Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Oktober 2012

JAKIM buat aku menangis.. [18sx - lucah terlampau]

Aku takmo la bekap jacklyn victor. Baru2 neh jacklyn victor jadi glamer sebab menyanyikan lagu kristian dalam bahasa melayu. Lirik lagu dia tue di katakan mengandungi perkataan yang mengelirukan. So ramai la yang marah dan protes. Yang paling lantang protes ialah PERKASA. 

Wahhhhhhhhhhhhhhhh

Kemain hebat perkasa kita pertahankan islam kannnnn?

Kemain laju JAKIM siasat kannnnn?

Kalau jacklyn ada melakukan apa2 kesalahan aku setuju jek dia disiasat dan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dia lakukan. Tapi aku minta jangan bias. Jangan asyik2 nampak kesalahan non muslim jek beb. Konon nya tindakan jacklyn tue menyebabkan akidah terjejas. 

Akidah umat islam hancur, ranap dan blablabla disebabkan lagu yang jacklyn victor nyanyikan. Mesti teruk dan buruk pengaruh lagu yang jacklyn victor nyanyikan tue kan? Tue baru lagu jek. Lagu yang tak pernah keluar kat radio. Lagu yang keluar kat gereja2 jek. Lagu yang dinyanyikan oleh penganut kristian jek.

Lagu itu berada dalam ruang yang terhad tetapi disiasat habis-habisan sebab menjejaskan akidah umat islam. Ini bermaksud walaupun lagu itu tidak begitu meluas dan popular ia mampu menyebabkan umat islam terjejas akidah mereka.

Kalau begitu benda2 haram dan berdosa yang dipromosikan secara meluas, terbuka dan terang2an mestilah lebih teruk lagi kesan nya kan? Lebih teruk kalau ia dilakukan oleh umat islam kan????

Betul tak JAKIM?

Betul tak PERKASA?

So bila lue orang nak siasat dan boikot mangkok2 ayon penjejas akidah umat islam kat bawah neh pula hah????????????


Mangga majalah lucah keluaran dan terbitan utusan = umno punya, bila nak siasat wahai JAKIM? Bila perkasa nak up isu neh pula?



Artis2 seksi yang sering menghadiri majlis2 anugerah yang dianjurkan oleh melayu muslim seperti berita harian dan era. Kenapa jakim taknak siasat kod etika pemakaian mereka bahkan membiarkan sahaja penganjur mengalakkan artis2 tersebut menghadiri majlis tersebut dengan berpakaian seksi?


Berita harian yang kerja dia dok kutuk pembangkang rosak akidah, kristian, lgbt apa bagai tapi boleh plah anjurkan anugerah yang mengalakkan artis muslim berpakaian seksi nak mampos? Masa neh JAKIM mana? PERKASA mana?

Nak tegur non muslim? Oke fine. Tapi tegurlah orang islam terlebih dulu

Tahu la JAKIM tue BODOH nak MAMPOS. Tapi jangan lah terang2 tunjuk sampai memalukan umat islam. Aku tak berani la nak tegur2 jacklyn victor tue. Rasa cam meludah kat langit. Kalau pun nak tegur jacklyn victor tue biar la selepas kita dah tegur umat islam terlebih dahulu. Tapi kalau kita tak pernah nak tegur umat islam jangan haprak sangat tegur bukan islam. Reti la maluuuuuuu tue sikit woittttttttttttt

Rujukan ;

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-bebas-untuk-boikot-penyanyi-jaclyn-victor-kata-menteri/

Van UMNO kena sabotaj.


Babi.

Dan

Sial.

Guna cat merah plak tue.

Yang sebenarnya van neh dibeli guna wang rakyat. Bila nak repair pun guna wang rakyat. So sapa2 yang sabotaj van skuad sayang umno neh memang la bodoh nak mampos. Menyusahkan pembayar cukai jek yang nak kena tanggung apa2 jadah seme neh.

Kalau nak tahu, umno dah buat report polis. Aku puji. Harap2 polis boleh jalankan siasatan untuk tangkap pihak yang sabotaj tue. Then lepas tue dipersilakanlah suruh dia gantirugi untuk repair van tersebut. Tak payah nak sumbat dia dalam lokap or ikat jamin apa bagai. Tak selesaikan masalah pun. Elok kalau polis suruh dia keluarkan kos repair van di atas.

Patutnya kes simbah bas pkr pun kena buat gini. Sesiapa yang sabotaj sesiapa, kalau penjenayah dah dikenalpasti mereka kena bertanggungjawab dengan keluarkan wang pembaikan / gantirugi yang berlaku. Dah pandai2 rosak kan kena la pandai2 repair juga. Jangan nak lepas tangan jek beb.

Yang aku pelik tue. Ada juga yang padan muka kan umno bila orang sabotaj van umno. Mungkin dia tak faham kot. Tak kira la samada penyokong bn ataupun pr ataupun sesiapa yang merosakkan van umno, yang kena padan muka bukan umno tapi pembayar cukai. Ini kerana duit repair tue mesti gunakan wang rakyat. Ini umno oke. Ini umno. Kita cakap pasal umno. Duit kerajaan duit umno juga. Inilah tanggapan umno.

Melainkan polis tangkap dan suruh penjenayah tersebut tanggung kos repair. Which is aku rasa tindakan neh sampai mampos takan dibuat polis kecuali ketua polis negara baca belog aku then dia amalkan, ataupun najib lantik aku jadi penasihat dia.

Apa pun sehingga terbukti polis tangkap penjenayah tue jangan la dok tuduh2 penyokong pr yang buat. Aku tak nafikan ada gak penyokong pr yang benak tapi jarang la nak jumpa penyokong2 pr yang akan buat kerja2 di atas. Takmo tuduh2. Biar polis buat kerja dia. Harap2 sangat polis dapat tangkap penjenayah tersebut. Kita tengok sapa punya angkara oke.

Sumber gambar : ASD.

Gambar 'comel' Najib yang buat aku menyampah!

Owhh

Oke. Memang happy Najib main golf ek. Tengoklah kehappy-an dia kat bawah neh. Maybe sebab berjaya benam biru kot. Sepertimana yang tercetak dalam title atas gambar tersebut.



Sumber : sini

Aku mengaku.  Aku mengaku aku memang gelak tengok gambar di atas. Pffttt.. aku tatau la aksi apa yang dia buat tapi memang la kelakar. Kemain happy dia lepas menang. Ye la kot menang. Aku main agak2 jek neh. Tak baca pun berita pasal dia dan golf tue.

Tapi najib, biarlah aku berterus terang dengan ko. Oleh kerana ko tue degil taknak amek aku jadi penasihat ko so jangan la rasa bengang plak bila aku menyampah tengok gambar ko main golf neh. Jangan fikir bengang ko jek. Aku pun bengang gak neh.

Masa ko tengah sibuk main golf sedang berlangsung sidang parlimen. Sedang berbahas pasal masalah2 dan beberapa perkara berkaitan dengan rakyat. Dari apa yang aku dengar juga ko ada edarkan barangan kat depan parlimen tapi taknak pula masuk parlimen untuk dengar perbahasan. 

Oleh kerana ko terang2 mengamalkan budaya ponteng kerja untuk main golf aku cadangkan gaji ko dipotong setiap kali ko ponteng kerja. Jangan lupa ko tue wasatiyah dan asyik cakap perkataan2 berbaur islamik jek. Sekali tengok pehh macam ko lah paling islamik, paling adil, paling alim, paling hebat, paling betul dan paling terbaikkkk di dunia neh.

So najib, please. Aku memang menyampah dengan gambar ko main golf di atas tapi aku akan buang rasa menyampah tue kalau ko sudi potong gaji ko setiap kali ko ponteng parlimen. Ataupun mana2 wakil rakyat yang lain.  Amacam najib? 

Neh idea bagi menjimatkan wang kerajaan juga neh. Memang membazir bayar gaji pada kaki pemonteng apa. Ko berani tak buat ? Kalau setakat sembang kencang suruh rakyat berjimat tapi ko sendiri tak berjimat boleh pergi jalan la weh.. 

kah kah kah 

Pemuda UMNO sedih dengan banner Shahrizat lembu.

Sekali shahrizat tak jawab twitter aku plak. Halamak aii. Aku nak betulkan tanggapan dan persepsi aku. Nak tahu banner tue super impose or original. Nak tahu dia kena perangkap or kena fitnah. Apa la lue shahrizat. Tapi takpe. Rakan2 dari umno sendiri dah tampil untuk betulkan tanggapan aku.

Lihat gambar kat bawah neh ;

 
Sah. Banner neh terbukti benar.

Untuk rekod, shahrizat tak pernah cakap pun banner neh super impose. Kot2 ada yang salah faham ka. Yang cakap super impose tue aku bila shahrizat denies yang dia terlibat dalam program tersebut. 

Rujuk sini dan sini oke.

Aku terus terang cakap banner neh memang kelakar. Siyes kelakar. Tapi tak baik la perangkap shahrizat. Namun dalam masa yang sama aku cadangkan report jek polis. Banner cantik2 tue mesti kena keluar duit kan? Bukan buat free. Mesti ada printed sekali syarikat yang keluarkan banner tue kan? So bleh la siasat..

Bila dah siasat baru tahu siapa dalangnya. Baru bleh tahu betul ke shahrizat kena perangkap or shahrizat kena fitnah or shahrizat tak kena dua2 sekali. Amacam? Ada berani tak report polis? Sebelum report polis jangan tuduh2 neh kerja pembangkang oke. Report polis dulu la weh. Suruh polis siasat. Aku cabar neh. Siyes.

kah kah kah

Sumber gambar : sini

Razali dan propaganda yang bebal.

Aku ternampak dan terbaca satu gambar yang aku rasa memang betul2 membebalkan razali ex dap tue. Siyes.


Sumber gambar : sini

Benda neh milosuam kata terpampang kat sekolah. Nama sekolah tatau. Kalau dapat tahu bagus gak. Boleh la kecam sekolah tue. Dan tentu2 yang tampal tue guru besar. Guru biasa2 takde pangkat tak bley buat seme neh tanpa kelulusan dari pengetua sekolah.

Ada ramai penyokong2 umno siyes percaya perkara2 di atas. Yang aku pelik percaya tanpa bukti pula tue.
 
Meh sini aku ajarkan korang supaya jangan benak.

1. Setiap minggu sekurang2nya 2 melayu murtad. So kenapa tak bawa melayu2 yang murtad tue depan press? Report kat jabatan agama islam? Hoiiii tue ada orang murtad tue. Apa lagi tarbiah la supaya dorang tak terus murtad.

Bodoh ke tak bodoh buat ayat tanpa fikir bahawa kita mesti tertanya2 perkara tersebut?

2. Razali pernah tidur gereja. So? Apa kaitan tidur di gereja dengan agama rasmi kristian pula? Apakah sesiapa pernah paksa dia untuk masuk dap? Apakah sesiapa pernah paksa dia untuk tidur di gereja? Yang buat diri sendiri apasal benda gini pun nak salahkan dap? Bodohnye.

3. Bagi la bukti sket LGE nak bagi razali rm1juta. Cuba check account bank LGE ada tak satu juta untuk diserahkan kepada razali. Dan cuba tanya razali kat mana perjumpaan tue berlaku. Siapa saksi. Siapa hadiri. Ada cctv tak di lokasi kejadian. Seme neh boleh menghasilkan bukti. Kenapa korang2 yang baca setiap apa yang terpapar kat atas neh tak pernah terfikir bahawa setiap tindakan kita akan tinggalkan bukti. So kalau sungguh LGE nak rasuah apasal razali tak bleh bagi bukti?

4. Isu azan tak pernah wujud di penang. Yang wujud hanyalah bacaan Alquran yang direndahkan suaranya sebelum subuh. Agak2lah nak menipu pun. Ka yang baca neh seme orang umno yang benak? Sebab tue main sedap jek taip?

Aku nak nasihatkan sikit penyokong2 umno. Aku takde masalah korang sokong umno. Tapi belajar la berfikir dengan kritis. Jangan la main percaya dengan setiap isu yang dipaparkan. Korang kan sekolah kerajaan. Korang kan belajar percuma. Korang kan merasa seme kebajikan yang umno bagi. Takan dah dapat seme benda tue masih tak mampu berfikir dengan kritis dan cerdik?

Katakanlah memang benar sekalipun DAP menyokong negara kristian. Tapi kenapa taknak bagi bukti yang konsisten dengan tuduhan tersebut? Kenapa taknak bagi bukti yang menyokong perkara tersebut? Walaupun isu itu benar kalau bukti tidak benar ia akan tetap tidak benar. 

Apatah lagi memang DAP tidak pernah menjadikan negara kristian sebagai agenda dorang. Bergaul dengan dap, dengan mca dan mana2 non muslim dorang akan cenderung bulshitkan seme jenis agenda meng-agamakan negara termasuklah agenda negara islam. 

Jangan sensitif. 

Itu perkara normal. Ini pemikiran biasa non muslim. Sebab tue ko kena bergaul dengan mereka untuk faham isi hati mereka. Susah juga untuk non muslim meluahkan dan menjadi diri mereka sendiri dengan muslim sebab kadang2 di antara mereka terserap satu persepsi... aku cakap lebih2 kang dia ingat aku anti islam.

Sepertimana kita bullshitkan segala jenis agenda negara kristian, negara yahudi, negara komunis blablabal seperti itu jugalah mereka akan bullshitkan seme jenis agenda meng-agamakan negara. So instead meneruskan konsep meng-agamakan negara lebih baik kita terapkan ciri2 dan nilai2 baik yang terkandung dalam islam ke atas sistem negara kita.  

Satu2 negara walaupun tak diberikan title negara islam tetapi mengamalkan konsep adil dan amanah seperti yang termaktub dalam islam ia sebenarnya sudah di anggap negara islam oleh islam itu sendiri. Dan negara seperti ini sebenarnya disukai oleh ramai orang tak kira ada agama mahupun bukan beragama islam. Tak perlu cop dahi dengan perkataan islam untuk mengatakan kita muslim beb.

 Fikirkan.

Gambar Samy Vellu buat lawak.

Aku ingatkan dia dah bersara terus. Gaji kedua tertinggi la katakan selepas meletak jawatan. Tapi nampaknya tak cukup tinggi lagi kot tue pasal dok meroyan balik. Aku kalau dapat rm22ribu sebulan macam2 boleh buat. Buta2 pula tue dapat 22ribu sebulan. Itupun baru satu sumber. Buatnya aku kaki rasuah dan songlap mao ada banyak sumber lagi aku dapat untuk berbelanja lebih tiap2 bulan.

Terkini si samy vellu dan geng2 mic berdemo depan batu caves. Demo untuk buktikan diri dorang memang bodoh plus bangang. Nak tahu kenapa tak?

 
1. Semalam ada 300 orang berdemo. Geng2 mic dan bn yang berdemo tue.

2. Demo itu turut dihadiri oleh Samy Vellu bagi menyatakan sokongan terbuka.

3. Tujuan demo sebab nak bantah pembinaan condo yang akan dilakukan di batu caves.

4. Kata mereka ia menjejaskan kawasan di sekitar batu caves. Takut memberikan kesan buruk sebab kawasan sekitar tue gua batu kapur.

Itu tujuan mereka berdemo. Dan itu cerita dari pihak mereka. Tapi apa yang perlu kita ketahui?

1. Pada tahun 2007, bn sendiri pernah mengizinkan pembangunan dilakukan di kawasan itu kepada syarikat yang bernama  Dolomite Properties Sdn Bhd.

2. Mereka memberikan keizinan untuk melakukan pembangunan. Walaupun begitu kali neh mereka berdemo kata mereka izinkan lakukan pembangunan tapi tak pernah izin bina kondominium. Nampak sangat bebal.

3. Bila ko dah beri izin orang untuk lakukan pembangunan ko mesti la faham sangat apa2 boleh berlaku di situ. Betul tak? Bina rumah ka mall ka apa ka.. tak kira la seme tue termasuk dalam kategori pembangunan. Dah tue apa point ko nak argue? Ko dah beri izin untuk lakukan pembangunan kan?

4. Jadi demo kali neh memang membuktikan mic + samy vellu + bn = bebal.

5. Kalau aku jadi dorang dari berdemo baiklah aku cari bukti apa benda yang boleh terjejas kalau pembangunan tue diteruskan.

6. Sebelum syarikat tue proceed dorang pun dah buat research sendiri. So kalau rasa hebat nafikanlah research syarikat tersebut.

Situasi neh boleh dirumuskan dengan satu kenyataan ==>  Sendiri luluskan, sendiri demo bantah. 

BODOH NAK MAMPOS PUNYA MIC.

Rujukan ;

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/himpunan-selamatkan-batu-caves-bantah-pembinaan-kondo-dihadiri-samy-vellu/ 

Jumaat, 26 Oktober 2012

Shahrizat Mengulas pasal banner lembu..

Mampos.

Tak pasal2 dengan aku sekali kena. Cinabeng punya mangkok ayon. Shahrizat, aku takde kaitan dengan banner tersebut walaupun aku yang sebarkan oke. Klik sini. First, sebab member baik sebarkan so aku fikir ia original. So aku tumpang kutuk je la kan pasal memang kelakar siot. Aku tatau pula ia super impose dan penipuan. Ampun ek.

Kat bawah neh shahrizat perli2 dan sindir2 sebab sapa tah mengenakan dia.. actually dengan aku2 sekali terkena oke. Demm.. tatau plak super impose. Sapa la yang pedajalkan kita neh.. siot je wehhhh..




Memang aku siyes ingat banner tue original. Tue yang aku siyes pergi sebarkan. Sekali dem. Memalukan aku jek lahai. Ampun shahrizat ampun.. jangan marah oke. Kita sayang shahrizat taw.. dan2 jek..

kah kah kah

Datuk Seri Shahrizat Lembu.


Ini perli.

Orang yang buat banner neh mesti sengaja nak terperli Shahrizat, betul tak?

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

DATUK SERI SHAHRIZAT LEMBU

Aku tak ejek. Aku sebut balik apa yang tertera atas banner tue aje. Jangan salahkan aku. Salahkan orang yang buat banner di atas jek oke?

Wakaka.. 

Sabar la ek Shahrizat. Bukan apa, hari baik bulan baik [eh ada ke hari jahat dan bulan jahat?] neh kita jangan marah2 dan panas2. Kita gelak2 sudah. Sebab memang kelakar gile banner di atas.. ia boleh membuatkan sesiapa yang membaca nya gelak terguling2 cam aku..

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Selari jek ayat dia. Perkataan pun sama kaler, font pun sama. Selari, sebaris. Bila baca memang akan tersebut begitu.. Tak boleh blah betul.

DATUK SERI SHAHRIZAT LEMBU

kah kah kah

Sumber : sini

Khamis, 25 Oktober 2012

Lagi KAMERA AES tumbang.


Ini gambar yang tersebar di facebook.

Majoriti seronok dan suka. Aku taktahu punca kenapa ia tumbang. Setakat neh pun depa cuma havoc owhhh lagi AES tumbang....

Ada yang cakap ia perbuatan vandalisme.

Ada yang cakap ia tumbang sebab low quality.

Ada macam2 persepsi, tanggapan dan pandangan. Mana satu betul aku taktau. Aku cuma nak ingatkan disini. Kalau ia tumbang sebab vandalisme mahupun sebab low quality, kita takde sebab untuk gembira. Bahkan kita tak pernah ada sebab untuk gembira.

Rekod, kamera ini beroperasi dengan menjana wang rakyat. Walaupun syarikat AES yang bekalkan peralatan tersebut namun akhirnya mereka akan kembali mendapatkan pulangan berupa sejumlah wang yang diambil dari rakyat marhaen.

Dalam erti kata lain, setiap kamera AES yang tumbang akhirnya yang rugi tetaplah rakyat. Kalau ia dipasang dan beroperasi dengan telus kita tak rugi apa. Tapi oleh kerana ia dipasang dan beroperasi dengan tidak telus, kita dah kerugian. Lepas tue tumbang pula, kerugian lagi.

Sebab tue jangan sesekali ada niat untuk rosakkan AES. Katakan suatu masa nanti AES benar2 dimahsuhkan di malaysia, kita boleh jek letgo sistem tue kepada negara lain. Walaupun takan mendapat semula sejumlah wang yang telah dilaburkan at least dapat la juga sebahagian dari wang tersebut. So jangan la bertindak bodoh dengan pergi merosakkan mana2 kamera AES.

Then, katakanlah kamera ini benar2 tumbang sendiri sebab lemah stukturnya patut kah kita merasa bangga? Don't be. Sebaliknya rasa la sedih. Kerana akhirnya wang rakyat juga yang terpaksa dikeluarkan untuk selenggara kamera2 tersebut. 

Baik ia tumbang sendiri mahupun ia dirosakkan orang tung tang tung tang pergi balik kita juga yang kena. Suka tak suka terima lah hakikat itu so memang takde apa2 yang menyeronokkan pun kalau kamera ini tumbang. Tapi boleh la jadi modal untuk balon JPJ dan PDRM sebab alat neh terlalu lemah fizikalnya. Takan kena hujan kuat sikit dah tumbang kot? Ratus ribu punya barang tue. Agak2 lah wehhhhh.. 

Sumber gambar ;

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=509965742349638&set=a.103930959619787.8205.100000086506684&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Najib ponteng sidang parlimen sebab main golf?


Padan la orang mengamok.

Aku pun mengamok. Ada ka ponteng sesi perbahasan parlimen semata2 nak main golf? Agak2 la weh najib. Walaupun aku tak patut masuk campur dalam urusan dan kehidupan peribadi ko tapi bila ia babitkan wang rakyat aku rasa aku boleh jek masuk campur.

Najib dapat gaji sebagai wakil rakyat juga. Bila dia ponteng parlimen sebab main golf gaji tetap jalan juga. Ada tak apa2 undang2 dan peraturan yang menetapkan mana2 pemonteng parlimen boleh dikenakan denda, hukuman dan potong gaji bila ponteng perbahasan?

Rakyat langgar peraturan laju jek ko hukum.

Kakitangan awam ponteng kerja laju jek nak pecat dan taknak jadikan ia sebagai penjawat tetap.

Tapi kalau pm sendiri ponteng macam mana?

Kalau wakil rakyat pembangkang dan kerajaan ponteng sesi parlimen plak macam mana?

Kenapa tidak kita tetapkan satu peraturan bahawa mana2 pemonteng parlimen harus dikenakan hukuman dan denda setiap kali mereka ponteng parlimen? Kalau ponteng lebih dari 10kali mereka dah tak boleh bertanding di mana2 kawasan parlimen dan adun.

Kalau ponteng kurang dari 10 kali 5 tahun, kita denda potong gaji. Ahli2 parlimen perlu diajar untuk berdisplin. Lebih2 lagi wakil rakyat bien dan najib sendiri. Dia ingat rakyat malaysia neh cop duit kot. Nak bincang masalah dengan dia kemain payah lagi. Kempen kemain kencang. Kami mendengar konon. Neh kami nak merayu dan bercerita masalah sibuk lari main golf. Apa punya piem neh? Langsung tak bertimbang rasa dengan masalah rakyat?

Lepas tue nak suruh kami undi bien setelah seronok2 main golf sampai sanggup ponteng parlimen? Ingat rakyat malaysia semua bodoh2 ke apa weh najib? Aku makin lama makin geram pulak dengan perangai najib. Taknak lantik aku jadi penasihat. Tapi buat perangai cam gampang depan aku. Apa pun tak boleh. Blah la lue weh najib. Blah la weh......

Baca ini juga ;

http://mediaperak.net/2012/10/25/najib-main-golf-ketika-menteri2-beliau-diasak-pakatan-rakyat/

Rabu, 24 Oktober 2012

BN bagi jaminan harga kereta kekal mahal dan tidak munasabah.

Yup.

Ini jaminan kerajaan. Salute sket dengan keangkuhan bn. Bagus untuk kita. Semakin dorang angkuh + ego + sombong + berlagak nak mampos + ikut polisi syok sendiri semakin cepatlah dorang mampos terkojol. 

Kata kerajaan ;

Kerajaan tidak bercadang mengkaji semula duti eksais bagi kereta import mahu pun kenderaan keluaran tempatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata pengurangan duti eksais secara mendadak akan memberi kesan yang signifikan ke atas hasil kerajaan yang kini dianggarkan berjumlah RM7 bilion setahun serta pembangunan keseluruhan industri automotif tempatan.

Semua yang guna kereta di malaysia, seme sekali bayar cukai. Ini yang kerajaan dan penyokong2 bien pongpang2 lue bayar cukai apa? Lue bayar cukai banyak sangat ka? Dasar tak sedar diri. Tak bersyukur. Dah dapat segala2nya free. Percuma. Lepas tue nak lawan tokei [bn]. Pembangkang memang pengkhianat!

Ayat di atas ialah contoh ayat penyokong2 bien yang bodoh nak mampos.

Woit bebal.

Ko ingat cukai kat malaysia neh cukai pendapatan individu je ka? Tahu la bebal. Tapi jangan tunjuk depan2 la. 

Jawab jek macam aku kalau korang terserempak dengan penyokong2 bebal begini. Ada penyokong2 yang kita boleh layan dorang lembut2, sopan2, tarbiah elok2. Tapi ada sesetengah penyokong tak boleh. Kena bashing dan smashing. Kalau dapat hentak dorang, kena hentak. Baru dorang tersentap. Pasal apa? Pasal bengap sangat.

Apa pun aku nak ucapkan terima banyak2 kepada bien. Dengan jawapan di atas sah dan terbuktilah bien takde niat nak rendahkan cukai kenderaan di malaysia. Ini adalah jawapan kepada soalan nasution di parlimen.

Oleh kerana bien takde niat nak bantu kita untuk kita dapatkan kenderaan yang selesa dengan harga yang setimpal, so apa lagi?

UNDI LA PAKATAN RAKYAT WEHHHHHHH

MAZA kritik Pengurusan KEDAH.

Setuju la sangat.


Apa yang diperkatakan oleh Dr Asri sememangnya bertepatan dengan apa yang dibentang oleh audit. Ironinya penyokong2 PAS kedah tak boleh menerima kritikan tersebut. Sebaliknya depa salahkan umno dan bn ehhh.. lepas tue marahkan sesiapa yang menghighlight isu tersebut.

Tapi itu pun oke la juga. Sifat normal. Aku percaya ramai orang dah biasa dah dengan sikap penyokong2 pas di mana2. Tapi yang aku heran plus kelakar dan pelik bilamana dorang boleh menafikan kerugian tersebut dengan menganggap bahawa ia bukanlah kerugian apa sangat pun. Just risiko pelaburan. Peh. Satu sen buat muka tak bersalah. Minta maaf jauh sekali. Penerangan dan penafian yang tah hapa2. Nak hadap letak jawatan dan bertanggungjawab?

Hoiii lembu dan babi terbang ber-irama la. 

kah kah kah

Maaf cakap la. Orang bodoh jek percaya pinjam dulu penilaian kemudian. 

KAH KAH KAH 

Kelakar siot. 

Senarai penuh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia 1959 - 2012.

Worrrr

Ini rupanya. Baru aku tahu. 



8 kali dipegang oleh Lim Kit Siang. Maksudnya mestilah dia seorang ketua pembangkang yang berkaliber. Patutlah ramai orang hormat dia. Dah lama rupanya jadi ketua pembangkang di Malaysia.

PAS pegang 4 kali.

DAP pegang 8 kali. Kesemua nya dipegang oleh LKS.

PKR pegang 2 kali. Laki bini. Wan Azizah dan kemudiannya DSAI. DSAI lebih berkaliber dari Wan Azizah dalam menjalankan tanggungjawabnya. Jangan marah ye kak wan. Kita cakap apa yang kita tengok oke.

SNAP pegang 2 kali. SNAP neh masih wujud lagi kah di Malaysia? Aku rasa macam tak pernah pula parti SNAP. Ka dia dah tukar kepada nama lain?

Dalam banyak2 tue pada tahun 1964 - 1971 takde sesiapa pun pegang jawatan ketua pembangkang. Aku tatau kenapa. Peristiwa 13 mei pada tahun 1969. So tak nampak connection disitu kenapa jawatan tue kekosongan.

Dan untuk tahun 2013 mungkin kita bakal menyaksikan Najib sebagai ketua pembangkang malaysia. Kalau korang nak tengok wajah najib terpampang kat situ jom la kita sama2 bantu BN untuk cipta sejarah. Kesian bien. Dorang tak pernah pun cipta sejarah jadi ketua pembangkang. Inila masanya nak tunjukkan kasih sayang kepada bien dan najib. Jalankan tanggungjawab kita. Hanya undi PR oke. BN takmo.

kah kah kah

Nik Abduh Jawab Dr. Asri.

Bagus.


Suka tengok para ilmuan agama bertukar2 pandangan dan pendapat. Rileks2 jek. 


Kata MAZA kepada PAS ;
“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih  korup daripada apa yang berlaku sekarang,” katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh  mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.

Menurut Asri, keadaan itu perlu dihapuskan sejak dari awal sebelum berlaku apa-apa perubahan politik.

Somehow aku bersetuju dengan Dr. Asri. Tak perlu tunggu naik dan jadi kerajaan pusat pun. Mentaliti seperti tue memang dah ada pada pemimpin2 pas. Bukan seme la. Ada. Tapi tak seme. Dan bukan golongan majoriti. 

Ada ramai di dalam PAS yang berlapang dada menerima teguran. Bahkan ada juga situasi di mana sesetengah kes bukan pemimpin yang ditegur itu melenting bila ditegur tetapi penyokong pemimpin itu yang over2. Pemimpin rileks2 tapi penyokong2 lebih2. 

Namun kritikan membina DR. Asri dibalas oleh Nik Abduh. Mereka bukan bercakaran oke. Cuma berbahas mengenai perbezaan pendapat di antara mereka.

Dr Asri ingatkan PAS jangan jadi macam Ayatullah, ulama tak boleh ditegur. Ia mengundurkan Malaysia ke belakang.

Saya tegur Asri: Janganlah baca buku pasal 'sulthah diniyyah' dan seumpamanya, lalu merujukkannya kepada PAS. Itu milik kerajaan kuno, Syiah dan milik raja-raja Islam zalim dahulu.

Ulama PAS dah hadam bab ni lama dah. Yang berlaku dalam PAS ialah penghormatan ahli terhadap para ulama, sementelahan melalui qudwah TGNA memerintah Kelantan sejak 22 tahun.


Janganlah kerana terbawa-bawa dengan 'keracunan' idea baru PAS dengan kepimpinan Islam menyebabkan dr Asri tidak berlaku adil terhadap kepimpinan ulama dalam PAS.

PAS mempertahankan sebuah kerajaan madani, hadhari dan demokratik yang mengembalikan hak rakyat sebagai sumber hukum berpandukan panduan agung Ilahi.

Ulama diihormati secara tabie oleh umat Islam. Jika mereka dipertahankan, maka itu kerana ugama yang memartabatkan mereka. 

Halakan kritikan tuan doc seumpama itu ke jamaah lain. Itu jika ada di Malaysia ini. 

Jika mahu kritik ulama PAS, kritik pada persembahan dan akhlak mereka, bukan pada perkara asas sebegitu. Saya tidak selesa dan berat hati dipandang serong..

Sekali pandang nampak macam tak boleh ditegur. Tetapi yang sebenarnya pihak yang ditegur juga boleh membalas semula teguran tersebut andai dia rasa teguran yang dia terima itu sebenarnya tidak tepat dan tidak mengambarkan apa yang ditegurkan.

Yang sebenarnya berbeza pendapat di kalangan ahli agamawan adalah perkara biasa. Perbezaan pendapat di kalangan pengikut pun perkara biasa. Yang jadi luar biasa bila ada pengikut2 yang taksub dan tak boleh menerima perbezaan tersebut lalu menuduh pihak yang berbeza dengan dia, dengan bermacam2 gelaran.

Walaupun aku selari dan senada dengan Ustaz Asri dalam bab neh tapi tak dinafikan kadang2 PAS seringkali juga diberikan gambaran yang serong oleh sesetengah pihak. Namun, tak semua persepsi2 serong itu dihasilkan oleh orang luar dalam pas oke. 

Ada orang2 pas sendiri yang menghasilkan persepsi serong tersebut. Nasruddin Mat Isa sebagai contoh. Rasanya dia kot contoh ulama yang tak boleh kena tegur yang wujud dalam PAS? 

kah kah kah 

Rujukan ;

https://www.facebook.com/nik.abduh?fref=ts 

http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-jangan-jadi-macam-ayatullah-jika-ke-putrajaya-1.97504 

Video mesti tonton dari ILMU.

BAGUS.

Ada point yang mantap. Aku suka huraian dan isi cerita yang dikupas oleh UFB. Namun aku cadangkan jangan setakat di youtube jek. Buat forum terbuka. Discuss. Bincang2. Dan dakwah. Umat islam bersatu untuk terangkan apa itu hudud kepada non muslim takdak hal.

Syabas la UFB. Lebih mantap dari DPPP.

Erkk..

kah kah kah

Jangan marah oke.. 


Hati-Hati dengan Kain Rentang ini !!!

Cis.

Kain rentang anti hudud konon.


Cari la idea lain. Idea2 begini dah lapok. Seme orang tahu ini ialah provokasi kain rentang. Ingat DAP bodoh sangat ka nak buat kain rentang provokasi anti hudud untuk hilang sokongan dan undi dari kaum melayu khususnya yang menganuti islam? Akai tue guna la weh.

Rekod, mostly chinese tak give a damm la bab hudud. Bukan pasal dorang terima hudud atau apa tapi dorang belajar fahami fakta sebelum melulu mengamok plus meroyan. Dorang tahu even PR amek alih putrajaya sekalipun hudud tidak akan dilaksanakan. Tidak dalam masa terdekat. Tidak tanpa latihan, kertas kerja, pembentangan, kajian dan kelulusan.

PAS pun bukan mampu nak laksanakan hudud semudah ABC. Ia perlukan masa. Macam yang aku dah selalu sebut. Paling2 koman 10 tahun. Itupun kalau PAS kekal mentadbir. Pelaksanaan hudud harus dimulakan dengan sesi pemahaman sehinggalah kepada sesi latihan seterusnya kepada kaedah pelaksanaan. Ia perlukan proses dan peringkat tertentu.

Disebabkan majoriti cina memahami ini maka isu2 hudud dorang sikit pun tak terkesan. P mampos la dengan dakyah mengarut anti hudud. Automatik orang yang buat banner di atas adalah orang yang bodoh. Sapa buat aku taktau. Tuduh2 tanpa bukti pun tak guna. Kalau aku jadi individu terbabit [dap] aku siasat jek. Macam2 boleh kita siasat berdasarkan kepada kain, tulisan even kalau ada kelengkapan senang2 jek nak dapatkan cop jari kat kain rentang tue.

Selain dari banner bodoh kat atas neh, banner kat bawah neh sedang tersebar gak ;


Kain rentang provokasi.

Tak dapat dinafikan dalaman PKR bergolak. Aku takmo pusing cerita. Seme neh pasal calon2 yang bertanding. Usahkata PKR, even DAP dan PAS pun sama. Bahkan sesama mereka bertiga "bergaduh manja tak manja" pasal kerusi dan kawasan masing2 pun ada.

kah kah kah

Tapi meskipun begitu, aku agak sangsi mereka mahu memperlihatkan mereka sedang bergolak mengenai kerusi dengan menyebarkan banner2 seperti di atas. Lagi kita bergolak, lagi kita nak sorokkan. Mana nak dedahkan pula. So aku agak sangsi ia dilakukan oleh PKR. Tapi tak tolak kemungkinan itu ada. 

Cuma aku rasa ia lebih kepada provokasi. Kalau korang jumpa mana2 satu kain rentang di atas ataupun kedua2 sekali cabut dan buang ke longkang. Jangan risau. PR takan marah korang pun kalau korang buat begitu.

Sumber : Rakan blog dan JKKK.

Selasa, 23 Oktober 2012

Ini kenyataan KHIR TOYO yang mengakui fitnah Ronnie Liu.

Lihatlah kat bawah neh. Inilah kenyataan maaf khir toyo. Dia dah mengaku. Terbit dalam bahasa english dan bahasa melayu. Baca sendiri beb ;


Dah minta maaf.

Mengaku fitnah.

Baguslah. At least menerima kesalahan diri sendiri. Tak pertahankan kerja salah. Dah hilang kuasa. Pangkat tak pandang. Kawan2 pun tak pandang. Baru tahu langit neh tinggi ka rendah. Selama neh time ko ada pangkat ko lupa diri sampai tindas rakyat. Akhirnya ko dah merasai kesan nya. Sejak2 akhir neh pun ko dah mula diamkan diri. Kalau dah insaf, bagus le.

Memandangkan dia dah minta maaf dan ronnie liu dah memaafkan dia aku takmo ulas lebih2. Yang aku tahu dia belum minta maaf kat aku selaku separa selangor, dan dia juga banyak berhutang pada rakyat selangor. Minta maaf kat ronnie liu tue hanya babitkan ronnie liu tak babitkan aku selaku separa selangor. 

Aku masih mahu dia dihukum atas apa yang dia buat kat selangor. Setahun penjara mana cukup. Itupun asyik tangguh jek. Paling2 koman pun 20 tahun penjara dan bayar balik seme duit2 yang dia rembat di selangor. Kalau ini dia buat, insya-Allah aku akan maafkan dia. Selagi ini dia tak buat, pergi jalan la sama khir toyo. 

Sumber gambar ;

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=509138222432390&set=a.103930959619787.8205.100000086506684&type=1&relevant_count=1&ref=nf

JPJ beri jaminan untuk terus menipu dan KAMERA AES yang tumbang.

Baru2 neh kecoh satu kamera AES tumbang. Kamera AES tue tumbang disebabkan kena langgar akibat kena flash. Sukar aku nak menerima jalan cerita tersebut. Sejujurnya ahti kecil aku berkata, orang yang bawa citer neh buat lawak bodoh ke apa?

Aku percaya la kamera tue tumbang. Tapi aku tak percaya kat jalan cerita dia. Kelakar. Aku bahkan rasa aii macam saja langgar jek kot. Ye tak? Almaklumla memang ada idea untuk rosakkan seme AES yang sedang beroperasi di Malaysia.

Aku tak galakkan berbuat demikian. Rosakkan ia = kos penyelengaraan. Nak beli AES guna duit kita. Rosakkan lagi? Sapa nak kena bayar? Repair guna duit kita lagi. Sebab tue jangan buat kerja bodoh. Buat camne pun kita tetap gak kena. Seelok2nya bantah jek AES ikut KASE. Follow dan update setiap apa yang KASE inform. Rujuk sini.




Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikuatkuasakan bermula 23 September lalu,  telus dan tidak dimanipulasi seperti dakwaan segelintir pihak.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ,  Ahmad Nasir Abdul Gani berkata, segala imej dan data dirakam AES  tidak boleh dipadam atau diubah suai.

Nampak sangat pembohongnya. Si JPJ pembohong bila dia cakap dia boleh bagi jaminan yang AES telus. Pui. Orang bodoh jek percaya kat ko JPJ. Untuk rekod, ada banyak kes2 yang melibatkan penguatkuasaan JPJ tapi JPJ gagal jalankan peranan mereka. Ini dilaporkan oleh akhbar utusan sendiri. Tak percaya? Baca bawah neh hah ;

Tetapi soalnya, penggunaan kamera di lokasi-lokasi yang dikenal pasti khususnya di lebuh raya sebagai cara mengurangkan kadar kemalangan telah lama dilakukan tetapi apa yang berlaku ke atas peralatan berkos tinggi itu - sebahagiannya dilaporkan ditinggal tidak berfungsi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0815&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2A6vwvVEK 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kena tinggal. Sebab apa? Takde duit kot nak selenggara. Telus konon. Haktuih. Bab selenggara pun dah failed. AES pernah dilaksanakan pada tahun 2007. Tapi JPJ tinggal. Buat kerja main2. Ini ko cakap telus? Babi terbang la gini.

Sama macam dorang buat kerja penguatkuasa main2. AKu taknak tuduh secara general. Ada juga dak2 JPJ yang baik beb. Kita cakap secara umum jek. Kegagalan JPJ antara punca lori2 menganas di malaysia.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikuatkuasakan bermula 23 September lalu,  telus dan tidak dimanipulasi seperti dakwaan segelintir pihak.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ,  Ahmad Nasir Abdul Gani berkata, segala imej dan data dirakam AES  tidak boleh dipadam atau diubah suai.

Sumber ;

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jpj-beri-jaminan-aes-telus-tidak-dimanipulasi-1.97378

Bayangkan ek lori yang senget tayar pun boleh on the road lagi. Lori senget sebelah, dua belah, senget habis, rosak, reput, memandu secara merbahaya? Toksah cakap la weh. Aku dah jenuh tengok. 

Lori tak tutup barang2 mereka? Aku ingat takde pemandu di malaysia yang tak pernah jumpa lori yang bawa pasir tapi tak tutup. Terbang la pasir tue masuk mata. Kalau ko buka tingkap kereta tak pasal2 mata ko masuk habuk.

Kalau ko guna motor dan angkat cermin helmet tak pasal2 mata ko kena habok gak. Ada pernah fikir tak? Aku pernah la alami satu situasi di mana aku di tepi satu lori. Lori neh bawa kayu2. Kayu2 tue pula sampai terkeluar2 melebihi badan lori tue. Lepas tue tak ikat. Silap2 hari bulan kayu2 tue boleh la tergolek jauh keluar. Tapi itu tak berlaku la pada hari tue. Pasal aku nampak depan mata kat mana lori tue hantar barang2 dia.

Aku dalam ahti memang kutuk la lori tue. Aku siap berangan2 lagi. Kalau aku polis nahas korang seme aku kerjakan. Setakat 10 tahun lokap tue perkara biasa jek. Jangan panggil aku kpn la weh. Konon2 la. Time tue aku KPN dalam anganan aku.

Then lampu isyarat hijau. Jalan la. AKu saje jalan slow. Siput pun kalah. Aku kalau nampak lori2 tak berhemah macam tue memang jarakkan diri. Biar ko blah dulu la. Semak jek aku tengok. Nak laju2 pun tak mampu. Motor le katakan. Kang terlebih laju tak pasal2 dicop sedang merempit.

Sekali aku terperasan. JPJ lepas aku. Aik. JPJ tue beb. Lepas JPJ ada polis traffic. Lepas polis traffic ada kereta polis. Rupanya polis traffic dan kereta polis sedang iringi satu kereta. Aku tatau la sapa kat dalam tue. Tak nampak. Cermin hitam.

Tapi aku heran. JPJ ada. Polis traffic pun ada. Polis biasa pun ada. Apa dorang buta ke tak nampak lori kat depan tue? Kalau polis traffic dan polis biasa tue bagi alasan mereka mengiringi kereta vvip, apa pula alasan JPJ? Tatau la pula kalau JPJ pun kena iringi orang time tue.

Sebab tue aku cakap BODOH le korang kalau percayakan jaminan JPJ. Bab pemandu bas yang cuai, bab lori2 yang langgar peraturan pun dorang tak berjaya buat kerja dengan cekap, telus apatah lagi amanah lagi nak sembang kencang boleh bersikap telus dan tidak memanipulasikan sistem AES? Ibarat JPJ cakap babi boleh terbang. Itula kata2 JPJ kat telinga aku. 

kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...