"Saya restu itu tak betul, isu restu ini memang tak timbul. Tak ada restu," katanya kepada wakil media ketika sesi dialog dan majlis berbuka puasa Pimpinan Pas Pusat bersama media di Hotel De Palma semalam.
Kenyataan Presiden PAS itu turut disuarakan menerusi satu kicauan di Twitternya pada isnin.
Sinar Harian melaporkan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi yang dipetik sebagai berkata, pendedahan 'kartel dedak' yang dibongkar menantunya ialah 'filem' lama yang sengaja ditayangkan semula.
"Itu (kartel dedak) itu 'filem' lama yang sudah ditayang, ia sudah selesai.
"Kita anggap perkara itu dah selesai, ia libatkan disiplin," ujar Abdul Hadi.
Mengulas lanjut perkara sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan pendedahan Zaharuddin itu akan disiasat dan akan didakwa oleh Jawatankuasa Disiplin Pas.
"Kita dimaklumkan, kita terima aduan berhubung perlanggaran tatatertib parti.
"Jawatankuasa Disiplin Pas akan buat keputusan. Aduan itu akan disiasat dan dibuat pendakwaan," katanya.
Pada majlis sama, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditanya kaitan dirinya dengan senarai kartel yang didedahkan enggan mengulas sebaliknya meminta soalan itu ditanya kepada Presiden Pas.
"Jangan tanya saya, pergi tanya di dalam (bilik sidang media) di sana ada semua jawapan," katanya ringkas. - 14 Mei 2019.