dah guna 7 sen takpe pula?

Apa macam gampang sangat layan rakyat sendiri neh oiii? Jangan sampai Allah keringkan sungai2 kat Kedah tue oi. Ini bukan cara yang sepatutnya layan rakyat sendiri oiii.

Ustaz Fathul Bari Bidas Syeikh Yusof Al-Qardawi. [Video Inside]

Haizh.

Pendapat dia mengenai istijihad2 SYQ sebenarnya agak bias. Hidup di situasi yang berbeza, mempunyai pengalaman yang berbeza, mempunyai pengetahuan yang berbeza mengenai situasi2 di Mesir tetapi memberikan komen seolah2 dia dan SYQ telah mengalami situasi yang sama.

Aduhai.

Lepas tue cuba menekan ciri2 KHAWARIJ seolah2 nak kita faham bahawa ;

SYQ = KHAWARIJ.

Alasan? Memberontak kepada pemerintah muslim yang sah?

Di Mesir, yang memberontak sekarang yang menentang MORSI, bukan yang anti MORSI. SYQ bersama pengikut2 MORSi, bukan anti MORSI. 

Bagaimana pula yang memberontak kepada kepimpinan PAS di Kelantan? Dan di Selangor?

Aduhai. Pelik betul aku tengok cara UFB neh berfikir. Inila pemikiran2 yang akan mengelirukan umat islam. Pandai2 la kita cari ilmu dan tidak hanya mendengar dari satu pendapat saja. Aku sejujurnya tak bersetuju langsung dengan pendapat UFB. Dia bercakap dalam keadaan dia selesa mendapatkan segala2nya then menuduh sesiapa yang memberontak lawan pemimpin yang zalim sebagai khawarij. Dah tue masa zaman kegemilangan islam dulu, sesama muslim [rakyat dan pemimpin] jatuh menjatuhkan atas alasan pemimpin2 mereka zalim terhadap rakyat. Aik, berapa banyak dah kena cop khawarij. Hidup dan mati. Pendapat apa la dia pegang neh.

Haizh.

Korang tengokla sendiri.

Selasa, 27 Ogos 2013

Rakyat Malaysia Boikot Sambutan Kemerdekaan Tahun Ini.

Ada sesuatu yang mengalir dalam jiwa aku. Tapi aku tak tengok gambar Mahathir pula. 

Gambar Najib?

Kepala hotak kau.

Rosmah Mansur?

Ini lagi biol. Sudah2la tue nak mengenakan aku.

Kah Kah Kah

Macam neh. Ada beberapa pihak mula memerhatikan ada sesuatu yang tak kena pada sambutan kemerdekaan tahun ini. Bahkan ramai pihak mula mempersoalkan.

Eh nak MERDEKA kan neh? Tapi apsal takde orang pasang bendera pun?
Eh betul ke kita nak sambut MERDEKA? Apsal tak nampak kereta2 letak bendera?

KENAPA ek? Bahkan peniaga2 turut kecewa kerana jualan Jalur Gemilang pada tahun ini merosot dengan banyaknya.

WOW..

Ingatkan nak kecewa apsal ramai tak concern bab kemerdekaan. Rupanya nak concern apsal jualan aku merosot tahun neh. Cis. Dasar kapitalis.

Hehe.


Actually. Ini pemerhatian aku sendiri. Aku nak share. Kot2 kalau MERDEKA CENTRE rajin, dorang boleh buat SURVEY RASMI.

Dari apa yang aku tengok sekarang, ada beberapa sebab kenapa rakyat takde mood nak sambut kemerdekaan tahun neh.

JANGAN SALAH FAHAM.

Tiada plan. Tetapi ia berkembang sendiri. Mungkin A bersembang dengan B, lalu merebak ke C. Maka jadilah macam suasana sekarang neh. Rakyat mengabaikan sambutan kemerdekaan, mereka lakukan protes senyap tetapi cukup memberikan kesan kepada pihak2 tertentu sehingga ia menjadi tanda tanya.

Kenapa ek? Apa yang aku nampak ialah ;

1. PR kalah. BN menang.

Ya, hari kemerdekaan bukan isu politik. Apa kaitan pula dengan kemenangan BN dengan sambutan kemerdekaan? Itu kan yang terbit di akal ko? Ye kan aje pasal aku confident aku betul. Muahaha.

Sebenarnya BN telah lama mempolitikkan hari kemerdekaan. Raikan kemerdekaan seolah2 meraikan UMNO. Mana penyokong2 PR suka macam tue. Tambahan pula ramai penyokong2 PR masih berduka cita atas kekalahan PR pada PRU yang lepas. Mana mereka ada mood nak meraikan hari kemerdekaan. Gagal merampas PUTRAJAYA setelah 5 tahun, lebih atau kurang, sebenarnya masih berbekas dalam diri penyokong2 PR. Disebabkan itu rata2 penyokong2 PR takde mood nak melayan kemerdekaan tahun neh. Mereka boikot. Kalau pun mereka layan, mereka akan up isu2 pasal pejuang2 kemerdekaan dari PKMM, API, dan lain2 asalkan bukan dari UMNO untuk meraikan kemerdekaan yang sebenar-benarnya.

2. Mesir bergolak.

Ya, ada di antara dari mereka yang boikot kerana situasi di Mesir sekarang neh. Mana ada mood nak sambut pasal merdeka beria2 sedangkan saudara seislam menderita kat sana. Sebenarnya aku ada persoalan sikit. Kenapa MESIR? Maksud aku, PALESTINE, SYRIA, umat2 Islam di Myammar, Thailand dan Philippines pun ada yang kena TINDAS, tapi tak la pula mereka2 nak BOIKOT sambutan kemerdekaan.. aku sedikit keliru dengan tindakan terpilih neh. Sebab tue persoalan seperti neh timbul. Ia soalan. Bukan tuduhan. Jadi jangan nak emosi melulu pula.

3. Banyak masalah yang di fikirkan.

Harga barang makan naik dan makin mahal, elektrik pun nak naik lagi, GST on the way pulak, TPPA lagi, masalah jenayah yang tak berkesudahan, kebanjiran warga asing, hutang pula makin lama makin banyak dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan tak setimpal dengan apa yang mereka dapat tiap2 bulan. Mana nak bayar hutang kereta lagi, pendidikan lagi, makan lagi. Nak kahwin pun susah. Hantaran makin mahal. Nak simpan duit beli rumah entah dapat ke tidak. Pendek kata setelah digabungkan semua masalah2 di atas neh mereka tak rasa mereka MERDEKA pun di negara neh. Makin pening lagi la ada.

MERDEKA?
MERDEKA?

MERDEKA waklue. Aku pening dengan masalah yang menimbun lagi la ada. ENOUGH.

4. Cara sambutan yang di anggap sekular.

Ya, ramai rakyat Malaysia yang muslim protes cara sambutan kemerdekaan yang di anggap sekular dan mengarut. Konsert konon. Melalak sana melalak sini then MERDEKA. Lepas 9 bulan trend buang bayi. Lepas tue sembang kencang bab MALAYSIA IALAH NEGARA ISLAM. Negara ISLAM apa jadah macam neh? Owh kami memang negara Islam. Tengok perlembagaan kami tue, islam agama rasmi kan ? Maka negara kami negara islam le. Takyah mengucap, tak yah bersolat, tak yah berpuasa, tak yah buat apa2 ko jadi lah islam berdasarkan kata2 dan tanda kat IC masing2. Itulah dia maksud ISLAM pada masa kini. Mudah gile.

5. Sejarah yang disembunyikan.

Ada juga yang tiada mood nak raikan kemerdekaan disebabkan terdapatnya sejarah2 yang diselindungkan oleh kerajaan kita. Bagi mereka, bukan UMNO je yang patut di highlightkan dalam sejarah kemerdekaan negara bahkan ada ramai lagi pihak2 yang membantu kepada kemerdekaan Malaysia. Mana mereka? Mana nama2 mereka? Kenapa mereka disorokkan dari pengetahuan kita? Adakah usaha mereka untuk mendapatkan kemerdekaan tidak perlu di iktirafkan kerana mereka bukan UMNO? Adakah pengorbanan, air mata dan nyawa mereka tak perlu dihargai hanya kerana mereka bukan UMNO? Adakah perjuangan2 mereka ialah tidak perlu di ambil tahu hanya kerana mereka bukan datang dari golongan bangsawan, kaya raya, berdarah raja, dan bukan berpartikan UMNO?

Setelah mengabungkan kesemua perkara2 di atas, ada pihak yang radikalnya tidak mahu meraikan hari kemerdekaan selain UMNO ialah kerajaan pusat di negara ini. Ada pula pihak2 yang beranggapan bahawa mereka hanya akan merdeka jika BN ditumbangkan.

Namun aku percaya, mereka akan menyambut hari MALAYSIA pada 16 september ini secara besar-besaran bagi meraikan kejayaan rakyat yang menumbangkan ego BN yang pada awalnya beranggapan 16 september tidak patut di anggap sebagai cuti umum.

Biasalah, asalkan ia untuk perli UMNO, mereka memang akan berkobar2 untuk buat. Apa pun aku cadangkan akhbar macam SINAR HARIAN patut buat survey online pasal neh. Dapat resultnya baru la kita boleh bercakap dari segi fakta pula. Skala pemerhatian aku kecik. Tak boleh di jadikan rujukan utama.

Oke bai. 

Sejarah Kemerdekaan Versi Rakyat Yang Korang Semua Mesti Ambil Tahu.

Kami pergi ke kampung2. Melayu2 tidak mahu merdeka. Bahkan tidak tahu apa itu merdeka. Mereka tidak faham. British ada senjata. Buat apa merdeka?

Bapa saudara saya juga menentang saya ketika itu. Ramai orang2 yang benci. Mereka tidak tahu erti kemerdekaan..

Rupanya takde orang putih pun boleh.. tapi melayu2 ingat takde orang putih kita mati..

Berikut adalah beberapa perkara yang aku tonton dalam video kat bawah. Ia menceritakan bagaimana sikap orang2 melayu mengenai kemerdekaan negara pada asalnya. Majoriti menolak. Tetapi pejuang2 kemerdekaan negara kita tidak pernah putus asa.

Mereka bagi penerangan. Mereka edar risalah. Mereka buat suratkhabar. Mereka buat perjumpaan. Mereka bangkitkan kesedaran. Mereka naikkan semangat. Mereka sedarkan melayu2.

Oi. Ini malaya melayu punya. Bukan orang putih punya. Kita bukan lawan orang putih bila nak tuntut kemerdekaan. Tapi kita amek balik apa yang kita punya.

Antara yang aku kagum juga dalam melihat pejuang2 aktivis kemerdekaan ialah bilamana salah satu akta ataupun perkara yang terkandung dalam perlembagaan rakyat ialah semua orang di malaysia ialah MELAYU. 

Maksudnya apa?

Cina = MELAYU.
India = MELAYU.
Orang putih = MELAYU.
Melayu = MELAYU.

Semua ialah MELAYU. Ini yang dibuat oleh orang Indonesia sekarang. Semua rakyat Indonesia ialah BANGSA INDONESIA.

Jika perlembagaan rakyat itu menang maka pada hari ini semua rakyat MALAYSIA ialah MALAYSIAN. Bukan lagi berpecah2 macam sekarang.

Bayangkan cina pada ketika itu yang dikatakan racist pada hari neh, demi untuk merdekakan negara dari penjajah, mereka lepaskan jatidiri dan nama bangsa mereka untuk tanahair. Kita tidak tahu. Siapa kita nak menilai niat mereka. Ketika itu hubungan sesama rakyat tak kira bangsa akrab. Mungkin cina dan india ketika itu faham sangat MALAYA ini memang MELAYU yang punya. Mereka datang. Mereka menetap. Dan kemudian lahirkan anak2 di sini. Dan anak2 mereka dah anggap MALAYA ini tanahair mereka. Mereka rasa ada tanggungjawab untuk bebaskan negara dari penjajah. Mereka juga mahu di raikan sebagai rakyat di negara ini. Jika ia memerlukan mereka untuk mereka mengakui mereka MELAYU maka ia tiada masalah janji mereka ialah rakyat yang di iktirafkan di negara ini.

Siapa yang gagalkan rancangan perlembagaan rakyat? Kalau kita selusuri sejarah, jawapan dia BRITISH memberikan kemerdekaan kepada UMNO. Sedangkan yang mati tergolek, kena bunuh, kena tangkap, kena tindas, kena sekat, kena lawan, yang bergerak dari kampung ke kampung, yang menyebarkan semangat nasionalisme, yang buat perlembagaan rakyat, yang cipta hari hartal, yang melawan penjajah, bukan datangnya dari parti UMNO. Ia dari parti2 haluan kiri, yang di anggap kiri oleh BRITISH disebabkan radikal dan kuatnya semangat mereka memperjuangkan kemerdekaan negara.

Telah termaktub dalam sejarah UMNO dipilih oleh BRITISH untuk memberikan kemerdekaan kepada negara ini. Ini kena diakui. Tetapi apakah ini hanya perlu akui ini sahaja? Untuk lebih adil, alangkah baik jika kita mengakui semua perkara yang benar2 telah berlaku ketika itu? Kebenaran separuh2 tidak adil. Kebenaran penuh baru la betul.

Slogan UMNO ketika itu hidup melayu.
Slogan parti PKMM ketika itu MERDEKA.

Dengan hanya menceritakan kebenaran, itu tidak menjadikan kita manusia yang tidak bersyukur ataupun sedang menentang UMNO dan menafikan kebaikan UMNO yang ada menyumbang sedikit sebanyak dalam kemerdekaan negara ini.

Apa yang kita harapkan, tolong iktirafkan semua pejuang kemerdekaan sama rata, sama adil. Jangan diketepikan mereka hanya kerana mereka bukan datangnya dari parti kita. Setiap dari satu aktivis2 kemerdekaan itu ada jasanya yang besar pada kita, mereka wajar diraikan dan kami rakyat Malaysia berhak mengenali mereka.

Aku juga cadangkan korang jangan miss part 3. Bagaimana propaganda media berterusan sampai ke zaman sekarang. Dulu mereka alat british, sekarang? Lue fikirlah sendiri. 

Tonton video2 kat bawah neh hah ;

Part 1.



Part 2



Part 3



Part 4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...