Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Ogos 2012

Jawapan : Cukai tinggi di Selangor.

Respon balas dari artikel ==> disini

Salam, saya merupakan penilai salah sebuah syarikat perundingan yang seringkali menjalankan amalan penilaian cukai pintu bagi pihak berkuasa tempatan. Persoalan yang dibangkitkan oleh saudara diatas bagi pendapat saya adalah kurang bertepatan dengan semangat akta yang digunakan untuk mengenakan cukai pintu iaitu AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171). Disini saya menjawab secara ringkas fakta point yang saudara diatas utarakan.
1. Taman kami adalah kawasan rumah semi-D terletak dikawasan kampung iaitu olak lempit, Banting.
2. tiada kemudahan bertaraf 3-10 bintang..hatta traffic light untuk keluar masuk taman juga tiada..ia amat menyukarkan penduduk untuk keluar masuk taman

Jawapan & Pandangan saya;

Tidak benar dakawaan saudara diatas, semua kawasan dalam kawasan majlis adalah kawasan yang boleh dikenakan cukai, buktinya rumah saudara adalah semi-D, kelulusan pembangunan mestilah melalui majlis.  Maka sudah tentu rumah saudara boleh dikenakan cukai. Manakala Kemudahan 3-10 bintang yang saudara mahukan boleh juga merujuk kepada cukai yang saudara bayar. Iaitu RM3420 X 12% = RM410.40 setahun (34.20 sebulan @ 1.14 sehari). Bagi saya bayaran ini adalah rendah jika dibandingkan bayaran stesen TV berbayar ASTRO serendah RM37.95 sebulan yang rata2 semua rumah memilikinya waima rumah Flat kos rendah sekalipun. Adakah dengan bayaran RM37.95 yang dibayar kepada ASTRO kemudahan 3-10 bintang yang diperolehi?. Untuk makluman saudara lagi, cukai yang dibayar saudara bukan hanya digunakan untuk kawasan saudara sahaja, Ianya meluputi perbelanjaan kemudahan keseluruhan yang disediakan oleh pihak Majlis, . Fikir-fikirkan…


3-Cukai taksiran yg dikenakan ke atas kami adalah sebanyak 12%. sedangkan kawasan yg lebih maju seperti Bandar Baru Banting hanya 11%.

 4-Bantahan secara rasmi telah dibuat, dan kami telah menghadiri sesi bantahan bersama MDKL. Kami membantah kenapa kawasan kami yg dikategorikan kawasan pedalaman masih 12% sedangkan kawasan maju seperti kajang dan bandar baru bangi hanya sekitar 7%-8%.Tapi keputusannya tetap GAGAL

Jawapan & Pandangan saya;

Untuk persoalan ketiga, melalui pengalaman saya tidak ada kadar di luar Bandar lebih tinggi dari kadar dalam Bandar mana2 Majlis. Kalau keadaan diatas berlaku mungkin ada sebab pihak majlis tentukan bergitu. Perlukan perincian untuk komen perkara tersebut. Di Shah Alam kadarnya lebih rendah iaitu sekitar 4%. Untuk makluman saudara, kadar cukai pintu ditentukan oleh pihak majlis yang lain tidak boleh dibandingkan dengan majlis yang lain. Ianya adalah dibawah bidangkuasa Majlis itu sendiri.


5-Alasan yg diberikan oleh pihak MDKL ia kerana telah ditetapkan oleh AHLI EXCO dan MENTERI BESAR..dan JIKA pihak kami tidak pertikaikan soal kadar (12%) pihak MDKL akan berikan sedikit pengurangan atas dasar "budi bicara".

6-Jika benar dakwaan ini, dimana ke prihatinan pihak MB yg mewakili pakatan rakyat?

Jawapan & Pandangan saya;

Memang benar ianya ditetapkan oleh AHLI EXCO dan MENTERI BESAR, atau lebih tepat Pihak Berkuasa Negeri, boleh rujuk sini dibawah seksyen 127  http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%204/Akta%20171.pdf  mungkin kadar ini telah lama berkuatkuasa di MDKL  iaitu sebelum Pakatan Rakyat memerintah lagi. Cara yang ada untuk menurunkan kadar dan menyelaraskan Nilai Tahunan adalah dengan membuat penilaian semula keseluruhan kawasan Majlis seperti yang dibenarkan AKTA, iaitu setiap 5 tahun. Biasanya pihak majlis tidak berkemampuan dari segi keewangan untuk membuat Penilaian Semula setiap 5 tahun. Kesimpulannya, MB tidak boleh disalahkan 100% dengan permasalahan ini. Terkini Majlis Perbandaran Kajang sedang menjalankan penilaian semula ini.

7-Seandainya pihak MDKL tidak benarkan kami pertikaikan tentang kadar sekalipun ternyata pihak MDKL silap dari segi penilaian tahunan..Saudara bayangkan  banglow 2 tingkat di bangi, nilai tahunannya HANYA rm4440.00 tetapi rumah saya semi-D 1 1/2 tingkat nilai tahunannya sebanyak RM3420.00.Bahkan kadar yg dikenakan di bangi ini hanya 7.7% sedangkan saya 12%..

Jawapan & Pandangan saya;

Seperti jawapan saya diatas, tidak boleh membandingkan antara Majlis yang berlainan. Adalah lebih baik saudara bandingan Bungalow di MDKL sendiri. Itu lebih baik untuk buktikan penilaian MDKL silap.

Secara ringkas Merujuk kepada definisi “nilai tahunan” di dalam seksyen 2 (Tafsiran) di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171): Nilai Tahunan bererti anggaran kasar kadar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun daripada dengan yang berkenaan jika disewakan, dengan tuan tamah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyenggaraan atau pemeliharaan dengan segala kadar dan cukai awam:

Ini bermaksud nilai sewa yang dianggarkan keatas rumah saudara 3420/12 bulan = RM285sebulan. Wajarkan rumah saudara disewakan RM285 sebulan, jika wajar menunjukkan Penilaian Nilai Tahunan MDKL rumah saudara tidak silap. Jika saudara berpendapat sewa rumah saudara kurang dari RM285, saudara boleh buktikan kepada Majlis dengan mengemukakan Salinan Perjanjian Sewaan rumah yang sama dikawasan saudara yang disewakan. Ini akan membantu mengurangkan Nilai Tahunan rumah saudara. dan cukai juga secara automatik akan turun.

Secara kesimpulannya Kadar Cukai memang ditentukan oleh exco dan MB bukan pihak majlis saja2 bagi alasan. Ianya boleh dikurangkan sekiranya pihak Majlis sendiri mengemukakan cadangan kepada pihak Exco dan MB untuk dilulus dan diwartakan.

Apa yang lebih penting disini kita wujudkan semangat muhibah dan saling bantu membantu antara satu sama lain antara golongan kaya dan miskin. Jika saudara diatas persoalkan kadar cukai yang dibayar adalah tinggi. Mengapa tidak persoalkan kadar bunga bank yang dikenakan keatas pinjaman rumah dan kereta juga tinggi. Majlis juga perlukan wang yang mencukupi untuk menyediakan perkhidmatan 10 bintang yang saudara harapkan. RM37.90 sebulan (ASTR0) boleh digunakan untuk kegunaan keluarga takkan 34.20 sebulan (CUKAI PINTU) tak boleh digunakan untuk kegunaan bersama penduduk Kuala Langat.  Jangan kuatir jika BN gunakan isu ini untuk dijadikan bola tanggung, PAKATAN RAKYAT akan memberikan Smash Lin Dan kepada BN.

Sekian Terima Kasih.
14.08.2012

Nota : Ini bukan jawapan balas yang mewakili pakatan rakyat, MDKL, MB Selangor mahupun mana2 EXCO. Harap maklum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...