Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Mei 2014

Kenapa Fuckkan Raja Itu Salah? Episode Pertama Mayday 2014.

Kenapa salah pula?

Salah kerana perkataan f#ck?
Atau salah kerana yang dif#ckkan itu raja?

Kalau f#ck pemimpin PR takpe pula ye?
Atau kalau f#ck pemimpin BN pun takpe juga ye?

Hanya jangan f#ck raja sebab raja tiada kena mengena. Betul ke raja tiada kena mengena?



Sepanjang kita hidup, setiap kali berhadapan dengan pelbagai masalah, setiap kali dihimpit dengan polisi2 yang berat sebelah, setiap kali ditekan kiri kanan dengan sistem yang tidak memihak kepada rakyat, apakah ada raja2 datang ke depan dan membela nasib rakyat daripada tertindas?

Jika jawapannya ialah ;

Eleyy relax la brader.. raja tak boleh masuk dalam urusan politik beb.. 

Baikla.

Urusan bela BN setiap raja masuk campur, bagaimana pula?

Bukan satu dua kenyataan demi kenyataan raja yang keluar agar menyokong kepimpinan BN. Yang tue bukan urusan politik?

Bukan satu atau dua kenyataan demi kenyataan berbaur politik yang keluar dari mulut raja2 ini berkenaan polisi2 BN.

Itu bukan politik?

Raja tiada kuasa dalam urusan politik. Tetapi raja di anggap sebagai seseorang yang berkuasa. Raja juga mendapat elaun tiap2 tahun yang diperolehi dari cukai yang dikutip dari rakyat.

Tetapi raja tiada kuasa politik walaupun raja ada kuasa?

Apa benda tue?

Jika raja ada kuasa maka apa kuasa sebenar raja?

Oleh kerana rakyat perlu membayar raja untuk dia jadi raja maka apa pula faedah yang rakyat dapat setelah sama2 bersatu membayar cukai kepada raja2 di negara ini?

There must be something yang rakyat patut dapat. Jangan bagi alasan nak mempertahankan kelangsungan bangsa melayu kerana aku tengok raja2 juga berkahwin dengan orang bukan melayu dan pewaris2 raja juga bercampur baur keturunannya yang semakin susut kemelayuan.

Jangan bagi alasan untuk mempertahankan agama Islam memandangkan raja2 juga tidak menjadi imam di masjid2. Kalau di majlis2 harijadi mewah ada lah yang aku pernah nampak. Contohnya #1881.

Rakyat sudah lama dijumudkan dengan pemikiran tanpa raja kita akan mampos. Agama kita akan mampos.

Yang diajarkan dalam agama kita, Islam tidak akan mati sampai bila2. Yang akan mati itu kita, yang akan mati itu kepercayaan dan akidah kita. Islam wujud hingga kiamat.

Yakni, jika ada mana2 manusia memilih untuk meninggalkan islam itu adalah manusia itu sendiri. Bukan ada kena mengena samada raja itu ada ataupun tidak.

Sampai sekarang kita tiada asas yang tepat untuk menjelaskan kenapa sistem monarki itu perlu dipertahankan di dalam negara ini. Maksudnya kita tiada sebab yang jelas untuk menghalalkan bayaran demi bayaran cukai kepada satu pihak yang mana kita tatau pun apa peranan yang pihak tersebut mainkan untuk kebaikan negara ini. Kebaikan untuk rakyat dan untuk negara. Kita tidak diberikan bukti yang jelas. Apa yang ada hanyala pernyataan demi pernyataan dalam perlembagaan. Pernyataan itu diberikan agar kita paksa diri kita untuk faham, untuk terima bahawa entiti itu perlu wujud untuk kebaikan kita tetapi kita tak dapat rasakan apa2 kebaikan pun yang entiti itu hasilkan demi kita.

Yang kita baca ada orang jual tanah.
Yang kita tengok ada orang jual pulau.
Yang kita tahu ada orang berjudi.
Yang kita nampak ada orang minum arak.
Yang kita faham ada orang tak tau jadi imam.

Kita tak nampak bukti yang jelas untuk halalkan gelaran ketua agama Islam.

Kita juga tak diberikan bukti yang jelas untuk halalkan bayaran cukai demi cukai kepada mereka2 itu.

Jadi, setelah menyimpulkan semua keadaan di atas, atas sebab apa f#ck kepada raja menjadi salah? Salah sebab yang kena f#ck itu raja ke ataupun salah sebab yang gunakan perkataan f#ck kepada raja? Kalau presiden FAM kena bangsat tak salah pula ke? Presiden FAM kena bangsat sebab dia pegang jawatan. Kata mereka. Baikla. Sejak bila gelaran raja itu bukan jawatan pula? 

RAJA = ini sendiri merupakan satu jawatan. Jawatan sama macam PM. TPM. Tiada mana2 manusia yang dilahirkan ke dalam dunia ini mempunyai keturunan diraja. Semua manusia yang wujud adalah keturunan manusia. Keturunan diraja ialah ciptaan manusia untuk halalkan tindakan mengangkat sekumpulan manusia yang lain secara berlebih-lebihan. Fahamkan ini. Video kat bawah adalah episode pertama untuk terangkan keadaan kenapa huru hara tercetus ketika diakhir2 perjalanan demo mayday rakyat bangkit melawan kapitalis.



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...