Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 15 Mei 2019

Setahun PH : Dan Bagaimana Saya Menghadapi Kekalahan Teruk BN..

Mathis Sarawanan | REFLEKSI 1 TAHUN.

Setahun yang lalu waktu ini saya tengah duduk bersama beberapa kawan di tepi jalan fikir nak buat apa untuk hari - hari akan datang. Sampai rumah 4 pagi saya tulis satu nota kata pertama kita kena hormat pilihan rakyat, kedua kita kena berusaha untuk berubah.

 

 
Pandangan saya masih sama. Apa pun pilihan yang dibuat rakyat perlu kita hormati. Sebab itu saya tidak setuju apabila ada yang kata hari ini, hari 'Bodoh Malaysia' apa semua. Cakap pasal kelemahan atau isu - isu boleh, tapi jangan pula sindir atau hina rakyat.

Kita dah dihukum atas kegagalan kita. Kita pun terima sahajalah hakikat itu. Jangan nak bodoh - bodohkan orang lain, diri sendiri yang nampak bodoh.

Kedua. Dalam tempoh setahun ini ada lah sikit perubahan.Secara peribadi, kekalahan ini buka peluang. Jun 2018, saya dilantik bagi bertugas sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen walaupun baru berusia 22 tahun.

Tahun ini pun saya diberi peluang baru. Kali ini dilantik sebagai Ketua Pemuda Bahagian yang akan saya terima secara rasmi pada 18 Mei ini dan secara tidak langsung jadi Ketua Pemuda Bahagian MIC paling muda di seluruh negara.

Saya tidak pasti jika ada parti lain lantik budak umur 22 - 23 tahun pegang jawatan macam ini tapi sekarang saya tahu yang Barisan Nasional sudah ada. Kira betul lah itu bila orang tua - tua selalu kata setiap yang jadi ada hikmahnya.

Kekalahan ini, 'it was as a wake up call'. Fikiran dan pandangan kita kena matang. Kalau salah kita kata salah, kalau betul kita kata betul. Yang ini penting, tak kisah siapa sekali pun. Kita dah tak ada sebab lagi untuk kita terus menipu diri atau syok sendiri.

9 Mei 2018 adalah tentang perubahan. Barisan Nasional kena berubah untuk 'sustain'. Kita tak boleh lagi takut hadapi perubahan. Pandangan saya, sekarang kadar perubahan masih rendah. Agenda perubahan belum boleh dilihat dengan jelas atau konsisten dalam Barisan Nasional.

Politik kaum dan yang terbaru ini agama masih berleluasa seolah - olah kita dah tak ada benda lain. Semua pun nak dikaitkan dengan bangsa atau agama, tapi sampai bila? Ada kita terfikir tentang kesannya kepada negara? Ada tak kita fikir tentang kesannya kepada rakyat? Setakat ini saya rasa, tak.

Pemimpin atasan masih seolah - olah hidup 'in denial' dengan retorik mereka. Kadang - kadang rasa jijik pun ada. Kita yang muda ini kena jujur dengan diri sendiri,. Kalau pemimpin kita salah, kita kena lawan.

Kita boleh kutuk Pakatan Harapan setiap masa dan setiap hari, tapi semua itu tiada makna jika kita pun tidak berubah. Sebenarnya banyak lagi yang perlu dibuat dan kita yang tinggal ini kena berusaha untuknya.

Lebih baik fokus untuk berubah. Politik populis tidak akan bertahan. Belajar dari kesilapan diri dan lawan. Kalau Barisan Nasional ditakdirkan untuk menang PRU 15, biar menang sebab kita kuat, bukannya sebab lawan lemah.

Saya mohon kawan - kawan doakan agar kami yang muda dapat teruskan amanah ini dengan sebaik mungkin demi negara. Barisan Nasional perlu berubah lagi.

#DemiMalaysia

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...