Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 Mei 2019

Dikecam Bertubi-Tubi Isu PTPTN, Ini Penjelasan Wan Saiful.

Wan Saiful Wan Jan | PTPTN BENTANG KUMPULAN IDEA DARIPADA PEMEGANG TARUH DALAM KONSULTASI NASIONAL
Hari ini PTPTN melancarkan konsultasi nasional mengenai mekanisne bayaran balik pinjaman pendidikan. Saya jemput semua untuk mengambil bahagian dalam konsultasi rakyat ini melalui laman web yang kami sediakan.



 
Kertas Konsultasi Rakyat Berkaitan Mekanisme Bayaran Balik PTPTN yang kita lancarkan hari ini adalah hasil daripada proses semakan yang intensif, rundingan serta perbincangan dengan kumpulan-kumpulan pakar, penganjuran bengkel-bengkel, dan sesi-sesi perbincangan meja bulat serta libat urus atau engagement dengan pelbagai kumpulan berkepentingan.

Dalam laman web khas yang disediakan, ada TIGA BAHAGIAN yang dipaparkan.

BAHAGIAN PERTAMA ialah data dan fakta terkini berkaitan PTPTN. Bahagian ini penting kerana terlalu banyak komentar yang diberikan adalah berdasarkan emosi dan sangkaan, sedangkan fakta sebenar tidak diketahui umum. Maka dalam Bahagian Pertama Konsultasi Rakyat ini kita bentangkan semua fakta yang relevan agar rakyat mendapat maklumat yang tepat mengenai situasi sebenar PTPTN.

BAHAGIAN KEDUA pula adalah ringkasan idea-idea besar yang telah kita kumpulkan daripada siri-siri kajian dan perbincangan yang saya sebutkan tadi. Apa yang dibentangkan dalam Bahagian Kedua kertas ini bukanlah cadangan PTPTN tetapi ia merupakan senarai cadangan-cadangan yang kami terima daripada pelbagai pihak semasa sesi libat urus yang diadakan.

 

Perlu saya tegaskan bahawa ada cadangan atau idea dalam Bahagian Dua itu yang kami sukai, tetapi ada juga idea yang kami sendiri rasa agak keberatan untuk menerimanya. Tetapi saya mengambil sikap untuk amanah terhadap input-input yang kami kumpulkan sepanjang sesi libat urus. Saya tidak menyaring keluar idea-idea yang diberikan. Sama ada kami selesa dengan idea-idea itu atau tidak, itu bukan perkara penting. Perkara penting ialah kami persembahkan semuanya dengan penuh amanah kepada rakyat agar penilaian akhir boleh dibuat oleh rakyat sendiri iaitu di BAHAGIAN TIGA di mana pandangan dan maklumbalas daripada rakyat amat dialukan.

Fokus Konsultasi Rakyat ini adalah untuk mencari jalan atau mekanisme terbaik dalam pembayaran balik hutang PTPTN. Mekanisme yang berpatutan, tidak membebankan, dan pada waktu yang sama tidak mengorbankan peluang anak-anak yang masih bersekolah untuk mendapat pinjaman memasuki menara gading.

Saya kesal kerana ada laporan yang amat selektif sengaja mensasikan juzuk kecil daripada dokumen penuh. Mereka memetik satu daripada banyak cadangan yang disuarakan kepada PTPTN sebelum, lalu melaporkan seolah-olah itu satu-satunya idea yang ada, tanpa menyebut hakikat sebenar bahawa ia satu konsultasi besar yang menggariskan pelbagai idea, dan idea-idea itu bukan pun daripada PTPTN. Saya minta semua pihak menghalusi maklumat penuh yang kita paparkan dalam laman web khas, supaya isu penting yang berkait dengan masa depan penajaan pendidikan anak bangsa kita dapat ditangani dengan baik dan tidak terus meneruskan dipolitikkan.

Saya yakin ini adalah cara yang lebih telus, yang membolehkan rakyat memberi pandangan dengan cara bermaklumat dan tersusun. Kalau di negara-negara yang demokrasinya lebih matang, penerbitan Green Paper dan White Paper dalam pembuatan dasar adalah perkara biasa. Di Malaysia, amat jarang perkara ini berlaku. Banyak dasar yang diperkenalkan secara top-down sahaja. Tetapi dalam konteks Malaysia Baharu, ini adalah usaha kecil saya untuk menyumbang ke arah budaya pembikinan dasar yang lebih merakyat dan konsultatif.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...