Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Ogos 2012

Malaysiakini FITNAH TUAN GURU NIK AZIZ!

Neh kenyataan tuan guru berhubung kenyataan yang disiarkan oleh malaysiakini semalam ;


Gambar sumbangan rakan blogger rujuk sini.

Weh bebal, MKINI petik dari BERNAMA la mangkaq. Pasal pa lue nak marah dia?

Sebab ;

Bernama punya ;



Malaysiakini punya ;



Skang ko nak salahkan BERNAMA lagi ke? Cakap terus terang aku like berita mkini selepas baca apa yang TGNA cakap tue walaupun ketika itu aku agak was2 dengan tajuk berita tersebut. Sangkaan aku maybe berita tersebut akan dikemaskini so aku letgo aje la.. tapi rupa2nya malaysiakini telah meletakkan tuan guru di satu kedudukan yang tuan guru rasa tak selesa..

Aku tatau kenapa TGNA keluarkan respon disebabkan berita tersebut tapi aku percaya yang maybe ada orang terasa diprovoke dan ini telah memburukkan situasi yang telah sedia buruk. Dinasihatkan mereka2 yang bukan berada dalam PAS, takpayah lebih2 sangat. 

Biarkan aje PAS selesaikan masalah dorang sendiri. Korang sembang kencang pongpang2 kalau boleh membantu takde hal tapi kalau setakat sembang kencang pongpang2 tak boleh membantu apa cer? Tapi kalau nak sembang kencang kat sini pun takde hal sebab dorang bukan baca pun apa kita tulis. So tulis atau tak tulis tetap takde beza pun beb.

kah kah kah

PR SELANGOR bakal RAMPAS tanah rakyat.

Awas.

PR Selangor dah melakukan satu undang2 zalim aka tak sedar diri nak mampos punya PR Selangor. Baca kat bawah neh geng ;

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata, kerajaan negeri Selangor akan merampas tanah kepada pemilik tanah yang membiarkan pembakaran terbuka di kawasan mereka.

Katanya, tindakan ini bagi memastikan masalah jerebu tidak bertambah serius di Lembah Kelang.
“Baru-baru ini, kita telah mengesan pembakaran terbuka di Johan Setia, Klang dan pihak bomba terpaksa bekerja keras untuk memadamkan kebakaran ini. -TMI-

Anak hantu yang propose idea bangang neh ;



Alasan kenapa idea neh bangang.

1. Hanya kerana exco selangor tak reti nak fikirkan idea bagaimana nak menangani masalah neh maka mereka buatkan satu undang2 bangang. Undang2 bangang = dilakukan oleh orang2 bangang. Exco di atas menepati ciri2 tersebut.

2. Siapa kerajaan selangor yang ada hak untuk rampas tanah rakyat yang lakukan pembakaran terbuka neh? Kalau atas tanah tue ada rumah, ko nak rampas juga? Kalau atas tanah tue ada dusun? Ada kebun? Ada getah? Ada sawit? Pisang? Blbalbala.. nak rampas juga? Banyak buruk muka kaw.

3. Bila dah tahu selalu berlaku pembakaran terbuka di selangor, patut ko fikirkan idea bagaimana nak menangkap pihak yang sering lakukan perkara tersebut. Intip la. Gunakan kamera. Pasang la kat tempat2 tertentu yang seringkali disyaki hotspot tempat berlakunya pembakaran terbuka.

4. Kalau dah lebih dari sekali tempat yang sama terkantoi dengan isu pembakaran terbuka, siasat la. Kalau dah terbukti ko denda la. Tak makan jalan duit ko guna penjara. Pastikan tak boleh di ikat jamin jadi dorang takut la. 

5. Undang2 sekarang di anggap mudah pasal korang sendiri yang jual dengan duit. Cuba kalau seme kena penjara tak boleh di ikat jamin ko ingat dorang nak lakukan kesalahan ka? Haram. Mengenangkan kena duduk penjara sama mao? So salahkan diri korang sendiri.

Merampas tanah = harta rakyat hanya semata2 mereka melakukan kesalahan tak pernah boleh dalam islam. Contohnya seseorang melakukan satu2 kesalahan, maka kesalahan itulah yang kita focus, bukan alih kat harta dia ke, keluarga dia ke apa ke. Ini satu undang2 kejam yang lagi zalim. 

Agak2nya korang sama ke nilai tanah dia dengan kesalahan dia? Hak eneyy.. dah rampas tanah orang then buat apa? Jual? Amek untung? Heh. 

Exco pr selangor neh takde otak gamaknya ketika mengeluarkan statement di atas. Sungguh memalukan. Sibuk pongpang2 kutuk umno create undang2 ala nazi tapi diri sendiri pun sama.

Puiiiiii

Rabu, 15 Ogos 2012

Kenyataan terkini PAS berhubung isu Ustaz Nasaruddin Mat Isa.


Nasrudin Hassan

Yb Ust Nasharudin perlu datang, bincang dengan parti.


1. Sehari dua ini semakin kencang topik bahas mengenai kedudukan Yb Ust Nasharudin. Mengambil kira beberapa langkah beliau mutaakhir ini yang sangat pincang malah secara terbuka menolak keputusan parti.


2. Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti. Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS.


3. Saya tidak nampak Yb Ust Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah.


4. Saya menggesa supaya Yb Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Yb. Dato Hassan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan.


5. Yb Ust Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.


6. Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini justeru Allah pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini. 

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.

USTAZ NASRUDDIN TANTAWI.

Gambar Najib yang Awesome!

Punca?

Rujuk sini.

Dia cakap ;

Rakyat Malaysia masih lagi tertunggu-tunggu mana gambar Anwar dan Azizah dalam keadaan berihram ?

Aku = rakyat malaysia. Dan aku tak tunggu pun. Tapi kalau ko nak ko boleh tunggu sebab aku percaya lepas neh orang2 dsai akan tolong upkan gambar tue untuk ko.

Sementara tue kita layan dulu gambar najib yang awesome neh. Meh pakat2 sebarkan. Takde gambar dsai tapi ada gambar najib pun boleh kan? Tak marah kan? Apa yang penting tak kutuk najib jek kan?



Gambar printscreen dari sini

Awesomee

Aweeesomeeee

Aweeesomeeeeeeeeee


kah kah kah 


Psttt hebat wartawan najib buat kerojeee yerrr..

HARAM keluar fatwa kerana UPAH.

Bukan aku cakap. Ingat aku ada kelayakkan ke nak cakap benda2 gini. Tapi orang lain. Nah baca full statement kat bawah neh der ;

Fatwa: HARAM seseorang ulama mengeluarkan fatwa kerana diupah oleh pihak tertentu untuk memaslahatan pihak tersebut. Fatwa bukannya barang mainan untuk dijual beli. Islam itu terlalu mulia untuk dijadikan alat untuk mencari habuan keduniaan. Haram juga memfitnah pihak lain, hatta di kalangan non-Muslim hanya untuk habuan keduniaan. Ya Allah selamatkanlah agamamu dari dipegunakan oleh mereka yang zalim dan bohong....amin ya Rabb..

Sumber?


Dr Maszlee Malik. 

Asas?

Rujuk kat bawah neh hah ;

 
Amboiii tersenyum kawwww.. rm2juta mana tidak.. 

kah kah kah

Punca?

Kat bawah neh hah ;


Kesimpulan?

UNDI PR HARAM.

Bak mai rm2juta aku please.

kah kah kah

Selasa, 14 Ogos 2012

PERKASA nak buat filem Anwar Ibrahim.

Buat larh. 

Kalau nak buat, buat jek. Toksah sembang kencang or cakap banyak.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem “Tanda Putera” arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri.

“Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.

“Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang pula selepas ini,” katanya dalam laporan Sinar Harian.

Menurut Ibrahim, dakwaan Pakatan Rakyat (PR) bahawa filem tersebut mempunyai unsur perkauman adalah tidak benar kerana cerita itu dibuat berdasarkan sejarah.

“Kami akan berunding dan membantu pengarah filem “Tanda Putera” itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa ‘sensor’ (tapisan).

“Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu,” kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi.-TMI-

Setuju yang amat.

Sejarah tak boleh ubah. Kalau nak buat filem sejarah kena buat betul2 ikut fakta. Masalahnya fakta ke filem tanda putera tue? Yang tue kena cari tahu juga. Betul ke ia berdasarkan kepada SEJARAH? Ataupun perkara yang terpaksa disejarahkan?

Itu satu. Bahkan pelbagai kajian ilmiah of course, bukanlah cenderung kepada pembangkang pun jangan salah faham, membuktikan apa yang pernah, telah berlaku ketika itu tidaklah sepenuhnya dicatitkan bulat2 oleh kerajaan kita. Logic lah beb. Aku tak pasti aku boleh salahkan umno ataupun tidak dalam isu neh.

Sebab?

1. UMNO = Kerajaan = yang kehilangan kuasa pada peristiwa 13 may.

2. Jika UMNO mahu me-reka2 sejarah apa masalahnya? Mereka dipihak yang memerintah beb. Mereka melindungi hak dan kepentingan mereka. Even berbohong sekalipun, aku fikir sesiapa yang berada di tempat UMNO akan melakukan perkara yang serupa.

3. Sejarah akan ditulis oleh mereka yang menang. Jika yang baik menang, maka mereka yang bersikap baik, akan tulis fakta sejarah betul2 macam ilmuan islam kita. Jika orang jahat yang menang, mereka akan tulis sejarah yang memihak kepada mereka. Ini bukan perkara yang pelik. Bahkan ia berlaku di mana2. 

Walaupun bukan 100% tetapi aku percaya mostly orang2 yang berada di kedudukan UMNO ketika itu akan melakukan hal yang serupa. Sebab tue aku cakap susah gak aku nak salahkan keputusan UMNO ketika itu walaupun jika korang tanya pendapat aku sejujur2nya aku tak setuju sebab mengubah laluan sejarah sebenarnya hanya mengajar kita untuk terus menipu dan menipu.

Kita patut tahu apa sebenar2 yang telah berlaku ketika itu supaya ia boleh dijadikan iktibar dan panduan untuk kita. Bukan menghukum. Jangan salah faham. Tersilap sekali bukan tersilap selama2nya. Jika UMNO tak betulkan kesilapan neh, mereka akan cenderung untuk tersilap selama2nya. Mengubah lebih baik dari meneruskan kesalahan beb.

So jika filem tanda putera mengandungi kisah yang bukan sebahagian dari cebisan sejarah, tak salah pun ia diubah. Tak luak apa. Kalau sungguh ia karya sejarah maka buat betul2 berdasarkan kepada sejarah. Jangan cedok dari sumber sejarah UMNO. Bukan aku BIAS or fikir UMNO tue jahat sangat tetapi orang2 yang tulis sejarah tue pun terpaksa menurut kehendak UMNO ketika itu.

So, buatlah kajian dari pelbagai sumber. Bukan juga aku mengesahkan bahawa kajian sejarah selain dari sumber UMNO adalah tulen semata2 tapi at least dengan mempelbagaikan sumber, buat kajian ilmiah dan lakukan sedikit siasatan, insya-Allah kita akan dapatkan apa yang kita mahukan.

PERKASA pula jika mahu buat filem dsai, eloklah dorang buat. Buat sekarang. Pasal aku nak tengok bagaimana PERKASA mempotretkan DSAI dalam filem. Dengan filem tersebut, maka kita boleh larh menilai pemikiran PERKASA [baca : UMNO] dan bagaimana mereka akan mensejarahkan DSAI pada masa akan datang jika mereka terus berkuasa untuk tahun2 mendatang. Bai.

Jawapan : Cukai tinggi di Selangor.

Respon balas dari artikel ==> disini

Salam, saya merupakan penilai salah sebuah syarikat perundingan yang seringkali menjalankan amalan penilaian cukai pintu bagi pihak berkuasa tempatan. Persoalan yang dibangkitkan oleh saudara diatas bagi pendapat saya adalah kurang bertepatan dengan semangat akta yang digunakan untuk mengenakan cukai pintu iaitu AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171). Disini saya menjawab secara ringkas fakta point yang saudara diatas utarakan.
1. Taman kami adalah kawasan rumah semi-D terletak dikawasan kampung iaitu olak lempit, Banting.
2. tiada kemudahan bertaraf 3-10 bintang..hatta traffic light untuk keluar masuk taman juga tiada..ia amat menyukarkan penduduk untuk keluar masuk taman

Jawapan & Pandangan saya;

Tidak benar dakawaan saudara diatas, semua kawasan dalam kawasan majlis adalah kawasan yang boleh dikenakan cukai, buktinya rumah saudara adalah semi-D, kelulusan pembangunan mestilah melalui majlis.  Maka sudah tentu rumah saudara boleh dikenakan cukai. Manakala Kemudahan 3-10 bintang yang saudara mahukan boleh juga merujuk kepada cukai yang saudara bayar. Iaitu RM3420 X 12% = RM410.40 setahun (34.20 sebulan @ 1.14 sehari). Bagi saya bayaran ini adalah rendah jika dibandingkan bayaran stesen TV berbayar ASTRO serendah RM37.95 sebulan yang rata2 semua rumah memilikinya waima rumah Flat kos rendah sekalipun. Adakah dengan bayaran RM37.95 yang dibayar kepada ASTRO kemudahan 3-10 bintang yang diperolehi?. Untuk makluman saudara lagi, cukai yang dibayar saudara bukan hanya digunakan untuk kawasan saudara sahaja, Ianya meluputi perbelanjaan kemudahan keseluruhan yang disediakan oleh pihak Majlis, . Fikir-fikirkan…


3-Cukai taksiran yg dikenakan ke atas kami adalah sebanyak 12%. sedangkan kawasan yg lebih maju seperti Bandar Baru Banting hanya 11%.

 4-Bantahan secara rasmi telah dibuat, dan kami telah menghadiri sesi bantahan bersama MDKL. Kami membantah kenapa kawasan kami yg dikategorikan kawasan pedalaman masih 12% sedangkan kawasan maju seperti kajang dan bandar baru bangi hanya sekitar 7%-8%.Tapi keputusannya tetap GAGAL

Jawapan & Pandangan saya;

Untuk persoalan ketiga, melalui pengalaman saya tidak ada kadar di luar Bandar lebih tinggi dari kadar dalam Bandar mana2 Majlis. Kalau keadaan diatas berlaku mungkin ada sebab pihak majlis tentukan bergitu. Perlukan perincian untuk komen perkara tersebut. Di Shah Alam kadarnya lebih rendah iaitu sekitar 4%. Untuk makluman saudara, kadar cukai pintu ditentukan oleh pihak majlis yang lain tidak boleh dibandingkan dengan majlis yang lain. Ianya adalah dibawah bidangkuasa Majlis itu sendiri.


5-Alasan yg diberikan oleh pihak MDKL ia kerana telah ditetapkan oleh AHLI EXCO dan MENTERI BESAR..dan JIKA pihak kami tidak pertikaikan soal kadar (12%) pihak MDKL akan berikan sedikit pengurangan atas dasar "budi bicara".

6-Jika benar dakwaan ini, dimana ke prihatinan pihak MB yg mewakili pakatan rakyat?

Jawapan & Pandangan saya;

Memang benar ianya ditetapkan oleh AHLI EXCO dan MENTERI BESAR, atau lebih tepat Pihak Berkuasa Negeri, boleh rujuk sini dibawah seksyen 127  http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%204/Akta%20171.pdf  mungkin kadar ini telah lama berkuatkuasa di MDKL  iaitu sebelum Pakatan Rakyat memerintah lagi. Cara yang ada untuk menurunkan kadar dan menyelaraskan Nilai Tahunan adalah dengan membuat penilaian semula keseluruhan kawasan Majlis seperti yang dibenarkan AKTA, iaitu setiap 5 tahun. Biasanya pihak majlis tidak berkemampuan dari segi keewangan untuk membuat Penilaian Semula setiap 5 tahun. Kesimpulannya, MB tidak boleh disalahkan 100% dengan permasalahan ini. Terkini Majlis Perbandaran Kajang sedang menjalankan penilaian semula ini.

7-Seandainya pihak MDKL tidak benarkan kami pertikaikan tentang kadar sekalipun ternyata pihak MDKL silap dari segi penilaian tahunan..Saudara bayangkan  banglow 2 tingkat di bangi, nilai tahunannya HANYA rm4440.00 tetapi rumah saya semi-D 1 1/2 tingkat nilai tahunannya sebanyak RM3420.00.Bahkan kadar yg dikenakan di bangi ini hanya 7.7% sedangkan saya 12%..

Jawapan & Pandangan saya;

Seperti jawapan saya diatas, tidak boleh membandingkan antara Majlis yang berlainan. Adalah lebih baik saudara bandingan Bungalow di MDKL sendiri. Itu lebih baik untuk buktikan penilaian MDKL silap.

Secara ringkas Merujuk kepada definisi “nilai tahunan” di dalam seksyen 2 (Tafsiran) di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171): Nilai Tahunan bererti anggaran kasar kadar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun daripada dengan yang berkenaan jika disewakan, dengan tuan tamah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyenggaraan atau pemeliharaan dengan segala kadar dan cukai awam:

Ini bermaksud nilai sewa yang dianggarkan keatas rumah saudara 3420/12 bulan = RM285sebulan. Wajarkan rumah saudara disewakan RM285 sebulan, jika wajar menunjukkan Penilaian Nilai Tahunan MDKL rumah saudara tidak silap. Jika saudara berpendapat sewa rumah saudara kurang dari RM285, saudara boleh buktikan kepada Majlis dengan mengemukakan Salinan Perjanjian Sewaan rumah yang sama dikawasan saudara yang disewakan. Ini akan membantu mengurangkan Nilai Tahunan rumah saudara. dan cukai juga secara automatik akan turun.

Secara kesimpulannya Kadar Cukai memang ditentukan oleh exco dan MB bukan pihak majlis saja2 bagi alasan. Ianya boleh dikurangkan sekiranya pihak Majlis sendiri mengemukakan cadangan kepada pihak Exco dan MB untuk dilulus dan diwartakan.

Apa yang lebih penting disini kita wujudkan semangat muhibah dan saling bantu membantu antara satu sama lain antara golongan kaya dan miskin. Jika saudara diatas persoalkan kadar cukai yang dibayar adalah tinggi. Mengapa tidak persoalkan kadar bunga bank yang dikenakan keatas pinjaman rumah dan kereta juga tinggi. Majlis juga perlukan wang yang mencukupi untuk menyediakan perkhidmatan 10 bintang yang saudara harapkan. RM37.90 sebulan (ASTR0) boleh digunakan untuk kegunaan keluarga takkan 34.20 sebulan (CUKAI PINTU) tak boleh digunakan untuk kegunaan bersama penduduk Kuala Langat.  Jangan kuatir jika BN gunakan isu ini untuk dijadikan bola tanggung, PAKATAN RAKYAT akan memberikan Smash Lin Dan kepada BN.

Sekian Terima Kasih.
14.08.2012

Nota : Ini bukan jawapan balas yang mewakili pakatan rakyat, MDKL, MB Selangor mahupun mana2 EXCO. Harap maklum.

Pasangan Gay jemput Anwar Ibrahim ke Majlis Perkahwinan.





Wowww...

Lihat kad perkahwinan di atas. Ianya mengenai pasangan gay yang mana telah melansungkan perkahwinan mereka di luar negara pada tahun lepas. Mereka kembali ke tanahair baru2 neh dan mengadakan majlis resepsi mereka di Malaysia.

Lihat bawah neh geng ;


Benda neh jadi kecoh di Malaysia sebab lelaki berbaju kot merah tue rakyat malaysia yang berketurunan cina. Dia juga seorang paderi. Aiiikk paderi boleh kahwin ka? Pasai pa aku tatau?

kah kah kah

Dia dah menyeleweng dari tugas asal paderi la. Dan, untuk pengetahuan korang, kristian juga menentang budaya2 seperti neh oke. So paderi gay neh bukan mewakili ajaran kristian sama sekali. Sebaliknya dia bawa diri dia jek. Senang cakap dia dah lari dari "akidah kristian".

Ngeo Boon Lin dalam kad kahwin di atas tue adalah paderi gay yang berbaju kot merah dalam gambar di atas. Manakala Phineas tue pula adalah lelaki berkulit hitam berbaju kot biru tue. Mereka berkahwin di Amerika dan perkahwinan tersebut didaftarkan di New York.

Baru2 neh mereka kembali ke Malaysia dan menjemput sekumpulan wartawan hadir ke majlis resepsi mereka di salah sebuah restoran cina. Lokasi kuala lumpur. Tue yang Ali Rustam siap berdemo jumaat lepas. 

Yang jadi isu sekarang ialah blogger umno mainkan topik paderi gay jemput dsai hadir ke majlis resepsi mereka. Gambar2 kad perkahwinan di atas aku petik dari blogger umno. Klik sini.

Apa yang dorang cuba nak gambarkan ialah ;

1. Paderi gay jemput dsai.

2. Dsai ialah gay.

Lhorrr.. 

Apa bodoh sangat blogger umno neh? Maaflah sebab aku jujur oke. Kalau kad perkahwinan tue untuk dsai sepatutnya ada pada dsai. Pasai apa ada pada korang pula? Ka paderi kristian tue p tayang kat majlis resepsi dia, saja untuk suka2?

kah kah kah

Next.. fitnah tak menjadi oke. 

kah kah kah

Tiada Polis yang cedera dalam BERSIH 3.

Aikk?



Bukan dinyatakan oleh orang awam tetapi diakui oleh pihak polis sendiri beb. Korang baca kenyataan kat bawah neh sat ;
Inspektor Norazmee Mohamed dari balai polis Dang Wangi berkata, dia tidak menyedari mana-mana anggota polis yang tercedera dalam perkelahian menuju ke Dataran Merdeka dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih.

“Saya tidak diberitahu tentang kecederaan yang dialami oleh pegawai saya,” katanya di hadapan tiga orang panel Suhakam, diketuai oleh naib pengerusinya Datuk Dr Khaw Lake Tee.

Masih ingat kes kereta polis diserang? Rujuk sini sat. 

Orang dalam kereta polis tue sapa? Sapa yang pandu kereta polis? Kenapa wartawan tersebut beria2 nak menyelamatkan individu terbabit? Adakah.. donno.

Itu satu. Then korang baca kat bawah neh pula ;

Ahamad, yang ditugaskan untuk menjaga para penunjuk perasaan supaya tidak memasuki Dataran Merdeka, berkata bahawa dua anggotanya telah cedera dalam satu pertembungan dengan para penunjuk perasaan.

“OCPD ada memberi taklimat kepada saya bahawa pegawai PEMANDU dan seorang polis trafik cedera semasa polis melakukan tangkapan pada hari tersebut,” kata Ahamad.

Dia juga tidak mendedahkan identiti tentang pegawai PEMANDU itu, tetapi dia dikatakan wakil dari jabatan perdana menteri unit pencapaian dan perkhidmatan.

Pelik juga aku. Polis baju biru takde yang cedera. Tapi apa yang tersebar keluar masuk tv depa cakap polis baju biru ada jek yang cedera. Yang aku tertanya2 sampai sekarang sapa yang pandu kereta polis tue? Kalau bukan polis? 

Heran..

Dan last yang paling lucu ;

Ahamad juga memberitahu inkuiri bahawa dia memberi arahan agar anggotanya tidak melakukan keganasan atau bertindak mengikut emosi ke atas penunjuk perasaan, walaupun diprovokasi.

“Arahan saya jelas. Saya memberitahu 1,000 pegawai saya supaya jangan bertindak ganas.
“Saya juga memberitahu mereka supaya jika boleh, tidak perlu lakukan tangkapan,” katanya lagi.

Walaupun memberi arahan, Ahamad berkata beberapa anggotanya menangkap penunjuk perasaan selepas mereka merempuh halangan yang dikelilingi dengan kawad besi di Dataran Merdeka. Dia memberitahu kejadian itu berlaku pada 3 petang.

“Saya nampak pegawai saya menahan orang yang berbaju kuning. Saya bertanya kepadanya siapa yang memberi arahan namun pegawai saya tidak berkata apa-apa,” katanya lagi.

“Tangkapan itu berlaku kerana pegawai saya merasakan keadaan tidak dapat dikawal dan mereka harus lakukan tangkapan,” katanya lagi.

Dia berkata, kemudian dia ke Pulapol untuk bertemu dengan orang-orang yang ditahan untuk tindakan seterusnya. Ahamad berkata dia melihat banyak tahanan yang cedera. “Pegawai saya tidak seharusnya melakukan keganasan terhadap penunjuk perasaan. Saya telah arahkan anggota saya untuk mengawal mereka,” katanya lagi.

Ahamad tidak menghantar laporan atau video semasa operasinya pada hari itu kerana dia tidak pasti apakah itu diperlukan. “Saya lihat pegawai-pegawai yang dibawah saya sangat baik. Saya tak rasa ada apa-apa salah pada hari itu, kecuali insiden di mana pegawai saya mencederakan beberapa orang tahanan.

Benda lah lue neh ahamad?

1. Bagi arahan jangan cederakan dan tangkap pendemo bersih.

2. Tapi bila pegawai bawah lue tangkap orang, lue taktau? Bila lue tanya, pegawai lue diam jek? Lhoorrr.. sekarang sapa ketua sapa neh? Kalau lue nak, lue boleh jek arahkan pegawai2 lue lepaskan pendemo bersih kan? Kata ketua.. 

3. Pegawai2 lue baik walaupun mereka belasah pendemo bersih?

Polis pun mengaku beb. Mengaku depa belasah pendemo2 bersih. Neh bukan cakap2 kosong dari aku oke. Tapi pengakuan polis. Sekarang aku tak sabar2 nak tunggu alasan polis yang p sembur kami2 yang kat sepanjang2 jalan sampai ke masjid jamek walaupun pendemo2 bersih kat situ sorang pun tak langgar penghadang dan apa bagai. 

Kita tunggu alasan bangang PDRM untuk menghalalkan tindakan mereka.

Cukai tinggi di Selangor.

Salam kepada para blogger, saya memohon jasa baik pihak tuan2 untuk ketengahkan isu ini. ia berkaitan dengan isu cukai yang kami rasakan amat membebankan dan berlakunya ketidakadilan ke atas kami. Berikut adalah beberapa fakta kes secara point

1-taman kami adalah kawasan rumah semi-D terletak dikawasan kampung iaitu olak lempit, Banting.

2-tiada kemudahan bertaraf 3-10 bintang..hatta traffic light untuk keluar masuk taman juga tiada..ia amat menyukarkan penduduk untuk keluar masuk taman

3-Cukai taksiran yg dikenakan ke atas kami adalah sebanyak 12%.sedangkan kawasan yg lebih maju seperti Bandar Baru Banting hanya 11%.

4-Bantahan secara rasmi telah dibuat, dan kami telah menghadiri sesi bantahan bersama MDKL. Kami membantah kenapa kawasan kami yg dikategorikan kawasan pedalaman masih 12% sedangkan kawasan maju seperti kajang dan bandar baru bangi hanya sekitar 7%-8%.Tapi keputusannya tetap GAGAL

5-Alasan yg diberikan oleh pihak MDKL ia kerana telah ditetapkan oleh AHLI EXCO dan MENTERI BESAR..dan JIKA pihak kami tidak pertikaikan soal kadar (12%) pihak MDKL akan berikan sedikit pengurangan atas dasar "budi bicara".

6-Jika benar dakwaan ini, dimana ke prihatinan pihak MB yg mewakili pakatan rakyat?

7-Seandainya pihak MDKL tidak benarkan kami pertikaikan tentang kadar sekalipun ternyata pihak MDKL silap dari segi penilaian tahunan..Saudara bayangkan  banglow 2 tingkat di bangi, nilai tahunannya HANYA rm4440.00 tetapi rumah saya semi-D 1 1/2 tingkat nilai tahunannya sebanyak RM3420.00.Bahkan kadar yg dikenakan di bangi ini hanya 7.7% sedangkan saya 12%..

8-Bersama2 ini saya sertakan beberapa dokumen untuk pihak tuan. Cukai atas nama siti Fatimah Jaafar(isteri) adalah kepunyaan saya.

9- Kami benar2 berharap agar para blogger yg ada hubungan dengan para pemimpin PR dapat ketengahkan isu ini. Kami tak mahu isu ini dijadikan bola tanggung untuk BN..Tolonglah kami!!

Yang Benar,
Mohd Saiful Ahmad.



Nota : Dokumen 1 dan 2 adalah bukti cukai yang dikenakan adalah bawah 8% bagi kawasan yang lebih membangun daripada kawasan yang diduduki oleh saudara Saiful. Manakala dokumen 3 adalah bukti bahawa cukai yang dikenakan kepada saudara Saiful adalah berjumlah 12% setahun.

Persoalannya betul ka ahli exco dan Mb yang tetapkan kadar cukai neh or MDKL saja2 bagi alasan tersebut? Apa pun kita tunggu jawapan balas berkenaan isu neh.

Isnin, 13 Ogos 2012

Ini no telefon Jamal Yunus.

Anti bersih yang juga klon bersih 4 = datuk jamal yunus telah mengeluarkan satu mesej berbaur ugutan kepada peserta2 bersih kerana bersih mahu berhimpun pada malam 30 ogos di dataran merdeka sempena meraikan hari ulangtahun kemerdekaan negara.

Rujuk sini.

Dulu2 pernah datuk jamal berikan no telefon dia jika kita ada apa2 benda nak cakap dan blablala.. dan baru tadi bb = bumiputera berjaya telah call datuk jamal untuk mengesahkan kehadiran dia pada malam itu. Korang tengok kat bawah neh der ;


BB memang berani der. Salute. Sapa2 nak call datuk jamal pun boleh. Dail jek

012 - 904 8455

Dan nyatakan jek pendirian korang. Dulu2 pernah gak ada member aku call tapi tak berangkat der. Guna henpon oke. Aku pula call guna public phone. Pun haram tak angkat. Agaknya time tue ramai kot yang call tue pasal dia malas nak angkat.. tapi sendiri yang umumkan no telefon di public.. cissss cam harammmmm

Datuk Jamal Yunus ugut peserta BERSIH!

Takutnya aku.

Takut nak mampossss..


Ugutan neh disiarkan secara terang-terangan dalam akhbar arus perdana. Aku tak pasti akhbar apa. Tapi aku rasa bh kot. Apa2 hal nak tahu akhbar apa, terai tanya abu nawas kat sini. Sebab aku collect pun dari dia.

Cuba korang baca ugutan datuk jamal kat atas neh ;

"Kita akan bertindak agresif serta tidak benarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak menjangka tindakan diambil"

Aku huraikan ;

1. Kita akan bertindak agresif = kasar + ganas + ugutan untuk menggunakan kekerasan + kekuatan fizikal aka tubuh badan = ancaman untuk membelasah senang cakap.

2. Tidak benarkan perkara ini berlaku = mahu menghalang peserta bersih berhimpun dan meraikan hari merdeka dengan baju kuning.

3. Tidak menjangka tindakan diambil = maksudnya kita tak expect mereka nak bertindak / melayani kita macam mana.

Pistol?

Bom cefour?

Senapang?

Pisau?

Pedang?

Parang?

Sabit?

Ini satu ugutan dan terangan2 disiarkan di akhbar arus perdana. Kita tengok sikap PDRM macam mana. Mereka akan bertindak ataupun buat bodoh jek.. Ingat ek, hak untuk berhimpun dan meraikan hari merdeka dengan baju kuning adalah hak masing2. Takde sesiapa pun boleh pertikaikan hak tersebut.

Asalnya aku pun maleh nak p. Tapi bila dah kena provoke2 gini, aku nak p larh. Nak tengok muka mana yang berani belasah aku. Ataupun.. dorang mungkin lari sebab kita terlalu ramai..?

kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...