Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Mei 2019

10 Kejayaan Kementerian Pertahanan? - Ini Jawapan Kepada Mat Sabu.

Malaysia Military Power | 10 KEJAYAAN KEMENTERIAN PERTAHANAN?


1. Menyiasat projek-projek dan perolehan bernilai tinggi yang mencurigakan?

Ya kami sambut baik siasatan keatas projek yang dianggap mencurigakan. Tapi hanya mengumumkan mengarahkan siasatan dan tidak mengemukakan projek mana dan perolehan mana yang dianggap mencurigakan untuk pengetahuan awam tidaklah kita panggil kejayaan.

Kalau benar kementerian mengamalkan ketelusan (transparency) seperti yang dicanang dan diwar-warkan maka bentangkan kertas siasatan kepada pihak angkatan tentera sendiri, pihak awam, kalangan pakar geostrategik universiti untuk menilai. Jangan sembang buat siasatan tapi simpan untuk diri sendiri lepas tu canang sebagai kejayaan.

Oh kalau memang betul ada projek atau perolehan yang mencurigakan, apakah langkah Mindef keatas perolehan tersebut?

Adakah projek tersebut dibatalkan?

Adakah ada galang ganti kepada perolehan lain?

Adakah pembatalan hasil siasatan tersebut mengganggu proses pemodenan ATM?

Perkara 1 kami kira bukanlah kejayaan kalau perkara yang kami sebutkan diatas tidak dilaksana kementerian. Sekadar syok sendiri.

Malah kami takkan berpuas hati dengan pengisytiharan kejayaan kementerian jika sekiranya pihak yang terbabit tidak dibawa kemuka pengadilan dan dibicarakan dengan adil dan saksama bagi pihak awam menilai sejauh mana tuduhan pihak kementerian selari dengan laungan rule of law yang sering disebut pemerintah sekarang.

Mengarahkan... itu bukan kejayaan.

Masa H2O MenHan dulu pun, ada kes mengarahkan. Unit logistik TLDM kena siap didakwa dan dipenjarakan. So mengarahkan itu takde guna kalau hasilnya NFA sebab kawan.

2. Menarik balik tentera yang ditempatkan di Saudi bagi membantu operasi Yemen.

Ini langkah kejayaan?

Mungkin dalam masa 1 tahun ini kementerian boleh dabik dada berbangga mengatakan menarik balik pasukan kita dari saudi sebagai kejayaan.
Tapi cuba kalau kementerian menghadapi keadaan sebagaimana Arab Spring dengan ribuan rakyat Malaysia terkandas dan perlu perlindungan untuk pulang?
Bagaimana pula perlindungan keatas aset luar negara kita?

Mindef sedar tak Petronas mempunyai aset di negara seperti Yemen, Sudan, Mesir dan Iraq dimana aset ini terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan.

Menarik balik pasukan kita ini kalau mindef anggap kejayaan kami tak tau nak kata apalah. Kami panggil ia sebagai premature decision that threaten our citizen in the middle east.

Tahniah. Kalau Arab Spring Round 2 mula, tengoklah cam mana nak selamatkan warga Malaysia di situ.

3. Mengaktifkan Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan.

Kami takkan cakap apa2 pasal veteran. Biar veteran kita yang nilaikan samada usaha yang dibuat kementerian adalah baik atau sebaliknya.

Kami yakin usaha memperkasakan veteran adalah agenda kementerian sejak dulu lagi tak kiralah kerajaan sebelum ini atau kerajaan yang sekarang namun dengan perbelanjaan yang sekejap ada sekejap takda dan menteri dalam kementerian sendiri masing2 bercanggah pendapat, kami hanya mampu tunggu dan lihat sajalah.

Ok akhir sekali . Apa hak dan kuasa Majlis tersebut? Jangan bincang je ye.

4. Menghentikan amalan pengurniaan pangkat kehormat.

Rasanya baru beberapa bulan lepas ada orang dari kementerian kan yang pakai pangkat kehormat kan.

Contradict sangat.

5.Perolehan Aset Pertahanan dibuat Mengikut Keperluan dan bukan Kepentingan Ahli Politik atau Pihak tertentu

Ok sampai sekarang tiada pengumuman baru perolehan aset utk ATM dan pekara sebegini tidak boleh dinilai secara keseluruhan.

Cuma apa yang MMP dipahamkan sebarang Tender Perolehan Aset ATM kini dilaksanakan secara Tender Terbuka yang mana bebas untuk sesiapa nak masuk.

Pekara ini MMP nampak satu perubahan yang bagus tetapi tidak laa MMP cakap berkesan kerana impak nya hanya boleh dinilai dalam sesuatu tempoh yang panjang.

Buang terus budaya markup dan ali baba dan jadikan TLDM sebagai pasukan contoh yang tanpa segan silu bersedia diteliti dan diaudit oleh SPRM sebilang masa bagi menghapuskan budaya syarikat dua ringgit yang menjahanamkan pasukan keselamatan kita. Ini khusus terutama pada pembelian sparepart peralatan tentera. Budaya dari pemerintah lama yang guna pakai syarikati dua ringgit masuk tender pastu sub kat pemilik lain dan sub atas sub atas sub sampai tinggal hampas itu yang seharusnya dihapuskan dan diutamakan,

bukan nak hapus page kami yang menjadi suara rakyat awam yang sayangkan negara dan mahu melihat pasukan keselamatan kita maju. Bukan susah nak detect company ni just a simple due diligence je boleh tau yang mana bangsat dan yang mana permata nilam sakti.

Jangan pula kementerian pula yang jadi bak kata pepatah harapkan pegar, pegar makan padi.

Cuma nak Tanya sekali lagi ini

Perolehan? Mana perolehan baru? Jangan pula kata tiada perolehan baru peluru dibuat kerana tiada keperluan.

Walk the talk.

Setakat cakap2 ini adalah kejayaan hanya akan menunjukkan betapa kementerian anda cuba memperbodohkan rakyat.

6. Membangunkan Kertas Putih Pertahanan

Ye kerajaan Baru maka muka dan mukadimah pun baru. Cuma MMP cadangkan pastikan Kertas Putih yang memaparkan Hala Tuju Baru MINDEF dan bukan hanya rebranding dari mana- mana dasar-dasar yang Lepas. Malah kami sarankan kertas putih ini adalah satu polisi dokumen yang mengukuhkan HANRUH dan bukannya menggantikan langsung dasar tersebut yang kami lihat hanya perlukan penambahbaikan dan bukan penggantian.

Walaubagaimanapun bayang2 kertas putih masih belum nampak dan masih belum dibentangkan, dan isinya masih belum diteliti pihak awam, cedekiawan dan tentunya kalangan anggota dan pegawai bawahan maka kita tak boleh kata ia satu kejayaan.

Malahan melihat polisi kementerian yang masih flip flop dari satu perkara ke perkara lain, maka adalah agak premature untuk kementerian memukul canang bahawa kertas putih tersebut adalah satu kejayaan kerana kita bukannya nak dengar cakap-cakap pasal kertas putih tapi kita nak tahu apa isinya, apa langkah pelaksanaannya dan apa kesannya kepada polisi asas Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) keatas masyarakat awam, agensi awam dan juga pihak swasta.

Ingat ya kita ingin melihat pemerintah baru bekerja dengan lebih profesional dari pemerintah lama dan taktik sikit2 salahkan kerajaan lama tu basi dan membosankan di dengar melainkan kerajaan baru heret semua penyeleweng tu ke muka keadilan baru dan diadili di mahkamah sepertimana yang dijanjikan maka barulah rakyat puas hati. Kalau setakat sikit2 salah orang lain penat lah, macam budak2 gaduh.

Its cheap and makes you look bad.

Kertas putih tu bagus. Jangan kertas tu je warna putih takde ink plak.

7. Tambahan Peruntukan Hampir RM 20 Juta bagi Hal Ehwal dan kebajikan Veteran ATM bagi tahun 2019

Yang ini sama macam point 3. Veteran ATM boleh nilai sendiri bagaimana penambahbaikan JHeV untuk memelihara kebajikan veteran ATM.

Kalau diceritakan dalam Media Utama memang banyak kemudahan dan hal ehwal kebajikan Veteran ATM diberikan.

Cuma bagaimana kumpulan yang disasarkan merasakan impak nya.

Ok la tu benda bagus. Dulu berapa ek? Sila buat perbandingan dari segi jumlah untuk kami marhaen tengok.

8. Bantuan Khas RM500,00 kepada Persatuan Bekas Tentera.

Sama seperti point 3 dan 7.

Pekara ini tampak memberi impak positif kepada urusan dan program yang bakal dijalankan oleh persatuan bekas tentera.

Nak tanya lagi ini

Ni bantuan khas raya yang umum 2 bulan sebelum raya tu kan? Dah bayar belum?

9. Penganjuran LIMA '19 Terbaik dalam Sejarah

Hmmm korang boleh fikir dan nilai sendiri.

Pameran kali ini hanya melibatkan 60 peratus sektor pertahanan dan 40 peratus dari sektor pengangkutan. Apakah laba keuntungan untuk ATM jika sedemikian?

Hanya 2 penyertaan tim aerobatic iaitu dari Russian Knights dan Jupiter

Tiada pembelian aset baru sama seperti edisi LIMA sebelum sebelum nya. Walaupun disebutkan terdapat urus niaga yang melibatkan jumlah billion Ringgit, sepertimana edisi LIMA sebelum ini nyata perolehan aset untuk ATM tetap tertangguh seperti mana sebelumnya.

Tim TUDM aerobatik yang berjaya dalam persembahan mereka... tapi disebabkan mahu menunjukkan hebatnya kementerian menganjur sehingga membawa kepada insiden yang hampir menyebabkan kemalangan dan kecelakaan terhadap aset dan sumber manusia. Jangan paksa sangat nak menunjukkan kejayaan sehingga menyebabkan nyawa dipertaruhkan. Kita semua tahu, TUDM memang hebat walaupun aset mereka sedikit dan kalangan anggota serta pegawai mereka adalah golongan professional.

So bagaimana anda menilai LIMA'19 ini? Hebat?

Tak leh cakap apa-apa kan . Lain orang lain dilihat. Berapa kerat jet MRCA 4th, 5th, 6th gen yang datang?

10. Memperkenalkan Bantuan Harapan Negara bagi Veteran B40. Ni tanggungjawab.. bukan kejayaan.

Sama seperti Point 3, 7,8

Hai kenapa laa tak rangkum kan dalam satu point je.. sampai 4 point berkait Veteran dol.

Kena ada juga nama Harapan. Satu lagi, bagaimana dengan yang masih berkhidmat? Gaji naik?

Nota : Adalah yang panas telinga periuk belanga nanti.

Nota 2 : Eh jangan marah! Dulu H2O lagi teruk kena. Siap Kami yang panggil Hisapmudin, menteri amaran dan sebagainya. Takkan asyik baling mikrofon je kerja.

Amik kau.. gabungan barisan admin MMP teruih kasi balas

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...