Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Mei 2019

Najib Bimbang Prestasi Tabung Haji Semakin Teruk..

NAJIB RAZAK | Semalam, Tabung Haji mengumumkan prestasi mereka untuk suku pertama tahun 2019:

1. RM4.6 bilion dikeluarkan oleh pendeposit berbanding RM4.3 bilion deposit baru diterima.

2. Untung bersih RM440 juta.


 
3. Nilai pulangan dari aset RM19.9 bilion dipindah ke SPV adalah hampir RM800 juta setahun.

Pada suku ke-4 tahun 2018, jumlah deposit TH telah turun sebanyak RM1 bilion setelah lebih ramai pendeposit mengeluarkan simpanan mereka berbanding simpanan baru.

Trend ini berterusan pada suku pertama 2019 di mana nilai pengeluaran melebihi deposit baru dengan sebanyak RM300 juta.

Perlu ingat bahawa prestasi suku pertama tahun 2019 adalah SEBELUM hibah 1.25%, iaitu paling rendah dalam sejarah, diumumkan pada bulan April.

Saya bimbang trend pengeluaran simpanan akan bertambah teruk untuk suku ke-2 ini.

Untung bersih untuk suku pertama TH hanya RM440 juta.

Jika trend ini berterusan sehingga akhir tahun maka nilai untung bersih TH untuk tahun 2019 hanya RM1.76 bilion (RM440 juta darab 4 suku).

Jumlah keuntungan RM1.76 bilion ini belum termasuk susut nilai untuk mengambil kira kejatuhan nilai pelaburan TH dalam pasaran saham yang sudah menjadi paling corot dalam dunia untuk tahun ini.

Pada tahun 2018, sebanyak RM913 juta dari keuntungan TH diagihkan untuk membayar Hibah 1.25%.

Jika kita mengabaikan sebarang susut nilai pun, keuntungan RM1.76 bilion untuk tahun 2019 hanya cukup untuk membayar hibah paling tinggi pada kadar 2.40%.

Saya juga bimbang bahawa jumlah pulangan RM800 juta setahun yang dibayar oleh SPV untuk membeli aset RM19.9 bilion dari TH hanya 4.02% setahun.

Kadar pulangan ini adalah rendah berbanding purata hibah 6.75% yang dibayar pada tempoh 9 tahun semasa saya PM.

Berdasarkan laporan suku pertama Tabung Haji ini, saya boleh merumuskan bahawa corak pelaburan TH telah berubah dan Hibah untuk tahun 2019 ini dan untuk tahun-tahun yang akan datang mungkin tidak tinggi lagi seperti dahulu.



Rujukan : https://www.bharian.com.my/…/th-catat-untung-bersih-rm440-j…

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...