Apa yang membezakan MCA dan DAP bila ia melibatkan soal hudud dan pembentukkan negara islam? Adakah MCA dan DAP serupa sama2 menentang hudud dan sama2 menentang pembentukkan negara islam? Kalau diperhalusi dari segi perjuangan dan pandangan politik mereka of course, mereka sama2 menolak hudud dan sama2 menentang pembentukkan negara islam.
Apa dalilnya?
DAP berkeras tidak mahu memasukkan hudud sebahagian dari agenda pakatan rakyat.
DAP juga berkeras tidak mahu melibatkan diri dari sebarang perjuangan PAS ke arah membentuk negara islam.
Adakah DAP silap kerana mempertahankan idelogi mereka? Sudah tentu tidak. Itu adalah hak DAP untuk terima dan tolak. Kita tak boleh nak sound bukan muslim yang menolak hudud dan menentang pembentukkan negara islam kerana term ==> BUKAN MUSLIM itu sendiri.
Sudah 55 tahun kita merdeka. Tetapi pemikiran majoriti umat islam masih keterbelakang dalam memahami perbezaan antara agama. Mereka juga gagal memahami apa yang terpakai untuk aku belum tentu terpakai untuk ko. Apa yang wajib untuk aku belum tentu wajib buat ko.
DAP dan PAS telah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam kedua2 perkara pokok di atas. Ia bukan rahsia bahawa DAP tolak hudud. Ia juga bukan rahsia bahawa DAP tidak mahu penubuhan negara islam. Ia adalah perkara yang kebanyakkan dari kita sudah tahu dengan jelas.
Menerima hakikat ini, menerima fakta ini tidak menjadikan pakatan rakyat lebih teruk dari bien. Kemon la. Dengan Allah swt kita tak boleh tipu. Apa masalahnya pun kalau DAP mengakui bahawa mereka tidak terima hudud dan pembentukkan negara islam?
Salah ka mereka menolak sesuatu yang mereka tidak faham, tidak tahu, tidak diberikan penjelasan, tidak nampak bukti yang boleh menyokong kepada idea2 dan gagasan2 kita, keliru dan sebagainya?
Kita cakap kita nak bentuk negara islam, nak laksanakan hudud tetapi kita tetap hisap rokok juga. Bila ditegur kita salahkan kerajaan alamak aiii napa jual rokok. Taknak orang hisap rokok watpe jual rokok? Padahal yang menghisap mulut ko, yang membeli tangan ko, kedai ada depan mata pun kalau ko tak beli ko tetap la tak beli. Kalau ko nak beli ko tetap nak beli.
Video lucah pun bukan ada depan mata tapi berlambak2 jek orang tetap boleh cari dan beli video lucah. Kenapa pula? Penguatkuasa memang lemah. Tetapi takde permintaan maka adakah penawaran? Sanggup kah penjual video lucah suap pegawai2 kalau takde sesiapa yang nak beli?
Kalau dia tawarkan, tawarkan, tawarkan kalau takde buyers, sampai bila dia boleh tawarkan?
Jadi melihat kepada situasi neh aje DAP dah rasa lucu. Hihi. Apa jenis umat islam malaysia neh. Dok sembang kencang halal haram. Rokok layan juga. Dok sembang kencang hudud sana sini aik masjid tak penuh pun. Time aku masuk masjid kemain satu malaysia bising sembang kencang tapi solat lue pun kemana2 hala lue nak marah gua sebab gua nak hantar bantuan untuk umat lue juga?
Nah.
Kita adalah cerminan islam. Kita taknak orang belajar islam melalui kita. Kita mahu mereka belajar mengenal islam melalui islam itu sendiri tetapi apa2 product pun perlukan testimoni untuk menguatkan hujah. Maksudnya kat sini kita adalah testimoni kepada DAP untuk kenal islam. Testimoni kepada bukan muslim untuk kenal islam.
Kalau kita sendiri tak betul, aurat tak betul, solat berterabur, mengaji jarang, masjid haram singgah, tak reti jadi imam, bacaan tunggang langang, malas dalami ilmu islam, mangga layan buku agama tak layan, warna rambut no 1, berlakon peluk2, cukur kening, bersikap tak adil, suka menipu, minum arak, berzina, kaki pompuan dan lakukan macam2 perkara yang mungkar dan jahil kenapa kita nak marah DAP yang pandang serong ke atas agama kita, diri kita?
Pada mereka selalu kita terangkan islam mencegah yang mungkar, menyeru kepada kebaikan. Tetapi banyak umat islam sekarang mencegah kebaikan menyeru kepada yang mungkar? Nak ubah pemikiran DAP? Nak ubah? Ubahla pemikiran dan cara hidup umat kita dulu.
Dalam erti kata lain, kita kena ubah mentaliti pemimpin malaysia yakni UMNO berbanding mengubah pendirian DAP. Mereka akan berubah secara automatik bila dah nampak kesan dan bukti. Selagi kita tak bagi mereka bukti, fakta dan hujah yang menyokong kepada perjuangan2 kita jangan sembang kencang yang DAP tue kafir harbi.
Inilah sebabnya kenapa DAP tolak hudud. Tolak penubuhan negara islam. Which is ia berpunca dari sikap umat islam itu sendiri.
Bagaimana dengan MCA?
Dari awal lagi MCA tak pernah tolak mahupun terima hudud. MCA tak pernah terfikir pun bab hudud. Apa yang MCA buat melalui CSL ialah mereka jadikan isu hudud isu politik. Tujuan nya mudah.
Bagi mereka dap sepatutnya tolak hudud. Umat cina sokong dap sebab dap keras menolak dalam pelaksanaan hudud. Dan mereka sangka oleh kerana dap kini bersama2 pas sudah tentulah dap longgar dalam menolak hukum hudud di malaysia sedangkan dap dulu dilihat keterdepan dalam menolak hudud di malaysia.
Mereka juga cuba menakut2kan non muslim dengan hudud dan PAS. Bagi mereka isu HUDUD boleh menyebabkan non muslim tolak hudud atas sebab non muslim majoritinya di malaysia mempunyai pemikiran seperti dap.
Iaitu mereka tak faham apa itu islam, tak faham apa itu hudud tetapi tahu2 jek kena paksa faham, terima, hadam, ikut dan sebagainya. Tak boleh dipersoalkan sama sekali sebab bila tanya jek dan2 kena tuduh dan cop anti islam. Itu bagi non muslim. Kalau bagi muslim cam aku? Kafir le jawabnya. Dah berapa kali dah keluar masuk islam aku neh. Asyik kena tuduh kafir jek. Tue tak masuk lagi bab kena tuduh syiah.
Jadi mereka pun gunakan hudud untuk meraih simpati dan sokongan. Bukan la pernah mereka mahu memahami dan menolak kerana apa2. Ia kerana mereka jadikan isu hudud sebagai survival politik. Dari awal lagi mca satusen pun tak heran bab hudud sebab dia tahu, aku tahu dan kita seme tahu selepas PR menang putrajaya sekalipun hudud tidak akan dilaksanakan.
Tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Selepas 10 tahun mungkin. Jika dilakukan usaha secara berterusan dengan membentuk badan pelaksana, bentang kertas kerja, latihan, kajian, perbincangan, mungkin akan dilaksanakan selepas 10 tahun. Paling koman selepas 10 tahun. Itupun jika PAS berjaya memegang pusat selama 10 tahun. Jika tidak? Ia dah jadi kerja tinggal2.
Tapi isu hudud inilah yang CSL bawa meleret2 sampai perangkap pas. Cubaan untuk perangkap DAP. Hebatnya DAP ialah dap taklayan sangat bab2 hudud MCA neh. Nak salahkan mereka kenapa mereka tak komen bab hudud dan bekap PAS? Rileks.
Mereka tak pernah salah bila mereka tolak hudud dan negara islam. Kita yang salah sebab tak cukup bagus untuk menyakinkan mereka apa yang bestnya penubuhan negara islam tue.
CSL memang silap sebab gunakan hudud untuk survival politik. Bukanlah dia tolak kerana dia tak faham. Dia tolak kerana saja nak cetuskan huru hara di kalangan rakyat malaysia. Bersikap racist dan berpuak2. Mahukan penganut yang berbeza agama bercakaran dan berkelahi. Ini yang CSL buat. Ini silap.
Sikap CSL neh juga di ikuti karpal singh. Namun karpal singh lebih keras lagi sebab dia gunakan hak atas nama undang2. Ini bermaksud jika dia berkemampuan + berkehendak + dia akan halang pelaksanaan hudud gunakan kuasa undang2 dan tubuh badan dia sendiri.
Salah ka? Nak kata salah ada sikit2 la. Itupun dari segi moral bukan undang2. Tapi yang bersalah ialah perlembagaan yang digubal itu sendiri. Karpal hanya bertindak bijak jika gunakan medium undang2. Yang bebal orang yang gubal undang2 sampai dia lompang sana sini.
Mostly penganut2 mca dan dap memang tak faham hudud dan sedia tolak hudud bila melihat sikap umat islam di malaysia. Aku sendiri pun rasa nak muntah2 tengok betapa hipokritnya umat islam malaysia yang cakap lain buat lain apatah lagi non muslim? Lagi le.
Kesimpulannya.
Beza antara DAP dan MCA ialah DAP menolak hudud kerana umat islam itu sendiri. Sikap umat islam yang hipokrit, talam dua muka, cakap lain buat lain, solat tak pernah, minum arak, kata negara islam tapi muslim jual arak, minum arak secara terbuka, kata wasatiyah tapi aurat pun tak reti jaga, kata muslim tapi berlakon peluk2, kata nak negara berkebajikan tapi kakitangan guru pasti dapat rm150sebulan jek atas nama pengorbanan.
MCA menolak hudud pula eh tak pernah pun dorang terfikir nak tolak mahupun nak terima sebab dorang hanya jadikan hudud sebagai survival politik. Itu yang mca buat di bawah CSL. Aku tak nafikan penyokong2 mca ramai yang tak suka cara CSL yang racist tapi apa boleh buat lue sendiri yang pilih lue layan le.
Dan inilah yang membezakan MCA dan DAP. Namun kedua2nya boleh kita tarbiah dan dakwah melalui program2 tertentu. Antara nak dengan taknak jek. Cukup2lah tue membiarkan non muslim sembang kencang bab hudud dan terapkan persepsi salah tak henti2.
Sudah sampai masanya untuk kita menghentikan mereka mengunakan kaedah baling satu batu 2 burung yang mampos. Percakaran2 seperti ini tidak bagus untuk diteruskan. Kerana lama kelamaan ia akan menjadi seperti percakaran muslim vs non muslim akhirnya.
Umno taknak buat pun takpe. Dont worry. Kita kan ada PAS. Sama2 kita berharap agar PAS lakukan program terbuka yang mewajibkan dap dan mca untuk hadir bagi membentangkan buruk baiknya hudud dan negara islam di malaysia. Amacam?
Jadikan ia program tahunan pun oke. At least ia mampu memberikan market percuma untuk isu hudud dan pelaksanaan negara islam khususnya untuk non muslim. Kita ubah diri kita dan diri mereka sekali jalan oke.