Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Januari 2013

Hot : Anak Adun PAS dikaitkan dengan kontroversi penipuan.

Yeah.



Dari citer AP membawa kita ke episode lain. Anak guna AP bapa untuk beli porsche. Bapa nya orang PAS. Pas ialah parti islam. Parti, yang konon nya menjadikan islam sebagai asas kehidupan mereka. Yang aneh, PAS yang sepatutnya anti polisi2 yang menyusahkan rakyat, yang mengenyangkan kroni seperti AP sepatutnya tidak menggunakan AP .. macam kita beria2 anti ISA tetapi dalam masa yang sama kalau musuh kita ditahan di ISA kita tak kisah. Sebab musuh ma. Lainla kalau kita yang kena. Baru kita anti, kan?

Heh.

Apa pun aku dengar citer anak keling bukan islam orang kafir yahudi laknat tempatnya di neraka bernama Dr.Jeyakumar jual AP untuk bina jambatan untuk orang miskin.

Wowww.

Orang bukan islam dilarang pegang Alquran.

Tapi kenapa akhlak mereka lebih mendekati kehendak islam?

Lue fikirlah sendiri. Sekarang bukan nak citer bab tue.  Kalau citer bab tue pun tak guna. Kita sepatutnya cari wakil rakyat yang boleh up permintaan kita iaitu mahsuhkan terus sistem AP dan turunkan cukai kereta. 

Masalahnya wakil rakyat mana yang nak up isu kita? Adakah kafir laknat jahat yahudi yang tempatnya di neraka ataupun ustaz sopan alim terbaik zuhud merendah diri yang tempatnya di syurga?

Hehe.

Berbalik kepada citer asal. Aku baca ini di blog seseorang ;


Saya dah kenal Faiz bin Hashim ni sejak tahun 1990 sewaktu belajar di UiTM perlis. So ringkasan kisah dia adalah seperti berikut:
Nama: Faiz bin Hashim
Nama Bapak dia: Hashim bin Jasin (adun pas di perlis). Bapak PAS tapi anak dia hampas.
Education:
1990 – 1992 – Diploma Sains UiTM
1993 ke 1997 (lebih kurang) – sarjana Botani dari UKM
Pada tahun 1996 dia dapat peluang join program pertukaran pelajar ke Ohio University, Athens, OHIO, USA selama 6 bulan sahaja. Pada waktu tersebut saya belajar di xxx University, XXXX (university lain dlm 100 batu dari xxx University). Saya yg pickup dia kat airport di Ohio dan hantar dia ke University. Sewaktu di Ohio dia ambik subjek yg mengarut macam music just utk transfer elektif subjek di UKM.
Selepas tu dia balik Malaysia dan saya lost contact dengan dia, sampai tahun 1997 (saya grad) dan balik ke Malaysia. Saya dpt contact dengan dia atas jemputan dia ke Hotel Seri Malaysia Seremban. Pada masa tersebut si Faiz ni sedang menjalankan skim cepat kaya (pyramid) yang tengah hangat masa tu. Ramai yang terpedaya jadi downline dia. Saya tak berminat dan terus sambung buat master di Malaysia. Selepas beberapa bulan skim tu diharamkan dan keluar di tv.
Saya tak tahu apa yang berlaku kat dia sampai lebih kurang tahun 2000. Saya berkerja di Politeknik di Pasir Gudang dan tiba2 terjumpa balik dia waktu solat jumaat. Pada masa tu kami pun keluar minum. Rupanya isteri dia pun kerja di Politeknik tersebut. Pada waktu ni Faiz claim dia dah kerja sebagai Pilot di Singapore airlines (siap ada business card lagi) – First Officer. Dia cerita katanya lepas skim cepat kaya tu gagal dia dapat interview utk pilot dan training di australia. Saya agak musykil jugak sebab masa tu dia hanya pakai iswara second hand, sebuah motor jaguh dan sebuah jeep cherokee second hand.
Anyway pada masa tu dia pun canang konon nak berhenti kerja dan nak business arang batu dari Afrika. Dia ajak saya dan kawan2 join share keluar modal, saya kata tak mampu sebab makan gaji. At the same time dia buat business jual kereta mahal tapi takde geran (kononnya kereta dah lupus dari singapore), geran boleh mohon kat JPJ. Saya tanya orang JPJ mereka kata illegal. Dia pun ada pakai kerata mercedes pada masa tu, rupa2nya saya dapat tahu roadtax nye palsu (print pakai agen penipu kat Johor Bahru).
At the same time dia berkenalan dengan seorang businessman Korea yang tengah cari kereta sewa. So dia sewakan sebuah lagi kereta mercedes roadtax palsunya dengan orang korea tersebut. Faiz juga berjaya menyakinkan orang Korea tersebut utk join business nya utk import arang batu dari Afrika. At the same time dia beli rumah di Pasir Gudang renovate sampai 200K, pakai orang indonesia. Mamat indon ni pulak claim Faiz hutang dalam 8 ribu kat dia sebab tak bayar upah.
Akhirnya mamat indon ni yang pecah rahsia bahawa si Faiz ni rupanya pramugara di Singapore airlines - Saya masih ingat dialog mamat indon tu “bapak yang pandai ni pun boleh percaya sama si Faiz, bapak pernah tengok dia pakai baju pilot, sya cakap tak pernah, saya pernah tanya Faiz soalan yang sama, katanya dia pakai baju biasa ulang alik dari Pasir Gudang ke Singapore dan tukar baju Pilot bila sampai kat rumah keluarga angkat dia kat Singapore sebab takut baju kotor, so saya terima jawapan tu. Budak indon ni cakap, bapak! si Faiz ni kerjanya bancuh kopi atas kapal tuu, lamanya jugak saya cuba nak pahamkan, bila saya tanya balik kerja pramugara ke? budak indon tu cakap, Ye la pak, saya yang tak sekolah ni pun tahu. Bila pikir2 balik, logik jugak cerita budak indon ni. Mungkin uncle seekers boleh confirmkan dengan Singapore Airlines sendiri.
Pada masa tersebut hati saya sangat panas, sebab saya anggap Faiz ni macam adik beradik, saya dah introduce kat family kata dia pilot, anak2 sedara saya pun dia klentong dlm sesi motivasi yang dia bagi. Saya naik malu, tapi saya masih tak mau confront dia, nak tengok sejauh mana lagi dia nak tipu saya. Lagipun dia ada pinjam duit saya dan kawan2, saya takut dia lari terus. Kemudian selepas cuti semester saya pergi rumah dia rupanya dia dah cabut balik perlis, rumahnya ada notis bank sebab default payment. Ramai org cina (Along) yang sama cari dia kes hutang tak bayar.
Dipendekkan cerita, dengarnya arang batu pun tak sampai2, business partner dia orang korea tu pun bangkrap (sampai isteri dia lari balik korea), barang2 dia habis tergadai. Pada masa ni, saya cuba contact dia, semua line talipon dah tamat perkhidmatan. Dengarnya isterinya pindah ke politeknik perlis. Saya dapat kerja di university. Pada satu hari kawan saya ada terserempak dengan Faiz di LCCT bersama seorang lagi businessman yang dia nak klentong, katannya nak uruskan business arang batu di Indonesia. Saya terus buat keputusan malas nak contact dia lagi, urusan hutang tu samada dia bayar atau urusan dia dengan Tuhan.
2 hari lepas kawan saya bagi link blog uncle seekers, saya tergamam, bila pulak dia ada PhD, PhD sekurang2nya 4 tahun minimum. (Utk makluman uncle seekers saya sekarang sedang buat PhD di XXX), saya tahu sistem dia. Dah tu pulak scroll dia dari University of Missouri, Rolla (dalam 4 jam dari tempat saya) dan saya kenal beberapa kawan Malaysia di sana utk confirmkan kalau kursus dia tu wujud atau tidak. Mungkin dia guna Ohio sebab dia dah pernah ke sana selama 6 bulan tu.
Pasal business tu, tak mustahil kalau dia menipu, sebab dia ni memang kaki penipu. Utk makluman Uncle Seekers, kami panggil si Faiz ni Jepun, sebab masa mula2 jumpa dia di UiTM, dia klentong kawan2 kata dia pernah pergi Jepun, so bila pecah rahsia, kami gelarkan dia Jepun.
Kelabiha dia ni memang pandai bercakap dan yakinkan orang, belajar tak seberapa sebab dia kuat tidur dan selalu bangun lambat. Saya suspek dia kena pecat dari Singapore Airlines sebab selalu ponteng kerja. Bila pergi rumah dia dah tengahari masih tido lagi, lepas tu kelam kabut nak gi kerja. Dulu waktu belajar pun selalu memonteng. Saya ingat dia ni dah serik, rupanya makin menjadi. Kesian kat parents dia, org alim, tapi apakan daya, iman tak boleh diwarisi.
Kalau tahu kat UMNO habis dia orang buat modal PRU. Satu lagi, saya psti si Faiz ni lahir dalam December 1970. So bab umur pun dia tipu juga.Kalau ikutkan dalam 40 – 41 tahun.
Anyway, setakat ni dulu saya ceritakan, kalau ada soalan saya sudi menjawab. Cuma saya tak mahu dilibatkan dalam kisah si Faiz ni, pandai2 dah uncle seekers guna maklumat. Yang pasti saya bercakap benar.
Sekian,
XXX XXX
XXXXXX XXXX University XXXXX
XXXX


Sumber asal disini ==> http://izani.wordpress.com/2012/02/24/berhati-hati-dlm-kehidupan-benar-atau-tidak-tak-pasti-tapi-wujud-makhluk-sebegini-kiranya-benar/

Kalau korang baca penulisan di atas ialah seakan2 respon kepada Uncle Seeker. Why US pula? Sebab perkara kat bawah neh geng ;

http://uncleseekers.blogspot.com/2011/11/dr-faiz-part-2.html

http://uncleseekers.blogspot.com/2011/12/dr-faiz-part-3.html

http://uncleseekers.blogspot.com/2011/12/dr-faiz-part-4.html

http://uncleseekers.blogspot.com/2011/12/dr-faiz-part-5.html

Semua di atas pasal  Dr.Faiz [dr ke?] dan penipuan dia terhadap orang ramai. Aku no komen. Aku bukan di posisi nak cakap betul atau salah. Aku tatau siapa benar dan sebaliknya. Ia cuma menarik minat aku untuk amek tahu. 

Tetapi aku ada pengalaman dengan minuman sarang burung tue. Aku pernah masuk kedai yang jual product dia. Oleh kerana mulut aku suka bersoal jawab dalam membeli product2 macam neh maka aku tanya la macam2. 

Oleh kerana jawapan dia meragukan maka aku tinggalkanlah. Aku tak beli. Bila dah baca kisah2 di atas aku rasa bagus sangat aku tak beli. RM10 pun still a duit oke. Bukan daun. Still laku dan boleh beli sesuatu.

Aku berharap. 

1. Berikan penjelasan terhadap perkara yang dinyatakan dalam artikel2 di atas.

2. Berikan penjelasan berserta penafian yang jelas. Ya cakap ya, tidak cakap tidak. Kalau kita buat salah, mengaku lebih baik dari menipu, kerana penipuan hanya akan menyebabkan kita terus melakukan kesilapan. Jika kita mengaku, minta maaf, dihukum itu lebih baik walaupun kita rasa pedih.

3. PAS berbuat sesuatu, bertindak sepertimana perjuangan mereka. Ke arah Negara berkebajikan. Kebajikan disini sepatutnya untuk semua, bukan untuk pihak2 tertentu je kan? Rakyat, walaupun mereka tak sokong bn, jangan pula fikir bahawa mereka ialah lembu2 PR. Oke? 

Bai.

Video BRAINWASH agar sokong BN di UTHM tersebar.

 

Kan dah kantoi.

Aku boleh terima kalau prof nak sokong BN. Kalau dia nak mengalakkan mahasiswa ke sesiapa saja sokong bn pun takde masalah. Tetapi lakukan di waktu yang sesuai.

Waktu yang sesuai tue apa?

Waktu2 yang bukan dalam persekitaran universiti. Dan juga kempen2 yang sihat. Contohnya edarkan risalah, kalau undi bn, ini yang bn akan buat. Inilah kempen2 yang cerdik dan matang. Bukan pergi edarkan risalah2 berbaur lucah dan fitnah.

Sapa tak sokong kena letak jawatan. Ini dah kira memaksa. Mengugut. Mana boleh buat macam tue. Sepatutnya seorang profesor kena uphold apa yang di namakan perlembagaan negara. Dia kena follow perlembagaan. Aku pun sama. Kita seme ikut jek perlembagaan. Perlembagaan cakap kita amalkan sistem demokrasi.

Dan kita realisasikan sistem itu melalui peti undi.

Undi adalah rahsia. HAK PERIBADI individu itu sepenuhnya.

Kempen la apa saja.

Tetapi siapa nak undi siapa adalah hak masing2 dan mereka tidak boleh dihukum kerana itu. Bahkan kalau mereka nak sokong sesiapa pun itu adalah hak mereka. Mereka tidak patut dihukum kerana itu juga.

Inilah demokrasi yang digariskan dalam perlembagaan malaysia. Bukan aku yang buat. BN yang buat. Oleh kerana undang2 ini ko yang buat, maka ikutla. Kenapa langgar peruntukkan undang2 yang sendiri luluskan?

Jangan confusedkan masyarakat. Kalau mahu amalkan dasar komunisme, cakap jek. At least kami faham. Nak merunggut sampai mati pun tetap kami la yang salah sebab merunggut di negara yang amalkan komunisme dalam pentadbiran mereka.

Tetapi bila amalkan sistem demokrasi, dan kami ikut peraturan tersebut, bila kami kena marah, ugut dan dicerca, kami jadi tak faham. Apa salah kami? Bukan kah kami ikut acuan demokrasi? Kenapa itu menjadikan kami pesalah? Bukan kah itu sistem kita? Di mana silap kami ?

Notis untuk pendaftaran PATI tersebar.


Aku tak faham neh. Aku minta pencerahan. Sebelum aku sangka yang bukan2. Maklumat di atas berlegar2 di facebook. Aku harap ia adalah gambar yang mengesahkan kejadian sebenar, bukan surat yang direka2.. apatah lagi ada no telefon apa seme. Mungkin sesiapa boleh call dan sahkan no telefon wujud dan benar2 digunakan oleh individu seperti yang tercatat nama mereka kat atas2 neh.

Yang buat aku confuse ialah ;

1. Bukan kah PATI ini kalau mereka datang secara haram ke malaysia, mereka sepatutnya di hantar pulang?

2. Salinan RECOF = Pengenalan diri tue ialah salinan yang akan ditunjukkan kepada penguatkuasa kan? So jika ada salinan ini, maka kemasukkan PATI akan jadi SAH ka di Malaysia?

3. Jika ini benar, pendapat aku ia tidak adil kepada PADI = Pendatang Dengan  Izin yang mana kena bayar mahal2 semata2 untuk masuk bekerja di Malaysia, last2 yang PATI pun boleh selesa bekerja asalkan ada salinan RECOF. Juga tidak adil kepada rakyat malaysia itu sendiri yang agak pening dengan kebanjiran warga asing. Bahkan siap berebut2 kerja pun ada.

Ada juga yang cakap ini salah satu prosuder pendaftaran pengundi hantu. Aku tak sure. Nak tuduh pun bukti takde. Berdasarkan satu kertas mana boleh cakap lebih2 kan. Harap2 bukan itulah yang berlaku. Kalau sungguh itu yang berlaku maka kita seme terpaksa la bekerja keras untuk dapatkan bukti kukuh.

Oke bai. 

Sumber gambar : sini

Jumaat, 25 Januari 2013

Kes polis belasah lelaki sampai mati.


Sekarang neh tengah hot satu isu. Isu seorang lelaki india yang mati dibelasah oleh polis dan 20 individu lain di kawasan terbuka, sampai mati.

Lelaki india itu dibelasah dalam keadaan bergari. Dia dibelasah dan dia mati kerana dibelasah. 

Kronologi yang aku baca melalui portal berita. Ini berita sehala. Penjelasan oleh PDRM aku tak terima lagi.

1. Lelaki india tersebut dikatakan ditahan kerana melakukan sesuatu. Jenayah kot?

2. Dia ialah pengawal keselamatan.

3. Menurut family mangsa, lelaki india tue sakit. Mental tak sihat.

4. Polis tahan dia pada hari kematian dia.

5. Ketika traffic jam, lelaki india tue cabut keluar dari kenderaan polis dan lari dalam keadaan bergari.

6. 4 polis kejar dia. Kerja punya kerja sampai dapat. Lepas dapat belasah dia kat situ.

7. Ketika itu orang awam yang menyaksikan kejadian itu kira2 20 orang turut menyertai pasukan polis tersebut dan belasah lelaki india tersebut sampai mati. 

Aku faham PDRM. Aku faham betapa dorang terdesak kena kejar lelaki tersebut. Ini penting. Baru2 ini terdapat beberapa tahanan lari dari kawalan polis. Kes tersebut memalukan PDRM.  

Kalau berlaku kes yang sama lagi macam mana KPN nak jawab? Adakah pegawai2 aku lalai? Kes kedua dalam selang masa yang singkat? Helloooo..? Masyarakat dah kecam PDRM. Bertubi2. Imej polis memang dah rosak dan tercalar. Dah korang nak tambahkan lagi kecaman masyarakat terhadap PDRM?

Jadi mereka terdesak. Mereka kejar la sampai dapat. Takde masalah. Kalau aku polis aku mesti amek tindakan yang serupa. Persoalan sekarang neh ialah lelaki tersebut dah dapat ditangkap maka apa rasionalnya di belasahnya sampai mati beb?

Baiklah. Ikut pendapat aku. Ikhlas. Aku lihat kes. 

1. Lelaki itu lari. Dalam keadaan bergari. Dengan keadaan mental yang tak sihat.

2. Polis dapat tangkap balik. Bawa pergi balai. Dakwa ikut kes. Bawa bukti dan hadap ke mahkamah.

3. Biar undang2 hukum pesalah.

Simple.

Pengamal undang2 juga harus mengikut undang2. Penguatkuasa undang2 juga harus mengikut undang2. Pendek kata setiap manusia di malaysia tertakluk kepada peraturan undang2. Ko suka dan ko tak suka itu ko punya pasal tetapi itula yang ko kena faham. 

Katakanlah lelaki india itu bersalah sekalipun, penjenayah berat sekalipun, kita ada undang2 untuk menghukum dia. Membunuh dia tanpa memberikan dia ruang untuk berhujah bukan tindakan yang betul. Jika itu tindakan yang betul maka kita semua dah lama mati di dunia ini. Kenapa? Kerana kita juga langgar undang2 Allah swt. Allah pun beri ruang kepada kita, maka siapa la kita nak halang ruang orang lain pula? Bai.        

Nota  : Jangan kecam PDRM dalam artikel ini. Tunggu sehingga PDRM buat penjelasan, dengar dari kesemua pihak baru la korang buat analisis sendiri oke. 

Nota : Video susulan mengenai rakaman kejadian akan didedahkan dalam masa terdekat oleh rakan. Tunggu

Updated :

Penjelasan dari PDRM. Polis mengatakan bahawa lelaki tersebut mengamok di kajang dan mati mengejut. Tiada kaitan dengan PDRM. 

Pendapat aku, oke. Harap2 video yang akan didedahkan tue memihak kepada kenyataan PDRM. Kalau tidak.. lue fikirlah sendiri.  

4 pemimpin tertinggi BN terkantoi dalam skandal.


Skandal  apa? Sinar Harian melaporkan ;

Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit. -SH-

Jika sungguh mereka ada masalah dengan undang2 ini bermaksud apa? Mereka langgar undang2 dan tak dihukum? Jika itu berlaku mesti ada sesuatu disitu. Kenapa mereka tak disiasat? Kenapa mereka boleh terlepas dari hukuman?

Siasatan SPRM dah cantik dah. Siyes, cantik. Nampaknya dia boleh tahu siapa yang bermasalah dan siapa yang boleh jadi calon PRU. Tapi yang aku heran lepas ko dah tahu mereka2 ini bermasalah kenapa tak terus proceed dengan siasatan pula?

Maksud aku begini.

1. SPRM siasat senarai calon2 PRU yang bermasalah.

2. Then antara nama2 yang disenaraipendek tue terdapat calon2 yang bermasalah dari segi undang2.

3. SPRM ialah penguatkuasa undang2.

4. Kalau pun ini bukan bidang kuasa SPRM, kenapa tak hantar nama2 tue kepada PDRM untuk di ambil tindakan?

5. Tak kira la siapa sekalipun mereka ini, bahkan Ali Rustam sekalipun [ehem2] kena la siasat juga kan?

6. Kalau mereka ada masalah peribadi, aku tak heran sangat. Tak payah la perbesarkan sampai nak heret ke muka pengadilan.

7. Tapi kalau masalah undang2 seperti langgar peraturan or menyonglap, kena la disiasat sampai selesai kes. Baru betul.

Mohon SPRM buat kerja sampai ke penghabisan. Bukan sekadar siasat sapa bersih sapa tak bersih jek. Dakwa terus mereka2 yang tak bersih. Dan, PR dah hantar belum senarai calon ke SPRM? Ka nak bagi alasan? Heh.

Porsche Cayman ini bukan Ustaz Pas yang punya walaupun atas nama Ustaz Pas.

Harap maklum.

Gambar kereta mewah kat bawah neh memang atas nama Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Ini pengakuan dia sendiri oke ;


Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menjelaskan bahawa beliau bukanlah pemilik kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000 seperti yang hangat diperkatakan dalam beberapa laman blog yang tersiar di internet.

Sebaliknya menurut beliau, kenderaaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau selaku wakil rakyat.

"Saya sendiri pun tak pernah memandu kereta tersebut. Saya juga menafikan dakwaan kereta tersebut telah dibeli dengan harga melebihi RM300,000 sebaliknya dengan menggunakan AP, kereta tersebut hanya dibeli pada harga sekitar RM100,000 sahaja.

"Anak saya merupakan seorang ahli perniagaan dan membeli kereta tersebut menggunakan AP saya, jadi kereta Porsche itu tak ada kena mengenapun dengan dakwaan nakal yang cuba mengaitkannya dengan saya mahupun dengan PAS sendiri," jelasnya. -HD-

Bagus.

Bagus sangat sikap Pesuruhjaya PAS Perlis sebab berterus terang dalam isu kereta mewah. Aku puji sebab tidak berdolak dalih. Straight to the point jek mengaku bahawa ;

1. Kereta tue memang atas nama dia tapi yang guna tue anak dia. 

2. Kereta tue dibeli menggunakan AP yang diperolehi time jadi wakil rakyat dulu.

Bila dia berterus terang maka aku pun seronok untuk berterus terang juga. Kereta dibeli menggunakan AP. AP wakil rakyat adalah AP yang diperuntukkan kepada wakil rakyat. Kenapa? Sebagai kelonggaran untuk mereka beli kereta import. Bagi memudahkan pergerakkan, membantu kerja2 mereka yang konon nya untuk membantu rakyat.

Undang2 ini BN yang buat. Kerana pada ketika itu BN melihat hanya asyik2 muka BN je menang jadi wakil rakyat kat mana2. So apa kata kita buat satu polisi yang memudahkan diri kita? Dan kita bagi alasan untuk memudahkan pergerakkan kita bagi membuat kerja2 rakyat. Mari la geng mari la. Kita hadiahkan diri kita masing2 satu AP. 

Proton?

PERGI LA MAMPOS.

Kita ada kereta import ma.

Tindakan Ustaz Hashim gunakan AP tue tak salah. Dia dapat melalui cara sah. Tindakan dia hadiahkan AP tue pada anak dia pun tak salah. Dia dapat cara sah, hak dia nak hadiahkan kepada sesiapa pun. Tapi oleh kerana tujuan AP tue adalah untuk buat kerja2 rakyat maka adakah tujuan itu sampai? Tidak. Maksud sebenar dah lari. Tujuan sebenar pemberian AP tue dah takde.

Aku tak salahkan Ustaz Hashim kat sini. Kalau AP tue sampai kat aku pun, aku akan gunakan tanpa was2. Bukan senang nak beli kereta tanpa cukai melambung di malaysia oke. Apakah kita sanggup bayar rm300k jika kita mampu dapat benda yang sama dengan 100k? 

Takan ada yang jawab ya .. keadaan ekonomi di malaysia menjadikan kita materialistik. Kita pun tak suka tapi kita tak boleh nak buat apa. Kalau kita takde apa2 orang hina kita macam2. Itulah inila. 

Jadilah kita si miskin yang dihina sentiasa. Sentiasa. Dan sentiasa.

Usah kata AP pada Ustaz Hashim, bahkan ada banyak AP yang wakil rakyat di luar sana dapat. Adakah mereka menggunakan AP berdasarkan kepada tujuan dan matlamat asal pemberian AP tersebut? Kita tatau. Aku tatau.

Jadi, instead of mengecam Ustaz Hashim, kecam la pemberian AP ini. Jika rakyat mahu hentikan penyalahgunaan AP ini, maka hentikan pemberiaan nya. Kalau kita kecam Ustaz Hashim kita takan dapat apa. Ustaz Hashim pun takan faham. Aku tak mencuri pun untuk dapatkan AP neh, so kenapa nak marah?

Kita hentikan pemberian AP ini. Kita hentikan melalui wakil rakyat. Cari wakil rakyat yang boleh up kehendak kita. Instead of hanya beberapa orang jek boleh memiliki kenderaan tertentu melalui pemberian AP apa kata ko biarkan seme orang merasai peluang yang sama? Jika cukai kereta di rendahkan baik import mahupun tempatan maka AP is baseless.

Jadi hentikan pemberian AP, turunkan cukai kereta, supaya kita sama2 dapat merasa. Boleh? 

Khamis, 24 Januari 2013

Hasan Ali dakwa menyokong pendirian Anwar hukumnya syirik.


Pemimpin dan ahli Pas termasuk orang Islam lain yang menyokong pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah tergolong sebagai syirik.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini telah membuat ketetapan sedemikian dan seharusnya dipatuhi terutama oleh semua pemimpin dan ahli parti itu.

Sehubungan itu, tegasnya, kepimpinan tertinggi Pas terutama Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Haron sendiri perlu segera menjelaskan perkara berkenaan supaya tidak mengelirukan umat Islam.

"Saya harap Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Haron beritahu mereka semua ini amalan syirik. "Jangan mati dalam syirik. Jangan nanti mereka (berjuang) dalam parti Islam tetapi mati dalam syirik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas ditemui selepas menjadi panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul. - UTUSAN

Pertama, aku bukan sokong pendirian DSAI. Tak silap aku perkara ini di minta oleh paderi kristian dalam penerbitan Herald  pada tahun 2010, setelah membaca dan meneliti beberapa pendapat aku tak nampak kenapa itu tak boleh. So what? Sekarang aku syirik plak? Hehe. Suka kau la.

Kedua, keputusan majlis syura PAS ialah seperti di bawah ;

Majlis Syura Ulama PAS telah memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
“Tindakan menterjemahkan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehendak sebenar,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Mohon Hasan Ali sila updated dengan kenyataan terkini dari PAS oke?

Ketiga, berhentilah mewujudkan persepsi bahawa TGNA dan Ustaz Haron Din tak sefahaman.. dan berhentila menjaja nama Ustaz Haron Din sana sini.. mentang2 la orang tue tak suka cakap banyak.. jenis pendiam dan malas layan.. melalut je korang seme jaja nama dia sana sini kan? Hentikanla. Nak cakap, cakap je. Tak payah heret orang lain. Simple.

Keempat, walau apa pun pendirian PAS, PKR dan DAP dalam isu penggunaan Kalimah Allah oleh kristian dalam bible, mereka meraikan perbezaan. Meraikan perbezaan adalah lebih baik daripada memaksa orang untuk bersetuju dengan kita. Tiada masalah disini. Kita rasional dalam berhujah.

Bahkan MCA pun berbeza pendapat dalam isu neh. Kenapa tak persoalkan? MCA tue segeng dengan UMNO = BN yang pegang kuasa la neh.

Kita kalau nak tegur pun biarlah ikut keutamaan. Orang berak tengah jalan ko tak bising. Orang kencing menyorok tepi rumah ko marah. Agak2 la weh Hasan Ali. Agak2 la. Oke bai.

Rabu, 23 Januari 2013

Video yang Najib Razak mesti tonton.

Yup.

Wahai piem ku yang semakin alim, baik dan wasatiyyah. Ada orang buat video special untuk hang. Mohon tonton sampai habis. Kalau boleh sediakan kertas ke apa ke kat sebelah tue. Cukup2 untuk tutup muka jadi la. Sebab anda perlukan ia selepas habis tonton video kat bawah neh. Hidup neh kena la reti malu. Oke?

kah kah kah

 

34 tahun oke? 

Peneroka felda oke? 

Fitnah? 

Ya, tv3 yang cakap tue. 

Puas ahti? 

kah kah kah 

Bai.

Ibrahim Ali, ko meh sini kejap.


Ini polis cakap. Bukan aku oke. Ko baca bawah oke ;
Tambahnya, sebanyak lima kitab Injil bersaiz poket setebal 633 halaman berwarna biru telah diserahkan kepada polis.

Katanya, kesemuanya Injil yang dirampas itu dalam bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah Allah.

Ia bukan terjemahan dalam bahasa Melayu dan juga bukan dalam tulisan Jawi, tegasnya.

Presiden NGO pro-Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali pada Ahad lalu mencetus kontroversi ekoran gesaannya supaya membakar Injil dalam bahasa Melayu atau dalam tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah.
Heh.

Mula2 di sebarkan di beberapa blog umno bahawa yang disebarkan itu ialah ;

1. Bible berbahasa melayu

2. Ada kalimah Allah

Then PDRM keluarkan statement bahawa bible tue dalam english dan tiada kalimah Allah. Apa cerita neh? Orang yang tangkap gambar dan sebarkan tue tak baca dulu ka bible tue bahasa apa paling2 koman pun? English dan bm jelas berbeza la der. Takan ko nampak orang edar terus ko assume hah dia mesti edar bible bm dan dalam bible tue ada kalimah Allah.. 

Hadoi.

Atas benda tak terbukti ko nak marah sakan. Atas benda tak terbukti ko nak bakar bible. Atas benda tak terbukti ko nak cetuskan sentimen keagamaan. 

Yang aku pelik tue.. bila aku larang bakar bible ada la beberapa orang inbox bahkan siap tulis di ruangan komen di fb konon nya aku murtad dan bekap bible secara berlebihan. Kristian ke aku?

Arh sudah. Larang orang bakar bible boleh menyebabkan aku murtad dan aku mesti kristian ka? Aku memang banyak pun kekawan kristian. Aku tak nafikan. Tapi tindakan bakar bible bukan tindakan yang bijaksana. Hatta bible tue ada kalimah Allah pun bukan tindakan yang bijaksana untuk ko bakar. Sorry. Untuk manusia yang sering mengatakan dia patuh kepada kerajaan dan suka mengikuti lunas undang2 maka ibrahim ali harus bertindak sepertimana percakapan dia selama ini.

Di sini ;

1. Tindakan bakar bible = langgar undang2.

2. Hatta bible tue bm dan ada kalimah Allah di penang pun ibrahim ali takley bakar sebab bn dah luluskan ia. Ada tersiar di blog milosuam. Sila baca. Bahkan bebeberapa kali portal berita telah melaporkan perkara yang sama. Aku dah lama tahu. Yang aku heran mengapa orang2 umno boleh tatau? Bukan kah mereka menjadikan utusan itu bahan bacaan utama mereka?

3. Kalau pun ko benci dan jijik sangat dengan penganut2 kristian neh, konon nya mereka ialah sampah yang paling busuk pun tetap tak halal untuk ko bakar kitab mereka. 

Bukan kah ko ialah pejuang islam sejati? Ingat itu pengakuan korang. Korang dah lafazkan banyak kali setiap hari waktu detik dan saat. Apakah tindakan ini ialah tindakan pejuang islam? Aku bukan pejuang islam kenapa pula aku yang tak bagi bakar bible sedangkan korang yang menjadikan islam itu darah dan daging korang pula beria2 nak bakar bible? Tak pelik ka tue?

Impak bakar bible itu besar. Bukan kerana aku mengangungkan bible tetapi sikap muslim ialah terjemahan Alquran. Sedikit kesilapan kita akhirnya islam yang dipandang serong. Akhirnya islam akan terus disalahsangka. Sebaik mana pun agama pun, sesempurna mana pun islam itu andai kita sebagai muslim gagal menterjemahkan islam sebenar maka kita la yang harus dipersalahkan, bukan orang lain. 

Dalam kes neh kalau kita gagal halang perkasa dari bakar bible, maka kita la akhirnya yang akan terima akibat. Kita la yang akhirnya kena tanggung azab. Allah swt tak jadikan kristian wujud di dunia untuk dihukum tetapi mereka ujian kita. Allah uji kita untuk kita bidas mereka dengan hujah Alquran. Allah swt beri kita jalan itu. Sebagai seseorang yang konon nya berjuang di jalan islam kalau tak gunakan hujah Allah.. dan lebih utamakan hujah emosi.. apakah itu betul?

Apakah itu yang ko sokong? Ko lebih sokong Ibrahim Ali dan PERKASA berbanding Allah swt, Tuhan ko sendiri? Ko fikirlah ek. Teruskan cakap aku murtad di inbox. Setakat penulisan dan tuduhan tue aku tak heran. Sebab aku lebih tahu ko hanya mampu bercakap. Andai diminta bukti untuk menunjukkan aku murtad, ko takan pernah mampu. Bai. 

http://www.malaysiakini.com/news/219688

Selasa, 22 Januari 2013

Festival bakar bible.

Bangang.

Nampak sangat takde kerja. Ko ingat time ko bakar tu orang tak tangkap gambar dan rakam video?? Ada wehhhh.. Silap2 jadi international news sebab bila kita bercakap pasal bible, english atau bm, still consider as bible and still kitab rujukan bagi penganut kristian merentasi negara dan kaum.

Bayangkan apa respon yang bakal kita terima nanti?? Silap2 dunia mengecam kita. Tolong la weh. Jangan bangang sangat. Penganut kristian memang minoriti di malaysia tetapi bukan di malaysia jek ada penganut kristian oke.

Aku tak pasti kenapa dorang berani buat jemputan bertulis dan anggap pembakaran bible merupakan satu pesta, tetapi aku cadangkan hentikan rancangan tersebut serta merta. Kalau ko teruskan dan isu neh jadi global jangan heran kalau Islam semakin di pandang rendah oke.

Lue berani buat, lue kena berani tanggung. Bai

Rebate SmartPhone Digi telah dibuka.

Geng,


DIGI dah lancarkan penjualan smartphone untuk rebate rm200 tue

Cara2 nak apply ;

1. Daftar kat sini terlebih dahulu ==>  http://nbi.skmm.gov.my/

Talian dah cantik. Hari tue sesak takley buka kan. Tah sejak bila tah dia dah jadi mudah di akses aku pun tatau. So sesiapa yang belum apply bleh apply. Term dia siapa cepat dia dapat oke. Limited.

2. Then bawa no ic + no rujukan + kad pelajar [jika ada] ke kedai DIGI yang berhampiran. Kat sini kedai telekomunikasi DIGI yang betul2 di bawah kawalan DIGI oke. Bukan seme kedai telekomunikasi terlibat dalam penjualan smartphone yang dapat rebate rm200 per person neh.

3. Then korang kena daftar pelan internet. Samada postpaid ataupun prepaid. Aku rasa better korang pilih prepaid. Tak terikat dengan tempoh. Tetapi tolong baca juga syarat2 pendaftaran ek. Buatnya korang kena bayar rm150 untuk signup prepaid internet apa jadahnya ko dapat rebate 200 sekalipun kan? Ini lebih menguntungkan one side jek. 

Tadi aku ada tinjau2 kat laman web digi tadi. Kat sini ==>  http://www.digi.com.my/prepaid/plan_overview.do

Pelan prepaid dia arh. Aku rasa ini oke la. Janji bleh access internet. Charge dia not bad. Bearable orang kata.

Korang leh try tengok sini ==> http://www.digi.com.my/prepaid/plan_prepaid_smartplan.do

Quick view pasal product pula. Smartphones yang ditawarkan. Peh.. harga dia. Siyes aku cakap.. MAHAL.

Kalau boleh hold dulu. Jangan guna. Tunggu kesemua syarikat telekomunikasi buka tawaran smartphone mereka then buat perbandingan. Tak silap aku 7 syarikat yang terlibat. 

Apa pun terserah korang la duit korang, bukan duit aku pun. Hehe. Bai. 

Updated.

Untuk senarai smartphones dari pengedar lain, rujuk link berikut oke ;

http://www.u.com.my/prepaid/youth-communication-package

http://www.tunetalk.com/services/pkbdevice

http://www.clixster.net/index.php?do=%2Fphone3%2F  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...