Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Mei 2014

Mufti Seru Umat Islam Bantu Kerajaan Laksana GST Kerana GST Ikut Syarak.



KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS PUNYA MUFTI. 

Satgi aku cakap mufti Pahang bodoh angin pula puak2 islamis satu badan. Tapi memang pun kenyataan dia tue BODOH NAK MAMPOS. Silakan angin satu badan. Aku malas nak heran dah.

KAH KAH KAH

Suka2 aje nak babitkan Islam dalam citer GST. Isu berkaitan GST neh orang bukan kutuk bab GST secara peribadi. Orang kutuk cara kerajaan yang melaksanakan GST tue. Rakyat pada dasarnya tiada masalah jika ;

1. GST dikenakan pada saat tangga gaji rakyat boleh menyerap sebarang kesan akibat pelaksanaan GST.

2. Cukai2 yang tidak perlu dihapuskan dengan pelaksanaan GST.

3. Kutipan GST akan dikembalikan semula kepada semua rakyat di semua kawasan secara adil dan saksama.

4. Dikenakan pada kadar 3% buat permulaan supaya tidak melonjakkan kadar inflasi semasa.

5. Dilaksanakan oleh pemerintah adil yang tiada imej rasuah dan korupsi.

Bukan orang kutuk sistem GST. Tapi orang kutuk cara pemerintah yang nak melaksanakan cukai GST. Dia buat pelaksanaan syok sendiri. Dah joli habis duit rakyat untuk kegunaan sendiri, buat macam2 pembaziran alih2 rakyat yang kena tanggung. Adil ke pada rakyat? Itu islamik ke? Itu ikut syarak ke? Itu tak manzalimi rakyat ke? BODOH PUNYA MUFTI PAHANG YANG BUAT PENILAIAN TIDAK ADIL KEPADA RAKYAT MARHAEN UNTUK MENANGKAN PENDIRIAN KERAJAAN PUSAT.

Beginila.

Kita sebagai rakyat tiada keperluan untuk bersetuju dengan pelaksanaan GST oleh tangan2 pemerintah yang tidak adil. Kita dah terangkan banyak kali kenapa. Rasanya semua orang dah patut tahu. Kalau mufti Pahang nak tahu sila bertindak lebih adil dan cermat sesuai dengan peranan kamu sebagai mufti. Sila la bertanya kepada rakyat sendiri kenapa mereka bantah. Jangan dok dengar keterangan dari sebelah pihak aje.

Dan ini ;

Menurutnya sesiapa sahaja yang mempunyai cadangan yang lebih baik daripada GST, ia sepatutnya dikemukakan kepada kerajaan dan bukan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi. 

- Bernama

Eh, kami punya pasal la nak adakan demonstrasi pun. Apa yang neh pun tak ikut syarak dan tak islamik ka?

Habis tue demo2 kutuk kezaliman dan penindasan ke atas umat Islam di luar negara apa citer? Yang tue ikut syarak dan islamik ke?

KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS LA MUFTI PAHANG NEH. Dengan muka tatau malu, ada ahti nak tegur rakyat pasal demo?

Oi mufti Pahang..

Kenapa bukan umat islam perlu bantu pahang hapuskan kasino?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu pahang hapuskan kasino?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu pahang hapuskan kasino?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu pahang hapuskan kasino? 

Kenapa bukan umat islam perlu bantu pahang hapuskan kasino?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu pahang hapuskan kasino? 

Kenapa bukan umat islam perlu bantu pahang hapuskan kasino?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu pahang hapuskan kasino? 

Atau

Kenapa bukan umat islam perlu bantu Pahang nasihatkan sultan pasal majlis harijadi arak?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu Pahang nasihatkan sultan pasal majlis harijadi arak?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu Pahang nasihatkan sultan pasal majlis harijadi arak?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu Pahang nasihatkan sultan pasal majlis harijadi arak?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu Pahang nasihatkan sultan pasal majlis harijadi arak?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu Pahang nasihatkan sultan pasal majlis harijadi arak?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu Pahang nasihatkan sultan pasal majlis harijadi arak?

Kenapa bukan umat islam perlu bantu Pahang nasihatkan sultan pasal majlis harijadi arak?

Gunakan agama untuk memperbodohkan aku? Gunakan Islam untuk menundukkan aku? Memang tak la kan.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Jumaat, 2 Mei 2014

Unit Amal Bukan Jahat Cuma Dipermainkan - Episode Ketiga Mayday 2014.


Pergaduhan yang tidak dirancang telah pun terjadi.

Yang mengecewakan sesama sendiri cenderung memaki hamun sesama sendiri. Kita bercakap pada masa yang sama kita marah dan kita mengharapkan orang diam dan dengar suara kita tetapi kita tak beri peluang kepada orang lain untuk berikan penjelasan.

Apa yang terjadi antara unit amal, individu yang memakai baju SAMM (sebab SAMM nafikan itu ialah anggota mereka. Aku tak pasti samada individu tue betul2 bukan anggota SAMM ataupun SAMM hanya nak damage control atas insiden tersebut), geng PSM dan anarki semalam adalah sesuatu yang amat dikesalkan.

Individu yang kena bantai ialah ahli PSM. Dia dibantai dalam keadaan dia tatau kenapa dia kena bantai. Dia tertolak tolak dalam insiden tersebut yang berakhir dengan bantaian 6 jahitan di atas dahi dia.

Yang lebih mengecewakan ialah sudah la kena bantai dengan unit amal dituduh pula seolah2 pembuat masalah dalam penjelasan terkini oleh unit amal Selangor. Rujuk sini.

Aku taknak tuduh. Tetapi aku fikir ada 2 kemungkinan.

1. Unit amal fikir mereka ialah agen provokasi. Maka pukulan rambang adalah dengan tujuan hentikan provokasi.

2. Unit amal fikir mahu hentikan provokasi (insiden tolak menolak selepas kejadian maki hamun) dengan mengetahui bahawa itu adalah geng2 sendiri dan pada mereka pukulan itu perlu untuk menghentikan suasana yang sedang kecoh.

Bagaimana insiden pertama ini berlaku?

Yang kena pukul diberitahu ada kekecohan yang telah berlaku kat depan dan dia disuruh mencari kawan. Ketika sedang mencari kawan itu la tiba2 anggota unit amal iaitu seorang pakcik tua yang berketayap dan pakai cincin besar gedabak datang bantai dia tak semena2nya. Terperanjat la kawan tue. Kepala berdarah lagi. Itu sebab ada geng2 PSM yang mengamok kat dalam satu video yang umno sebarkan tue. Yang amat dikesalkan, boleh pula geng2 Pakatan Rakyat mai maki hamun budak2 yang kena bantai. Kena maki lagi, kena tuduh lagi, sejak bila kawan aku orang UMNO. Aku pun tatau la.

Kejadian kekecohan bermula dengan insiden sekumpulan pendemo bercakap gunakan pembesar suara. Mereka disuruh diam sebentar ketika pemimpin berucap namun mereka enggan akur pada arahan. Maka kedua2 pihak saling provoke memprovokasi. Ada jurugambar yang rakam aksi tersebut. Atas rasa tidak selamat maka jurugambar diserang kerana dianggap mungkin mahu menyebarkan cerita2 yang tidak benar. Aku tidak bersetuju dengan insiden menyerang jurugambar, harap maklum.

Kejadian kekecohan bersambung apabila ada kumpulan yang mahu melanggar dataran. Aku taknak sebutkan kumpulan2 apa sebab masing2 nafikan mereka terlibat secara organisasi. Boleh jadi ini kemahuan individu. Boleh jadi memang ada satu atau dua agen provokasi yang menyelit2 di antara rakan2 kita. Maka kejadian ini tidak direstui oleh unit amal yang bertindak menjadi polis ketika itu.

Aku melihat unit amal ini amat bagus organisasinya. Tersusun dan menjalani latihan yang berterusan. Amat patuh pada pimpinan dan sangat setia pada perjuangan.

Unit amal ini bukan orang jahat.

Tugas unit amal ialah memastikan perjalanan demo sampai kepada matlamat yang disasarkan. Namun unit amal tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk jaga dataran. Tanggungjawab mereka sepatutnya hanya jaga keselamatan rakyat. Tetapi kita tidak tahu ramuan apa yang digunakan sehingga tugas menjaga dataran tiba2 menjadi di bawah tanggungjawab unit amal.

Kekecohan semalam menjadi satu kejutan budaya kepada peserta2 demo yang terlibat. Baik pasukan unit amal mahupun kumpulan pendemo.

Mereka nampak unit amal di depan halangan. Mereka fikir unit amal ialah sahabat mereka. Maka mereka datang untuk langkau halangan yang disediakan oleh polis. Namun mereka tersilap tafsir situasi. Bukan hanya barrier bahkan unit amal juga adalah halangan. Unit amal rupa2nya ketika ini ialah pengganti polis. Polis di tepi hanya gelak2 tepuk tangan tengok unit amal bertempur dengan kumpulan pendemo yang telah pun melalui proses evolusi dalam pemikiran untuk menyampaikan maksud perjuangan.

Tersentak sahabat kerana di halang oleh sahabat yang lain. Maka lahirla aksi2 provokasi sesama sendiri. Ini elemen yang mendorong kepada kejadian salah faham seterusnya. 

Kejadian kedua berlaku susulan dari kejadian pertama.

Serangan yang dilakukan ke atas kumpulan SAMM ketika mereka sedang makan adalah tidak wajar. Walaupun ia telah diselesaikan secara baik antara unit amal dengan SAMM namun kita tertanya2. Siapakah unit amal ini yang memilih bertindak secara agresif?

SAMM tengah makan. Datang marah2. Sarungkan baju lain untuk tutup baju unit amal. Sorang tue siap ajak bertumbuk bagai. Namun unit amal yang lain2 memilih untuk bertenang, berdamai dan selesaikan konflik dengan sebaiknya. Perselisihan faham antara unit amal dan SAMM diselesaikan secara damai. Tetapi nasi tambah sentiasa ada di mana2. Akan ada pihak2 yang sentiasa berperanan menyalakan api agar SAMM dan unit amal saling bercakaran. Bahkan ada pihak2 yang cuba cetuskan fitnah agar insiden neh juga mempengaruhi pemilihan PKR yang sedang berjalan. Terserah kepada kita untuk menilai baik2 setiap kisah yang sampai. Adakah ia benar ataupun sebaliknya.

Kejadian ketiga berlaku hasil dari salah faham yang berterusan.

Dua orang telah dilanyak depan orang ramai yang tidak mampu melawan. Dengan melabel diri mereka sebagai unit amal, datang cara gangster dan membalon dua orang geng2 anarki yang dikatakan pencetus kepada insiden siang tadi. Insiden langgar dataran. Insiden unit amal kena siku dengan pendemo yang sedang marah. Insiden pendemo memaki hamun unit amal. Kawan aku kena tuduh langgar, pukul unit amal. Kena tuduh mabuk2 dan hisap arak. Maaf. Itu salah faham. Dia takde pun kat situ masa tue. Dia ada kat belakang masa insiden kekecohan tue. Tak sampai kat tempat tue lagi. Dia tak kisah kalau kena lanyak sebab dia lanyak (siku) unit amal. Tapi dia angin sebab dia kena tuduh, kena lanyak lagi atas benda yang dia sama sekali tak buat. Lepas dah kena lanyak, ada wakil unit amal berkata kat dia. Jangan lapor polis. Kita settle cara baik. Ayat manis gila. Namun lihatla statement terkini unit amal disini. Kawan aku dipersalahkan lagi. Insiden pertama dan insiden ketiga melibatkan kawan2 aku. Aku pun tak faham la dengan unit amal. Kalau nak selesaikan cara berhemah, selesaikan cara berhemah. Kenapa keluarkan kenyataan yang berat sebelah? Buat2 tatau lagi padahal siap berbincang2 bagai dengan individu yang kena lanyak.

Pelik aku.

Takpela.

Mungkin ini strategi unit amal untuk control damage. Aku bersangka baik.

Atau mungkin setelah menjalani siasatan rapi, kumpulan yang mengakui mereka ialah unit amal memang bukan anggota unit amal. Apa pun bukti semua dah ada. Unit amal bebas menganalisa bukti yang ada untuk tindakan selanjutnya.

Apa pun aku tak nafikan. Geng2 anarki pun ada yang perlu ditegur. Bab membakar flare di hadapan kaum wanita, orang tua dan kanak2 aku rasa tak sepatutnya berulang lagi. Kita tidak mahu ada yang sesak nafas tak pasal2 angkara kepulan asap tebal. Yang neh geng2 antifa perlu fikirkan pada demo yang mendatang. 

---------------------

Dan, jangan kita melampau sangat dalam menuduh dan membalon ketidakcekapan beberapa insiden yang melibatkan prestasi unit amal. Satu atau dua kesalahan yang dilakukan oleh anggota unit amal. Ia tidak patut menghilangkan kebaikan2 yang ada dalam unit amal. Maka marila kita bertindak adil. Jangan berikan gelaran yang melampau negatif kepada unit amal disebabkan nafsu marah yang meluap2. 

Kita sudah sampai kepada peringkat ;

Perlu duduk bertenang.
Perlu menghentikan sebarang demo. Tidak untuk setahun dua ini sekurang2nya.
Perlu mengkaji kembali strategi kita dalam menyampaikan penentangan terhadap polisi BN yang kejam.
Memahami bahawa rakyat sudah jemu, muak, jelik dan meluat dengan demo yang tidak menghasilkan sebarang impak.

Kadang2 bodoh juga cara kita berfikir.

Kita melakukan kerja yang serupa. Ulang dan ulang. Namun mengharapkan hasil yang berlainan.

Tak mungkin itu akan berlaku.

Kita perlu mengupdate cara kita berdemo di masa2 akan datang. Tetapi jangan lakukan dalam masa terdekat sebab rakyat sudah penat. Silapnya selepas PRU ke 13. Demo demi demo diadakan secara berterusan sehingga memenatkan dan memeningkan semangat rakyat. YB2 yang sama dok melaungkan berlakunya penipuan dalam pilihanraya, YB2 yang sama juga akhirnya mengangkat sumpah dan membelakangkan apa yang mereka laungkan dalam siri demo blackout. Dan korang rasa bangga pertahankan pemimpin2 seperti mereka? Aku ucapkan tahniah. 

Nak marah? 

Baikla.

Kita patut bergaduh sesama sendiri.

Lepaskan stress masing2.

Cakap apa yang kita nak cakap. Luahkan kesemua yang membuku dan terpendam dalam sanubari masing2. Jangan simpan. Jangan sorok. Jangan takut. Luahkan. Masa2 macam neh la nak belajar bermuhasabah diri.

Haha. 

Datang Jauh-Jauh Untuk Dengar Ceramah? - Episode Kedua Mayday 2014.

Kenapa melakukan perubahan itu salah? Bukan kah ubah salah satu perkataan yang kerap kali disebut2 oleh pemimpin2 parti politik di negara ini? Jadi, kenapa bila rakyat suarakan perubahan dan lakukan perubahan, ia menjadi satu kesalahan?



Rakyat tidak datang jauh2 untuk dengar ceramah. Ini bukan pentas partisan untuk mereka terus bercakap dan bercakap.

Ketahuila.

Dalam mesyuarat demi mesyuarat mensyaratkan. Tiada ceramah oleh mana2 pemimpin politik. Ini termasukla Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan lain2 yang berkaitan. 

Pahit?

Pahit bukan.

Sakit?

Sakit ahti bukan.

Pahit dan sakit ahti kerana wujudnya sekumpulan manusia yang bertindak untuk tidak mahu tunduk kepada mana2 pimpinan partisan dan parti politik di negara ini. Pemikiran yang sangat kiri, yang sangat berbeza dari apa yang biasa ditanamkan ke atas kita. Kita sudah memasuki frasa evolusi pemikiran dalam perjuangan.

Pemimpin BN sudah hilang kawalan ke atas pemikiran rakyat.
Pemimpin PR sudah hilang kawalan ke atas pemikiran rakyat.

Remote control sekarang di tangan rakyat. Mereka kawal apa yang mereka mahu fikirkan.

Rakyat sudah mula belajar. Sudah mula didik diri mereka. Sudah mula atur langkah. Sudah mula untuk bangkit. Sudah mula pandai cipta arah. Sudah mula bina impian. Sudah mula membina laluan. Untuk bebaskan diri dari konsep kejumudan politik di negara ini.

Syarat tidak membawa sebarang bendera parti juga diabaikan dengan penuh bergaya oleh pihak2 tertentu.

Hanya PSM yang mematuhi arahan ini.

Rakyat perlu bebaskan konsep kepartisan dalam setiap demo2 yang menggunakan nama rakyat dihujungnya. Ini perlu. Sangat sangat sangat sangat sangat perlu. Supaya akhirnya nanti BN sudah tiada hujah. Setiap kali ada demo setiap kali ada bendera parti setiap kali itu nama pembangkang akan terkait seterusnya matlamat asal demo hilang begitu saja.

Macam mana tak hilang kalau dah BN dan PR masing2 pegang pistol dan tembak sesama sendiri.

Bila dah takde bendera parti. Bila semua orang bersatu sebagai rakyat. Bila BN tengok semua yang turun tue hanya membawa suara rakyat, maka BN akan mula rasa takut. 

Bila ada demo, bila tiada ceramah, bila suara rakyat yang bercakap, bila pemimpin jadi pendengar, maka BN akan semakin takut.

Bila rakyat semakin berani keluar dari kejumudan, maka BN semakin takut lagi.

Bila BN sudah takut, apakah dia berani untuk menidakkan penentangan2 kita? Katakan la jika mereka berani sekalipun, mereka pasti akan lebih ber ahti2 dalam mengambil tindakan mengarut sekurang2nya berbanding seperti keadaan sekarang yang langsung tatau rasa malu.

Demo2 rakyat tidak sepatutnya digunakan untuk menaikkan imej dan millage pembangkang. Naikkan nama2 pemimpin pembangkang. Naikkan nama parti2 politik pembangkang. Bangga sangat dengan angka kehadiran macam sekumpulan budak2 yang berlagak dengan duit raya dia yang banyak.

Kadang2 kita boleh berbangga dengan angka kehadiran. 

Kadang2 jika angka kehadiran digunakan untuk menaikkan millage parti dan pemimpin tertentu, ia tak mencapai maksud demo. 

Itu yang sampai dorang ingat kita sanggup datang jauh-jauh untuk dengar ceramah politik. Dorang ingat kita datang untuk dengar suara mereka. Maka dorang berbangga dengan jumlah hadirin kerana dorang ingat kita sanggup berdemo kerana mereka.

Sanggup korang datang jauh-jauh untuk dengar ceramah pimpinan?

Tak cukup dengan youtube? Tak cukup dengan ceramah? Tak cukup dengan suratkhabar parti? Tak cukup dengan portal online? Tak cukup dengan forum dan program yang berterusan?
Mungkin sesetengah pihak rasa tak cukup. Tapi kami dah rasa ia lebih dari cukup. Pentas itu bukan untuk pemimpin. Ia adalah pentas rakyat. Rakyat yang perlu berada disitu dan bercakap. Pemimpin perlu belajar untuk

DIAM.
DENGAR.
FAHAM.

Rakyat juga ada suara. Kami bukan bisu. Mulut kami bukan perhiasan. Ia ada fungsi yang sama seperti kamu. Iaitu, bercakap. 

Tindakan menaikkan banner.


Tindakan bersuara menggunakan pembesar suara untuk melawan suara pemimpin.
Tindakan melawan unit amal untuk masuki dataran.
Tindakan untuk tawan dataran di penghujung demo.

Bukan aksi provokasi dari SB. Atau dari mana2 kumpulan UMNO. Bukan penyamar. Inila rakyat. Korang takan mampu nafikan kewujudan kumpulan radikal ini. Sila la terima. Belajar untuk meraikan kepelbagaian.

Mereka ialah lauk2.

Korang tinggal makan. Makan la sampai kenyang. Dan jika sudah kenyang dan sendawa, maka hargaila. Jangan lupa ucapkan alhamdullilah. Syukur pada Allah. Ada yang sudi jadi lauk. Untuk kenyangkan manusia2 yang sedang lapar di negara neh.

Kenapa Fuckkan Raja Itu Salah? Episode Pertama Mayday 2014.

Kenapa salah pula?

Salah kerana perkataan f#ck?
Atau salah kerana yang dif#ckkan itu raja?

Kalau f#ck pemimpin PR takpe pula ye?
Atau kalau f#ck pemimpin BN pun takpe juga ye?

Hanya jangan f#ck raja sebab raja tiada kena mengena. Betul ke raja tiada kena mengena?



Sepanjang kita hidup, setiap kali berhadapan dengan pelbagai masalah, setiap kali dihimpit dengan polisi2 yang berat sebelah, setiap kali ditekan kiri kanan dengan sistem yang tidak memihak kepada rakyat, apakah ada raja2 datang ke depan dan membela nasib rakyat daripada tertindas?

Jika jawapannya ialah ;

Eleyy relax la brader.. raja tak boleh masuk dalam urusan politik beb.. 

Baikla.

Urusan bela BN setiap raja masuk campur, bagaimana pula?

Bukan satu dua kenyataan demi kenyataan raja yang keluar agar menyokong kepimpinan BN. Yang tue bukan urusan politik?

Bukan satu atau dua kenyataan demi kenyataan berbaur politik yang keluar dari mulut raja2 ini berkenaan polisi2 BN.

Itu bukan politik?

Raja tiada kuasa dalam urusan politik. Tetapi raja di anggap sebagai seseorang yang berkuasa. Raja juga mendapat elaun tiap2 tahun yang diperolehi dari cukai yang dikutip dari rakyat.

Tetapi raja tiada kuasa politik walaupun raja ada kuasa?

Apa benda tue?

Jika raja ada kuasa maka apa kuasa sebenar raja?

Oleh kerana rakyat perlu membayar raja untuk dia jadi raja maka apa pula faedah yang rakyat dapat setelah sama2 bersatu membayar cukai kepada raja2 di negara ini?

There must be something yang rakyat patut dapat. Jangan bagi alasan nak mempertahankan kelangsungan bangsa melayu kerana aku tengok raja2 juga berkahwin dengan orang bukan melayu dan pewaris2 raja juga bercampur baur keturunannya yang semakin susut kemelayuan.

Jangan bagi alasan untuk mempertahankan agama Islam memandangkan raja2 juga tidak menjadi imam di masjid2. Kalau di majlis2 harijadi mewah ada lah yang aku pernah nampak. Contohnya #1881.

Rakyat sudah lama dijumudkan dengan pemikiran tanpa raja kita akan mampos. Agama kita akan mampos.

Yang diajarkan dalam agama kita, Islam tidak akan mati sampai bila2. Yang akan mati itu kita, yang akan mati itu kepercayaan dan akidah kita. Islam wujud hingga kiamat.

Yakni, jika ada mana2 manusia memilih untuk meninggalkan islam itu adalah manusia itu sendiri. Bukan ada kena mengena samada raja itu ada ataupun tidak.

Sampai sekarang kita tiada asas yang tepat untuk menjelaskan kenapa sistem monarki itu perlu dipertahankan di dalam negara ini. Maksudnya kita tiada sebab yang jelas untuk menghalalkan bayaran demi bayaran cukai kepada satu pihak yang mana kita tatau pun apa peranan yang pihak tersebut mainkan untuk kebaikan negara ini. Kebaikan untuk rakyat dan untuk negara. Kita tidak diberikan bukti yang jelas. Apa yang ada hanyala pernyataan demi pernyataan dalam perlembagaan. Pernyataan itu diberikan agar kita paksa diri kita untuk faham, untuk terima bahawa entiti itu perlu wujud untuk kebaikan kita tetapi kita tak dapat rasakan apa2 kebaikan pun yang entiti itu hasilkan demi kita.

Yang kita baca ada orang jual tanah.
Yang kita tengok ada orang jual pulau.
Yang kita tahu ada orang berjudi.
Yang kita nampak ada orang minum arak.
Yang kita faham ada orang tak tau jadi imam.

Kita tak nampak bukti yang jelas untuk halalkan gelaran ketua agama Islam.

Kita juga tak diberikan bukti yang jelas untuk halalkan bayaran cukai demi cukai kepada mereka2 itu.

Jadi, setelah menyimpulkan semua keadaan di atas, atas sebab apa f#ck kepada raja menjadi salah? Salah sebab yang kena f#ck itu raja ke ataupun salah sebab yang gunakan perkataan f#ck kepada raja? Kalau presiden FAM kena bangsat tak salah pula ke? Presiden FAM kena bangsat sebab dia pegang jawatan. Kata mereka. Baikla. Sejak bila gelaran raja itu bukan jawatan pula? 

RAJA = ini sendiri merupakan satu jawatan. Jawatan sama macam PM. TPM. Tiada mana2 manusia yang dilahirkan ke dalam dunia ini mempunyai keturunan diraja. Semua manusia yang wujud adalah keturunan manusia. Keturunan diraja ialah ciptaan manusia untuk halalkan tindakan mengangkat sekumpulan manusia yang lain secara berlebih-lebihan. Fahamkan ini. Video kat bawah adalah episode pertama untuk terangkan keadaan kenapa huru hara tercetus ketika diakhir2 perjalanan demo mayday rakyat bangkit melawan kapitalis.



Jawapan Unit Amal Isu Belasah Peserta Demo Mayday 2014.

Aku memang tunggu depa respon dulu sebelum lapor apa2 yang berkenaan. Takpe. Baca dulu hujah2 mereka.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KENYATAAN JABATAN AMAL MALAYSIA (SELANGOR) BERKENAAN INSIDEN BERKAITAN HIMPUNAN GST.

Saya mengambil tanggungjawab utk menjawab tohmahan seperti yang tersiar meluas di laman web dan media sosial kerana anggota Jabatan Amal dari Selangor berada di semua lokasi berkumpul pada Himpunan Gst semalam.

1. Insiden Semasa Himpunan Jabatan Amal Malaysia ditugaskan untuk menjaga kelancaran himpunan dari aspek keselamatan termasuklah antara perkara pentingnya adalah memastikan peserta tidak memasuki kawasan padang yang menjadi antara syarat utama kebenaran himpunam diberikan.

Kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh cubaan memasuki kawasan padang dataran oleh sekumpulan kecil 'peserta' dan tindakan mengganggu acara himpunan dengan membuat bising juga oleh kumpulan yang sama.


Tindakan memukul mereka tidak berlaku sama sekali tetapi kami hanya berusaha menyuraikan mereka dan kami juga cuba menenangkan sekumpulan peserta lain yang mula membalas kata kata makian mereka kepada kami sehingga berlaku sedikit ketegangan. Gambar yang menunjukkan ada antara mereka luka di dahi MUNGKIN kerana semasa kejadian tolak menolak tersebut.

Cuma saya katakan, ramai peserta yang datang untuk berhimpun dengan baik, mereka datang dan pulang dalam keadaan yang harmoni pada hari tersebut. Kenapa ada seorang yang luka? Apa yang dia telah buat?

2. Insiden malam selepas himpunan.

- Jabatan Amal dengan ini menafikan sekeras kerasnya bahawa kami terlibat dalam insiden berkenaan.

- Tiada anggota AMAL yang bernama Anuar dari kawasan Pandan seperti didakwa.

- Tiada kad keahlian dikeluarkan oleh kami semenjak 8 tahun lalu dan yang dikeluarkan dulu pun sangat terhad dan kami kenal mereka yang mempunyai kad keahlian.

- Berkuasa betul mereka yang terlibat menyerang pada malam tersebut dengan hanya menunjukkan kad keahlian Amal, pihak polis boleh dihalau....(logik ke?)

- Kami mendesak pihak yang menuduh menyerahkan bukti kepada kami dan pihak berkuasa kerana kami tidak sesekali akan bersekongkol dengan perbuatan sebegini.

Untuk makluman semua, kami dari Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Unit Amal tidak pernah dilatih atau melatih anggota untuk melakukan tindakan seperti dituduh bahkan ketika kami bertugas kami pernah dipukul, diludah, dicaci maki tetapi kami mengambil pengajaran dari akhlak Rasulullah dalam menghadapi perbuatan sebegini, apa sahaja kerja buat kami dan apa yang kami hadapi, kami hanya menyharapkan pembalasan dari Allah. Redhanya yang kami buru, kami yakin dengan janji Nya. BERAMAL KERANA ALLAH

Khairil Anuar Ismail Pengarah Jabatan Amal Malaysia (Selangor)

Respon Menteri Demo Anti GST - Kerajaan Tetap Laksana GST, Sudah Kaji Selama 30 Tahun.


30 tahun lamanya.

30 tahun lamanya kerajaan telah melakukan kajian demi kajian untuk mempersiapkan negara ke arah pelaksanaan GST.

Pergh.

30 tahun tue.

Berapa lama masa yang telah kerajaan gunakan pula untuk ;

1. Memastikan harga rumah di negara ini stabil agar semua rakyat mampu membelinya?

2. Harga kenderaan di negara ini berbaloi dengan harga dan kualiti yang ditawarkan supaya pembeli tidak rasa tertindas?

3. Pengangkutan awam yang effisen supaya bandar dan luar bandar sama2 dapat merasai kemajuan?

4. Penyediaan perkhidmatan perubatan yang menyeluruh dan mampu milik supaya semua golongan rakyat dapat berubat dengan selesa?

5. Sistem pendidikan yang berdaya saing agar generasi muda dapat menumpukan kepada bakat dan kecekapan masing2 dan tidak la sampai ada yang tercicir disebabkan tak mampu pergi ke level yang dipaksakan ke atasnya?

Nampaknya kerajaan tak gunakan begitu banyak masa untuk memastikan rakyat di negara ini dilayan dengan saksama dan adil. 

Kerajaan sanggup habiskan 30 tahun lamanya untuk fikir dan fikir, kaji dan kaji macam mana nak membolehkan kerajaan mengutip cukai dari rakyat agar mereka dapat dana tambahan untuk memajukan negara (alasan semata2) namun dalam masa yang sama kerajaan tak pula sanggup habiskan masa untuk memastikan macam mana rakyat di negara ini boleh dibantu dengan seadilnya dan sewajarnya.

Hebat.

Ahmad Maslan juga menyebut. GST akan dilaksanakan walaupun ada golongan2 yang membantah pelaksanaan nya di Malaysia. Suka tak suka GST akan dilaksanakan pada tahun depan. Melalak la ko kat demo tue. GST tetap GST. 

Macam tue la lebih kurangnya.

Itu sebab demo yang berlaku semalam adalah aman.

Aman sebab kerajaan tidak mahu tunduk kepada sebarang tekanan kepada pembantahan pelaksanaan GST.

Aman sangat sampai FRU pun tak bertugas.

Bertambah2 aman bila unit amal berada disitu untuk gantikan tugas polis.

Tahniah.

KAH KAH KAH

Tindakan Tendang Jurugambar Sebab Nak Selamatkan Diri.

Sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam, yang menggelar diri mereka sebagai "Antifa", telah menendang jurugambar Xin Hua ketika mahu mengambil gambar mereka.

Mereka telah berarak di Jalan Raja selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa perhimpunan anti-GST telah berakhir.

Seorang anggota kumpulan tersebut telah bertindak melontar batang kayu bendera ke arah jurugambar tersebut.

Dalam satu insiden lain sebelum ini, kumpulan remaja yang sama terlibat dalam pergelutan dengan anggota Unit Amal PAS di di Jalan Raja, di mana pemimpin Jingga 13, Fariz Musa, terperangkap di tengah-tengahnya.

Turut berada di situ ialah ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM) dan kumpulan lain, yang menggelar diri mereka sebagai "Geng Kotak".

Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika orang ramai menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan dengan ahli-ahli Jingga 13, yang cuba untuk menenangkan mereka.

The Star online melaporkan bahawa kumpulan itu tidak berpuas hati kerana anggota Unit Amal menghalang mereka ke Dataran Merdeka.

Apabila kita melakukan sesuatu yang diluar dari kebiasaan, dan ada orang dok tangkap2 gambar kita, kita rasa tak selamat.

Kenapa dia tangkap gambar kita?

Apa yang dia nak buat dengan gambar kita?

Apa yang dia akan memperkatakan tentang kita?

Adakah dia dari kumpulan media arus perdana yang asyik fitnah kita?

Adakah dia nak menfitnah2 kita pada keesokkan hari?

Apakah dia ingat dia wartawan dia boleh besar kepala tulis mengenai kita tanpa kerelaan kita?

Tindakan refleks tercetus. Bila kita rasa tak selamat, kita akan lakukan apa saja cara untuk memastikan rasa selamat yang hilang tadinya tue kembali semula kepada kita.

Jadi apa yang berlaku adalah tindakan refleks. Itu bukan keganasan yang disengajakan. Itu keganasan yang berlaku diluar sedar. Itu keganasan yang berlaku apabila media arus perdana seringkali bias dalam laporan mereka. Jadi satu pemikiran negatif telah terbentuk ke atas pengamal2 media ini. Masa dan kefahaman akan mengubah semua pemikiran yang jumud itu. Lainkali, kita akan cuba saling bertenang dan saling bertolenrasi. Beri masa dan peluang. 

Aku sejujurnya pun tak sokong mana2 tindakan keganasan ke atas mana2 media termasukla kepada UTUSAN sekalipun laporan dorang memang macam gampang. Bagi aku ko nak tangkap gambar, ko tangkap aje la. Aku akan perhatikan apa yang ko tulis nanti kemudiannya jika salah, aku akan betulkan. Simple as that. 

And. Jangan tuduh perkara itu ada kaitan dengan UMNO dan mana2 entiti kerajaan yang korang tak suka termasukla SB sebagainya pun. Hakikatnya ia bukan begitu. Itu adalah perjuangan anak muda yang berbeza konsep perjuangannya dari korang semua. Ia akan mula dikenali oleh korang secara berperingkat. Percayalah, mereka tidak sejahat sepertimana yang korang sangkakan.

Kbai.

Khamis, 1 Mei 2014

Terkini - Ada CCTV Di Dataran Merdeka Weh!!!!

Maklumat dari lokasi perhimpunan Dataran Merdeka. Malam tadi ada 3 benda yang berlaku.

1. Ada pertambahan barrier.  Pertambahan satu lapisan halangan. Di depan jam tinggi.

2. Ada diletakkan CCTV. Tujuan untuk kenalpasti mana2 individu yang melanggar halangan tersebut. Dua CCTV diletakkan betul2 berhadapan barrier. Malam tadi dorang datang install CCTV. Depan2 pendemo yang start berdemo malam tadi. So orang nampak le. Tujuan nya nak tangkap orang le tue. Tapi ingat orang bodoh sangat? Apa guna topeng muka? Kalau nak langgar kita tutup le muka masing2. Nak susah apa.

Kah Kah Kah

Selain dari CCTV, jammers, alat untuk sekat alat komunikasi juga depa pasang sekali atas bumbung.

Woahhhhh


Ada planning apa2 ke?




3. Polis dan SB dari malam tadi dah keluar dok berlegar2 di kawasan lokasi perhimpunan.

Dan. Kalau korang nak tahu. Depan Dataran Merdeka ada satu banner yang bagitau bahawa projek tanam rumput baru siap pada 21/3. Sekarang dah masuk 1 Mei. Maksudnya projek tersebut patut dah siap la kan. Jadi kalau langgar dataran pun bukan ada apa2 effect pun. Sebab dataran dah siap di proses aka di renovasikan. Ikut tarikh banner tu le.

Hehe.


Apa2 pun rakyat akan ikut arahan. Kita takan langgar dataran. Tapi andaikata terpaksa langgar sebab crowd ramai sangat maka polis pun relax je la. Bukan orang suka2 nak langgar pun.2 Terpaksa langgar sebab ramai sangat yang tolak2 dari belakang.

Kah kah kah

Breaking News - MP DAP Teluk Intan Meninggal Dunia.

Disahkan oleh Malaysiakini.



Dan disahkan oleh DAP ;



Salam takziah diucapkan kepada keluarga Seah Leong Peng. Nampaknya ada dua PRK yang membabitkan kawasan parlimen. Apa pun hari ney mayday. Yang mati tu kita ucapkan takziah. Yang nak berdemo tu teruskan demo lawan BN. Lawan GST. Jangan bagi depa muka satusen pun.

Kbai.



Rabu, 30 April 2014

Ini Jawapan Rafizi Isu Mengamok Sebab Kalah Peringkat Cabang.

Yang KJ sebarkan ;


Respon Rafizi ;


Namun, ya namun.

Rafizi perlu jawab apa yang BH laporkan juga. Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/04/pemilihan-pkr-kecoh-lagi-rafizi.html

Gambar dinafikan oleh Rafizi. Katanya palsu. Baikla, bab tue kami terima sehingga terbukti sebaliknya itu lain citer pula. Tapi bagaimana pula dengan laporan oleh BH?

Sudah baca ke?

Kalau sudah baca apa responnya?

Betul ke ;

1. RAFIZI BUAT PROVOKASI?

2. RAFIZI MENGAMOK2 SEBAB KALAH UNDI?

3. RAFIZI KOYAKKAN KERTAS UNDI?

Ada nama2 yang disebut secara jelas oleh laporan berita itu. Tak susah untuk Rafizi kenal pasti siapa dan sekaligus bertanya. Heyy betul ke you ada buat laporan pada BH? Dan blablabla lagi..

Bukan apa. Setakat neh penafian hanya merujuk kepada gambar. Macam yang aku dah sebut sebelumnya. Aku harap apa yang BH laporkan adalah fitnah dan tak betul. Aku tak suka langsung kalau berita tue betul. Tapi kalau berita tue betul sekalipun tak la terjejas pun sokongan aku pada Rafizi. Pasal benda2 begini aku boleh tolerate la juga. Biasalah, kemarahan, emosi bukan semua boleh control dengan baik. Jangan nak tipu diri sendiri. Aku pun sentap dan emosi juga. Sama macam korang semua. Jangan nak tumpu pada kelemahan Rafizi aje. Cuma satu je aku harap. Harap2 takde rakaman video dan audio yang merujuk kepada keadaan itu. Itu sebab aku cadangkan Rafizi baca betul2 dulu apa yang dilaporkan oleh BH. Kalau betul, cepat2 cari jalan untuk selesaikan masalah. Bimbang ada yang sentap dan sebarkan sesuatu.. kalau tak betul, keluarkan statement penafian. Mudah je pun. Kbai.

Rakyat Rancang Gegar KL - Demo Bukan Sekadar 3 Jam !!!!!!


KL akan dirampas?

KL akan ditawan?

Kita akan pastikan KL menjadi milik kita?

Keh Keh Keh

Aku baca disini tadi ;



Rancangan untuk tidur di Dataran. Permulaan kepada sebuah perubahan dan revolusi. Orang kata test market.

Jika selama neh selalu demo 2,3 jam then balik. Then bangga p bagitau satu dunia aku join demo. Kali neh aku perhatikan adanya di antara mereka2 yang takmo buat konsep yang sama, stail yang sama, kaedah yang sama. Dah boring. Bukan kita je boring. Polis2 tue pun boring sama. Menteri2 BN pun boring. Balik2 nak layan karenah 2,3 jam geng2 rakyat neh. Disebabkan dorang dah boring layan kita maka dorang pun tak macam dulu2 lagi la. Kali neh sapa nak demo 2,3 jam demo la. Lantak la kamu disitu. Aku nak buat GST juga. Ko boleh cakap apa? Nak melalak 2,3jam? Lepas penat melalak tetap kena bayar juga.

KAH KAH KAH

Kata menteri BN lepas tue gelak2kan kita.

Bahkan, ada geng2 yang nak bermalam terus sampai 5 hari kalau takde apa2 ganguan dari polis la. Untuk tekan BN isu GST. Jangan2 tak sempat bermalam terus polis tangkap. Bukan boleh percaya sangat stail dorang. Apatah lagi bila depa tahu ada geng2 yang merancang untuk berdemo lebih dari 3 jam.

Baikla.

Jangan terus marah melulu.

Kita dah sampai satu tahap, kita kena berubah cara kita menyampaikan perjuangan kita. Sampai bila nak berdiri di takuk lama kan? Dulu2 masa baru2 memang tak biasa lagi keadaan dia macam mana, rentak dia apa semua. Tapi bila dah kumpul pengalaman demi pengalaman, keberanian kita juga dah semakin bertambah kan.

Seseorang perlu jadi lauk untuk ajar kerajaan ini apa itu erti keadilan.

Namun adalah amat diharapkan kepada mereka2 di luar sana jangan menghentam lauk2 ini. Lauk2 ini tidak berjuang demi pemimpin2 partisan PR dan BN. Lauk2 ini berjuang demi kita semua, demi rakyat.

Dan lauk2 ini akan menjadi pemangkin kepada sebuah revolusi. PR punya jalan cerita mudah. Depa nak jatuhkan BN guna pilihanraya. Rakyat punya jalan citer pula. Rakyat lihat BN akan sentiasa gunakan medium pilihanraya untuk kekalkan kuasa. Pemikiran rakyat dan pemimpin tak sehaluan disini. Sapa nak kisah pasal undang2 bila si pemegang kunci undang2 pun langgar undang2 ye tak?

Contoh, BN buat jahat. Buat jahat = langgar undang2. Then si pembuat undang2 neh boleh pula sembang bab undang2 dengan kita walhal dia sendiri langgar undang2. Rakyat langgar pihak yang langgar undang2. Jadi tindakan rakyat sama sekali tidak salah. Rakyat di asak untuk memberontak. Rakyat pun bukan suka2 nak buat drama bodoh. Kita ada banyak benda nak fikir. Tapi bila BN mendesak kita untuk lawan maka kita terpaksa la lawan juga. Sapa sanggup terima 25juta untuk panda tetapi subsidi rakyat ditarik balik secara berperingkat atas alasan tidak mahu membiarkan rakyat terus terusan bergantung kepada subsidi? IPP boleh ada subsidi? Menteri2 boleh ada elaun itu neh, tol, minyak, api air ditanggung (subsidi)? Tapi rakyat tak boleh? Menteri2 beli kereta import tanpa bayaran cukai sebab ada AP. Rakyat tak boleh. Banyak benda2 yang mereka buat, mereka cuba halalkan tindakan mereka atas nama STATUS dan KEDUDUKAN sedangkan ini SALAH.

Dalam ISLAM, konsep itu salah.

NABI tiada kedudukan di dunia. Bila seorang NABI memilih untuk menolak meletakkan diri dia sebagai seseorang yang BERSTATUS TINGGI, apakah RAJA2 boleh berbuat demikian? Apakah menteri2 boleh berbuat demikian?

Benda yang simple macam neh pun masih banyak rakyat yang tatau dengan jelas salah betul dia. Aku boleh berlapang dada dengan non muslim yang tak faham. Tetapi orang2 Islam? Dalam dunia aku, dalam dunia aku lebih ramai orang2 bukan islam memahami tentang ini berbanding orang2 Islam.

Itu sebab ada rakyat yang bodoh2 pergi up kedudukan dan status menteri2. Sedangkan jika kita belajar sirah Islam kita tahu sangat apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat. Antara salah satu sebab kita bertelagah macam orang gila kat dunia neh ialah kerana manusia mula membentuk hirearki status dan kedudukan.

Orang kaya dia mesti dapat macam neh macam neh macam neh..VVVIP apa bagai, kena pandang tinggi, hormat dan jangan melawan sebab dia KAYA ma. Macam baru2 neh rumah anak menteri Zahid Hamidi kena rompak. Laju aje polis tangkap penjenayah. Sebab dia ada kedudukan ma.

Cuba kalau rumah orang miskin kena rompak? Cuba motor ko yang hilang kena curi? Cuba kalau ko yang kena tipu di internet? Mesti kena ceramah kaw2. Lepas tue tiada sesiapa pergi ke rumah ko amek cap jari ke, bawa kamera ke macam dalam CSI tue. Sebab apa? Sebab ko miskin ma. Ko rakyat biasa ma. Ko takde taraf di dunia neh. Status ko layak diperkotak-katikkan aje ma. Manusia melayan kita baik buruk ikut beberapa standard.

Pertama = status (geng2 diraja)
Kedua = kedudukan / pangkat (PM, TPM)
Ketiga = kekayaan (orang kaya, orang miskin)
Keempat = populariti (artis, non artis)
Kelima = rupa paras (cantik, buruk, kacak, hodoh)
Keenam = Ilmu (pandai, bodoh, belajar U, tak belajar U)
Ketujuh = Agama (muslim, non muslim)

Untuk kategori kelapan, yang hanya melayan diri kita baik buruk berdasarkan baik buruk kita memang susah nak jumpa. Pada sesetengah orang, HARAM la dia nak jumpa pun.

Baikla. Untuk menyimpulkan keadaan selepas aku merepek panjang di sini, satu je. Jom turun demo. Jom belajar buat perubahan. Jom belajar bebaskan diri dari kejumudan berpolitik ikut partisan. Jom belajar bebaskan diri untuk ubah sesuatu atas kapasiti rakyat. Jom belajar untuk lepaskan diri dari ketaksuban mengikut arahan pemimpin politik. Jom belajar berdemo lebih dari 3 jam. Jom belajar bersangka baik dengan pejuang2 revolusi. Jom belajar berfikir sendiri. Jom belajar tentukan arah sendiri. Jom belajar lawan kezaliman sendiri. Jom belajar berdemo kutuk pemimpin2 PR dan BN yang buat perangai macam lahanat. Jom belajar jadi pejuang yang tidak suka berselfie. Jom belajar buat demo yang bukan macam pasar malam. Jom belajar buat demo tanpa perlu dengar ceramah demi ceramah bodoh dan bosan gila dari pimpinan parti. Jom belajar buat macam2. Jom dan jom. Jom bermayday dengan penuh gah dan bermaruah.

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...