Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 November 2012

Hot : Tangkap dulu, bukti kemudian - Kes Ahmad hina Sultan!

Aku terkejut. 

** Padahal buat2 aje. Nak sedapkan cerita dalam artikel. Biasak arh. Berlakon sekejap. Wakaka.

PDRM secara terang-terangan membuat pengakuan bahawa mereka tidak mempunyai bukti ketika menahan Ahmad.


Ini seriyusssss..

 

Terima kasih ming ming. Hehe

Korang baca sat apa yang tertera kat bawah neh ;



Pemahaman aku ;

1. PDRM tahan Ahmad disebabkan ahmad hina sultan. Itu tuduhan yang PDRM letak.

2. So bila PDRM letakkan tuduhan seperti itu, aku berfikir owhh confirm arh si ahmad neh ada menulis apa2 di mana2 wall facebook kan. At least pdrm mesti ada benda tersebut. Tak kisah la ketika ini pdrm sedang nak siasat samada itu ahmad yang tulis ke bukan ke apa ke.. yang penting asas kepada penahanan ahmad mesti ada iaitu apa2 status, komen or penulisan yang terang2 diterbitkan under nama account facebook ahmad untuk dijadikan hujah or alasan penahanan tersebut.

3. Bila ahmad minta nak tengok or tanya perkara berkaitan tersebut.. polis cakap perkara tue dalam siasatan.

4. Aik.. nak minta asas kepada penahanan pun dalam siasatan? Itu salah beb. Ko mana boleh tahan orang atas benda dalam siasatan. Contoh kes.

A cakap b pencuri. Dia p lapor polis. So takan polis boleh tahan b pula semata2 berdasarkan keterangan A? Mestilah polis kena ada bukti dulu baru bleh tahan b. Selagi takde bukti selagi itu tak boleh tahan. Polis kena la siasatan sampai berhasil mendapatkan bukti then baru tahan b jika bukti tersebut ada kaitan dengan b.

Ini common sense la. Ini SOP polis. Aku bukan polis tapi aku tahu la sebab ia terpakai di mana2 negara sekalipun. Orang kata basic law. General knowlegde.

Jika PDRM tak boleh kemukakan benda paling simple yang di minta oleh ahmad iaitu apakah bukti or kenyataan yang mengatakan saya hina sultan itu, itu bermaksud jelas dan terang ahmad ditahan tanpa bukti. 

Apakah analisis ini salah wahai pdrm? Aku analisis berdasarkan keterangan ayat polis dalam tmi. Polis sendiri yang cakapkan tue. Bukan aku paksa mulut polis bercakap oke. Mohon polis bebaskan ahmad jika benar2 polis tiada bukti yang boleh mengatakan ahmad hina sultan.

Ini satu bentuk penganiayaan dan ini sememangnya salah.  

BEBASKAN AHMAD NOW! 

Sumber : sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...