Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Ogos 2013

DAP Membunuh Demokrasi Di Pulau Pinang Isu Filem Tanda Putera.

Terkini dari GSC Pulau Pinang. Mereka tidak akan tayangkan filem tersebut. Baca petikan kat bawah neh hah ;


Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) akur dengan “arahan” kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem kontroversi 'Tanda Putera' di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut.

Satu kenyataan GSC pagi ini menyebut, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.

"Selari dengan arahan Kerajaan Pulau Pinang semalam, filem filem 'Tanda Putera' tidfak akan ditayangkan di Pulau Pinang," kenyataanitu dipetik. Tindakan untuk menghalang penayangan filem berkenaan diumumkan oleh exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, semalam.




Hujah aku. 

DAP keterlaluan dalam menanggani filem tersebut. Ada beberapa babak di claim oleh DAP sebagai tidak tepat mewakili sejarah 13 mei.

Aku teringat pula kat PERKASA dan UMNO yang emo tak tentu pasal isu filem NAMEWEE. Benda yang sama gak aku nampak kat DAP. Emo tak tentu pasal.

Filem. Ia tak semestinya mewakili fakta meskipun ia mungkin dilabelkan sebagai karya sejarah. Filem Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dan sebagainya dilabelkan sebagai karya sejarah tetapi apakah ia 
menyekat manusia2 di negara ini dari berfikir? Tidak.

Masih ramai lagi di luar sana yang tidak terkesan dengan filem2 yang dilabelkan sebagai karya sejarah. Apatah lagi filem tanda putera telah pun di anggap sebagai filem cereka / sejarah plus cereka [rekaan].

DAP tidak perlu bersetuju dengan filem neh. DAP boleh memboikot dari menonton filem tersebut. Ia duit anda, dan hak anda. Tetapi dengan menggunakan kedudukan anda untuk menghalang filem ini dari ditayangkan atas nama NASIHAT, ia sebenarnya sudah tidak lagi membezakan DAP dan BN.

Ada orang cakap.

BN selalu sekat itu dan ini, maka kali neh DAP pula tiru.

Ah bagus dah tue. Cerdik gila alasan tue. Oleh kerana ada seseorang tue kerja dia mencuri dan mencuri, ko pun tiru benda tue sebab orang lain pun ada buat ma. Salah ke?

Benda yang baik bila ko tiru ia tiada pertikaian. Tapi bila ko tiru benda bodoh, benda tak betul, benda yang mengarut, betul ke pemikiran ko neh?

Meraikan demokrasi tak bermaksud kita kena bersetuju dengan setiap tindakan2 yang berbeza dengan kita. Tidak perlu. Tetapi cukup kita bagi dia ruang dan peluang yang sewajarnya untuk dia nyatakan pendapat dia.

Kita dengar.

Hello aku tak bersetuju dengan TANDA PUTERA. Ini mengarut. Ini hujah2 aku. Nah, amek baca, nilai dan fikirkan pendapat aku oke.

Cukup la macam tue.

Yang over reacted sangat sampai  'menasihatkan' agar penyiaran dia terhalang di Penang, kenapa? Seolah2 ko beranggapan semua orang di Penang akan beli tiket dan filem tersebut akan laku macam goreng pisang  panas. Ataupun ko beranggapan bahawa semua orang yang tonton filem tersebut akan dihipotesiskan untuk secara tiba2 akan menyokong BN dan UMNO selepas habis menonton filem tersebut.

Filem tersebut tak semestinya laku.
Seperti itu juga filem itu tak semestinya memberikan impression yang positif terhadap penonton2nya.

Ada  garisan yang sangat jelas. Yang membezakan kita pejuang demokrasi tulen dengan pejuang demokrasi tipu2 macam BN.

Garisan tersebut kalau kita langkah, pijak atau pergi ke sebelah sana, maka kita dengan BN sudah takde beza.

Untuk bercakap pasal demokrasi ia bukan sahaja memerlukan orang di sebelah memahami apa itu demokrasi dan seterusnyan mengamalkan ia, ia juga memerlukan kita sendiri untuk memahami apa itu demokrasi dan paling penting, mengamalkan ia.

Tindakan DAP ini mengecewakan. Ia mengecewakan untuk melihat satu2 parti yang aku anggap paling demokratik antara semua parti politik telah pun memilih menjadi parti yang sangat2 tidak demokratik, itupun atas satu isu yang sangat remeh temeh pada pandangan aku. DAP tidak meraikan demokrasi sepertimana yang mereka sering canang2kan.

Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...