Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Mei 2019

Kenapa Saya Pilih Lawan Terbuka - Zaharuddin Muhammad.

Zaharudin Muhammad | KENAPA SAYA PILIH JALAN KEDUA?

Ramai yang kata apa yang saya dedahkan ini musuh ambil kesempatan. Cuba tengok ayat Malaysiakini "Pada masa sama Zaharudin menegaskan perbuatan menerima "dedak" itu sebenarnya tidak mendapat restu Abdul Hadi. Kenyataan itu sekali gus bercanggah dengan dakwaan Anggota Parlimen Bachok dalam audio yang mengejutkan ramai orang sebelum ini."


Misi saya mudah. Saya nak distancekan (jauhkan) perbuatan mendedak ini daripada dilibatkan presiden pas, majlis syura ulama dan pas pusat itu sendiri selepas tulisan pintu2 YBNA. Jadi dua pilihan yang perlu saya pilih, sama ada:

1. Biar abaikan persepsi ramai dakwaan YBNA dan cyber trooper pro mereka bahawa mendedak itu adalah projek yang direstui Presiden dan MSU. Jadi saya bangkang senyap sahaja dan kesannya ahli pas, rakyat dan umum melihat bahawa perbuatanendedak ini adalah perbuatan presiden pas, msu dan pimpinan tertinggi. Akhirnya bijak mendedak dianggap sebagai bijak berpolitik.

Jika pilihan ini dibuat, kesan lebih besar boleh berlaku ialah jika UMNO dan kes SRC dan seumpanya tersangkut, terutamanya dengan AMLATFA, maka bukan sahaja UMNO dan DS Najib akan dihukum, bahkan PAS dan kepimpinan PAS boleh tersangkut sekali. Jika kerajan PH tak mampu sabitkan dengan bukti sekalipun, tetapi cukup mereka gunakan kenyataan YBNA dan sekutu-sekutunya yang bersungguh-sungguh mendakwa keterlibatan kepimpinan tertinggi dengan memdedak sebagai alasan untuk menagkap kepimpinan PAS. Lagikan Memali mereka boleh bunuh tanpa alasan yang kuat, apatah lagi dengan isu ini.

Pada waktu itu kita nak nafi keterlibatan kepimpinan dan MSUdengan mendedak dan nak kata mereka fitnah pimpinan pas terlibat dengan AMLATFA (dedak)? Sedangkan hari ini kartel dedak dan cyber trooper kita (yang pro dedak) yang galak dan bersungguh-sungguh pertahankan mendedak itu harus dan dibuat oleh pimpinan tertinggi melalui kenyataan pintu2 YBNA dan hentam saya yang berusaha menafikan dakwaan tersebut?

2. Atau pilihan kedua ialah dedah sekarang sebelum terlambat. Kesannya mereka-mereka yang sayangkan jemaah dan tidak suka orang mengkritik parti terbuka marahkan tindakan saya. Tetapi saya yakin untuk jangka panjang PAS akan lebih selamat jika berlaku sabitan sebagaimana saya sebutkan di atas justeru kerajaan PH suka berhukum dengan persepsi media bukan dengan mahkamah yang telus.

Antara dua pilihan ini, saya pilih yang kedua kerana ini juga pilihan saya dan rakan pimpinan waktu berlawan dengan jebon dahulu. Bukan sahaja medsos blog (waktu itu favebook belum meluas) digunakan, bahkan media2 musuh turut dimanfaatkan pada waktu itu justeru harakah 100% dikuasai jebon dan lebih 12 laporan disiplin dibuat tanpa satu tindakan pun dibuat. Yang urus dengan media musuh bukan saya bahkan pimpinan kartel dedak hari ni (tak perlu sebut nama).

Pilihan pertama dibuat selama 3 tahun 2006 - 2009 tetapi gagal. Daripada mereka menguasai sekitar 50% ajk pas pusat pada 2006 sehingga mereka menguasai sekitar 80% ajk pas pusat, majoriti perwakilan kawasan dan pos-pos penting seperti timbalan presiden, hampir semua naib-naib presiden, jpp, ppp dan lain-lain.

Selepas pilihan kedua dibuat, 6 kali saya debat terbuka dengan pimpiman jebon waktu itu; khalid samad isu kerjasama dengan DAP di shah alam, Dr zul isu kepentingan hudud di klang, Dr mujahid isu kedudukan non muslim di dewan himpunan china, Hanipa Maidin isu hudud di Pandan dan dua lagi dengan kepimpinan pemuda diperingkat program parti.

Kemuncaknya ialah demonstrasi hawai five O di hadapan pejabat agong. Pilihan ini dibuat disebabkan semua media dan instrumen dalam tertutup. 12 laporan disiplin dibuat tetapi ditong sampahkan. Mereka menembak Presiden menggunakan proksi seperti PASMA dan lain2. Saya cukup yakin keterlibatan mereka disebalik PASMA sebab ada beberapa SB yang saya hantar masuk dalam kumpulan mereka seperti team Hawai five O. Masalahnya pada waktu itu, ahli PAS bukan setakat tidak tahu wujudnya gerakan jebon, tetapi mereka melihat kepimpinan jebon ini Mr Clean dan amilin2 hebat. Sangat sukar untuk meyakinkan ahli2 pas dengan gerakan dalaman mereka dengan hanya bercerita.

Waktu itu saya dikenakan tohmahan pemecah belah parti justeru kerap dilihat berlawan dengan kepimpinan jebon secara terbuka. Tulisan ular daun, tulisan hudud yang kontra terbuka dengan pimpinan jebon waktu itu dan lain-lain kontra terbuka mengundang perasaan menyampah ahli-ahli PAS kepada saya. Bukan sahaja blogger-blogger Jebon, tetapi media-media musuh seperti Utusan, Berita Harian dan Sinar turut dilihat mengambil peluang mengapi-apikan pertembungan saya dan jebon. Mereka pressure saya melslui tekan tok guru dengan soalan-soalan provokasi media yang pro saya. Tetapi saya kena cekal justeru kawan kepimpinan lain (terutamanya kepimpinan kartel) tak berani untuk lawan terbuka sekalipun mereka berpedapat perlu kontra terbuka. Ramai anti jebon hatta peringkat cawangan tak berani hatta nak bantu saya dengan komen pimpinan jebon dalam blog kerana akan dikritik oleh cawangan dan kawasan masing-masing kerana menyokong kekecohan dengan menyerang kepimpinan (kepimpinan jebon) pada waktu itu.

Waktu itu (2009) saya membuat pilihan pertama di atas sehingga membentuk 570 lebih penyokong muktamar 2015, 6 tahun selepas itu.

Pilihan kedua paling berduri dan perlukan kecekalan dan ketabahan serta ketahanan. Semoga Allah membantu dan meletakkan saya di dalam landasan istiqamah dan dimasukkan dikalangan solehin dan mujahidin yang syuhada.

Amin.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...