Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Oktober 2016

Nik Abduh Tegur MP Pembangkang Keluar Dewan - Nasihat Untuk MP Kaki Ponteng Bagaimana Pula Nik Abduh?


Teguran yang bagus. Terima kasih Nik Abduh kerana sedia menunjuk pendirian. Tidak mengambil pilihan untuk berkecuali seperti pendirian PAS dalam #bajet2017. Nik Abduh tadinya menerusi laman FB telah menasihati MP pembangkang yang pada semalam keluar dewan beramai-ramai selepas Najib menyindir. Ahti tisu rupanya wakil-wakil rakyat kita neh.

Sebenarnya. Selain dari MP pembangkang yang keluar dewan beramai-ramai, kita juga ada MP pembangkang yang langsung tak hadir sesi pembentangan bajet 2017. Apa agaknya pandangan Nik Abduh tentang ini? Memandangkan PAS mengamalkan konsep keserdahanaan (sejak bila? Rasanya penyokong2 PAS ada yang suka main tuduh muslim yang menolak undang2 dunia akta RUU355 sebagai kufur), menyeru kepada perubahan dan pembaikan, mestilah Nik Abduh ada pandangan tertentu pada yang kaki ponteng parlimen kan? Mohon bagi teguran yang murni-murni sikit untuk MP kaki ponteng. Pleasee.

------

KENYATAAN KHAS

Ahli parlimen perlu lebih profesional ketika berada di dewan persidangan. Tuan Yang Di Pertua Dewan telah berusaha bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan dalam perjalanan Dewan agar lebih mulia dan dihormati.

Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk PM berucap membentangkan bajet. Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.

Masa untuk Ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet adalah selepas ini. Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.

PAS sentiasa mempromosi kesederhanaan dan menyeru rakyat untuk melakukan perubahan dan pembaikan dalam negara dengan cara yang lebih harmoni dan sejahtera. Itulah nikmat kebebasan yang harus digunakan.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Jumaat, 21 Oktober 2016

Dituduh Sandiwara, Pembangkang Keluar Dewan Beramai2, La Terasa Ka? - Sembang #Bajet2017


Pembangkang sentiasa ada alasan. Kenapa dorang masuk dewan. Kenapa dorang keluar dewan. Kenapa dorang ponteng dewan. Alasan. Alasan. Alasan.

Dorang punya alasan. Boleh dipersetankan. Rakyat undi bukan nak dengar alasan atau terima tengok propganda mereka.

Yang kita tahu. Ko ahli parlimen. Buat cara ahli parlimen.
Ko adun. Buat cara adun.
Wayang korang neh dah over sangat.
Dah masuk tahap meluat.

Tengok Wan Azizah. Lemah jiwa aku. Ketua Pembangkang paling lemah. Senang gila kena pijak. Jangan kata orang luar. Parti sendiri pun tak hormat. Azmin macam boss. Wan Azizah neh macam alat perhiasan buat pelengkap barang ja. Bukan kerana dia wanita. Seperti juga lelaki. Menjadi ahli politik atau leader kena ada ketokohan, pengalaman, gaya, ketegasan dan intergriti. Tak payah nak up2 sangat la. Benda takde aura tetapla takde aura. Cakap terus terang ja. Main dengan kipas pandai la kot.

Apa pun aku percaya tahun depan PRU. Dalam bajet Najib tadi. Ada bahas isu ;

1. Elaun siak, bilal, naik.

2. Kawasan kampung diberikan penekanan.

3. Elaun JKKK naik.

4. Lampu baru, jambatan baru, repair rumah.

5. Sekolah tahfiz terima dana

6. Brim naik 1200 terus

7. Focus Sabah, Sarawak.

Najib tackle mood orang melayu.
Najib tackle mood Sabahan, Sarawakian.
Bajet 2017 ialah bajet kempen PRU.
PTPTN pun ada rebate.

Dalam belanjawan PH pula. Aku baca dorang minta naikkan riba PTPTN. Aku baca review ekonomis kat Telegram tadi. Ini klu BN guna modal, mampus la korang pembangkang. Dengan gagal settle masalah dalaman within sesama parti, within parti2 komponen, gagal settle masalah dgn pas, gagal nak 1 lawan 1. Lagi nak buat belanjawan yang makan diri. Kenapa tak konsisten dgn free education? Uturn neh penyakit berjangkit politician ke apa. Choii.


-----------------------

  Ini tujuan pembangkang keluar. (Lihat video disini).

1. Bengang kena sindir sebagai sandiwara.

2. Bajet2017 tak realistik.

3. Oleh itu perlu keluar untuk tunjuk perasaan (tak puas hati pada pembentangan bajet). Main placard. Siapa MO1.

----

Untuk perkara pertama. Kalau rasa tersindir memang cepat terasa. Sandiwara tu memang ya pula. Korang partisan semuanya kaki sandiwara. Tak payah wayang tunjuk lakon suci. Propaganda sampah.

Yang kedua. Bajet PAS (Dokumen Hijau), PH dan Najib. Bagi aku untuk hurai realistik ke tak, aku suka nak banding dengan cara baca, faham dan analisa. Yang neh aku taknak komen. Aku reserve bila aku dah tahu segala fakta, aku kemuka pandangan aku.

Yang ketiga. Suka aku nak imbas kembali. Ketika habis PRU ke 13. Yang pembangkang kata Najib main tipu. BN menang dengan cara salah. Pembangkang pada ketika itu menegaskan mereka perlu masuk dewan dan melawan dalam parlimen. Ini respon pembangkang bila penyokong kata takyahla masuk dewan angkat sumpah. Kita lawan satu kali sekali harung bagi habis semua. Dah BN menang tipu kan. Rakyat plak semangat nak memberontak. Revolusi kononnya. 

Habis tu kenapa tak buat je seperti mana yang dikatakan. Ini kejap2 keluar buat perangai monyet buat apa. Bila kita ajak melawan, taknak. Sombong. Menolak. Beralasan. Sekarang kau semua sendiri sikit2 keluar dewan. Memberontak. Pirahh mabuk. Berlagak. Ego nak mampos. Orang bagi idea tolak mentah2. Last2 kau juga keluar dewan. Sebab tak boleh melawan dalam dewan. Kekangan peraturan dan macam2. Nampak? Kebodohan ialah, bila kau sombong tak bertempat. Kau tak raikan emosi rakyat. Sekarang apa yang kau ludah, kau telan. Aku suka nak mengajar parti2 politik neh untuk dorang mengenal realiti. Rakyat juga akan melalui proses kematangan. Akan sampai satu tahap, kau dan BN tidak akan mampu lagi memperbodohkan marhaen.

--------

Aku dapat tahu. Pembangkang keluar dewan sebab nak solat asar. Namun selepas itu. Ada yang kantoikan mereka sedang mengopi.

----------




1. Dia bagi BRIM sebab nak bantu keluarga susah.

2. Lepas tu dia suruh guna buat beli kereta. Tambah hutang. Keluarga susah = tambah hutang? Ehh bukan kau ke yang suruh kawal perbelanjaan, mulai makan ikut kemampuan diri kat Parlimen tadi?

3. Menteri kewangan apa neh? Cepat sangat lupa.

4. Dah la bayar BRIM ansur-ansur.

5. Sembang macam 1,200 tu 12,000 ja.

Choiiiii.

--------- 

Ada beberapa kepincangan dalam bajet Najib yang mana aku boleh pertikaikan ketika ini. Pertama. Najib sebut subsidi bersasar. Tapi dia tak sentuh langsung bab janji2 kerajaan yang mahu laksanakan sistem subsidi bersasar bagi petrol ketika mahsuhkan subsidi tersebut pada akhir tahun 2015. Mana dia pelannya? Kenapa tak bentang? Ada tak bahas bab peruntukan beras untuk famili miskin? Aku dengar dari awal memang takde. So sistem itu masih akan diteruskan ke tidak pada tahun depan walaupun dah 2 kali tangguh pada tahun ini. 

Kedua. Tak dengar Najib sebut yang topup akan bebas GST. Tahun 2016, kita tak bayar GST untuk prepaid kerana pengecualian GST. Bukan kerana prepaid termasuk dalam kategori GST berkadar sifar. 

Ketiga. Peruntukan pendidikan bagi universiti-universiti awam menyaksikan 'budget cut' untuk kali kedua (dua tahun berturut-turut). So Najib indirectly membayangkan yang government has no money. You no money you pulangkanlah panda itu. Banyak lagi benda2 tak penting lain yang kau boleh potong. Jangan kacau pendidikan punya dana. 

Keempat. My Beautiful Home. Skim baru katanya. Aku tengok sebijik rebranding dari program Rumah Mesra Rakyat under SPNB. Aku tak pasti lagi keistimewaan rebranding neh apa dia tapi aku nak bagitau ianya tak membantu golongan berpendapatan rendah yang tak memiliki tanah untuk memiliki rumah.  Untuk usul-usul lain, bahas lain. Tu pun kalau aku rajin. Nak menulis. Hehehe.

----

Oleh Faisal Ahmad.

Aku ingat lagi aku bertekak dan tegang-tegang urat ngan Mat Sabu. Points yang kitorang bergaduh tu, sama saja aku rasa dan masih relevan macam diorang gaduh kat Parlimen tadi.

Antara points tu, "kenapa pembangkang buat benda yang bercanggah dengan idea yang mereka imani sendiri? Ini tidak akan berjaya!".

Yani yadi yada Mat Sabu balas.

Hari ni, pembangkang keluar ramai-ramai dari Parlimen.

Untuk apa gimik bodoh camni? Aku terang-terang menolak politik berparlimen ini, tapi aku tau, untuk orang yang imani politik berparlimen, kau mestilah ikut cara berpolitik berparlimen. Apa yang kau dapat dengan angkat poster "siapa MO1"? Bodoh-bodoh pun si Trump pun, dia tak angkatnya poster maki Clinton.

Tak der nye gimik-gimik murahan.

Lepas tu, pembangkang2 ni keluar ramai-ramai sebab kononnya dah ade transcript. Apa bezanya diorang ngan kita kalau alasan begitu? Download je nanti. Semua orang ade. At least duduk la dulu. Buruknya "anarkis" pada mata Mat Sabu, dia duduk dengar kritikan Mat Sabu depan-depan sampai habis dan lawan kemudiannya. Ini tak, duduk dengar pun tak, nanti ramai-ramai time nak lawan nanti, baru lah nak duduk? Baik jadi YB Marang, ponteng terus dia.

Point aku adalah, imani idea-idea yang kita percaya betul-betul. Bukan sekerat-sekerat.

Nak demo protes, demo betul-betul. Nak politik berparlimen, politik berparlimen betul-betul (walaupun banyak kelemahannya).


Khamis, 20 Oktober 2016

Najib Jadi Presiden FAM? - Peminat Bola Sepak Kutuk Cadangan Raja Ahmad, Sifatkan Ia Sebagai Idea Bangang.

Idea bangang. Kalau nak menjilat tu beragak sikit la.

Lepas neh gol pun kena GST.

Bola sepak dah la jahanam, lepas neh bertambah-tambah jahanam.

Bagus juga. Lepas neh dapatla derma 2.6b untuk majukan sukan bola sepak.

Idea paling merepek sekali.

Lepas neh skandal 1FDB pula. Semua duit lingkup entah ke mana.

Kecik-kecik taknak mampos. Dah tua bagi idea bangang. 

Nak bagi lagi pelingkup, silakan.

Begitulah antara luahan peminat-peminat bola sepak tanahair dalam mengulas cadangan DS Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mengatakan Najib layak mengetuai FAM sebagai presiden kerana Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Razak pernah menjawat jawatan yang serupa.

Sebelum ini akhbar melaporkan ;

 
Ianya kemudian dibahaskan secara berleluasa oleh page-page sukan bolasepak yang mana menurut mereka cadangan super-bangang ini tak sepatutnya dicadangkan sekalipun. Kerana ianya bukanla boleh dianggap sebagai satu cadangan sebaliknya merupakan satu kebangangan. 

Bukan sahaja Raja Ahmad dikritik kerana memberikan cadangan bangang, bahkan Najib sekali lagi menjadi mangsa troll netizens sebagai reaksi balas terhadap cadangan tersebut. Gambar2 troll baru dan lama dimainkan semula bagi menyindir cadangan itu dan gambar2 Najib bersama bola ditertawakan netizens sebagai lembik, bapok dan raja kepit. Raja Ahmad, Raja Ahmad. Kau neh mencadang ke atau menyindir Najib?

KAHKAHKAHKAH!




 

Beraksi Seperti Model Di Balai Polis Untuk Raih Simpati, Jamal Samseng Di Maki Dengan Netizens Kaw-Kaw

KAHKAHKAHKAH

Kelakar. Kelakar. Kelakar.

Gampang betul wayang abang Jamal korang neh. Tak habis-habis dengan perangai jebonnya. Semalam Jamal telah ditahan polis bagi membantu kes siasatan berhubung status berbaur hasutan di laman FB.

Baca : Nak Test Parang Terbang, Marilah Berhimpun Wahai BERSIH5 Cabar Jamal.

Sejak dia ditangkap. Pelbagai jenis gambar dirinya telah dikongsikan di laman sosial. Gambar dia digari la. Gambar dia tengah disoal-siasat la. Sehingga menimbulkan tanda-tanya. Aik, bro. Dia kena soal neh pun sempat lagi sambar kamera snap gambar? 


Gambar dia kena gari tu. Siap banding dengan Rafizi lagi. Kononnya hah, tengok Jamal digari. Kalau kena gari tunjuk depan-depan. Bukan sorok belakang-belakang.

Lepas tu yang paling lawak sekali. Gambar dia beraksi macam model pun ada. Gila la dorang neh. Kena tangkap ke apa. Siap boleh buat aksi macam model pula time bergambar.


Upload di Facebook.

Inilah nasib saya. Perjuangan perlu diteruskan (perjuangan pale bana). Demi menghancurkan dajjah (ya, dajjah kawan-kawan, dajjah.. pfttt *gelak mulut bertutup*) BERSIH yang hanya menaburkan fitnah yang tidak ada kesudahan (aik, bro kau pun kaki fitnah apa. Kau siap kata IS meresapi BERSIH padahal bukti apa takda sampai Zahid pun nafi. Zahid tu menteri kesayangan kau juga kan?)

Dengan harapan. Dapat sokongan. Simpati. Tetapi haramjadah yang dia terima. Komen-komen semua mengeji tak hingat dunia.




Yang aku pelik. Si Jamal neh kena tahan tapi muka dia bapak gila cool. Siap boleh senyum sinis lagi tu. Confident je lepas neh confirm bebas. Terbaik jalan cerita kali neh. Takde mana-mana pengarah nak pickup ke? SUAMI KU MODEL DI BALAI.

KAHKAHKAH.

Jam Mewah 500k Milik Bini Zahid Jadi Bualan Netizens.

Semua neh bermula apabila ;


Cantik memang cantik.
Harga dia pun boleh dapat rumah sebijik.
Itupun kat tengah-tengah bandar tau! 

Bila ditukarkan ke matawang Malaysia, sekurang-kurangnya kena ada lima ratus ribu ringgit bagi memiliki jam tersebut. Telan air liur je la. Nak beli rumah pun tercekik. Inikan pula jam ratus ribu. Hentikanlah angan-angan takde faedah korang tu. Hihi. 

Netizens yang melihat posting tersebut turut memberikan pandangan masing-masing tentang jam mewah itu.

 

Kalau ikut kata @Cuit Sikit, Zahid neh memang kaya orangnya sebab dia ada jawatan lain. Bukan jadi Timbalan Perdana Menteri je kot. Macam mengesahkan ya je isteri Zahid memang memiliki jam mewah. Hehe.

Apapun masih terlalu awal nak membuat pelbagaian sangkaan. Dan, masyarakat memerhatikan je gaya hidup pemimpin dan bini-bini pemimpin negara. Dalam pada berkata negara takda duit, tak patut juga menunjukkan gaya hidup mewah kepada public. 

Ada baiknya juga jika kerajaan boleh laju-laju proceed dengan cadangan declaration aset, harta pemimpin2 negara di Parlimen bagi tujuan rekod untuk elak disalah-sangka. Sekarang neh kalau nampak bini-bini menteri bermewah sakan di saat rakyat teruk berhempas pulas untuk survive dalam keadaan ekonomi yang mengcengkam, macam-macam benda boleh terlintas di kotak pemikiran dorang tau. Persepsi neh bukan kerja sehari dua. Tingkahlaku kita juga yang mendorong kepada persepsi tersebut. Kannn

Dah Tahu Takde Duit, Yang Pulangkan Balik Derma Tu Siapa Suruh - Peguam Bidas Najib.





KENYATAAN NAJIB RAZAK SENDIRI BUKTIKAN DIA TIDAK LAGI LAYAK KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA !!!

1. Pada 26.01.2016, Harakahdaily, dalam memberi pandangan terhadap Sidang Akhbar "Peguam Negara" yang membebaskan NAJIB RAZAK daripada segala siasatan oleh SPRM pada masa itu, telah melaporkan :

"  ... Tetapi yang lebih memeranjatkan ialah apabila Peguam Negara turut memaklumkan bahawa selain tiada kes yang boleh dikaitkan dengan Najib berkaitan wang tersebut, beliau juga dimaklumkan SUDAH MEMULANGKAN  KEMBALI RM2,030 juta daripada RM2,600 juta yang diterimanya kepada keluarga penderma daripada Timur Tengah tersebut.Kata Peguam Negara, wang itu dipulangkan oleh Najib kepada penderma KERANA IA TIDAK LAGI DIGUNA PAKAI. ... "

2. Namun, hampir 9 bulan kemudian, pada hari semalam, 18.10.2016 pula, MALAYSIAKINI telah melaporkan pesanan NAJIB RAZAK kepada kesemua Kementerian di bawahnya, sempena BELANJAWAN 2016, yang akan dibentangkan pada hari Jumaat ini, 21.10.2016, seperti berikut :

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengarahkan para menteri untuk bersedia menghadapi masa terkehadapan yang mencabar dan 'mengikat perut' dengan mengambil kira keperluan kewangan kementerian masing-masing."

3. PERSOALAN : Kalaulah benar dana RM 2.6 billion itu adalah "DERMA", maka kenapalah NAJIB RAZAK cuai sangat untuk pulangkan semula, dan tidak digunakan untuk perbelanjaan perlu kementerian kerajaan NAJIB RAZAK itu sendiri, sampaikan kini, disebabkan "PEMULANGAN" baki RM 2.03 billion kepada "penderma", telah memerlukan Kementerian untuk "IKAT PERUT", dan tidak melaksanakan polisi untuk Rakyat ??? !!!

4. RUMUSAN : Kalaulah benar baki dana RM 2.03 billion itu telah dipulangkan semula kepada "penderma", maka atas isu ini sekalipun, NAJIB RAZAK, TIDAK LAYAK untuk kekal sebagai Perdana Menteri kerana telah CUAI dalam "menghilangkan" dana sebanyak RM 2.03 billion, yang semestinya sedikit sebanyak dapat bantu keperluan belanjawan  Kementerian, pada waktu ini !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!


Hanif Khatri
Peguam

Rabu, 19 Oktober 2016

Isu Tukar Nama Makanan - Disebabkan JAKIM, Melayu Di Anggap Bodoh.

JAKIM ada masalah tumpu perhatian. Aku tak tahu sejak bila tetapi JAKIM memang ada masalah ini.

JAKIM sepatutnya tumpu perhatian pada isu-isu yang lebih menekan umat Islam tetapi mereka cenderung tak peduli pun perkara-perkara macam tu. 

Mereka suka tambahbaik dan tambahbaik dan tambahbaik isu-isu remeh yang sebenarnya kalau ko buat dunno pun dengan benda-benda begitu bukan ada mana-mana muslim terjejas pun.

Semalam. Kecoh cerita isu halal Auntie Anne's. Rujuk sini.


Antara alasan kenapa Aunttie Anne gagal memperolehi sijil halal adalah disebabkan salah satu nama makanan jualan mereka ialah 'Pretzel Dog'.

Dan laporan FMT turut menyebut selain dari Auntie Anne, beberapa restoran lain juga telah menukar nama menu mereka disebabkan alasan nama hidangan boleh mengelirukan muslim. (rujuk sini).

FOMCA turut menyatakan pandangan bahawanya tindakan JAKIM itu tepat atas alasan ;

1. Jika dibiarkan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

2. JAKIM perlu ahti2 keluarkan sijil halal supaya tak timbul isu di kemudian hari.

Rujuk sini.

Menu yang menjadi isu ialah menu yang ada nama seperti DOG, BEER antaranya.

Sebenarnya. Apa yang JAKIM dan FOMCA tidak tahu ialah. Mereka sebenarnya sedang membayangkan melayu itu BODOH. BODOH. Dan BODOH.

Tak faham bahasa English.
Tatau bahasa  English.
Tak reti nak semak restoran itu halal atau tidak.
Tak reti nak bertanya menu neh merujuk kepada apa.
Oleh kerana terlalu bimbang maka lebih baikla kita mahsuhkan terus penggunaan perkataan2 tertentu ke atas nama menu jika satu2 restoran mahu memperolehi sijil halal.

Ini yang sebenarnya JAKIM sedang buat.

Aku lama perhatikan JAKIM neh.
Dia kalau bab rakyat. Benda salah. Dia akan laju2 highlight. Benda kalau boleh mendatangkan untung. Dia akan laju2 laksanakan.

Benda kalau clash dengan pemerintah. Dia takan amek port.
Benda kalau menyebabkan pemimpin terasa dia buat macam tak ada apa. Benda kalau membabitkan kepentingan rakyat selalunya dia tak jaga.

Pada aku. Tindakan-tindakan JAKIM banyak yang mengelirukan bahkan bercelaru. Aku kadang tak nampak pun perkara itu selaras dengan tuntutan agama tetapi JAKIM begitu berpegang padanya dan kadang2 perkara itu menjadi larangan agama tetapi JAKIM tidak menghalangnya. JAKIM lebih mengelirukan pada aku sebagai umat Islam berbanding nama menu. Kenapa tidak JAKIM dapatkan sijil halal dari rakyat Malaysia juga? Nak tengok samada anda layak ke tidak?

Berikut respon-respon netizens tentang tindakan JAKIM.









ATGNA Kata Wajib Sokong BERSIH? Ini Perkara Sebenarnya Yang Disembunyikan Husam.

Husam kuasa 10 neh dah lama aku perati perangai dia. Dia ada satu sikap yang kejap-kejap akan memetik nama ATGNA. Nak dapatkan sokongan isu A, dia petik ATGNA. Nak dapatkan sokongan isu B petik lagi nama ATGNA. Nak dapatkan sokongan isu C, eh petik lagi nama ATGNA. 

Sebenarnya tak salah juga petik-petik nama neh. Tetapi kalau dah terlalu memetik sangat, sampai kita nampak eh dia neh tak mampu nak hidup dengan hujah dan kemampuan sendiri ke sampai kejap-kejap petik ATGNA?

Mane kredibliti dia. Adakah dia terlalu cikai sangat sampai tak yakin mampu menarik sokongan orang ramai terhadap dirinya? Sebab tu petik-petik ATGNA. Dengan harapan penyokong2 ATGNA akan menyokong dirinya. Ini la yang aku fikir. 

Baru-baru neh, satu daripada 10 Husam, telah mengatakan dalam satu ceramah bahawanya ATGNA ketika hidup mengatakan 'wajib turun BERSIH'.  Secara spesifiknya dia menyebut bahawanya PAS perlu menyokong/menyertai BERSIH 5 (rujukan) seperti kehendak ATGNA.

Wajib = mesti = turun BERSIH.

Kenyataan itu dibuat Husam bagi tujuan meraih sokongan. Sesiapa sahaja boleh nampak permainan propaganda Husam disitu.

Kenyataan itu juga membayangkan seolah2 ATGNA memestikan setiap ahli PAS perlu turun BERSIH.

Come on la Husam. Tanya soalan ini pada diri kau dulu.

ADAKAH SETIAP PEMIMPIN PEMBANGKANG itu turun BERSIH?

Adakah ATGNA turun BERSIH ketika hayatnya?

Kenyataan Husam neh sama macam kenyataan Mahathir yang nak bagi royalti ke Kelantan andai pembangkang menang sedangkan dia la yang menyebabkan royalti tersekat!

Ahli politik yang bersikap begini aku cukup takut. Tak dapat baca apa yang dia fikir. Apa permainan dia sebenarnya. Adakah dia benar-benar mahu membantu rakyat. Adakah dia sebenarnya sedang mempergunakan kita untuk mencapai kepentingan peribadi dia? Apa dia nak dengan kita. Kadang nampak menyakinkan. Nampak macam bagus. Nampak macam boleh percaya. Kadang nampak bermuka-muka. Suka propaganda. Wayang je lebih. Kita walaupun suka wayang kita tahu juga matlamat kita apa. Kita tahu walau macam mana kita nak wayang pun kita mesti pastikan tahapnya jangan sampai memperdayakan rakyat. Ini kita punya wayang. Dia punya wayang kita tatau mulanya jauh sekali limitnya. Aku harap Husam kuasa 10 selepas ini kalau boleh berhenti main petik-petik nama ATGNA. Mulai sekarang act like a boss. Saya Husam Musa kuasa TEN menyeru rakyat turun BERSIH, wajib bagi rakyat turun BERSIH kerana apa? Kerana saya yang kata. Yakin pada diri dan kemampuan anda. 

Pun begitu, aku taknak turun BERSIH 5. ATGNA kata wajib ke tak kata wajib ke aku tetap takan turun. Yang nak turun, raikan. Hak mereka melawan. Ini negara demokrasi. Berhak sokong berhak bantah terserah atas pemikiran masing-masing. Paksaan bukan pilihan.

Dan yang sebenarnya apa yang dikatakan oleh ATGNA suatu ketika dahulu adalah kerana merujuk pada keadaan ini ;

 
So keputusan parti.

BERSIH 3 pada ketika pembangkang belum berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Keadaan yang berbeza dari BERSIH 4. Dan kini BERSIH 5.

Oleh kerana keadaan telah berubah, pemikiran dan arahan juga boleh berubah. Atas faktor terpengaruh dengan keadaan semasa.

Pemimpin PAN pun dulunya PAS. Tetapi kini PAN. Dah berubah pemikiran disebabkan perubahan keadaan. So korang pun berubah, maka apa hujah yang Husam ada andaikata ATGNA ketika ini jika masih hidup akan lantang mengatakan PAS wajib turun BERSIH 5? Kau pun dah jadi PAN kan Husam woi. 

Pendapat aku secara peribadi. PAN perlukan konsistensi. Kadang2 kelakuan mereka tak sama seperti percakapan mereka. Kau kata PAS bukan apa-apa sebagai pembangkang (dah UG dengan UMNO). Tetapi dalam masa yang sama bila mereka tak sokong satu2 benda tu kau sindir-sindir bagai. Kenapa tak sokong la. Teruknya dia tak sokong. ATGNA kata wajib turun la. Kau dah kenapa. Dia bukan geng kau lagi. Dia nak sokong atau taknak sokong dia punya pasal la. Mengharap pula sokongan ahli parti lama. Tak faham aku.

Lepas tu kat media potpetpotpet yang pembangkang perlu 1 lawan 1. PAS perlu bertolenrasi apa apa dengan PAN, pembahagian kerusi blablanla.. 

Tetapi dalam waktu sama mengatakan PAS bukan sebahagian dari PH.

Dan kalau bukan kawan kau, lantak PAS la nak tolerate ke taknak. Bila PAS tolerate dengan kau, PAS anggap PAN kawan. PAN bila mahu PAS tolerate, PAN mahu PAS anggap dia kawan. Tetapi macam mana nak berkawan jika korang gunakan media serang sesama sendiri. Itu tak masuk lagi penyokong2 PAN. Kutuk2 Hadi tapi nak desak PAS berkompromi bab kerusi. Kalau orang datang rumah kau, curi harta benda, lepas tu dia cakap, hah aku sebagai pencuri aku nak tuan rumah berkompromi bab pemilikan rumah neh dengan aku. Kau separuh aku separuh, oke tak?

Memang la tak oke kan. Macam tu la PAS rasa. Oleh kerana PAN parti baru, mengalah lah. Time kalah teruk reti nak cakap kami parti baru. So time nak membahagi kerusi untuk 1 lawan 1 pun mengalah la juga kerana kamu tu parti baru. Mengalah sampai boleh dapat persefahaman 1 lawan 1. Berhenti juga hentam PAS di media massa kalau nak mencapai satu persefahaman. Kalau tak boleh buat ini, redha je la kalau PAS dan PAN tak mampu capai titik kerjasama. Redha juga la kalau korang pembangkang kalah teruk. Dan terpaksa la rakyat ikut redha sama kerana ada pembangkang yang bangang macam korang. Simple kan. 

Hadi Sokong GST Lapor TV3? Ini Penjelasan Sebenar.

Malam tadi viral di media sosial yang memetik laporan Buletin Utama (TV3). Ianya mengenai statement TGHH seperti yang dilaporkan oleh TV3, kononnya memuji GST.

Berikut antara screenshot mengenai cerita itu.


TG Hadi Awang kemudiannya menjadi mangsa kutukan beberapa netizens (pro PH) selepas tersiarnya laporan berita di atas.

Walaubagaimanapun, menurut Hanipa Maidin (MP Sepang) kenyataan Hadi seperti yang dilaporkan oleh TV3 itu telahpun dispin dari maksud sebenar.

Ini kata Hanipa Maidin seperti yang dipetik menerusi Facebooknya (Peguam PAS - Dulu ialah merujuk kepada Hanipa Maidin, harap maklum) ;





Menurut Hanipa Maidin petikan ucapan TGHH tidak dinilai dari konteks sebenar. TV3 memetik sebahagian dan hanya menyiarkan itu sahaja. Oleh itu tidak aneh juga ianya boleh disalah-tafsir.

Pun begitu, meskipun telah dijelaskan oleh Hanipa, masih terdapat netizens pro pembangkang yang enggan menerima penjelasan itu sebaliknya masih tetap mempertikaikan Hadi Awang kerana memuji GST sebagai satu mekanisme percukaian yang berkesan. Bagi mereka, GST tidak wajar dipuji kerana membebankan rakyat.

Okay. Beberapa kali semasa menentang pelaksaan GST aku ada menyatakan GST memang antara kaedah percukaian yang terbaik bagi kerajaan. Bukan negara kita neh sahaja laksanakan GST bahkan di negara2 lain juga terutamanya negara maju namun mereka tak semestinya memanggil GST sebagai GST. Ada yang memanggilnya sebagai VAT.

Terbaiknya GST ini dinilai dari segi sistemnya. Yakni, cukai jenis ini mengutip terus dari rakyat tanpa kira lapisan. Lagi banyak kau guna, lagi banyak kau bayar. Ko guna sikit, kau bayar sikitlah. Yang nak lari cukai pun tak dapat lari sebab ia cukai kepenggunaan. Asalkan kau guna khidmat, barangan, apa-apa product, kau beli rumah (product), kau beli kereta (product), kau langgan internet (product perkhidmatan), kau akan dicukai, dicukai, dicukai. Jadi, sila ber-ahti2 dengan pembelian kau.

Itu diulas dari segi sistem. Yang mana kerajaan atau satu2 negara memang sepatutnya memerlukan satu sistem percukaian yang effisien. Apa yang dorang boleh kutip, dan dorang dapat kutip sepatutnya, ia seharusnya dijadikan modal bagi membangunkan negara.

Itu satu perkara.

Namun dari segi pelaksanaan, hah, inila yang kita lawan. Keadaan ekonomi rakyat di negara ini belum mampu nak 'berkahwin' dengan GST. Apa yang kerajaan patut buat ialah naiktaraf kemampuan rakyat terlebih dahulu dengan menyediakan satu suasana ekonomi yang kondusif ke arah pelaksanaan GST.

Dan, kerajaan pun pentadbirannya mestilah bebas rasuah, bebas skandal, bebas penyelewengan, bebas kecuaian, bebas pembaziran.

Dengan keadaan ekonomi yang tak berpihak kepada rakyat, tangga gaji pun masih di tahap melepaskan batuk di belakang tangga, dan pelbagai jenis penyelewengan yang membabitkan agensi kerajaan, GST apabila dilaksanakan hanyalah bertepuk sebelah tangan. Rakyat bayar cukai tapi rakyat tak menerima manfaat. Harga kereta turun 60 sen. Subsidi itu ini mahsuh. Ini yang kita pertikaikan. Sistem itu baik tetapi pelaksanaan tak cantik. Negara lain pun cukai. Tetapi dorang dapat manfaat. Kenapa kita tak dapat faedah yang sama. Rakyat Malaysia ada 30 juta. Tak masuk warga asing lagi.

Kita nak lawan satu2 isu pun kita kena faham kenapa kita lawan. Aku tak nampak Hadi buat salah bila puji GST dari segi sistem (tu dalam ahti mula la kata aku macai Hadi kan?). Pembangkang kalau menang PRU pun jangan kau semua fikir dia nak mahsuhkan GST. Korek balik statement Anwar tentang GST. Ada tak dalam manifesto pembangkang nak mahsuhkan GST? Jangan bagi harapan palsu pada diri sendiri. GST tiada masalah, pelaksanaan dia bermasalah. Lawan yang ini.

Selasa, 18 Oktober 2016

Dipermainkan BN? Ini Jawapan PAS Kepada Pengkritik Isu #RUU355.


Nanti mereka marah pula kita tak bentang hujah dari pihak mereka. Ini jawapan balas kepada pengkritik PAS dalam isu RUU355. Pun begitu aku masih lagi berpendapat BN akan mempermainkan PAS demi kepentingan parti politik mereka. Takde konsep demi agama, bangsa dan negara bagi BN. Konsep yang ada cuma demi kuasa. Dan bodohla kita jika masih mahu percaya.

Baca ;

*Catatan Khas Parlimen: Bilakah RUU 355 akan dibahaskan.?* 

1. Semenjak semalam, saya dihujani dengan soalan tersebut oleh banyak pihak yang menantikan saat bersejarah khususnya para penyokong PAS yang ingin menyaksikan Tuan Guru Presiden PAS membentangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (355). Mungkin kerana ianya tersenarai pada giliran nombor empat dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Isnin, 17 Oktober 2016. 

2. Dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, usul RUU 355 ini telah beranjak kepada giliran nombor tujuh. Eh, mengapa jadi begitu.? Pastinya ia akan menimbulkan kekeliruan yang boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu contohnya portal Malaysiakini meletakkan tajuk berita, _“Hari kedua, usul Hadi ditolak ke bawah”_ 

3. Penjelasannya begini, untuk memahami proses perjalanan mesyuarat Sidang Dewan Rakyat, hendaklah merujuk kepada Buku Peraturan Mesyuarat Dewan. Dalam buku peraturan tersebut ada dinyatakan, _“15. 

(1) Pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.”_ Pada semalam, pihak kerajaan telah mengemukakan Rang Undang-Undang kerajaan untuk Bacaan Kali Pertama; 

a) Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 

b) Rang Undang-Undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016 

c) Rang Undang-Undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016 

d) Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016 

e) Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2016 

Hari ini, RUU Kerajaan yang dibaca kali pertama semalam telah disenaraikan sebagai Bacaan Kali Kedua. 

Semestinya, ia mestilah mendapat giliran diatas mendahului Rang Undang-Undang Ahli Persendirian daripada ahli bukan kerajaan iaitu YB Marang. Maka, sebab itulah giliran usul YB Marang teranjak daripada nombor 4 kepada nombor 7. 

4. Persoalannya, bilakah RUU 355 itu akan dibahaskan.? Yang lebih tepat untuk menjawabnya ialah pihak kerajaan kerana kuasa ada di tangan eksekutif untuk menentukan tarikh yang sesuai bilakah laluan akan diberikan kepada YB Marang. Adakah ianya boleh berlaku.? 

Ya, boleh. Cuba kita ingat kembali sejarah pembentangan usul ini kali pertamanya pada 26 Mei 2016 yang lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, Dato' Sri Azalina telah bangun mencadangkan; 

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), saya mohon mencadangkan bahawa usul Yang Berhormat Marang seperti yang tertera di nombor 15 didahulukan selepas Rang Undang-undang Hak Milik Strata (Pindaan) 2016 di nombor 1 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini”.

Usul YB Marang terletak pada giliran terakhir hari itu, namun ianya dapat didahulukan kerana Menteri menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(2) yang menyebut; _Majlis Mesyuarat dengan dikeluarkan usul (oleh seorang Menteri) yang akan diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, dan yang tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu terlebih dahulu boleh pada bila-bila masa memutuskan hendak menjalankan mana-mana urusan dengan tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan. Usul ini hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain._ 

5. Sidang Dewan Rakyat Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga kali ini adalah selama 25 hari yang bermula daripada 17 Oktober 2016 sehingga 24 November 2016. Pada Jumaat ini, PM Najib akan membentangkan Bajet 2017. Bermula Isnin depan sehingga 22 November 2016 adalah tempoh perbahasan bajet bagi peringkat dasar dan jawatankuasa. Bolehlah kita fahami di sini, kemungkinan RUU 355 ini boleh dibentangkan samada hari yang berbaki sebelum pembentangan Bajet 2017 atau pada penghujung sidang nanti. 

6. Terdapat pelbagai pihak yang berusaha gigih untuk menghalang pembentangan RUU 355 oleh YB Marang. Hairan bukan.? Atas prinsip sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan, apa yang sedang diusahakan oleh YB Marang adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia dan tidak juga bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Beliau membawa usul tersebut ke institusi Parlimen untuk dibahaskan dan dibuat pengundian. Mengapa perlu takut dan gelabah sangat.? 

7. Apa yang ingin dipinda ialah Akta 355 yang sudah sedia ada semenjak tahun 1965 lagi. Akta tersebut dahulunya dibentang, dibahaskan, diluluskan di Parlimen yang sama juga. Pada tahun 1984, Akta 355 ini pernah dipinda bagi menambah bidang kuasanya. Setelah 32 tahun, Tuan Guru Presiden PAS memanfaatkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Marang mencadangkan Akta 355 ini diperluaskan bidang kuasanya agar Mahkamah Syariah yang sudah sediaada dapat dimartabatkan kedudukannya selari dengan Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut _“Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana Bahagian Persekutuan.”_ 

8. Jadi, sila nyatakan di celah mana yang dikatakan RUU 355 ini bercanggah dengan Perlembagaan.? Buktikanlah apa yang menyebabkan orang bukan Islam terkesan dengan pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang tidak pun melibatkan mereka. Pihak yang menentang seperti DAP, MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak hanya menggunakan persepsi palsu bagi menakutkan orang bukan Islam kepada Islam. 

9. Pihak The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), Persatuan Hokkien Malaysia dan Majlis Gereja Malaysia turut sibuk masuk campur tangan hal ehwal ummat Islam dengan menggesa Ahli Parlimen menolak RUU 355 ini kononnya atas semangat mempertahankan Perlembagaan. 

Adakah kami orang Islam sendiri tidak ada hak untuk beragamal dengan agama kami yang menjadi Agama Persekutuan Malaysia.? Malangnya, kelompok Muslim liberal seperti G25, Sister in Islam, IRF, Zaid Ibrahim, Peguam Siti Kasim dan yang seangkatan dengannya turut menentang keras usaha kita bagi memartabatkan undang-undang Syariah. 

Media yang dikuasai mereka digunakan untuk mengelirukan rakyat umum. Contoh termudah ialah penggunaan terma RUU Hudud yang sering digunapakai dalam penerbitan berita mereka adalah penipuan secara terang-terangan. Mereka sengaja menggunakan perkataan Hudud kerana ia adalah senjata yang paling mudah untuk menakutkan orang kepada Islam. 10. 

Akhirnya, saya petik kembali kalimah yang digunakan oleh Tuan Guru Presiden PAS ketika beliau diserbu oleh pihak media semalam adakah RUU 355 ini akan diluluskan.? Beliau hanya tersenyum dan menyebut “Insyaallah”. 

Kita semua pendokong dan penyokong di segenap peringkat perlu bersifat optimis dan positif sepertimana yang telah dizahirkan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Kita teruskan berdoa, bersabar, dan berharap kerana akan tiba masanya mentari itu akan tetap menyinar setelah hujan berhenti. 

*Catatan oleh,* 
_Syed Ahmad Fadhli,_ 
_Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS_ 
_18 Oktober 2016_ 
_Pejabat PAS, Tingkat 14, Menara Parlimen_
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...