Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 Mei 2019

Dikecam Bertubi-Tubi Isu PTPTN, Ini Penjelasan Wan Saiful.

Wan Saiful Wan Jan | PTPTN BENTANG KUMPULAN IDEA DARIPADA PEMEGANG TARUH DALAM KONSULTASI NASIONAL
Hari ini PTPTN melancarkan konsultasi nasional mengenai mekanisne bayaran balik pinjaman pendidikan. Saya jemput semua untuk mengambil bahagian dalam konsultasi rakyat ini melalui laman web yang kami sediakan.



 
Kertas Konsultasi Rakyat Berkaitan Mekanisme Bayaran Balik PTPTN yang kita lancarkan hari ini adalah hasil daripada proses semakan yang intensif, rundingan serta perbincangan dengan kumpulan-kumpulan pakar, penganjuran bengkel-bengkel, dan sesi-sesi perbincangan meja bulat serta libat urus atau engagement dengan pelbagai kumpulan berkepentingan.

Dalam laman web khas yang disediakan, ada TIGA BAHAGIAN yang dipaparkan.

BAHAGIAN PERTAMA ialah data dan fakta terkini berkaitan PTPTN. Bahagian ini penting kerana terlalu banyak komentar yang diberikan adalah berdasarkan emosi dan sangkaan, sedangkan fakta sebenar tidak diketahui umum. Maka dalam Bahagian Pertama Konsultasi Rakyat ini kita bentangkan semua fakta yang relevan agar rakyat mendapat maklumat yang tepat mengenai situasi sebenar PTPTN.

BAHAGIAN KEDUA pula adalah ringkasan idea-idea besar yang telah kita kumpulkan daripada siri-siri kajian dan perbincangan yang saya sebutkan tadi. Apa yang dibentangkan dalam Bahagian Kedua kertas ini bukanlah cadangan PTPTN tetapi ia merupakan senarai cadangan-cadangan yang kami terima daripada pelbagai pihak semasa sesi libat urus yang diadakan.

 

Perlu saya tegaskan bahawa ada cadangan atau idea dalam Bahagian Dua itu yang kami sukai, tetapi ada juga idea yang kami sendiri rasa agak keberatan untuk menerimanya. Tetapi saya mengambil sikap untuk amanah terhadap input-input yang kami kumpulkan sepanjang sesi libat urus. Saya tidak menyaring keluar idea-idea yang diberikan. Sama ada kami selesa dengan idea-idea itu atau tidak, itu bukan perkara penting. Perkara penting ialah kami persembahkan semuanya dengan penuh amanah kepada rakyat agar penilaian akhir boleh dibuat oleh rakyat sendiri iaitu di BAHAGIAN TIGA di mana pandangan dan maklumbalas daripada rakyat amat dialukan.

Fokus Konsultasi Rakyat ini adalah untuk mencari jalan atau mekanisme terbaik dalam pembayaran balik hutang PTPTN. Mekanisme yang berpatutan, tidak membebankan, dan pada waktu yang sama tidak mengorbankan peluang anak-anak yang masih bersekolah untuk mendapat pinjaman memasuki menara gading.

Saya kesal kerana ada laporan yang amat selektif sengaja mensasikan juzuk kecil daripada dokumen penuh. Mereka memetik satu daripada banyak cadangan yang disuarakan kepada PTPTN sebelum, lalu melaporkan seolah-olah itu satu-satunya idea yang ada, tanpa menyebut hakikat sebenar bahawa ia satu konsultasi besar yang menggariskan pelbagai idea, dan idea-idea itu bukan pun daripada PTPTN. Saya minta semua pihak menghalusi maklumat penuh yang kita paparkan dalam laman web khas, supaya isu penting yang berkait dengan masa depan penajaan pendidikan anak bangsa kita dapat ditangani dengan baik dan tidak terus meneruskan dipolitikkan.

Saya yakin ini adalah cara yang lebih telus, yang membolehkan rakyat memberi pandangan dengan cara bermaklumat dan tersusun. Kalau di negara-negara yang demokrasinya lebih matang, penerbitan Green Paper dan White Paper dalam pembuatan dasar adalah perkara biasa. Di Malaysia, amat jarang perkara ini berlaku. Banyak dasar yang diperkenalkan secara top-down sahaja. Tetapi dalam konteks Malaysia Baharu, ini adalah usaha kecil saya untuk menyumbang ke arah budaya pembikinan dasar yang lebih merakyat dan konsultatif.

Dakwaan Gangguan Seksual - Saya Sebenarnya Yang Kena Kacau Kata MP Sungai Siput.

THE MALAYSIAN INSIGHT | WAKIL rakyat Sungai Siput S. Kesavan mempertahankan dirinya ketika timbul tuduhan gangguan seksual dilakukan seorang ahli Parlimen Perak, berkata laporan polis dibuat terhadap wanita yang menuduhnya awal bulan ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tentang dakwaan wanita itu dalam laporan polis terhadapnya, Kesavan berkata pengadu yang mendakwa dirinya pegawai penyelidik Parlimen, sebenarnya sukarelawan yang dikenali pada 2017 ketika menjadi Adun Hutan Melintang.




 
Ahli politik PKR itu berkata wanita terbabit menghubunginya untuk membantunya dalam kempen membantah pemindahan pengundi hantu ke kawasan Hutan Melintang,.

Selepas menjadi ahli Parlimen Sungai Siput pada PRU14 tahun lalu, wanita terbabit teruskan kerja sukarela di pejabatnya dan menganggap Kesavan dan isterinya seperti kawan.

“Dia selalu menelefon saya dan isteri saya. Pernah juga dia menjemput saya dan isteri untuk bercuti bersamanya di Melaka,” katanya.

Katanya, pada awalnya beliau kagum dengan kesanggupan wanita itu menjadi sukarelawan di kawasannya kerana wanita itu mempunyai keluarga dan dua anak di Puchong, Selangor.

“Lama-kelamaan, kekerapan dia menelefon saya semakin bertambah sehingga berpuluh kali sehari. Jika saya tidak menjawab, dia mula marah. Apabila saya menjawab, ada kalanya perbualan melebihi lebih satu jam setiap kali.

“Dia juga mula campur tangan dalam hal rumah tangga saya. Dia pernah menyebarkan berita di kalangan rakan sekerja isteri saya yang memburuk-burukkan isteri saya, seolah-olah dia mahu perkahwinan kami bermasalah,”
katanya.

Kesavan berkata beliau bertambah tidak selesa dengan sikap wanita itu sekitar September lalu, apabila wanita itu mula campur tangan dengan perjalanan Pusat Khidmat Sungai Siput, mendesaknya memecat pembantu tertentu dan marah apabila tidak dipenuhi.

“Sejak beberapa bulan lalu, dia mula mengaku bahawa dia pembantu khas saya. Dia menelefon pegawai kerajaan dan memberi arahan bagi pihak saya, yang tidak disenangi pegawai.”

Katanya, wanita itu juga mendesak diberikan pas ke persidangan Parlimen.

Kesavan berkata beliau memberikan surat kepada pentadbiran keselamatan Parlimen untuk membenarkan wanita masuk ke kawasan Parlimen, tetapi ia digunakan untuk mengaku yang dirinya dilantik sebagai pegawai pembantu.

Katanya, wanita itu kemudian mengganggu Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk mengadu mengenai sikap Kesavan yang menjauhkan diri.

“Dia mengugut untuk mendedahkan rakaman yang dia kata akan memalukan saya. Dia juga pernah mengucapkan agar saya ‘pergi mati’.”
Katanya, Rafizi menasihatinya supaya membuat laporan polis, di mana ia dibuat awal bulan ini.

“Saya dan isteri juga membuat rakaman gangguan daripada dia, termasuk mesej berbentuk peribadi yang menunjukkan dia mahu rumah tangga saya retak.

“Jika benar saya mengganggu dia secara seksual seperti yang dituduh, kenapa dia masih menelefon saya sehingga berpuluh-puluh kali sehingga awal bulan ini? Dia juga masih menelefon isteri saya sehinggalah beberapa minggu lalu.

“Saya tidak mahu membesarkan perkara ini sebelum ini kerana saya simpati kepada dia yang sudah mempunyai suami dan dua anak.

“Saya akan memberi keterangan kepada pihak berkuasa dan memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang bakal dijalankan, termasuklah menyerahkan bukti menunjukkan gangguan dan ugutan yang dibuat untuk merosakkan rumah tangga saya.

“Saya bahagia dengan isteri saya dan tidak berhasrat untuk terjebak dengan sebarang perhubungan yang boleh menjejaskan rumah tangga saya,”
katanya. - 18 Mei 2019.

Jumaat, 17 Mei 2019

Tiada Lagi Mesin Slot, Kasino Di Sabah, Mufti Perlis Puji Tindakan Shafie Afdal.

SOSMED | Tindakan menghapuskan perjudian berbentuk mesin slot dan kasino sepertimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Shafie Afdal pada 10 Mei 2019 yang lalu mendapat pujian dari Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.

"Semoga Allah merahmati usaha ini. Di Bulan Ramadhan ini marilah kita berdoa agar YAB DS Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah ini mendapat ganjaran yang besar atas tindakan beliau tersebut. 


Islam mengharamkan judi kerana ia merosakkan kehidupan manusia. Negara kita juga patut berusaha ke arah bebas judi," kata Mufti Perlis itu dalam satu hantaran di Facebooknya pada rabu. 


Sebelum ini BERNAMA melaporkan Shafie telah memberikan arahan agar semua jenis kasino mini dan mesin slot di Sabah dihapuskan tanpa kompromi.


Rundingan juga akan dilakukan bersama Kerajaan Persekutuan agar tidak lagi menggunakan cukai bagi menghalang perjudian kerana itu tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya apa yang berlaku ialah meskipun cukai dinaikkan, perjudian tetap akan berlaku

"Apabila seseorang mempunyai tabiat berjudi, ia boleh membawa kepada kesan bahaya seperti pengabaian keluarga dan berakhir dengan pinjaman along untuk memudahkannya bermain lagi judi.

"Tetapi sekiranya anda mahu bermain mahjong, saya tidak kisah selagi ia tidak melibatkan wang,"
katanya ketika dalam satu sesi dialog dengan komuniti peniaga Cina Sandakan. - 17 Mei 2019.

Kalaulah Kerajaan Kejam, Sudah Lama Finaz Yunus Dipecat..

ADRIAN LIM | TV AL HIJRAH : CONTOH KEBEBASAN DI ERA MALAYSIA BAHARU

1. TV Al Hijrah dimiliki kerajaan Malaysia (sekarang PH).
TAPI hos rancangan "Analisis Bersama Finaz Yunus" ialah seorang saudari yang mengaku dirinya ahli & penyokong tegar UMNO.

2. Ada pihak momok 'Islam dibuli' TAPI puak-puak macam Aminuddin Yahya (ISMA) dan Buzze Azam (loyer UMNO) yang paling lantang fitnah 'Islam dibuli' jugalah diberi ruang melalui stesen yang dimiliki kerajaan.




3. Pembangang tuduh 'ditekan' TAPI pembangang yang tuduh kerajaan zalim, tidak ada satu pun pernah ditahan, didakwa ataupun dipenjarakan oleh kerajaan sekarang.

--------

Saja nak ingatkan masa UMNO kerajaan;


1. Hos stesen TV kalau tidak buat spin pro-kerajaan, esok terima surat cinta.


2. Panelis tidak cenderung UMNO disekat habis-habisan.


3. Piihak-pihak yang kritik kerajaan meskipun bercakap benar, diambil tindakan.



Kalaulah, ada secebis kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan PH zalim, PH tidak jaga Islam, PH tekan pembangkang

-Sudah lama saudari Finaz Yunus dipecat


-Sudah lama muka-muka seperti Aminuddin Yahya (ISMA) & Buzze Azam (UMNO) disekat


-Pembangkang satu persatu dihadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan kerana kritik kerajaan

Tapi itu tidak berlaku. Sebaliknya kerajaan baharu memberi ruang secukupnya kepada pembangang untuk mengutarakan kritikan, perbezaan pendapat dan sebagainya. Kerajaan PH terima kritikan dengan lapang dada.

Pembangang pun tanpa rasa segan, hadirkan diri ke stesen yang dimiliki kerajaan, kemudian hentam kerajaan kononnya zalim sebab tidak bagi ruang. Sungguh ironik, janggal & pelik.

Saya anggap pembangang sudah gila. Ibarat masuk kedai KFC & maki hamun KFC tidak sedap, tapi akhirnya beli juga sebakul ayam goreng KFC.

JKR Padamkan Post 'Tandas Diraja' Selepas Dikecam Netizens.

SOSMED | Selepas dikecam dan dipertikaikan netizens, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor akhirnya bertindak memadamkan gambar-gambar pemasangan tandas diraja dari halaman Facebooknya.




Terdahulu, JKR telah memuatkan satu hantaran di halamannya yang berkata, "Pemasangan Tandas Diraja Sempena Keberangkatan DYAM Tunku Mahkota Johor Ke Majlis Berbuka Puasa," tulisnya.


Bagaimanapun hantaran itu menerima kecaman bertubi-tubi dari pelbagai netizens yang mengkritik dan mempersoalkan sikap anak raja yang dianggap mungkin jijik atau tidak setaraf rakyat untuk menggunakan tandas di masjid tersebut.



Tidak hanya itu, mereka turut mempersoalkan mengenai kos pemasangan dan siapakah yang menanggungnya dan apakah ini sikap yang seringkali dilakukan oleh anak raja itu.

๐Ÿ‘‰ Siapa ada aircond

๐Ÿ‘‰ Apakah ini protokol?

๐Ÿ‘‰ Siapa tanggung kos?

๐Ÿ‘‰ Adakah ini arahan pihak istana?

๐Ÿ‘‰ Taik emas ke?

๐Ÿ‘‰ Berjiwa rakyat ke macam tu?

๐Ÿ‘‰ Buka puasa je pun..

Begitulah antara komen-komen yang dituliskan oleh netizens.

JKR kemudiannya didapati memadamkan hantaran itu sehari selepas post itu menerima terlalu banyak respon-respon yang tidak enak untuk dibaca oleh keluarga diraja tersebut.


JKR bagaimanapun tidak memaklumkan kenapa hantaran itu dipadamkan dari halaman Facebook mereka setakat ini. - 17 Mei 2019.

Miliki Dana RM100 Billion, Najib Jawab Tuduhan Sarawak Report,

NAJIB RAZAK | Saya dihantar cerita Sarawak Report ini dari bulan Jun 2018 selepas PRU14 ini.

sdf
 
Cerita SR ini membuat beberapa tuduhan :

1. SR diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa ada dua jet peribadi telah dihantar dari Saudi Arabia pada malam PRU14 untuk membawa saya keluar dari Malaysia tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk mendarat.

2. Tetapi dua jet peribadi ini sempat untuk membawa barang berharga milik saya bersama dengan beberapa pegawai kanan yang juga tidak dinamakan.

3. SR juga diberitahu oleh sumber yang kononnya dekat dengan saya bahawa dana sebanyak RM100 bilion telah dipindahkan ke akaun-akaun bank di Hong Kong.

http://www.sarawakreport.org/…/najib-and-rosmah-over-rm100…/

Fuh... kayanya. RM100 bilion. Bukan main-main.

Ok. Selepas saya tanya beberapa soalan sahaja, ramai akan tertanya-tanya diri bagaimana mereka boleh percaya cerita dongeng seperti ini.

a) Jika jet itu tidak dibenarkan mendarat, bagaimana pula mereka boleh bawa keluar barang-barang kemas serta pegawai-pegawai kanan?

Jet-jet itu mendarat di belakang rumah saya ke? Atau jet-jet itu pakai cahaya sedut?

Ataupun pegawai-pegawai ini jaguh lompat tinggi dan boleh lompat masuk semasa jet-jet itu masih terbang?

b) PH sudah mengambil alih kerajaan hampir satu tahun. Kenapa pula tidak ada rekod jet-jet ini pernah meminta kebenaran untuk mendarat. Tarikh jet-jet itu mahu mendarat pun sudah diberitahu oleh SR.

c) Siapakah dan kenapa kerajaan PH tidak pernah menamakan pegawai-pegawai kanan saya yang kononnya sudah hilang diri?

d) Jika sudah diketahui bahawa akaun-akaun bank ini ada di Hong Kong, kenapa kerajaan PH ataupun kerajaan Hong Kong ataupun DOJ Amerika Syarikat langsung tidak dapat mengesan?

Sumber yang kononnya masukkan duit itu pun SR sudah tahu.

Bank di negara mana pun SR sudah tahu.

Ini bukan kecil Ini dana RM100 billion.

Masih tak boleh kesan selepas satu tahun walaupun PH ada semua maklumat akaun-akaun bank saya dan keluarga saya?

e) Kenapa SR masih tidak mahu mendedahkan nama kedua-dua "sumber" ini?

Takut apa? Saya pun tak ada kuasa kerajaan lagi. Kenapa masih mahu main sorok-sorok?

Kan lebih bagus untuk SR memberi semua maklumat serta nama sumber-sumber ini kepada kerajaan PH.

Takkan MACC, pihak polis dan kerajaan PH enggan untuk ambil tindakan terhadap saya?

Terus-terang saya tanya.

Saya tak faham kenapa orang seperti Clare Brown boleh mengeluarkan fitnah-fitnah seperti ini tanpa sebarang rasa malu atau rasa bersalah. - 16 Mei 2019.

Khamis, 16 Mei 2019

Pang Hok Liong Jawab Sultan Johor, Nafi Beri Ucapan Politik Dalam Masjid.

FREE MALAYSIA TODAY | Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong menafikan memberikan ucapan berunsur politik di Masjid Tenang Stesyen pada 10 Mei lalu seperti yang tersebar media sosial. 


 
Sebaliknya menjelaskan tujuannya hadir ke masjid berkenaan untuk mengumumkan peruntukan RM1,000 sempena bulan Ramadan.

Jelas Pang, beliau memutuskan untuk memperuntukkan RM1,000 kepada setiap masjid dan RM500 kepada setiap surau di kawasan Parlimennya, menggunakan peruntukan diperolehinya sebagai ahli Parlimen.

Katanya, beliau diminta untuk masuk ke dalam masjid selepas pengumuman peruntukan itu dibuat secara umum. Sedangkan sebelum itu beliau berada di luar masjid bersama orang bukan Islam lain.

Menurut Pang, beliau dijemput masuk ke dalam masjid di mana beliau hanya berterima kasih kepada komuniti masjid kerana memuji usahanya.

“Jika lihat semula, tidak ada ucapan. Saya tidak berikan ucapan atau membuat ucapan berunsur politik,” katanya kepada FMT.

Beliau turut mempersoalkan sekiranya tindakannya itu dipertimbangkan sebagai ucapan. - 16 Mei 2019.

Tambah 11 Kamera AES Di PLUS, Najib Sindir Bila Nak Guling-Guling..

NAJIB RAZAK | Kerajaan PH umum penambahan 11 kamera AES baru di Lebuhraya Utara-Selatan.

Ini untuk satu lebuhraya sahaja.

Belum masuk lain-lain tempat yang mereka telah umumkan untuk tambahkan seperti di jambatan Pulau Pinang.


PH kata kos untuk tambah 11 kamera ini adalah RM3 juta atau RM272,700 setiap kamera.

Tetapi kerajaan PH kata ini belum lagi masuk kos penyelenggaraan setiap bulan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri yang umumkan penambahan ini kata kos 11 kamera ini dibiayai oleh Syarikat PLUS.

Bukan duit kerajaan atau duit Rakyat.

Amat pelik.

Kerana PLUS dimilik 51% oleh Khazanah Nasional dan 49% oleh KWSP.

Duit Khazanah bukan duit kerajaan?

Duit KWSP bukan duit Rakyat?

Ok. Ini saya mesti tanya Timbalan Menteri seorang itu yang sering difitnah ada sijil.

Kos RM270,000 setiap kamera, kan?

Saya masih ingat pejuang berani mati mansuh AES ini pernah berulang-kali tuduh BN terlebih bayar 10 kali ganda harga untuk membeli kamera AES.

Masa itu, BN kata kos setiap kamera AES adalah RM170,000.

Tapi Timbalan Menteri Hello Sirul ini kata dia sudah buat checking di Amerika Syarikat dan Eropah.

Dia kata dia mendapat maklumat bahawa kos sebenar hanya RM15 ribu setiap kamera.

Dia tuduh kita terlebih bayar 10 kali ganda. BN boros, dia tuduh.

Kini kos kamera AES masa kerajaan PH adalah RM270 ribu.

Kenapa Mahfuz tak nak persoalkan kenapa PH bayar hampir 20 kali ganda lebih mahal?

Sekarang PH mahu tambah naikkan jumlah kamera AES sebanyak 25% sedangkan dulu Mahfiz mahu hapuskan semua.

Dulu, kerajaan BN sekurang-kurangnya bagi diskaun 50% untuk saman AES.

Kini PH kata tak ada diskaun lagi.

Dia tak nak guling-guling tepi jalanraya ke?



Rujukan : https://www.malaymail.com/…/north-south-highway-to-…/1753486

Pensyarah Minta Maaf Lepas Gelar Penyokong PAS Walaun, Walauntit.

Mohammad Agus Yusoff | INDAHNYA BICARA POLITIK DI MEKAH

1. Bulan lepas, saya di tanah suci mengerjakan Umrah. Bersama saya ada tiga orang Ustaz yang bertindak sebagai pembimbing Umrah saya. Kelulusan Ustaz ini seorang dari Mesir, seorang dari Yemen dan seorang lagi dari Jordan. Kesemua mereka adalah pendokong tegar PAS.

 

 
2. Saya cuma mengenali mereka semasa di tanah suci. Apabila mempunyai kelapangan, kami selalu bercakap soal politik tanah air.

3. Mereka suka bertanya. Antara soalannya ialah pandangan saya tentang kerjasama PAS dan UMNO, dan apakah saya tidak takut DAP menguasai negara?

4. Jawapan saya tentunya tidak sehaluan dengan pandangan mereka. Tetapi Ustaz ini tidak mencemuh, sebaliknya memberikan nasihat dan pandangan kepada saya mengapa kita perlu risau dengan DAP, mengapa kita perlu sokong perjuangan Islam. Tidak pun mereka memuji pemimpin PAS, tidak juga mereka berkata menyokong PAS itu tuntutan agama. Mereka cuma menegaskan menyokong perjuangan Islam itu adalah kewajipan umat Islam. Mereka membawa nas-nas dan kisah perjuangan Islam zaman nabi dan ulama tersohor.

5. Saya tertarik sungguh dengan penjelasan mereka. Bahasa, gerak geri, dan cara bertutur penuh dengan adab Islam. Akhlak mereka cukup tinggi. Saya betul-betul insaf dan ingin sekali bersama dengan perjuangan Islam sebegini seperti yang saya lalui semasa zaman kecil dahulu.

6. Namun, setelah balik ke tanah air, saya melihat pendirian penyokong PAS tidak sama dengan Ustaz yang bersama saya di Mekah. Orang PAS di sini mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi saya melihatnya sebagai tidak ada adab dan akhlak Islam. Mereka mudah mencaci orang yang berbeza pendapat. Justeru, tidak salah jika saya menilai mereka ini dengan bahasa yang telah oun saya tulis.

**********************************

7. Setengah jam lepas saya menerima panggilan dari Ustaz di Pasir Tumbuh yang membimbing saya semasa di Mekah. Lembut sekali tutur katanya. Beliau menyatakan membaca tulisan saya tentang kerjasama PAS-Umno.

8. Beliau menegur saya menggunakan perkataan ‘walaun’ dan ‘walautit’ pada penyokong PAS itu tidak tepat. Katanya, hanya sesetengah sahaja penyokong Pas yang bersikap demikian. Beliau juga mengingatkan saya apapun yang kita buat, ingat selalu tujuannya adalah kerana Allah. Banyak ceramahnya, tetapi saya senang.

9. Seikhlasnya, atas nasihat Ustaz, saya minta maaf jika bahasa saya ‘menggelarkan’ penyokong PAS tempoh hari kasar. Saya ikhlas menggunakan gelaran tersebut, dan ikhlas juga memohon maaf dan menarik balik penggunaannya.

**********************************
10. Walaupun saya menurut nasihat Ustaz, secara peribadi, saya tidak selesa dengan cara politik PAS dan Umno. Ini kerana, bagi saya, perjuangan untuk mendapatkan sokongan satu segmen masyarakat sahaja tidak akan membolehkan dua parti ini kembali ke Putrajaya.

11. Negara kita adalah rencam masyarakatnya. Atas realiti ini, saya cukup bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir: “Cukup-cukuplah (enough of) using the issues of race and religion for political interest.”

Najib Pertikaikan Arahan SPRM Sekat Ambank Kemukakan Maklumat Akaun Miliknya.

POLITIK | Pegawai SPRM dilaporkan menghantar surat larangan kepada pihak bank bagi menyekat pasukan pembelaan Najib mendapatkan akses kepada maklumat-maklumat perbankan akaun yang pernah dibuka atas nama bekas Perdana Menteri itu.


Perkara itu dinyatakan oleh Najib Razak dalam satu kenyataan di Facebooknya pada rabu.
 

"Sebelum ini, pihak pendakwa raya berulang-kali menolak permintaan proses "discovery" dari peguam saya untuk mendapat dokumen-dokumen berkatian dengan kes SRC saya dari pihak SPRM dan Pendakwa Raya.
 

 
Semalam pula, SPRM tiba-tiba menghantar surat kepada pihak bank untuk sekat butiran-butiran transaksi akaun milik saya daripada dihantar kepada peguam-peguam saya untuk membela saya.

Setahu saya, sekatan seperti ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana kes dalam sejarah Malaysia.

Sebelum ini, mahkamah juga telah diberitahu bahawa adanya dokumen bank yang membuktikan Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera-putera Arab pernah menghantar dana kepada akaun bank saya,"
katanya dalam satu kenyataan.

  
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan hujah pasukan pembelaan Najib yang tidak berpuas hati dengan arahan SPRM yang menghalang Najib dan peguamnya untuk mendapatkan dokumen berkenaan akaun banknya yang telah ditutup.

Perkara itu dinyatakan ketika perbicaraan kes, kepada hakim. 


Peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh berkata Ambank telah memberikan dokumen yang diperlukan selama setahun setengah kepada mereka untuk membuat persediaan dalam perbicaraan.

Namun, kata mereka, ia terhenti baru-baru ini apabila seorang pegawai Ambank memberitahu pihaknya telah diarah oleh SPRM untuk tidak memberikan sebarang dokumen berkenaan akaun Najib tanpa kebenaran mereka.

Kata Shafee, arahan itu menjejaskan persediaan pembelaan anak guamnya dan pengesahan dokumen-dokumen utama.

"Kami memerlukan dan berhak ke atas dokumen ini. Pemegang akaun sentiasa berhak terhadap dokumen, sama ada ia masih diteruskan atau telah ditutup... Untuk tahu transaksi (yang dibuat).

"Tiada asas untuk SPRM untuk melakukannya. Mereka tidak boleh berbuat demikian, kerana ini akaun anak guam saya,"
kata Shafee.

Dia mendakwa arahan itu diberi oleh pegawai penyiasat SPRM yang dikenali sebagai Rosli. - 16 Mei 2019.

Cadangan Sekatan Immigresen, Perbaharui Pasport, Lesen, Cukai Jalan Dan Lesen Perniagaan - Untuk Kutip Semula Hutang PTPTN..

POLITIK | Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata antara cadangan yang sedang dipertimbangkan agensi itu bagi mengutip semula pinjaman pendidikan ialah memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam engkar.




Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat kepada media.

Selain cadangan sekatan ke luar negara;

๐Ÿ‘‰ Disekat perbaharui pasport

๐Ÿ‘‰ Disekat perbaharui lesen

๐Ÿ‘‰ Disekat perbaharui cukai jalan

๐Ÿ‘‰ Disekat perbaharui lesen perniagaan

Kesemua cadangan-cadangan itu akan melalui proses penilaian dan pertimbangan sebelum diangkat ke kabinet dan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

Perbadanan itu ketika ini sedang menilai beberapa cadangan bagi mengutip pinjaman pendidikan dari peminjam engkar.

Cadangan sekatan ke luar negara adalah cadangan yang diterima dari peminjam yang membayar dengan patuh, kata Wan Saiful lagi. 

Pakatan Harapan sebelum ini berjanji menerusi manifesto pilihanraya ke 14, akan membatalkan larangan sekatan perjalanan ke luar negara bagi peminjam engkar PTPTN dan memberikan tempoh sehingga peminjam bergaji RM4,000 barulah membayar semula pinjaman pendidikan masing-masing.

Bagaimanapun kerajaan hanya melaksanakan cadangan memansuhkan senaraihitam peminjam engkar, manakala cadangan lain gagal dilaksanakan berikutan masalah kewangan.

Jika cadangan sekatan ini diterima, ini bermakna Pakatan Harapan uturn dalam isu PTPTN kurang dari tempoh setahun selepas ia dilaksanakan.   

Di sosmed, rata-rata penyokong pembangkang telah memainkan lagu uturn bagi memerli kenyataan Wan Saiful Wan Jan itu. - 16 Mei 2019.

Kerjasama UMNO - PAS Seperti Opera Cina.

Mohammad Agus Yusoff | KERJASAMA UMNO-PAS SEPERTI OPERA CINA

1. Semasa berucap di Kerdau, Temerloh, TGHH menyatakan PAS dan Umno akan bergabung menjelang PRU-15. Katanya, usaha itu boleh berjaya kerana PAS dan Umno sudah bersih selepas beberapa individu bermasalah meninggalkan kedua-dua parti berkenaan.

2. Kata TGHH lagi, perpecahan serius dalam kalangan masyarakat Melayu terjadi kerana ada individu yang ekstrem dalam PAS dan Umno. Antara individu yang beliau namakan ialah DSAI yang dibawa menyertai Umno oleh Dr Mahathir.

 
3. Saya setuju PAS-Umno hendak bergabung, tetapi bilakah tarikhnya yang tepat? Tanpa tarikhnya yang tepat, saya menilai kerjasama PAS-Umno sekarang seperti opera Cina. Kenapa saya kata Opera Cina? Ini kerana secara secara faktanya, PAS tidak pernah setia dengan rakan. Saya yakin menjelang penamaan calon PRU-15 semasa pembahagian kerusi nanti, Umno akan menjadi mangsa terbaharu.

4. Gabungan PAS-Umno sudah boleh dibuat kerana PAS-Umno sudah bersih dari individu bermasalah. Bila bersihnya? Realitinya, ramai yang sedang didakwa sekarang masih dalam Umno. Manakala orang PAS yang profesional dan tidak taksub pula, sudah ramai yang meninggalkan PAS. Yang masih bersama dengan Pas ialah ‘walaun’ dan ‘waluntit’, yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi bila memberi komen dan meraikan perbezaan pendapat, tidak menunjukkan akhlak Islam.

5. Perpecahan dalam masyarakat Melayu kerana ada individu ekstrem dalam Umno dan PAS dan hendak dipersalahkan pada DSAI. Bila pula DSAI ekstrem? Yang ekstrem pada saya ialah yang menuduh orang yang tidak sehaluan sebagai kafir dan pelbagai gelaran seumpamanya.

6. Begitulah jadinya apabila kita menggunakan Islam untuk mempolitikkan Islam. Selagi PAS-Umno mempolitikkan Islam, maka selagi itulah saya menilai kerjasama PAS-Umno ini sama seperti menonton Opera Cina.

Selamat berbuka.

Naratif Propaganda 13 Mei Versi Malaysiakini.

KHAIRUL AZRI | Kalau ikut daripada naratif dan garis masa Malaysiakini mengenai 13 May 1969 di antara perkara menarik untuk dibincangkan adalah:
 


- Kematian pertama (First blood) adalah budak penghantar kopi berbangsa Cina yang dibunuh di Kampung Bahru.

- Tentera membekalkan senjata api (rifle) kepada perusuh di Kampung Baru ketika peristiwa rusuhan.

- Pegawai keselamatan tidak berlaku adil ketika rusuhan (menangkan Melayu)

*Perintah berkurung tidak tegas dikawasan Melayu.

*Mayat orang tidak bersunat(bukan Melayu) dibiarkan di dalam sungai.

- Anggota peronda keselamatan juga diarahkan oleh bilik kawalan untuk melepaskan tembakan.

- Ramai perusuh Cina cedera dan mati akibat tembakan

- Askar juga dilaporkan telah melepaskan tembakan kepada perusuh di Kampung Cina.

- Selepas semuanya selesai, 196 mati, 439 cedera

*52 orang mati ditembak (35 Cina), 182 cedera ditembak (125 Cina)

- Tun Razak 'rampas' kuasa Tunku.

*"Akibat 13 May, pada 24 Jun, Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara ditubuhkan, diketuai Tun Abdul Razak Hussein. Kuasa berpindah dari PM Tunku Abdul Rahman ke Tun Razak.

Pada tahun 1971, Parlimen bersidang semula dengan Tun Razak sebagai perdana menteri. Sebilangan sejarawan menganggap pemindahan kuasa ini bukti rusuhan tersebut sebenarnya sebahagian dari kudeta."

- DEB adalah dasar hasil 13 May yang masih digunakan hingga hari ini.

*"Razak percaya bahawa perpaduan takkan dicapai jika kekayaan tidak dikongsi dengan adil. Pada masa itu, bumiputera memegang 2.4% kekayaan negara.

Maka pada tahun 1971, Dasar Ekonomi Baru dilancarkan melalui tindakan afirmatif untuk meningkatkan pemilikian bumiputera. Semangat dasar tersebut diguna pakai ke hari ini.

Kejadian rusuhan tersebut bukan sahaja mengubah dasar negara, tapi menyebabkan trauma yang berpanjangan di kalangan saksi kejadian, mangsa yang masih hidup dan mereka yang kehilangan orang tersayang."

- Tidak semua fakta yang dikeluarkan di dalam garis masa ini adalah fakta yang disahkan.

*"Nota editor: Sempena 50 tahun rusuhan 13 Mei, Malaysiakini menerbitkan beberapa siri artikel berkaitan tragedi itu dan usaha-usaha memulihkannya. Artikel-artikel yang disiarkan mempunyai keterangan bergambar berkaitan keganasan yang berlaku. Tidak semua faktanya dapat disahkan. Bagaimanapun, bahagian yang boleh disahkan diberi pautan."

Rujukan : 13 Mei, moga tak berulang
Rusuhan 1969 yang mengubah Malaysia
https://pages.malaysiakini.com/may13/my/

Pada 13 Mei 1969, satu kampung Cina diserang
https://m.malaysiakini.com/news/475922

Pembunuhan dan haru-biru di Kampung Baru
https://m.malaysiakini.com/news/475918

Syarikat Kesayangan KASTAM Untung Jutaan Ringgit Seludup Arak.

The Malaysian Insight | SEBUAH syarikat pengimport minuman keras mengaut untung sehingga RM7 juta sebulan beroperasi dengan lesen palsu selama hampir 10 bulan selepas kastam membatalkan lesen importnya, kata sumber.
 

 
Syarikat itu beroperasi secara tidak sah dengan lesen import palsu dikeluarkan pihak tertentu dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), yang sekarang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tambah sumber.

Sumber mendedahkan kepada The Malaysian Insight pada Disember lalu, kastam menahan sejumlah minuman keras yang dibawa masuk ke Malaysia dari Shanghai, China dengan menggunakan dokumen palsu daripada kastam di Pelabuhan Klang Utara.

“Barangan itu ditahan kerana cukai importnya tidak dibayar. Macam mana sebuah syarikat yang ditamatkan lesen importnya masih boleh beroperasi?” kata sumber yang maklum mengenai siasatan kes ini.

Sumber juga memberitahu JKDM tidak mengambil sebarang tindakan ke atas syarikat itu, yang dianggap “syarikat kesayangan kastam”.

Syarikat itu juga dikatakan ada kaitan dengan seorang pegawai kanan di Kementerian Kewangan semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat itu beralamat di Bandar Sunway, Selangor. Pemeriksaan ke premis bagaimanapun mendapati pejabat syarikat berkenaan tidak wujud.

“Syarikat ini kaut untung antara lima hingga tujuh juta ringgit setiap bulan dengan dokumen palsu,” kata sumber.

Pada Disember tahun lalu, Ketua Pengarah JKDM Paddy Abd Halim yang ketika itu masih timbalan mengesahkan lesen import syarikat berkenaan dibatalkan pada Ogos 2018 selepas dikesan disalah guna untuk menyeludup arak.

Selain syarikat yang beralamat di Bandar Sunway, sebuah lagi syarikat yang beralamat di Brickfields, Kuala Lumpur turut dikesan jadi pengimport minuman alkohol terbesar di Malaysia dengan lesen palsu.

Siasatan pihak berkuasa setakat ini menunjukkan syarikat itu mendapat lesen dengan tempoh sah yang “istimewa” iaitu selama setahun untuk mengimport sehingga 230 juta liter arak.

“Syarikat itu diberi lesen import dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019 dan sehingga kini syarikat itu membawa masuk antara 60 hingga 70 kontena minuman keras ke Malaysia dan diberi kebenaran khas oleh JKDM untuk mengimport hampir semua jenama minuman beralkohol.

“Ini termasuk jenama yang diberikan hak eksklusif kepada syarikat tempatan,” kata sumber.

Siasatan pihak berkuasa setakat ini menunjukkan syarikat itu mendapat lesen dengan tempoh sah yang 'istimewa' iaitu selama setahun untuk mengimport sehingga 230 juta liter arak.– Gambar EPA, 12 Mei, 2019.
Siasatan pihak berkuasa setakat ini menunjukkan syarikat itu mendapat lesen dengan tempoh sah yang 'istimewa' iaitu selama setahun untuk mengimport sehingga 230 juta liter arak.– Gambar EPA, 12 Mei, 2019.
Sumber menjelaskan kegiatan import minuman keras dengan lesen palsu ini berleluasa selepas kerajaan menguatkuasakan pindaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. Pindaan itu mensyaratkan pengimport minuman keras dan rokok mengemukakan lesen import semasa membuat perisytiharan kepada kastam, berkuat kuasa sejak 1 April 2017.

Pindaan itu sepatutnya memperketatkan sistem sedia ada tetapi apa yang berlaku, ia seolah-olah menjadikan penyeludupan rokok dan alkohol lebih mudah, tambah sumber.

“Sebelum pindaan, ada lebih kurang 50 syarikat import minuman keras tetapi sekarang meningkat sehingga 500 syarikat. Semua syarikat ini dapat lesen import daripada kastam

“Dengan penambahan 500 syarikat, pendapatan negara sepatutnya meningkat sekurang-kurangnya lima kali ganda.

“Tapi laporan menunjukkan pendapatan negara melalui bayaran duti import tidak begitu memberangsangkan. Jadi kenapa 500 syarikat ini diberi lesen oleh JKDM?” soal sumber berkenaan.

Beberapa syarikat pengimport minuman keras yang dihubungi The Malaysian Insight berkata mereka hanya dibenarkan mengimport dengan kuantiti jauh lebih kecil berbanding dua syarikat berkenaan.

“Kami antara syarikat bir terbesar di dunia masih diberi tempoh kelulusan tiga bulan sahaja. Kuantiti pun dalam 300,000 hingga 400,000 liter sahaja.

“Kita tak boleh salahkan pengarah syarikat ini. Tapi mesti ada sesuatu (tak kena) di pihak jabatan kastam,” kata pengarah sebuah syarikat bir di Selangor yang enggan identitinya didedahkan.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan agensi anti rasuah mula menyiasat beberapa pegawai tinggi kastam yang dipercayai terlibat dalam kes penyeludupan rokok dan minuman keras.

Siasatan itu turut melibatkan kegiatan enam buah syarikat yang didakwa menyalah guna lesen import yang dikeluarkan JKDM, yang membolehkan mereka membawa masuk rokok dan arak tanpa membayar cukai.

Enam syarikat itu kini sedang dipantau SPRM.

Setahun PH : Apa Cerita Perolehan Aset Angkatan Tentera Malaysia.

Malaysia Military Power | Setahun Malaysia Baharu

Apa cerita Perolehan Aset Angkatan Tentera Malaysia


Hari tu kami dah kupas mengenai 10 kejayaan Menhan dan hari ini selaras dengan genap nya Setahun Malaysia Baharu, Kami nak kupaskan Perolehan Aset Tempur ATM selepas setahun yang baharu.

 

Tentera Udara Diraja Malaysia

1. MRCA- Terbantut atau terus terkubur.

2. LCA- Tiada Pemilihan akhir. Hanya cakap-cakap sahaja. TUDM ada berbincang dengan Rostec berkaitan radar YAK 130 tapi macam biasa ia akan terdiam selepas ini.

3. MPA- Masih menunggu sama ada beli MPA baru atau hibah dari Jepun atau US

4. UAV- Timb Menhan cakap perlu tapi Panglima ATM cakap Tiada Keperluan

5. 18 Su30MKM berjaya dioperasikan semula dengan bantuan Russia dan Sebuah pesawat SU30MKM yang mengalami kerosakan enjin ketika LIMA 19 masih belum diketahui status

6. Hornet seperti biasa akan terus ditagihkan.. Masih menunggu lampu Hijau MOF untuk naiktaraf baki 3 buah Hornet sedia ada dalam Program 25x capability sedia ada.

7. Hawk seperti biasa akan ditagih untuk beroperasi. tiada bayang sebarang angin perubahan akan peruntukkan naiktaraf Hawk dari MOF.

8. Nuri macam tu juga tiada sebarang berita SLEP

9. EC725 tetap dikerah sebilang masa. Tempo Operasi semakin hari semakin tinggi.

10. Hercules C130 masih sama di tampuk lama dan masih beroperasi dengan peralatan lama.

11. A400M kekal 4 buah dan akan terus kekal 4 buah dan kekal 4 buah.

Tentera Laut Diraja Malaysia

1. 4 buah kapal LMS kini dibina sepenuhnya di China tiada lagi plan 2 buah di bina di China dan 2 buah di bina di Lumut oleh Bousteaf

2. 6 buah LCS mengalami kelewatan yang teruk. Kapal Maharaja Lela yang di jangka beroperasi pada 2019 terpaksa ditangguhkan ke 2021 akibat kelewatan pembinaan dan pemasangan pelbagai sistem di dalam kapal tersebut.Kontrak VL Mica belum di muktamadkan lagi.NSM sedang dalam pembinaan oleh Kongsberg.

3. Kelas Laksamana kini menjalani program SLEP

4. 4 Buah NPGV akan menerima naiktaraf FCS yang terbaru Eletro-Optical FCS

5. KD jebat sedang dinaiktaraf Combat Management System terbaru buatan tempatan yang diberi nama Vibrant 1.

6. UAS telah ditubuhkan di Pengkalan TLDM Telok Sepanggar bagi mengeoperasikan 6 buah ScanEagle 2 dari US selaras dengan bantuan Maritime Security Initiative.

Tentera Darat Malaysia

1. Pembelian 18 laras Nexter System LG1 105mm Howitzer untuk kegunaan Rejimen Artileri Para senyap seribu bahasa.Mengikut kontrak, Nexter dijangka membekalkan laras pertama meriam tersebut pada 2020 selaras dengan kontrak yang ditandatangani pada DSA 2018 yang lalu.

2. LOI M109A5 Paladin kepada US selepas DSA 2018. Dan sehingga kini tiada apa perkembangan positif mengenai pemilikan aset tersebut.

3. AV8 masih dibekalkan secara berperingkat kepada Tentera Darat. Versi Recon dan Versi CBRN telah mula diterima masuk.

4. Penerimaan Batch ke dua Senjata M72 LAW dari Norway yang dioperasikan oleh GGK

5. Penerimaan baru NLAW dari Sweden untuk kegunaan GGK.

6. MD530G tidak berbunyi bila akan sampai. Khabar Angin menyatakan bahawa Jun 2019 ia akan sampai di Malaysia.

7. GBAD telah mula mengoperasikan Radar ControlMaster200 pada akhir 2018 yang lalu.

Ini je laaa yang ada dalam Setahun Malaysia Baharu. Semua perolehan adalah dari perancangan yang lepas dan tiada sebarang pembelian baru dalam rangka kerja Mindef yang baru dari Menteri Pertahanan Yb Muhammad Sabu sempena setahun dia memegang portfolio Menhan.

Inisiatif pengunaan Minyak Sawit sebagai barter trade bagi pembelian aset ATM tidak kedengaran selepas tamat lawatan Menhan ke Moscow pada akhir bulan April 2019 yang lepas.

Mungkin ada kebenaran akan penilaian markah 5/10 yang diberikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir akan prestasi kabinetnya.

Laporan Rasmi Perbendaharaan Negara Buktikan Hutang Negara Bukannya RM1 Trillion Di Zaman BN..

Najib Razak | Saya terpegun apabila melihat laporan rasmi dari Perbendaharaan Negara tentang hutang rasmi negara sehingga suku kedua tahun 2018.

Dari laporan ini:

1. Jumlah hutang negara bukan RM1 trilion.

2. Nisbah hutang semakin menurun untuk tahun-tahun sebelum PRU14 sehingga nisbah turun ke 50.1% pada akhir suku kedua 2018 - iaitu paras paling rendah untuk 9 tahun yang lepas.

Ya, Nisbah hutang semakin menurun di bawah BN kerana defisit negara setiap tahun semakin menurun dan ekonomi semakin meningkat sebelum PRU14.

Bagaimanapun, pengiraan saya ialah nisbah ini sudah naik ke 53.8% untuk suku pertama tahun 2019 di bawah PH selepas mereka meminjam dengan banyak dan ekonomi telah merosot.

Unjuran syarikat penarafan antarabangsa Moody's pula kata nisbah ini akan sampai ke tahap 56% pada akhir tahun 2019 - iaitu lebih tinggi dari had 55% yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia.

Menteri Kewayangan patut bertindak pantas untuk padam atau edit laporan ini dari laman rasmi mereka:

Jika tidak, lebih ramai lagi Rakyat akan sedar mereka telah ditipu oleh cerita hutang negara adalah RM1 trilion ataupun hutang negara sudah turun selepas 1 tahun di bawah PH.

Cepat! Cepat!

Padam! Padam!

Muka surat terakhir di sini:
http://www.treasury.gov.my/…/maklum…/2019/hasil/seksyen4.pdf

Melayu Malas Pintu Belakang, Kroni Rajin Pintu Depan?

Abdul Rahim Hilmi Zakariya | PINTU BELAKANG

Mendiang Tan Sri Yeoh Tiong Lai adalah pengasas YTL Corporation. YTL Corporation melalui YTL Power adalah antara penerima manfaat terbesar dalam industri janaan tenaga elektrik (IPP) pada zaman PM ke 4

YTL Corp kini diuruskan oleh TS Francis Yeoh, anak mendiang. Pada Julai 2018, TS Francis Yeoh turut sama menyambut ulang tahun ke 93 Perdana Menteri dalam satu acara di Kuala Lumpur [1]


Pada 2 Mei 2019, YTL Corp melalui subsidiarinya, YTL Cement telah membeli 51% kepentingan Lafarge Malaysia Bhd dan telah mengeluarkan tawaran mandatori (MO) bagi membeli semua saham Lafarge daripada pemilik saham minoriti lain [2][3]

Pada 7 Mei 2019, Lafarge Malaysia Bhd telah menerima arahan bagi menyambung perbekalan simen untuk kerja-kerja kontrak ECRL bernilai RM270 juta [4]

Ya. Melayu malas dan suka main pintu belakang
 

Rujukan:

[1] Rujuk Gambar. TS Francis paling kanan

[2] https://www.theedgemarkets.com/…/ytl-cement-completes-acqui…

[3] https://www.theedgemarkets.com/…/ytl-corp-buys-51-stake-laf…

[4] https://www.theedgemarkets.com/…/lafarges-rm270-mil-cement-…

10 Kejayaan Kementerian Pertahanan? - Ini Jawapan Kepada Mat Sabu.

Malaysia Military Power | 10 KEJAYAAN KEMENTERIAN PERTAHANAN?


1. Menyiasat projek-projek dan perolehan bernilai tinggi yang mencurigakan?

Ya kami sambut baik siasatan keatas projek yang dianggap mencurigakan. Tapi hanya mengumumkan mengarahkan siasatan dan tidak mengemukakan projek mana dan perolehan mana yang dianggap mencurigakan untuk pengetahuan awam tidaklah kita panggil kejayaan.

Kalau benar kementerian mengamalkan ketelusan (transparency) seperti yang dicanang dan diwar-warkan maka bentangkan kertas siasatan kepada pihak angkatan tentera sendiri, pihak awam, kalangan pakar geostrategik universiti untuk menilai. Jangan sembang buat siasatan tapi simpan untuk diri sendiri lepas tu canang sebagai kejayaan.

Oh kalau memang betul ada projek atau perolehan yang mencurigakan, apakah langkah Mindef keatas perolehan tersebut?

Adakah projek tersebut dibatalkan?

Adakah ada galang ganti kepada perolehan lain?

Adakah pembatalan hasil siasatan tersebut mengganggu proses pemodenan ATM?

Perkara 1 kami kira bukanlah kejayaan kalau perkara yang kami sebutkan diatas tidak dilaksana kementerian. Sekadar syok sendiri.

Malah kami takkan berpuas hati dengan pengisytiharan kejayaan kementerian jika sekiranya pihak yang terbabit tidak dibawa kemuka pengadilan dan dibicarakan dengan adil dan saksama bagi pihak awam menilai sejauh mana tuduhan pihak kementerian selari dengan laungan rule of law yang sering disebut pemerintah sekarang.

Mengarahkan... itu bukan kejayaan.

Masa H2O MenHan dulu pun, ada kes mengarahkan. Unit logistik TLDM kena siap didakwa dan dipenjarakan. So mengarahkan itu takde guna kalau hasilnya NFA sebab kawan.

2. Menarik balik tentera yang ditempatkan di Saudi bagi membantu operasi Yemen.

Ini langkah kejayaan?

Mungkin dalam masa 1 tahun ini kementerian boleh dabik dada berbangga mengatakan menarik balik pasukan kita dari saudi sebagai kejayaan.
Tapi cuba kalau kementerian menghadapi keadaan sebagaimana Arab Spring dengan ribuan rakyat Malaysia terkandas dan perlu perlindungan untuk pulang?
Bagaimana pula perlindungan keatas aset luar negara kita?

Mindef sedar tak Petronas mempunyai aset di negara seperti Yemen, Sudan, Mesir dan Iraq dimana aset ini terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan.

Menarik balik pasukan kita ini kalau mindef anggap kejayaan kami tak tau nak kata apalah. Kami panggil ia sebagai premature decision that threaten our citizen in the middle east.

Tahniah. Kalau Arab Spring Round 2 mula, tengoklah cam mana nak selamatkan warga Malaysia di situ.

3. Mengaktifkan Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan.

Kami takkan cakap apa2 pasal veteran. Biar veteran kita yang nilaikan samada usaha yang dibuat kementerian adalah baik atau sebaliknya.

Kami yakin usaha memperkasakan veteran adalah agenda kementerian sejak dulu lagi tak kiralah kerajaan sebelum ini atau kerajaan yang sekarang namun dengan perbelanjaan yang sekejap ada sekejap takda dan menteri dalam kementerian sendiri masing2 bercanggah pendapat, kami hanya mampu tunggu dan lihat sajalah.

Ok akhir sekali . Apa hak dan kuasa Majlis tersebut? Jangan bincang je ye.

4. Menghentikan amalan pengurniaan pangkat kehormat.

Rasanya baru beberapa bulan lepas ada orang dari kementerian kan yang pakai pangkat kehormat kan.

Contradict sangat.

5.Perolehan Aset Pertahanan dibuat Mengikut Keperluan dan bukan Kepentingan Ahli Politik atau Pihak tertentu

Ok sampai sekarang tiada pengumuman baru perolehan aset utk ATM dan pekara sebegini tidak boleh dinilai secara keseluruhan.

Cuma apa yang MMP dipahamkan sebarang Tender Perolehan Aset ATM kini dilaksanakan secara Tender Terbuka yang mana bebas untuk sesiapa nak masuk.

Pekara ini MMP nampak satu perubahan yang bagus tetapi tidak laa MMP cakap berkesan kerana impak nya hanya boleh dinilai dalam sesuatu tempoh yang panjang.

Buang terus budaya markup dan ali baba dan jadikan TLDM sebagai pasukan contoh yang tanpa segan silu bersedia diteliti dan diaudit oleh SPRM sebilang masa bagi menghapuskan budaya syarikat dua ringgit yang menjahanamkan pasukan keselamatan kita. Ini khusus terutama pada pembelian sparepart peralatan tentera. Budaya dari pemerintah lama yang guna pakai syarikati dua ringgit masuk tender pastu sub kat pemilik lain dan sub atas sub atas sub sampai tinggal hampas itu yang seharusnya dihapuskan dan diutamakan,

bukan nak hapus page kami yang menjadi suara rakyat awam yang sayangkan negara dan mahu melihat pasukan keselamatan kita maju. Bukan susah nak detect company ni just a simple due diligence je boleh tau yang mana bangsat dan yang mana permata nilam sakti.

Jangan pula kementerian pula yang jadi bak kata pepatah harapkan pegar, pegar makan padi.

Cuma nak Tanya sekali lagi ini

Perolehan? Mana perolehan baru? Jangan pula kata tiada perolehan baru peluru dibuat kerana tiada keperluan.

Walk the talk.

Setakat cakap2 ini adalah kejayaan hanya akan menunjukkan betapa kementerian anda cuba memperbodohkan rakyat.

6. Membangunkan Kertas Putih Pertahanan

Ye kerajaan Baru maka muka dan mukadimah pun baru. Cuma MMP cadangkan pastikan Kertas Putih yang memaparkan Hala Tuju Baru MINDEF dan bukan hanya rebranding dari mana- mana dasar-dasar yang Lepas. Malah kami sarankan kertas putih ini adalah satu polisi dokumen yang mengukuhkan HANRUH dan bukannya menggantikan langsung dasar tersebut yang kami lihat hanya perlukan penambahbaikan dan bukan penggantian.

Walaubagaimanapun bayang2 kertas putih masih belum nampak dan masih belum dibentangkan, dan isinya masih belum diteliti pihak awam, cedekiawan dan tentunya kalangan anggota dan pegawai bawahan maka kita tak boleh kata ia satu kejayaan.

Malahan melihat polisi kementerian yang masih flip flop dari satu perkara ke perkara lain, maka adalah agak premature untuk kementerian memukul canang bahawa kertas putih tersebut adalah satu kejayaan kerana kita bukannya nak dengar cakap-cakap pasal kertas putih tapi kita nak tahu apa isinya, apa langkah pelaksanaannya dan apa kesannya kepada polisi asas Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) keatas masyarakat awam, agensi awam dan juga pihak swasta.

Ingat ya kita ingin melihat pemerintah baru bekerja dengan lebih profesional dari pemerintah lama dan taktik sikit2 salahkan kerajaan lama tu basi dan membosankan di dengar melainkan kerajaan baru heret semua penyeleweng tu ke muka keadilan baru dan diadili di mahkamah sepertimana yang dijanjikan maka barulah rakyat puas hati. Kalau setakat sikit2 salah orang lain penat lah, macam budak2 gaduh.

Its cheap and makes you look bad.

Kertas putih tu bagus. Jangan kertas tu je warna putih takde ink plak.

7. Tambahan Peruntukan Hampir RM 20 Juta bagi Hal Ehwal dan kebajikan Veteran ATM bagi tahun 2019

Yang ini sama macam point 3. Veteran ATM boleh nilai sendiri bagaimana penambahbaikan JHeV untuk memelihara kebajikan veteran ATM.

Kalau diceritakan dalam Media Utama memang banyak kemudahan dan hal ehwal kebajikan Veteran ATM diberikan.

Cuma bagaimana kumpulan yang disasarkan merasakan impak nya.

Ok la tu benda bagus. Dulu berapa ek? Sila buat perbandingan dari segi jumlah untuk kami marhaen tengok.

8. Bantuan Khas RM500,00 kepada Persatuan Bekas Tentera.

Sama seperti point 3 dan 7.

Pekara ini tampak memberi impak positif kepada urusan dan program yang bakal dijalankan oleh persatuan bekas tentera.

Nak tanya lagi ini

Ni bantuan khas raya yang umum 2 bulan sebelum raya tu kan? Dah bayar belum?

9. Penganjuran LIMA '19 Terbaik dalam Sejarah

Hmmm korang boleh fikir dan nilai sendiri.

Pameran kali ini hanya melibatkan 60 peratus sektor pertahanan dan 40 peratus dari sektor pengangkutan. Apakah laba keuntungan untuk ATM jika sedemikian?

Hanya 2 penyertaan tim aerobatic iaitu dari Russian Knights dan Jupiter

Tiada pembelian aset baru sama seperti edisi LIMA sebelum sebelum nya. Walaupun disebutkan terdapat urus niaga yang melibatkan jumlah billion Ringgit, sepertimana edisi LIMA sebelum ini nyata perolehan aset untuk ATM tetap tertangguh seperti mana sebelumnya.

Tim TUDM aerobatik yang berjaya dalam persembahan mereka... tapi disebabkan mahu menunjukkan hebatnya kementerian menganjur sehingga membawa kepada insiden yang hampir menyebabkan kemalangan dan kecelakaan terhadap aset dan sumber manusia. Jangan paksa sangat nak menunjukkan kejayaan sehingga menyebabkan nyawa dipertaruhkan. Kita semua tahu, TUDM memang hebat walaupun aset mereka sedikit dan kalangan anggota serta pegawai mereka adalah golongan professional.

So bagaimana anda menilai LIMA'19 ini? Hebat?

Tak leh cakap apa-apa kan . Lain orang lain dilihat. Berapa kerat jet MRCA 4th, 5th, 6th gen yang datang?

10. Memperkenalkan Bantuan Harapan Negara bagi Veteran B40. Ni tanggungjawab.. bukan kejayaan.

Sama seperti Point 3, 7,8

Hai kenapa laa tak rangkum kan dalam satu point je.. sampai 4 point berkait Veteran dol.

Kena ada juga nama Harapan. Satu lagi, bagaimana dengan yang masih berkhidmat? Gaji naik?

Nota : Adalah yang panas telinga periuk belanga nanti.

Nota 2 : Eh jangan marah! Dulu H2O lagi teruk kena. Siap Kami yang panggil Hisapmudin, menteri amaran dan sebagainya. Takkan asyik baling mikrofon je kerja.

Amik kau.. gabungan barisan admin MMP teruih kasi balas

13 Mei 1969 Ialah Rampasan Kuasa?

Mathis Sarawanan | 13 MEI 1969 RAMPASAN KUASA?

Semalam sempena 50 tahun peristiwa 13 Mei 1969, Malaysiakini (BM Version) ada menerbit beberapa artikel berkenaan pandangan penulis dan pembaca tentang peristiwa tersebut. Saya tidak pasti mengapa ada di kalangan kita yang masih nak bercakap tentang 13 Mei sedangkan di negara lain, semua pihak akan berkerjasama menghilangkan peristiwa yang cukup malang dan berdarah seperti ini dari 'collective memory of the masses".

 

 
Bagaimana kita hendak membina perpaduan di dalam kalangan rakyat lagi - lagi dalam tempoh yang sangat kritikal seperti sekarang jika pihak - pihak berkepentingan seperti media dan ahli - ahli politik terus mahu berbicara pasal rusuhan kaum yang terjadi 50 tahun lalu?

Itu pertama.Kedua saya terbaca screenshot ini tulisan ini di timeline Khairul Azri. Saya kurang pasti siapa penulisnya tetapi tulisan ini berniat jahat. Sangat jahat sebenarnya.

Penulisnya tuduh Allayarham Tun Abdul Razak sebagai dalang disebalik insiden 13 Mei 1969 tapi hanya berdasarkan faktor peralihan kuasa dari Tunku Abdul Rahman ke Tun Abdul Razak yang berlaku setelah Parlimen dibenarkan bagi bersidang semula pada tahun 1971.

Saya rasa tuduhan ini percubaan untuk 'rewrite history' yang tak jujur. Saya baca banyak buku pasal dua tokoh utama dalam isu ini. Pertama Tunku Abdul Rahman dan kedua Tun Dr. Ismail. Ada diantara buku - buku itu ditulis oleh mereka sendiri.

Tak ada sekali pun ditulis oleh mereka ataupun orang lain tentang apa - apa berkaitan dengan rampasan kuasa. Tunku pada ketika itu terima tentangan dari kumpulan 'The Young Turks of UMNO' yang terdiri daripada Tun Dr. Mahathir, Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar Baba.

Tun Dr. Mahathir pada ketika itu menjadi watak 'Ultra Malay' yang desak Tunku Abdul Rahman meletak jawatan atas tuduhan Tunku tak bantu orang Melayu. Tun Dr. Mahathir siap tulis surat layang kepada perwakilan UMNO tuduh Tunku Pro - Cina. Nanti saya cuba carikan surat itu.

Malah ada juga laporan yang mengatakan Tun Dr. Mahathir ketika itu berjumpa dengan Anwar Ibrahim yang masih belajar dan meminta beliau mengetuai gerakan pelajar bagi mendesak dan menentang pentadbiran Tunku.

Ada banyak lagi kisah di sebalik faktor - faktor yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969. Saya belum cerita lagi tentang pergerakan Parti Komunis Malaya dalam persatuan pelajar. Siap ada Kertas Putih lagi.

Jadi janganlah buat tuduhan - tuduhan yang tak tepat yang berniat jahat macam ini. Tun Razak itu dah tak ada di sini pun nak pertahankan diri. Tunku, Tun Dr. Ismail pun sudah meninggalkan kita.

Kalau nak kata Tunku letak jawatan atas sebab rampasan kuasa pun bukan sebab Tun Razak tapi atas sebab kesan 'character assassination' yang dibuat terhadapnya oleh Dr. Mahathir. Dia buat sampai orang tak yakin langsung dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu.

Mungkin terdapat pelbagai lagi faktor disebalik peristiwa 13 Mei tapi rampasan kuasa seperti yang dinyatakan dalam tulisan ini bukan salah satu daripadanya.

Sudah - sudahlah. Berpolitik pun ada hadnya.

Rabu, 15 Mei 2019

Setahun PH : Dan Bagaimana Saya Menghadapi Kekalahan Teruk BN..

Mathis Sarawanan | REFLEKSI 1 TAHUN.

Setahun yang lalu waktu ini saya tengah duduk bersama beberapa kawan di tepi jalan fikir nak buat apa untuk hari - hari akan datang. Sampai rumah 4 pagi saya tulis satu nota kata pertama kita kena hormat pilihan rakyat, kedua kita kena berusaha untuk berubah.

 

 
Pandangan saya masih sama. Apa pun pilihan yang dibuat rakyat perlu kita hormati. Sebab itu saya tidak setuju apabila ada yang kata hari ini, hari 'Bodoh Malaysia' apa semua. Cakap pasal kelemahan atau isu - isu boleh, tapi jangan pula sindir atau hina rakyat.

Kita dah dihukum atas kegagalan kita. Kita pun terima sahajalah hakikat itu. Jangan nak bodoh - bodohkan orang lain, diri sendiri yang nampak bodoh.

Kedua. Dalam tempoh setahun ini ada lah sikit perubahan.Secara peribadi, kekalahan ini buka peluang. Jun 2018, saya dilantik bagi bertugas sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen walaupun baru berusia 22 tahun.

Tahun ini pun saya diberi peluang baru. Kali ini dilantik sebagai Ketua Pemuda Bahagian yang akan saya terima secara rasmi pada 18 Mei ini dan secara tidak langsung jadi Ketua Pemuda Bahagian MIC paling muda di seluruh negara.

Saya tidak pasti jika ada parti lain lantik budak umur 22 - 23 tahun pegang jawatan macam ini tapi sekarang saya tahu yang Barisan Nasional sudah ada. Kira betul lah itu bila orang tua - tua selalu kata setiap yang jadi ada hikmahnya.

Kekalahan ini, 'it was as a wake up call'. Fikiran dan pandangan kita kena matang. Kalau salah kita kata salah, kalau betul kita kata betul. Yang ini penting, tak kisah siapa sekali pun. Kita dah tak ada sebab lagi untuk kita terus menipu diri atau syok sendiri.

9 Mei 2018 adalah tentang perubahan. Barisan Nasional kena berubah untuk 'sustain'. Kita tak boleh lagi takut hadapi perubahan. Pandangan saya, sekarang kadar perubahan masih rendah. Agenda perubahan belum boleh dilihat dengan jelas atau konsisten dalam Barisan Nasional.

Politik kaum dan yang terbaru ini agama masih berleluasa seolah - olah kita dah tak ada benda lain. Semua pun nak dikaitkan dengan bangsa atau agama, tapi sampai bila? Ada kita terfikir tentang kesannya kepada negara? Ada tak kita fikir tentang kesannya kepada rakyat? Setakat ini saya rasa, tak.

Pemimpin atasan masih seolah - olah hidup 'in denial' dengan retorik mereka. Kadang - kadang rasa jijik pun ada. Kita yang muda ini kena jujur dengan diri sendiri,. Kalau pemimpin kita salah, kita kena lawan.

Kita boleh kutuk Pakatan Harapan setiap masa dan setiap hari, tapi semua itu tiada makna jika kita pun tidak berubah. Sebenarnya banyak lagi yang perlu dibuat dan kita yang tinggal ini kena berusaha untuknya.

Lebih baik fokus untuk berubah. Politik populis tidak akan bertahan. Belajar dari kesilapan diri dan lawan. Kalau Barisan Nasional ditakdirkan untuk menang PRU 15, biar menang sebab kita kuat, bukannya sebab lawan lemah.

Saya mohon kawan - kawan doakan agar kami yang muda dapat teruskan amanah ini dengan sebaik mungkin demi negara. Barisan Nasional perlu berubah lagi.

#DemiMalaysia

'Tiada Restu', Team Media Kartel Dedak Spin - Zaharudin.

Zaharudin Muhammad | ISU RESTU : SPIN TEAM MEDIA KARTEL DEDAK.

Saya tulis yang TG restu itu berkait dengan isu lama, isu Nurul dulu. Setelah Mr KH (Kaki Hasut) menghasut, saya bagi penjelasan, maka TGHH restu dan saya tak tarik tulisan itu sampai sekarang. (boleh rujuk tulisan asal saya semalam).

Dalam rakaman terkini, wartawan tanya berkenaan restu Presiden berkenaan pendedahan kartel dedak yang hangat sehari dua ini. Jadi sememangnya TG Presiden nafikan sebab memang saya tak jumpa dia sejak 1 minggu yang lalu.


Dalam minda Presiden pula lebih kepada isu RM90 juta justeru Mr KH (Kaki Hasut) pula baru sahaja brief TG Presiden di Komtaq Kerdau bahawa saya bangkitkan balik isu RM90 juta Sarawak Report. Padahal saya bangkit bukan isu 90 juta, tetapi isu Kartel Dedak dan dedak-dedak mereka. Takde kaitan langsung dengan fitnah Serawak Report RM90 juta.

Tahniah dan terbaiik team media bawah selian Mr Hussam II yang mengawal FB dan Twitter TG Presiden sekarang. Spin hanya pada gap yang kecil, isu nurul yang lama yang dapat restu, dengan isu baru yang saya bangkitkan sehari dua ini. Sebarkan 'tidak restu' atas nama FB dan twitter Presiden bagi melambangkan presiden yang bersuara dan seolah-olah saya berbohong. Tajuk FB Pas Pusat juga menarik : Tindakan Zaharudin, tiada restu dari Tuan Guru.

Minit 9:03 TG sebut: "bukan hak saya merestu....". Ayat ini dalam maknanya. Bagi yang tengok TG respon bulan ini dengan bulan lepas agak berbeza justeru bulan lepas Mr KH baru cucuk maklumat salah.

Saya rasa baiah dan ikrar Cyber Trooper Kartel Dedak yang baru dibuat untuk pertahankan Mr Hussam II tu dah nampak hasil pertamanya. Cuma ingatan saya supaya bezakan betul-betul antara backup parti dan pimpinan pada tempatnya yang betul dengan backup pimpinan korups.

Sekian.

Nota : Alhamdulillah jika Jawatankuasa Disiplin mula bersidang isu ini. Saya dah tunggu peluang ini cukup lama. - 15 Mei 2019.

13 Mei 'Salah Orang Melayu', Malaysiakini Dikecam Netizens.

LAPORAN | Portal Malaysiakini dikecam netizens bertubi-tubi disebabkan membayangkan peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku pada 50 tahun yang lampau adalah kesalahan orang melayu.



Portal itu juga bertindak menukarkan tajuk artikelnya kerana dibayangkan;



๐Ÿ‘‰ Menimbulkan elemen provokasi

๐Ÿ‘‰ Membiakkan elemen rasis

๐Ÿ‘‰ Menyalahkan kaum melayu yang terperangkap dengan sentimen


Pada awalnya portal itu meletakkan tajuk : Pada 13 Mei 1969 Satu Kampung Cina Diserang.



Namun setelah diserang dan laporan itu dipertikaikan, Malaysiakini kemudiannya menukarkan ia kepada : Gadai Nyawa Selamatkan Jiran Pada 13 Mei 1969.


Selain itu, Malaysiakini juga dipertikaikan kerana menyiarkan ulasan berkaitan 13 Mei 1969 meskipun tidak semuanya berpandukan kepada fakta tepat.



Ini diakui sendiri oleh portal itu apabila Nota Editornya berkata : "Tiada semua faktanya dapat disahkan," dalam laporan tragedi berdarah 13 Mei itu.



Netizens kemudiannya menyerang dan mempersoalkan sikap CEO Malaysiakini, Premesh Chandran yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana menyiarkan laporan tanpa disokong fakta sahih.



Selain itu, wartawan yang menulis laporan itu juga diserang oleh netizens.


Identiti dan wajah wartawan itu disebarkan oleh kumpulan itu dan pelbagai kata-kata hinaan dan cacian dilemparkan ke atasnya.



Untuk rekod, Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai 13 Mei 1969 bersempena dengan ulangtahun tragedi tersebut yang telah pun memasuki usia 50 tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini juga diambang perhatian apabila berita Bahasa Inggerisnya menyiarkan laporan mahu UiTm dibuka kepada semua namun tidak menyiarkan laporan yang sama dalam Bahasa Malaysia.

Malaysiakini belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan balas mengenai serangan yang diterima oleh portal itu sejak 2 hari lepas setakat ini. - 15 Mei 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...