Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 November 2012

Ini ke kenyataan FB yang menyebabkan Ahmad kena tangkap dengan polis?

Account Ahmad Abdul jalil dah lesap. Yang police siasat sekarang Ahmad Abdul Jalil dan selepas neh polis akan lakukan tangkapan terhadap beberapa individu lain atas kes yang sama, iaitu menghina sultan johor.

Menurut update yang diperolehi dari laman facebook kakak kepada ahmad yang juga mewakili keluarga mereka ;

1.  Polis memberikan kenyataan yang berbeza2.

2. Keluarga ahmad sendiri tidak diberitahu apa sebenarnya kenyataan yang menyebabkan ahmad ditahan. Mereka cuma diberitahu bahawa ahmad ditahan oleh sekumpulan polis di cheras pada jam 10 malam tetapi kenyataan yang di anggap menghina itu tidak pula dinyatakan.

3. Ahmad kini masih ditahan oleh polis dan polis sedang memburu mereka2 yang lain atas kes menghina sultan johor.

Perhatikan satu kenyataan kat bawah neh sat ;


Sumber dari malaysiacrisis.

Aku setuju dengan huraian dan penerangan panjang lebar dari malaysiacrisis. Bahkan aku sentiasa setuju dengan penerangan dan pendedahan2 dari malaysia crisis bila ia melibatkan keluarga diraja. Ada beza antara menceritakan kejahatan dan kezaliman raja dengan menghina raja.

Perbuatan di atas bukan menceritakan tentang kezaliman diraja. Apa yang dia buat ialah dia hina raja. Kemon la. Ko tak suka dia jadi kedua askar blablaba komando malaysia ko boleh cakap sebab2nya kenapa. Aku tak fikir dorang akan anggap ko menghina kalau ko perincikan kenapa sultan johor tak layan mengetuai komando malaysia.

Contohnya gini.. 

Sultan johor tiada basic dan asas dalam unit komando. So apa logiknya dia mengetuai unit tersebut? Tak boleh ka kita pecahkan tradisi tersebut dan meletakkan mereka yang benar2 layak mengetuai unit2 yang mereka memang mahir dan mempunyai kebolehan supaya unit2 tersebut boleh berkembang kerana dipimpin dan diketuai oleh mereka2 yang memang berkebolehan?

So orang akan faham. Owhh.. dia punya hujah begini2 dan begini. Kalau nak selit2kan bahasa maki ke apa ke lantak ko le juga. Tapi at least ada penerangan so orang akan faham juga kenapa ko marah. 

Tapi kalau ko tiba2 marah then macam mana orang nak faham? Macam mana ko nak orang fahami ko kalau ko sendiri tak pernah buka ruang dan peluang untuk orang memahami ko?

Cuba ko fikir kenapa majoriti rakyat di malaysia marah bila isu peribadi melibatkan pimpinan politik dipermainkan? Isu dsai dan liwat. Majoriti tolak. Sama seperti isu rosmah dan tudung. Majoriti tolak. Majoriti dari awal lagi memang tak minat pasal sapa hina sapa sapa mainkan sapa, sapa tak pakai tudung sapa dan sebagainya.

Punca majoriti menolak kerana majoriti sedar.. aiii aku pakai tudung pun tak. So malu la nak mengata2 rosmah.  Family aku pun tak betul.. so segan la nak anggap cerita2 pasal dsai tue benar.. 

** Psttt.. berbeza dengan najib dan bloggers umno yang sampai terlupa diri yang rosmah pun tak bertudung yang nak kutuk2 pr sangat tue..

Apa yang majoriti inginkan ialah siapa ada hujah dan bagaimana hujah2, idea2, pelan2 tersebut boleh membantu mereka hidup lebih baik dan selesa. Itu yang majoriti inginkan. Hina ke super impose ke apa2 ke majoriti memang tolak.

Tolak bukan sebab pro umno jauh sekali pro bn apatah lagi pro sultan tetapi tiada sebab nak terima sebab apa yang dilontarkan tue bukan hujah. Contohnya ko cakap kulit sultan putih cam babi. So what? Apa masalahnya dengan kulit putih macam babi? Kulit putih inila yang majoriti malaysia dambakan oke. Kulit putih memang cantik apa. Apa yang buruknya dengan berkulit putih?

Lagi satu babi tue berkulit pinkish. Bukan putih la. Kulit sultan putih pun menjadi masalah buat ko ke? Lantak la mereka kulit putih ke hitam ke kelabu ke apa ke. Lantak la juga mereka boroi ke gemuk ke buncit ke flat ke slim ke. 

Yang penting ialah bukan ciri2 fizikal mereka yang kita nak perlecehkan. Yang penting ialah ada atau tiada sultan2 ini mengambil berat hal negara. Ada atau tidak mereka memahami masalah2 rakyat. Ada atau tidak mereka melakukan tindakan2 yang membolehkan rakyat menghormati mereka. Itu sahaja.

Jika sultan itu sultan yang baik, kita angkat mereka kerana kebaikan mereka, bukan ciri2 fizikal yang ada pada mereka. Jika sultan itu sultan yang jahat, kita tolak mereka kerana kejahatan mereka, bukan ciri2 fizikal yang ada pada mereka.

Bak nasihat dr maza tak berapa lama dulu. Berhentilah hina mana2 pemimpin yang ko tak sukai dengan ciri2 fizikal mereka. Gemok la boroi la gagap la hitam la pendek la banyak jerawat la apa la..  penghinaan2 seperti itu sebenarnya menghina diri sendiri. 

Cuba tengok sekeliling kita. Berapa ramai kawan2 kita, sedara mara kita or diri kita sendiri mempunyai ciri2 fizikal seperti itu? Jika kita terasa bila orang menghina kita seperti itu juga la mereka akan terasa jika kita menghina mereka. 

Apa pun aku tak pasti samada apa yang dinyatakan oleh malaysiacrisis itu benar atau tidak ahmad abu jalil, individu yang ditahan baru2 ini mempunyai kaitan dengan status di atas. Apa pun aku berharap sangat sultan johor berlapang dada dan maafkan mereka2 yang terlibat. 

Aku percaya mereka mungkin terlalu geram dan berasa emosi disebabkan hal2 tertentu sehingga menyebabkan mereka mengeluarkan kata2 sebegitu. Orang kata ibarat kita kena ketuk la. 

Mula2 kena ketuk sekali, boleh sabar. Then kena ketuk kali kedua, still sabar. Tapi kalau asyik kena ketuk jek mula la rasa nak panas. So mungkin disebabkan itulah kadang2 ada di antara mereka terlepas kata2.. aku percaya tiada salahnya jika sultan johor memahami.

Dalam pada itu aku juga berharap sangat kepada rakan2 kita, marilah kita menentang kezaliman kerana kezaliman itu sendiri bukan menentang kezaliman disebabkan ciri2 fizikal yang ada pada mereka. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...