Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 April 2014

Nik Abduh Nafi Atur Pertemuan Tuan Guru Nik Aziz Dengan Muhyiddin Yassin.

Respon Nik Abduh ;


Sebelum neh kecoh mengatakan Nik Abduh yang atur pertemuan TGNA dengan Muhyiddin Yasin. Spekulasi itu ditambah pula dengan kisah2 berbaur UG.

Gambar2 berkaitan ;



Oleh kerana isu berkaitan hudud hangat diperkatakan maka kisah UG tersebar semula. Inila pemerhatian aku. Aku rasa kesemua pihak terlalu fanatik dalam mempertahankan hak masing2 sehingga sanggup membelakangkan hak kawan2 seperjuangan.

Aku tak rasa pertemuan di atas negatif. Ia adalah perkara biasa untuk mana2 pemimpin bertemu dengan mana2 pemimpin. Dan mengapa pula itu salah sekalipun Nik Abduh yang atur pertemuan?

Nik Abduh anak kepada TGNA.

Nik Abduh bukan orang luar. Jika orang yang call Nik Abduh rasa selesa menggunakan khidmat Nik Abduh untuk dibawanya bertemu dengan TGNA apa masalahnya? Bila pertemuan tue sorok2 tahu pula marah. Bila orang terus terang bagitau ada pertemuan siap upload gambar di facebook pun marah juga.

Adakah sampai satu tahap nak mengharamkan sebarang pertemuan?

Cerdik sikitla. Jangan la marah atas perkara2 remeh temeh macam neh.

Apa yang aku nampak.

1. PAS nak pertahankan Islam. Tetapi ahli2 dia punyalah fanatik dalam berpendirian (idelogi tak salah) sampai sanggup fitnah kawan2 sendiri. Pertahankan Islam tak salah, berpendirian hudud itu patut dilaksanakan tak salah, memupuk perpaduan sesama umat  islam dan membentuk negara islam dan berkebajikan dengan tidak mengabaikan hak2 non muslim tidak salah tetapi tindakan kita perlu selaras dengan apa yang kita sasarkan. Kita ada niat nak buat benda baik kita juga kena cakap benda baik dan perlu bertindak ke arah kebaikan. Kita ada niat baik tetapi kita cakap benda sebaliknya ataupun buat tindakan sebaliknya sehingga dorong orang salah sangka itu pun tak betul juga sebab kita sendiri yang buka ruang fitnah. Jadi dekat sini sesama PAS perlu la duduk berdiskusi dan bermuafakat. Kaji balik kelemahan2 korang dan cuba singkirkan apa2 yang tak sepatutnya dibuat. Bukan susah mana pun nak muhasabah diri. Antara nak dengan taknak je.

2. Macam tue juga dengan orang2 PKR. Asal jumpa sikit terus buka citer UG. Asal minum berdua terus buka citer UG. Asal kritik PKR terus buka citer UG. Semua benda UG UG UG UG UG UG UG. UG KEPALA HOTAK KO LA. Padahal ini satu propaganda yang jelas lagi terang untuk kalih isu pemilihan PKR yang terbukti tidak BERSIH dan TIDAK ADIL. Korang taknak orang cakap pasal tue. Otak sapa yang korang cuba nak tipu hah? Ingat aku tak nampak permainan propaganda disitu? Aku nampak. Hanya buat2 tak nampak sebab nak tengok sejauh mana korang sanggup lowkan diri korang untuk kutuk kawan sendiri demi tutup kelemahan parti sendiri. Aku tak kata tindakan PKR itu untuk menghalang UG adalah salah. PKR mahukan PAS. Tetapi PKR buat2 macam tak mahu. Orang kata jual mahal la. Dalam ahti nak tapi mainan di bibir kemain berlagak lagi. Apa yang PKR buat sekarang, yang sentap gila babi meroyan satu hal neh sebab PKR mahu memastikan PAS harus berada di dalam PR. Dorang nampak macam provoke PAS padahal dorang provoke penyokong2 PR agar mereka2 ini balon PAS. Bila PAS rasa terbalon dengan penyokong2 sendiri sudah tentula PAS tidak akan sebarangan buat tindakan melulu seperti bersatu dengan UMNO dan BN bagai. PKR rasa insecure. Adakah PAS benar2 akan bertahan dengan PR. Adakah PAS akan keluar? Adakah PAS ada agenda sendiri? Adakah PAS mahu meninggalkan mereka?  Jadi semua benda2 yang dorang buat neh yang sangat kelam kabut neh mendorong kepada pemikiran2 negatif dan spekulasi2 liar yang satusen pun tak mendatangkan faedah kepada semua pihak.

Sama seperti PAS, PKR juga perlu muhasabah diri. Nak kekalkan PAS dalam perikatan korang gunakan cara yang berhemah dan cerdik. Jangan selit dengan unsur2 fitnahsm yang aku rasa unsur2 ini la yang buat orang makin sakit ahti. Korang nak kritik pun mesti ada benda yang pasti. Setakat duduk jumpa sembang2 melawat nak kutuk2 dan buka citer UG apa barang. UG kat Indonesia tue taknak ungkit sekali? Perpaduan Nasional dengan BN takmo ungkit sekali. Kalau nak ungkit, ungkit la semua benda bhai. Ungkit sekali kisah dari mula2 PAS DAN PKR wujud. Buka citer semua kesalahan2 lepas jika ia mampu membantu korang untuk dapatkan kemenangan dalam PRU. Buka la citer tue.

Haha.

Itu yang aku sibuk tadi. Fanatiknya dorang dalam nak mempertahankan hak2 dorang, dorang sesama sendiri sanggup tikam, serang, kutuk, fitnah dan bunuh kawan2 sendiri.

Cukupla kita berpendirian kita nak pertahankan hak2 kita. Tapi jangan sampai kita saling bunuh berbunuhan. Ikutla cara yang betul dalam mempertahankan hak kita. Niat betul perlu disusuli dengan tindakan yang betul juga. Betul niat PAS dalam mempertahankan kelangsungan dakwah Islam, tetapi jangan selitkan unsur2 fitnah dan tohmahan baik dalam bentuk kata2 dan tindakan. Kita raikan kepelbagaian dan sesuaikan tindakan dengan keadaan.

Pada PKR ia adalah tindakan yang betul untuk memastikan PAS perlu bersama2 PR dan sama sekali tidak boleh bersatu dengan UMNO kerana niat UMNO bukan mahu ISLAM tetapi hanya mahu kucar kacirkan kesatuan PR dan melihat kehancuran PKR, namun jangan selitkan ia dengan unsur2 fitnah dan tuduh menuduh sesama sendiri. Cakap benda yang betul, hanya sebarkan info yang terbukti sahih dan hanya benar2 menyuarakan sesuatu setelah ada bukti yang menyokong tindakan korang. Jangan p sebar benda2 mengarut lepas tue rasa marah dan sakit ahti berbalik kat diri sendiri ataupun pada kawan2 seperjuangan.

Aku nampak situasi dia macam neh jek.

Ada dua orang sahabat baik sedang duduk santai2 di atas sebuah kerusi. Ali dan Abu. Ada pihak ketiga yang tengah menyorok disebalik tiang. Pihak ketiga guna kayu pukul Ali, tetapi Ali fikir Abu yang pukul sebab dia cuma nampak Abu disitu. Tapi dia diam2 dan tak bertanya pada Abu sebaliknya buat andaian sendiri. Pihak ketiga pukul Abu pula. Abu pun diam2 juga sambil perhatikan Ali. Kemudian pihak ketiga pukul Ali dan Abu secara serentak dan tiba2 Ali dan Abu berkawan sesama sendiri tanpa pernah mahu buka mulut bertanya, mendapatkan jawapan, memahami, berlapang dada, mendengar dan sebagainya.

Macam tue juga la dengan pemimpin2 PAS dan PKR.

Ahli2 dan penyokong2 mereka. 

Mereka akan terus bercakaran sesama mereka, kerana pada mereka bercakaran itu lebih baik dan ahli2 pula tak membantu memainkan peranan yang positif sebaliknya masing2 bagi api api dan api supaya semua jadi api dan bakar diri sendiri.

Teruskan.

Hanya satu pertemuan. Macam2 cerita yang keluar. Dan itupun berani lagi sembang bab keadilan dan kebajikan? Belum bangun dari mimpi yang panjang ke wahai PAS dan PKR?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...