Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 November 2012

Nurul Izzah lebih hina dari pelacur.. [Video Inside]

Woww..

Ini satu tuduhan dan kenyataan yang sangat berat. Cuba fikir gunakan akal sebentar. Jauhkan dari sentimen politik. Hanya bandingkan dua statement kat bawah neh sat ;

1. Melayu juga terpakai dengan freedom of religion ini kerana dalam Alquran tiada apa2 yang spesific mengenai kaum..

2. Nurul izzah lebih hina dari pelacur..

Mana satu yang buruk dan teruk? Ko nak cakap orang buruk dan teruk dengan mengeluarkan kata2 yang teruk? 

Fahami la.  

Nurul izzah sebut melayu. Bukan muslim.. melayu itu kaum, islam itu agama.. bagaimana pula nurul izzah layak dituduh bukan2 hanya semata2 dia bercakap perkara yang betul?

Sebelum itu nurul izzah dah cakap dah pun.. bahawa muslim tertakluk kepada syariat islam. Dengar dan tonton video itu sendiri. Aku takmo paksa korang sependapat dengan aku. Tapi cukup tonton dan nilaikan sendiri. Masing2 ada akal. Susah sangat ka nak kaji sebelum buat kesimpulan? 

Apa pun terima kasih je la sebab cakap nurul izzah pelacur. Ini bukti korang takde hujah. Sepatutnya kalau la nurul izzah cakap perkara yang salah, highlightkan dan buktikan kenyataan dia tue salah. Bukan serang dia bukan2. Buat super impose la. Cakap dia sokong murtad la. Tuduh dia pelacur la. Itu seme jelas lari topic.

Orang kalau ada hujah mereka pasti akan buktikan kata2 nurul izzah tue salah dengan bagi hujah. Orang yang takde bukti je suka buat tindakan merepek dan kata2 yang menghina orang. Sabar nurul izzah. Dorang tue setakat bertekak atas pentas pongpang2 je la. Isi memang hancur.

Yang menyokong pun kalau bukan pasal duit, pasal bodoh. PR tak perlukan orang bodoh untuk duduk sekali. Bukan luak pun. Kuantiti tak penting tapi kualiti. Namun baik kualiti mahupun kuantiti, at least pr menang kat netizen. Lue fikirlah sendiri.

Video di bawah ;




Tingkahlaku yang kita tak patut tiru. Part 2.

Ramai yang kurang jelas. Mereka tidak tahu kos sebenar seunit AES di malaysia. Meh aku explain sikit.

Kos pelaburan RM717 juta bagi pemasangan 831 buah Sistem Penguatkuasaan automatik (AES) yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini menimbulkan keraguan. 

Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Sharif mendakwa, terdapat perbezaan sebanyak RM400 juta daripada jumlah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri di Parlimen. 

Menurutnya, kerajaan dicaj melebihi harga pasaran untuk membeli peralatan kamera AES, berbanding dengan jumlah yang diumumkan di Parlimen. 

“Syarikat yang berpangkalan di Jerman, Jenoptik Robot telah menandatangani perjanjian bernilai AS$53 juta (RM160 juta) untuk memasang sistem Ates Sdn Bhd, dan syarikat Redflex Traffic Systems Pt Ltd di Australia, menandatangani kontrak dengan Beta Tegap Sdn Bhd untuk membekalkan 450 kamera pengesan kelajuan bernilai AS$50 juta (RM151 juta). 

“Kenapa ada perbezaan RM400 juta antara jumlah RM717 juta yang dinyatakan jawapan di Parlimen,” katanya, semalam. 

Beliau turut menunjukkan kontrak berasingan sebagai bukti yang ditandatangani firma berkenaan dan wakil pengedar kamera barangan kelengkapan berkenaan hanya bernilai RM300 juta.

Mana dapat info neh beb?

Owh kat dalam paper sinarharian. Rujuk sini.

RM717juta untuk 831 kamera AES. 

Bukan batang tubuh kamera tue jek yang kedua2 syarikat yang dapat tender neh charge. Bahkan termasuk kos maintainance sekali. Plus lain2 kos berkaitan termasukla kos untuk memasang kamera ini di tempat2 tertentu.

Tetapi still kos nya sangat mahal. Untuk kedua2 syarikat di atas melaburkan 717juta bagi menyediakan AES di seluruh malaysia supaya memudahkan PDRM menguatkuasakan undang2, adalah amat mustahil untuk mereka tidak mensasarkan keuntungan bagi memperolehi balik modal yang telah dilaburkan.

Aku nak tanya ko. Ko sudi bayar mana2 individu 717juta gunakan wang syarikat ko? Usah kata 717juta nak bayar 100 buta2 jek pun haram. Pergi la mampos. Mungkin itu kot yang korang cakap kat aku ble aku minta belanja seratus.

Sekarang lihat ini pula ;

Anggarann kasar.

Jumlah kos = RM717,000,000 


Jumlah AES = 831


Jumlah kos pelaksanaan sebiji = RM717,000,000/831 = RM862,815.88 

Kita anggap la bahawa kos sebanyak 862,815.88 adalah termasuk kos penyelenggaraan + pemasangan + consultant + lain2 perkara berkaitan.

Tahu kah anda 862,815.88 adalah satu jumlah yang amat amat amat amat amat MAHAL sekali bagi seunit AES?

Lihat kat bawah neh pula ;


Kita kena bantah AES. Tetapi kena gunakan cara yang betul. Bukan merosakkan AES. Setiap AES yang rosak pasti akan diganti semula. Dan setiap satusen yang diganti semula itu bukan la kedua2 syarikat itu petik dari langit oke. 

Mereka keluar dari poket rakyat malaysia melalui pelbagai cara dan tersangatlah bodoh bagi mereka2 yang pergi merosakkan AES. Mereka tidak tahu bagaimana sistem ini berjalan. Bahkan, jika PR amek alih pusat sekalipun bukan semudah ABC untuk PR batalkan perjanjian AES. 


Semua tue dah didokumentasikan. Silap2 pusat kena bayar ganti rugi yang amat2 tinggi ketika membatalkan perjanjian tersebut. Sedar tak? Sebab tue kena bantah AES ikut akal. Bukan ikut emosi. Ko spray pun so what? Lepas tue AES akan dimahsuhkan?

Ko boleh spray banyak2 tetapi AES akan kekal disitu. Yang rugi tetap kita juga sebab akhirnya wang rakyat digunakan untuk gantikan apa yang rosak disebabkan tindakan bodoh sesetengah pihak.

Ini tingkahlaku yang kita tak boleh tiru. Bahkan tak patut tiru. Sila berhenti disini.
Berhenti jika ada niat nak merosakkan mana2 AES yang wujud. Kerana setiap satu yang rosak itu akhirnya kita seme secara kolektif perlu membayarnya kembali di kemudian hari. Nafsu dan emosi ko tak membantu sesiapa pun disini.

Rekod, gambar di atas dihitamkan wajah orang tue bukan sebab dia yang rosakkan AES. Tetapi sebab taknak orang sangka bahawa dia rosakkan AES. Kang kena tuduh plak dia.

Oleh kerana dulu ada di antara kita yang tatau berapa jumlah kos pemasangan seunit AES, mungkin dorang tak rasa sedih bila nak rosakkan mana2 AES. Tetapi sekarang korang dah tahu. Sila berfikir dalam2 sebelum melakukan sesuatu. AES harus dihapuskan bukan dirosakkan. Fahami isu. Bai.

Tingkahlaku yang kita tak patut tiru. Part 1.

Oke.

Aku menerima baik keputusan korang nak report polis atas isu kenyataan Nurul Izzah yang dibuat dalam satu forum yang diadakan di dalam gereja baru2 ini.

Masyarakat, aku percaya bukan majoriti memang ada yang rasa WOW.. nurul izzah masuk gereja? Tak haram ka? Blblablablabla.. persepsi mereka, masuk gereja masuk kristian... which is aku rasa itu memang kelakar. Bahkan itu juga yang dihighlightkan oleh zulkifli nordin dalam satu video yang aku tonton semalam. Pftt. Peguam tue. Sekolah tinggi. Pemikiran phewww..

Gereja ialah rumah ibadat bagi penganut kristian. Ia sekadar rumah ibadat. Aku pernah masuk gereja beberapa kali. Tujuan amal. Bukan nak melawat. Walaupun dalam ahti kecik aku memang nak melawat. Bahkan siap nak dengar lagi apa yang paderi bercakap dalam gereja tue. 

Sama seperti aku nak tengok depan2 apa yang berlaku dalam tokong dan kuil. Ia just aku nak tahu apa yang berlaku dan apa yang mendorong mereka mempercayai kepercayaan mereka? Aku nak melihat sejauh mana perkara2 seperti itu boleh mengikat mereka untuk terus mempercayai apa yang mereka percaya? 

Sebagai penganut islam aku melihat terlalu banyak bukti yang akhirnya memaksa aku menunduk kepada Allah swt. Aku melihat dan merasai sendiri wow.. islam itu memang agama yang benar. Sejauh mana aku mahu meraguinya aku tidak boleh langsung meragui nya setelah aku mengenali islam kerana islam bukan kerana ikut - ikutan. Sejujurnya, aku memang jenis suka menyoal dan bertanya soalan yang pelik2 pandangan sesetengah kekawan aku. 

Soklan2 itu bila aku buka depan kawan2 muslim aku confirm dorang cakap aku sesat suka fikir bukan2.. dan macam2 lagi la kata2 merepek keluar dari mulut mereka. Apa salahnya kalau dorang cakap aku tatau. Ko tanya je la ustaz weh. Lebih baik daripada merepek tuduh aku bukan2. 

Tapi bila aku tanya ustaz2 woww.. ustaz2 ini kata ini la baru penganut muslim. Soalan2 yang aku tanya amat jarang sekali orang islam tanya. Dan ustaz2 galakkan aku berfikir dan bertanya macam2 lagi in order untuk memahami islam. Well memang itulah yang aku buat pun. Aku mahu kenal islam kerana islam bukan kerana bangsa jauh sekali disebabkan perlembagaan. Sorry.

Berbalik kepada isu di atas, aku memang sentiasa ingin tahu kenapa kepercayaan2 itu mengikat mereka untuk terus mempercayainya? Tidak kah penganut2 ini pernah sekali mengkaji dan mencari tahu serta menganalisis agama2 yang wujud di dunia ini in order untuk mencari agama yang benar? 

Sebab tue la aku teringin sangat melawati rumah2 ibadat ini. Dan aku tak faham kenapa melawati rumah2 ibadat ini pada sesetengah pihak mereka melihat ia satu perkara yang boleh menimbulkan was2? Hanya kerana kita tak pernah buat or terfikir nak buat itu belum tentu bererti apabila ada orang lain buat, ia adalah salah.  

Mungkin bukan amalan di malaysia tetapi ia amalan di negara2 lain bagi menjelaskan perbezaan sesama agama. Apa masalahnya? Bila pelancong boleh melawat pelbagai rumah ibadat tanpa kira bangsa dan anutan pasal apa rakyat malaysia terutamanya muslim bila berkeinginan nak melawat pelbagai rumah ibadat di anggap was2?

Dan, susulan kes nurul izzah yang meletup2 tue.. akhirnya timbul la beberapa report polis ke atas nya. Antara yang buat report polis ialah pelbagai gabungan ngo johor. Dan semalam dari terengganu pun ada yang buat report polis. Dan tadi menerusi satu blog pr, kata nya kumpulan kat bawah neh pun buat report polis atas isu yang sama, iaitu kenyataan nurul izzah ;


Pffttt..

Ini sebabnya ada sesetengah isu aku malas main. Kadang2 kita kena faham. Kita memang tak sempurna. Kita tak boleh berhenti berdakwah kerana kita tak sempurna. Tetapi ada beberapa perkara penting kalau boleh jangan buat kalau akhirnya memalukan diri sendiri.

Sebelum kita sibuk pertikaikan kenyataan nurul izzah elok kita teliti dulu diri kita. Kita nak marah nurul izzah berapi2 tapi kalau orang yang sebaris kita pun melakukan hal yang bertentangan dengan islam tak payah sembang kencang nak kutuk2 nurul izzah la weh.

Yang tak boleh blah tue ada pula blogger umno yang terang2 menunjukkan super kebodohan lihat kat bawah neh ;

  
Sumber sini.

Contoh orang bodoh. Bukan suka2 nak bodohkan orang tetapi kalau dah terbukti mereka bodoh nak cakap apa lagi? Aku sedang berkata2 benar. Bukan fitnah oke.

Sejak bila bangsa menyebabkan kita terikat dengan pegangan dan kepercayaan tertentu? Kalau begitu apa non muslim yang non malay di malaysia neh tak boleh memeluk islam kah disebabkan bangsa? Almaklumla bangsa sesuatu yang kita tak boleh ubah sampai mati.

kah kah kah    

Jumaat, 9 November 2012

Ini sebab kenapa saya kutuk Anwar Ibrahim Gay.

Hadoiiii

Kesian plak aku baca komen terakhir si Nazs Sirap Limau. Sapa Nazs Sirap Limau neh? Owh individu yang cakap dsai gay tue. Kemain kaw. Beria2 kutuk dsai gay. Tak boleh blah betul. Video tue kat bawah neh hah ;



 


Korang dengar kan? Jelas kan? 

Dia cakap Anwar gay kan? Oke. Korang baca dan dengar alasan dia kat bawah neh pula ;


Komen terakhir dia sebelum dia hilang disebabkan kena serang bertubi2 di media sosial. Dia dah tak larat nak jawab apabila kena terjah tak henti2. Itupun sendiri cari sebab berani fitnah orang. 

Dia bagi alasan dia kerja. Bukan politik. Aku nak cakap sikit kat ko nazs. In case ko or sedara mara ko baca neh la kan. Ko cakap ko kerja kan? Oke, aku pun faham ko kerja. Ko perlukan duit untuk hidup. Aku faham. Tapi tak semestinya ko kena setuju utk berlakon iklan di atas. Terang2 iklan bermotifkan politik lepas tue ko sembang cakap ko bukan politik mana pun?

Mana orang peduli seme tue. Bila ko berlakon mana2 iklan politik automatik orang assume ko sokong parti tersebut. Bukan atas alasan kerja lagi dah. Contoh kalau ko tak sokong umno apa kejadahnya ko nak kempen suruh orang undi umno dan benci pr? So sama la seperti apa yang ko buat dalam video tue.

Memang ko sendiri sokong umno. Sebenarnya tak kisah la ko nak sokong umno or berlakon dalam video propaganda apa sekalipun. Hak masing2 oke. Tapi ko berani fitnah kan? So berani la jawab kalau kena serang. Apa nak lari2.

Boleh je buat video propaganda. Tak payah selit unsur2 fitnah la. Just tonjolkan apa yang bn boleh buat or bakal buat. Tak payah nak heret isu tuan guru sokong gay la dsai gay la apa la. Benda tue bukan boleh selesaikan masalah rakyat pun. Ko cakap dsai gay itu neh lepas tue harga barang turun ka? Harga kereta murah ka?

Apa pun takde. Serang tak fikir. Main sembur jek. Buat video kos mahal2 tapi isi takde. Hujah takde. Haprak dan sampah jek. Kalau aku diberikan bajet aku boleh buat video propaganda yang mendorong penyokong sesama sendiri berhujah cara baik. 

Bukan macam korang. Bazirkan duit pembayar cukai jek. Takyah cakap korang buat guna dana parti sendiri la. Memang sah2 korang seme dibayar guna wang kerajaan. Wang kami seme. Sebab tue kami seme ada hak nak rasa marah oke.

Itulah, lainkali berhati2lah nak berlakon pun. Kalau boleh tutup muka. Kalau benda tue bukan fitnah takde hal sangat. Orang pun tak marah apa. Rekod, seme pelakon2 sembang rakyat mana ada fb. Masing2 takut kena serang. 

So jikalau ada di antara korang berniat nak berlakon sembang rakyat pastikan takde media sosial, kalau ada sekalipun set privacy sebaik mungkin, pastikan seme kekawan umno jek so takde la kena serang.. nak buat macam mana.. masyarakat internet celik maklumat bukan macam orang yang takde internet. Buta2 kena tipu jek..

kah kah kah 

Demo bantah Anwar Ibrahim dan PKR di Terengganu.

Korang tengok gambar yang aku printscreen kat bawah neh sat ;



Tengok anak panah. Kelakar siot. Nak tahu tak lelaki tue buat apa bagi menyampaikan perasan dia yang kekonon nya anti sangat kat dsai.. ? Beria2 plak tue...

Tengok video kat bawah neh  ;


 

Seme pakat2 tunjuk ibu jari kat bawah. Lepas tue duduk tengah2 jalan. Ganggu lalu lintas. Yang sebenarnya peserta2 BERSIH buat gini gak time demo hari tue. Maksud aku yang duduk kat tepi2 jalan raya tue. Kemain kaw penyokong2 umno sembang kencang kutuk2 orang begitu la begini la.. seme ayat maki hamun sumpah serakah undang2 seme terkeluar..

Kalau baca pehhh memang bajet neraka la peserta2 bersih tue. Penyokong2 umno plak cam suci habis. Alih2 diri sendiri buat apa yang dia kutuk2kan orang sebelum neh bila berdemo bantah dsai kat terengganu. Aik.. boleh plak? Mana pergi ayat2 berjela2 bahawa rakyat malaysia kena hormati undang2? Tak dak kan? Or dah terlupa?

kah kah kah

Rekod, at least peserta2 bersih duduk tepi jalan dan minta sokongan. Begitu juga dengan peserta2 hijau. Minta sokongan dengan mohon dorang picit hon kenderaan. Yang penyokong2 umno neh berbeza. 

Dorang duduk tengah2 jalan then boo orang. Lepas tue buat isyarat2 mengarut. Loncat2 cam beruk. Lepas tue dok mencarut2 dengan aksi badan seme siap. Kalau kena langgar then mati kat situ time2 tue juga tatau la aku nak cakap apa. Tatau nak kesian ke apa..

kah kah kah

Tapi oleh kerana ini negara demokrasi, sesiapa pun berhak sokong sesiapa dan berhak untuk buat apa2 demo so memang takde masalah langsung untuk penyokong2 umno berdemo bantah kehadiran dsai dan pkr kat situ. Cuma yang menjadi tanda tanya aku ialah kemain besar terengganu tue.. kemain ramai orang duduk kat sini.. banyak tue jek ke penyokong2 umno yang bantah kehadiran pkr dan dsai ke terengganu? Apsal sikit sangat? Kelakar siottttt..

Banner kemain siap dengan print apa seme.. alih2 yang mai berdemo 50 orang pun tak sampai? Buat lawak ke apa tue?

kah kah kah

Ahmad is Ahmad, Ahmad bukan Zul Yahya.

Problem, PDRM?


Bagaimana PDRM boleh kenakan 2 pertuduhan ke atas batang tubuh ahmad tanpa mengemukakan bukti bahawa ahmad ialah zul yahya? Itu persoalan penting tue.

Then, dua pertuduhan itu pula tuduhan yang serupa. Aik. Boleh buat dua tuduhan yang serupa atas individu yang sama?

A dituduh mencuri kepsi. Ikat jamin rm5k.

A dituduh sekali lagi iaitu mencuri kepsi. Ikat jamin rm5k.

Total ikat jamin rm10k. Tuduhan? Mencuri kepsi. Ikat jamin? Atas dua tuduhan. Jenis2 tuduhan? Curi kepsi. Aik..     

Kronologi

1. Mula2 ahmad ditahan. Ketika dia ditahan tue time orang seme sedang sibuk2 nak cuti apa bagai. Rujuk sini.

2. Lepas tue kita dapat tahu rupanya ia berkaitan rapat dengan satu posting zul yahya. Rujuk sini.


3. Tatau macam mana polis boleh link kan ahmad = zul yahya. Hasil tinjauan aku ke atas fb zul yahya tue.. sebelum nama zul yahya tue kecoh2 aku dapati account fb dia memang semacam. Tapi takmo tuduh2. Apa yang membuatkan aku rasa semacam?

- Tengok usia dia. Lahir tahun 87. Ramai jek yang lahir tahun 87 minat politik. Tapi bukan itu jek yang dorang akan minat semata2. Dari fb dia aku tengok macam itu jek yang dia minat semata2. Aku terpaksa cakap, ini pelik. Takde ke minat artis kpop macam aku? Wakaka..

- Lepas tue komen2 dia. Hanya semata2 komen bab politik jek. Takde ke komen benda lain? Pasal makan ke pasal bola ke apa ka? Haram. Usah kata orang2 muda, orang2 tua pun tak komen pasal politik jek 24 jam beb. 

- https://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371

Atas neh url fb dia. Nama yang tertera ialah Ibrahim Osman. Ini membuktikan bahawa zul yahya ialah account fake. Macam account yang diberikan nama2 artis. Ada kan nama artis ibrahim Osman? Zul Yahya? Dorang tue pelawak kan? Kenapa nama2 pelawak ini yang dipilih?

Aku tatau. Rasanya tak penting pun untuk tahu.

Yang pasti sekarang polis sedang memburu 2 lagi individu yang dikatakan menghina sultan johor. Satu tue dah lari ke thailand. Satu lagi sedang bersembunyik. Yang pelik kenapa Ahmad yang jadi mangsa sedangkan ahmad ialah ahmad, ahmad bukan zul yahya?

4. Then, keluarga ahmad mengeluarkan kenyataan dan menafikan sekeras kerasnya bahawa ahmad ialah zul yahya. Zul yahya ialah individu yang berbeza. Zul yahya memang bukan ahmad. Polis meletakkan tuduhan bahawa penahanan ahmad ada kaitan dengan status zul yahya tetapi polis tiada bukti untuk menyabitkan ahmad = zul yahya.

5. Selepas itu gerakan membebaskan ahmad pun bermula. Rekod, polis langsung takmo bebaskan ahmad pada awalnya. Mereka sedaya upaya cuba menahan ahmad lebih lama walaupun jelas bertentangan dengan SOP polis. Yang lebih pelik.. beria2 nak bicarakan di johor padahal ahmad tue dok kl. Bukan dok johor pun. Rujuk sini.

6. Kes ahmad juga mendapat liputan antarabangsa. Rujuk sini.

7. Mungkin disebabkan tunduk kepada tekanan media dan desakan orang ramai akhirnya ahmad dibenarkan ikat jamin. Itupun atas tuduhan yang kelakar. Kenapa kelakar? 

Polis gagal buktikan ahmad = zul yahya satu perkara. Polis gagal kemukakan bukti ahmad menghina sultan johor menggunakan account fb ahmad sendiri, satu perkara lagi. Rekod, ahmad ada account fb nya sendiri sebelum semuanya dihilangkan secara tiba2 selepas polis menahan dia. Ermm.. motif? Tah.

Bahkan polis juga mengenakan dua pertuduhan yang sama, satu perkara lagi. Yang lagi pelik, selepas sehari polis membuat kenyataan media bahawa siasatan or bukti masih sedang dicari, rujuk sini, boleh plak polis tuduh ahmad berdasarkan komen zul yahya di facebook? 

Bukan kah sebelum ini polis sendiri keluarkan statement bahawa kes ahmad sedang disiasat dan bukti masih dikumpul? Kenapa ketika itu tak announce yang ahmad ditahan disebabkan statement zul yahya? Kenapa selepas mengenakan pertuduhan baru nak kaitkan dia dengan zul yahya?

Rekod, family ahmad insisted mengatakan ahmad dengan zul yahya ialah dua individu yang berbeza. Aku percayakan family ahmad.



Ini la pandangan aku. Persepsi, bukan fakta. Analisa, bukan hakikat.

Aku suspect ini dibuat sebagai amaran keras kepada mereka2 yang ada niat nak jatuhkan sistem pemerintahan beraja sultan johor or mana2 sultan. Dewasa ini kita dapati ramai malaysians yang semakin terang terangan berkomen mengenai sultan dan raja. Mereka tidak segan silu mempersoalkan isu elaun, isu istana, isu islam, dan pelbagai isu2 berkaitan keluarga diraja termasuklah diri aku sendiri.

Penulisan2 seperti ini mungkin menyebabkan geng2 raja jadi takut or marah. Mungkin kerana aib terdedah? Masyarakat hilang respect? Lama kelamaan akan pupuskah mereka? Apakah rakyat akan memilih untuk menjatuhkan raja dari institusi pentadbiran? Apakah ini bermakna no more allowance? No more istana? Dan blablabla..?

So ini mungkin sebagai amaran keras kepada mereka2 yang mempersoalkan kedaulatan raja2 di malaysia. Which is kalau ko tanya aku, aku akan cakap tak cerdik langsung. Jangan sibuk ubah persepsi masyarakat. Masyarakat takan komplain kalau mereka dilayan dengan baik.

Cara nak ajar or asuh masyarakat ialah diri sendiri kena duduk di landasan betul, lakukan perkara yang betul dan sudah tentu sokongan juga akan lahir disebabkan melakukan perkara yang betul. Contoh, sultan kelantan.

Menghukum, menakut2kan, mengertak, memang berkesan tetapi bukan bertahan. Ibarat anak2 kecik yang didera. Time kecik tak boleh melawan sebab kecik lagi. Kena dera sabar jek. Menangis jek. Lama kelamaan dendam tersimpul. Esok lusa yang kecik tue akan besar. Yang besar itu akan tua. Keadaan berubah. Situasi berubah. Yang lemah akan kuat. Yang kuat akan lemah. Begitula kitaran hidup. Balasan akan hadir. Sebab tue kalau nak tawan rakyat bukan dengan persepsi tapi perbuatan. 

Baik perbuatan kita maka baik la balasan kepada kita. Jahat perbuatan kita, sudah pasti balasan yang datang pun akan jahat juga sesuai la dengan kelakuan kita. Apa nak heran kan? Ini SOP islam. Bukan rahsia. Janji Allah swt. Tunggu je la. Bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...