Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Mei 2019

13 Mei 1969 Ialah Rampasan Kuasa?

Mathis Sarawanan | 13 MEI 1969 RAMPASAN KUASA?

Semalam sempena 50 tahun peristiwa 13 Mei 1969, Malaysiakini (BM Version) ada menerbit beberapa artikel berkenaan pandangan penulis dan pembaca tentang peristiwa tersebut. Saya tidak pasti mengapa ada di kalangan kita yang masih nak bercakap tentang 13 Mei sedangkan di negara lain, semua pihak akan berkerjasama menghilangkan peristiwa yang cukup malang dan berdarah seperti ini dari 'collective memory of the masses".

 

 
Bagaimana kita hendak membina perpaduan di dalam kalangan rakyat lagi - lagi dalam tempoh yang sangat kritikal seperti sekarang jika pihak - pihak berkepentingan seperti media dan ahli - ahli politik terus mahu berbicara pasal rusuhan kaum yang terjadi 50 tahun lalu?

Itu pertama.Kedua saya terbaca screenshot ini tulisan ini di timeline Khairul Azri. Saya kurang pasti siapa penulisnya tetapi tulisan ini berniat jahat. Sangat jahat sebenarnya.

Penulisnya tuduh Allayarham Tun Abdul Razak sebagai dalang disebalik insiden 13 Mei 1969 tapi hanya berdasarkan faktor peralihan kuasa dari Tunku Abdul Rahman ke Tun Abdul Razak yang berlaku setelah Parlimen dibenarkan bagi bersidang semula pada tahun 1971.

Saya rasa tuduhan ini percubaan untuk 'rewrite history' yang tak jujur. Saya baca banyak buku pasal dua tokoh utama dalam isu ini. Pertama Tunku Abdul Rahman dan kedua Tun Dr. Ismail. Ada diantara buku - buku itu ditulis oleh mereka sendiri.

Tak ada sekali pun ditulis oleh mereka ataupun orang lain tentang apa - apa berkaitan dengan rampasan kuasa. Tunku pada ketika itu terima tentangan dari kumpulan 'The Young Turks of UMNO' yang terdiri daripada Tun Dr. Mahathir, Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar Baba.

Tun Dr. Mahathir pada ketika itu menjadi watak 'Ultra Malay' yang desak Tunku Abdul Rahman meletak jawatan atas tuduhan Tunku tak bantu orang Melayu. Tun Dr. Mahathir siap tulis surat layang kepada perwakilan UMNO tuduh Tunku Pro - Cina. Nanti saya cuba carikan surat itu.

Malah ada juga laporan yang mengatakan Tun Dr. Mahathir ketika itu berjumpa dengan Anwar Ibrahim yang masih belajar dan meminta beliau mengetuai gerakan pelajar bagi mendesak dan menentang pentadbiran Tunku.

Ada banyak lagi kisah di sebalik faktor - faktor yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969. Saya belum cerita lagi tentang pergerakan Parti Komunis Malaya dalam persatuan pelajar. Siap ada Kertas Putih lagi.

Jadi janganlah buat tuduhan - tuduhan yang tak tepat yang berniat jahat macam ini. Tun Razak itu dah tak ada di sini pun nak pertahankan diri. Tunku, Tun Dr. Ismail pun sudah meninggalkan kita.

Kalau nak kata Tunku letak jawatan atas sebab rampasan kuasa pun bukan sebab Tun Razak tapi atas sebab kesan 'character assassination' yang dibuat terhadapnya oleh Dr. Mahathir. Dia buat sampai orang tak yakin langsung dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu.

Mungkin terdapat pelbagai lagi faktor disebalik peristiwa 13 Mei tapi rampasan kuasa seperti yang dinyatakan dalam tulisan ini bukan salah satu daripadanya.

Sudah - sudahlah. Berpolitik pun ada hadnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...