SOSMED | Admin Mindef Malaysia di Instagram telah memadamkan gambar Menteri Pertahanan DS Ismail Sabri yang dilihat duduk bersama beberapa pegawai tinggi Mindef namun tidak memakai face mask.
Sebelum gambar itu dipadamkan, sebenarnya beberapa netizens terlebih dahulu tangkaplayar dan menyebarkan gambar itu di akaun media sosial masing-masing.
Tujuan mereka ialah;
- Simpan bukti.
- Mahu tanya kenapa Menteri tak pakai face mask.
- Mahu membandingkan dengan beberapa rakyat yang dikompaun RM10k akibat tak pakai face mask.
Walaupun admin IG dah padamkan post, netizens tetap gigih mempersoalkan perlanggaran SOP tersebut;
Bagaimanapun, sesetengah komen tersebut mungkin telah dipadamkan awal berbanding dengan jumlah komen yang dapat dibaca.
Walaupun gambar dah dipadamkan dari sosial media, bukan bermakna kesalahan itu tidak dilakukan.
Jika nak menggunakan hujah, ia gambar lama yang berlaku pada 13 Mac 2021 seperti hujah video yang pernah viral suatu ketika dahulu, adakah rakyat akan terima lagi alasan sebegini? Sekali boleh la. Dua, tiga kali rakyat pun tahu jemu.
Satu lagi yang menjadi tanda tanya ialah adakah laporan polis akan dibuat kepada mereka-mereka yang sebarkan gambar di atas sekaligus mereka yang persoalkan perlanggaran SOP akan disiasat manakala yang melanggar dibiarkan? Sama-sama kita tunggu dan lihat. - 14 Mac 2021.