Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Ogos 2012

Tiada Polis yang cedera dalam BERSIH 3.

Aikk?



Bukan dinyatakan oleh orang awam tetapi diakui oleh pihak polis sendiri beb. Korang baca kenyataan kat bawah neh sat ;
Inspektor Norazmee Mohamed dari balai polis Dang Wangi berkata, dia tidak menyedari mana-mana anggota polis yang tercedera dalam perkelahian menuju ke Dataran Merdeka dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih.

“Saya tidak diberitahu tentang kecederaan yang dialami oleh pegawai saya,” katanya di hadapan tiga orang panel Suhakam, diketuai oleh naib pengerusinya Datuk Dr Khaw Lake Tee.

Masih ingat kes kereta polis diserang? Rujuk sini sat. 

Orang dalam kereta polis tue sapa? Sapa yang pandu kereta polis? Kenapa wartawan tersebut beria2 nak menyelamatkan individu terbabit? Adakah.. donno.

Itu satu. Then korang baca kat bawah neh pula ;

Ahamad, yang ditugaskan untuk menjaga para penunjuk perasaan supaya tidak memasuki Dataran Merdeka, berkata bahawa dua anggotanya telah cedera dalam satu pertembungan dengan para penunjuk perasaan.

“OCPD ada memberi taklimat kepada saya bahawa pegawai PEMANDU dan seorang polis trafik cedera semasa polis melakukan tangkapan pada hari tersebut,” kata Ahamad.

Dia juga tidak mendedahkan identiti tentang pegawai PEMANDU itu, tetapi dia dikatakan wakil dari jabatan perdana menteri unit pencapaian dan perkhidmatan.

Pelik juga aku. Polis baju biru takde yang cedera. Tapi apa yang tersebar keluar masuk tv depa cakap polis baju biru ada jek yang cedera. Yang aku tertanya2 sampai sekarang sapa yang pandu kereta polis tue? Kalau bukan polis? 

Heran..

Dan last yang paling lucu ;

Ahamad juga memberitahu inkuiri bahawa dia memberi arahan agar anggotanya tidak melakukan keganasan atau bertindak mengikut emosi ke atas penunjuk perasaan, walaupun diprovokasi.

“Arahan saya jelas. Saya memberitahu 1,000 pegawai saya supaya jangan bertindak ganas.
“Saya juga memberitahu mereka supaya jika boleh, tidak perlu lakukan tangkapan,” katanya lagi.

Walaupun memberi arahan, Ahamad berkata beberapa anggotanya menangkap penunjuk perasaan selepas mereka merempuh halangan yang dikelilingi dengan kawad besi di Dataran Merdeka. Dia memberitahu kejadian itu berlaku pada 3 petang.

“Saya nampak pegawai saya menahan orang yang berbaju kuning. Saya bertanya kepadanya siapa yang memberi arahan namun pegawai saya tidak berkata apa-apa,” katanya lagi.

“Tangkapan itu berlaku kerana pegawai saya merasakan keadaan tidak dapat dikawal dan mereka harus lakukan tangkapan,” katanya lagi.

Dia berkata, kemudian dia ke Pulapol untuk bertemu dengan orang-orang yang ditahan untuk tindakan seterusnya. Ahamad berkata dia melihat banyak tahanan yang cedera. “Pegawai saya tidak seharusnya melakukan keganasan terhadap penunjuk perasaan. Saya telah arahkan anggota saya untuk mengawal mereka,” katanya lagi.

Ahamad tidak menghantar laporan atau video semasa operasinya pada hari itu kerana dia tidak pasti apakah itu diperlukan. “Saya lihat pegawai-pegawai yang dibawah saya sangat baik. Saya tak rasa ada apa-apa salah pada hari itu, kecuali insiden di mana pegawai saya mencederakan beberapa orang tahanan.

Benda lah lue neh ahamad?

1. Bagi arahan jangan cederakan dan tangkap pendemo bersih.

2. Tapi bila pegawai bawah lue tangkap orang, lue taktau? Bila lue tanya, pegawai lue diam jek? Lhoorrr.. sekarang sapa ketua sapa neh? Kalau lue nak, lue boleh jek arahkan pegawai2 lue lepaskan pendemo bersih kan? Kata ketua.. 

3. Pegawai2 lue baik walaupun mereka belasah pendemo bersih?

Polis pun mengaku beb. Mengaku depa belasah pendemo2 bersih. Neh bukan cakap2 kosong dari aku oke. Tapi pengakuan polis. Sekarang aku tak sabar2 nak tunggu alasan polis yang p sembur kami2 yang kat sepanjang2 jalan sampai ke masjid jamek walaupun pendemo2 bersih kat situ sorang pun tak langgar penghadang dan apa bagai. 

Kita tunggu alasan bangang PDRM untuk menghalalkan tindakan mereka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...