Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 25 Oktober 2012

Lagi KAMERA AES tumbang.


Ini gambar yang tersebar di facebook.

Majoriti seronok dan suka. Aku taktahu punca kenapa ia tumbang. Setakat neh pun depa cuma havoc owhhh lagi AES tumbang....

Ada yang cakap ia perbuatan vandalisme.

Ada yang cakap ia tumbang sebab low quality.

Ada macam2 persepsi, tanggapan dan pandangan. Mana satu betul aku taktau. Aku cuma nak ingatkan disini. Kalau ia tumbang sebab vandalisme mahupun sebab low quality, kita takde sebab untuk gembira. Bahkan kita tak pernah ada sebab untuk gembira.

Rekod, kamera ini beroperasi dengan menjana wang rakyat. Walaupun syarikat AES yang bekalkan peralatan tersebut namun akhirnya mereka akan kembali mendapatkan pulangan berupa sejumlah wang yang diambil dari rakyat marhaen.

Dalam erti kata lain, setiap kamera AES yang tumbang akhirnya yang rugi tetaplah rakyat. Kalau ia dipasang dan beroperasi dengan telus kita tak rugi apa. Tapi oleh kerana ia dipasang dan beroperasi dengan tidak telus, kita dah kerugian. Lepas tue tumbang pula, kerugian lagi.

Sebab tue jangan sesekali ada niat untuk rosakkan AES. Katakan suatu masa nanti AES benar2 dimahsuhkan di malaysia, kita boleh jek letgo sistem tue kepada negara lain. Walaupun takan mendapat semula sejumlah wang yang telah dilaburkan at least dapat la juga sebahagian dari wang tersebut. So jangan la bertindak bodoh dengan pergi merosakkan mana2 kamera AES.

Then, katakanlah kamera ini benar2 tumbang sendiri sebab lemah stukturnya patut kah kita merasa bangga? Don't be. Sebaliknya rasa la sedih. Kerana akhirnya wang rakyat juga yang terpaksa dikeluarkan untuk selenggara kamera2 tersebut. 

Baik ia tumbang sendiri mahupun ia dirosakkan orang tung tang tung tang pergi balik kita juga yang kena. Suka tak suka terima lah hakikat itu so memang takde apa2 yang menyeronokkan pun kalau kamera ini tumbang. Tapi boleh la jadi modal untuk balon JPJ dan PDRM sebab alat neh terlalu lemah fizikalnya. Takan kena hujan kuat sikit dah tumbang kot? Ratus ribu punya barang tue. Agak2 lah wehhhhh.. 

Sumber gambar ;

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=509965742349638&set=a.103930959619787.8205.100000086506684&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...