Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Mei 2019

Najib Pertikaikan Arahan SPRM Sekat Ambank Kemukakan Maklumat Akaun Miliknya.

POLITIK | Pegawai SPRM dilaporkan menghantar surat larangan kepada pihak bank bagi menyekat pasukan pembelaan Najib mendapatkan akses kepada maklumat-maklumat perbankan akaun yang pernah dibuka atas nama bekas Perdana Menteri itu.


Perkara itu dinyatakan oleh Najib Razak dalam satu kenyataan di Facebooknya pada rabu.
 

"Sebelum ini, pihak pendakwa raya berulang-kali menolak permintaan proses "discovery" dari peguam saya untuk mendapat dokumen-dokumen berkatian dengan kes SRC saya dari pihak SPRM dan Pendakwa Raya.
 

 
Semalam pula, SPRM tiba-tiba menghantar surat kepada pihak bank untuk sekat butiran-butiran transaksi akaun milik saya daripada dihantar kepada peguam-peguam saya untuk membela saya.

Setahu saya, sekatan seperti ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana kes dalam sejarah Malaysia.

Sebelum ini, mahkamah juga telah diberitahu bahawa adanya dokumen bank yang membuktikan Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera-putera Arab pernah menghantar dana kepada akaun bank saya,"
katanya dalam satu kenyataan.

  
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan hujah pasukan pembelaan Najib yang tidak berpuas hati dengan arahan SPRM yang menghalang Najib dan peguamnya untuk mendapatkan dokumen berkenaan akaun banknya yang telah ditutup.

Perkara itu dinyatakan ketika perbicaraan kes, kepada hakim. 


Peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh berkata Ambank telah memberikan dokumen yang diperlukan selama setahun setengah kepada mereka untuk membuat persediaan dalam perbicaraan.

Namun, kata mereka, ia terhenti baru-baru ini apabila seorang pegawai Ambank memberitahu pihaknya telah diarah oleh SPRM untuk tidak memberikan sebarang dokumen berkenaan akaun Najib tanpa kebenaran mereka.

Kata Shafee, arahan itu menjejaskan persediaan pembelaan anak guamnya dan pengesahan dokumen-dokumen utama.

"Kami memerlukan dan berhak ke atas dokumen ini. Pemegang akaun sentiasa berhak terhadap dokumen, sama ada ia masih diteruskan atau telah ditutup... Untuk tahu transaksi (yang dibuat).

"Tiada asas untuk SPRM untuk melakukannya. Mereka tidak boleh berbuat demikian, kerana ini akaun anak guam saya,"
kata Shafee.

Dia mendakwa arahan itu diberi oleh pegawai penyiasat SPRM yang dikenali sebagai Rosli. - 16 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...