Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Ogos 2012

PERKASA nak buat filem Anwar Ibrahim.

Buat larh. 

Kalau nak buat, buat jek. Toksah sembang kencang or cakap banyak.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem “Tanda Putera” arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri.

“Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.

“Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang pula selepas ini,” katanya dalam laporan Sinar Harian.

Menurut Ibrahim, dakwaan Pakatan Rakyat (PR) bahawa filem tersebut mempunyai unsur perkauman adalah tidak benar kerana cerita itu dibuat berdasarkan sejarah.

“Kami akan berunding dan membantu pengarah filem “Tanda Putera” itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa ‘sensor’ (tapisan).

“Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu,” kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi.-TMI-

Setuju yang amat.

Sejarah tak boleh ubah. Kalau nak buat filem sejarah kena buat betul2 ikut fakta. Masalahnya fakta ke filem tanda putera tue? Yang tue kena cari tahu juga. Betul ke ia berdasarkan kepada SEJARAH? Ataupun perkara yang terpaksa disejarahkan?

Itu satu. Bahkan pelbagai kajian ilmiah of course, bukanlah cenderung kepada pembangkang pun jangan salah faham, membuktikan apa yang pernah, telah berlaku ketika itu tidaklah sepenuhnya dicatitkan bulat2 oleh kerajaan kita. Logic lah beb. Aku tak pasti aku boleh salahkan umno ataupun tidak dalam isu neh.

Sebab?

1. UMNO = Kerajaan = yang kehilangan kuasa pada peristiwa 13 may.

2. Jika UMNO mahu me-reka2 sejarah apa masalahnya? Mereka dipihak yang memerintah beb. Mereka melindungi hak dan kepentingan mereka. Even berbohong sekalipun, aku fikir sesiapa yang berada di tempat UMNO akan melakukan perkara yang serupa.

3. Sejarah akan ditulis oleh mereka yang menang. Jika yang baik menang, maka mereka yang bersikap baik, akan tulis fakta sejarah betul2 macam ilmuan islam kita. Jika orang jahat yang menang, mereka akan tulis sejarah yang memihak kepada mereka. Ini bukan perkara yang pelik. Bahkan ia berlaku di mana2. 

Walaupun bukan 100% tetapi aku percaya mostly orang2 yang berada di kedudukan UMNO ketika itu akan melakukan hal yang serupa. Sebab tue aku cakap susah gak aku nak salahkan keputusan UMNO ketika itu walaupun jika korang tanya pendapat aku sejujur2nya aku tak setuju sebab mengubah laluan sejarah sebenarnya hanya mengajar kita untuk terus menipu dan menipu.

Kita patut tahu apa sebenar2 yang telah berlaku ketika itu supaya ia boleh dijadikan iktibar dan panduan untuk kita. Bukan menghukum. Jangan salah faham. Tersilap sekali bukan tersilap selama2nya. Jika UMNO tak betulkan kesilapan neh, mereka akan cenderung untuk tersilap selama2nya. Mengubah lebih baik dari meneruskan kesalahan beb.

So jika filem tanda putera mengandungi kisah yang bukan sebahagian dari cebisan sejarah, tak salah pun ia diubah. Tak luak apa. Kalau sungguh ia karya sejarah maka buat betul2 berdasarkan kepada sejarah. Jangan cedok dari sumber sejarah UMNO. Bukan aku BIAS or fikir UMNO tue jahat sangat tetapi orang2 yang tulis sejarah tue pun terpaksa menurut kehendak UMNO ketika itu.

So, buatlah kajian dari pelbagai sumber. Bukan juga aku mengesahkan bahawa kajian sejarah selain dari sumber UMNO adalah tulen semata2 tapi at least dengan mempelbagaikan sumber, buat kajian ilmiah dan lakukan sedikit siasatan, insya-Allah kita akan dapatkan apa yang kita mahukan.

PERKASA pula jika mahu buat filem dsai, eloklah dorang buat. Buat sekarang. Pasal aku nak tengok bagaimana PERKASA mempotretkan DSAI dalam filem. Dengan filem tersebut, maka kita boleh larh menilai pemikiran PERKASA [baca : UMNO] dan bagaimana mereka akan mensejarahkan DSAI pada masa akan datang jika mereka terus berkuasa untuk tahun2 mendatang. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...