Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Januari 2013

Ibrahim Ali, ko meh sini kejap.


Ini polis cakap. Bukan aku oke. Ko baca bawah oke ;
Tambahnya, sebanyak lima kitab Injil bersaiz poket setebal 633 halaman berwarna biru telah diserahkan kepada polis.

Katanya, kesemuanya Injil yang dirampas itu dalam bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah Allah.

Ia bukan terjemahan dalam bahasa Melayu dan juga bukan dalam tulisan Jawi, tegasnya.

Presiden NGO pro-Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali pada Ahad lalu mencetus kontroversi ekoran gesaannya supaya membakar Injil dalam bahasa Melayu atau dalam tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah.
Heh.

Mula2 di sebarkan di beberapa blog umno bahawa yang disebarkan itu ialah ;

1. Bible berbahasa melayu

2. Ada kalimah Allah

Then PDRM keluarkan statement bahawa bible tue dalam english dan tiada kalimah Allah. Apa cerita neh? Orang yang tangkap gambar dan sebarkan tue tak baca dulu ka bible tue bahasa apa paling2 koman pun? English dan bm jelas berbeza la der. Takan ko nampak orang edar terus ko assume hah dia mesti edar bible bm dan dalam bible tue ada kalimah Allah.. 

Hadoi.

Atas benda tak terbukti ko nak marah sakan. Atas benda tak terbukti ko nak bakar bible. Atas benda tak terbukti ko nak cetuskan sentimen keagamaan. 

Yang aku pelik tue.. bila aku larang bakar bible ada la beberapa orang inbox bahkan siap tulis di ruangan komen di fb konon nya aku murtad dan bekap bible secara berlebihan. Kristian ke aku?

Arh sudah. Larang orang bakar bible boleh menyebabkan aku murtad dan aku mesti kristian ka? Aku memang banyak pun kekawan kristian. Aku tak nafikan. Tapi tindakan bakar bible bukan tindakan yang bijaksana. Hatta bible tue ada kalimah Allah pun bukan tindakan yang bijaksana untuk ko bakar. Sorry. Untuk manusia yang sering mengatakan dia patuh kepada kerajaan dan suka mengikuti lunas undang2 maka ibrahim ali harus bertindak sepertimana percakapan dia selama ini.

Di sini ;

1. Tindakan bakar bible = langgar undang2.

2. Hatta bible tue bm dan ada kalimah Allah di penang pun ibrahim ali takley bakar sebab bn dah luluskan ia. Ada tersiar di blog milosuam. Sila baca. Bahkan bebeberapa kali portal berita telah melaporkan perkara yang sama. Aku dah lama tahu. Yang aku heran mengapa orang2 umno boleh tatau? Bukan kah mereka menjadikan utusan itu bahan bacaan utama mereka?

3. Kalau pun ko benci dan jijik sangat dengan penganut2 kristian neh, konon nya mereka ialah sampah yang paling busuk pun tetap tak halal untuk ko bakar kitab mereka. 

Bukan kah ko ialah pejuang islam sejati? Ingat itu pengakuan korang. Korang dah lafazkan banyak kali setiap hari waktu detik dan saat. Apakah tindakan ini ialah tindakan pejuang islam? Aku bukan pejuang islam kenapa pula aku yang tak bagi bakar bible sedangkan korang yang menjadikan islam itu darah dan daging korang pula beria2 nak bakar bible? Tak pelik ka tue?

Impak bakar bible itu besar. Bukan kerana aku mengangungkan bible tetapi sikap muslim ialah terjemahan Alquran. Sedikit kesilapan kita akhirnya islam yang dipandang serong. Akhirnya islam akan terus disalahsangka. Sebaik mana pun agama pun, sesempurna mana pun islam itu andai kita sebagai muslim gagal menterjemahkan islam sebenar maka kita la yang harus dipersalahkan, bukan orang lain. 

Dalam kes neh kalau kita gagal halang perkasa dari bakar bible, maka kita la akhirnya yang akan terima akibat. Kita la yang akhirnya kena tanggung azab. Allah swt tak jadikan kristian wujud di dunia untuk dihukum tetapi mereka ujian kita. Allah uji kita untuk kita bidas mereka dengan hujah Alquran. Allah swt beri kita jalan itu. Sebagai seseorang yang konon nya berjuang di jalan islam kalau tak gunakan hujah Allah.. dan lebih utamakan hujah emosi.. apakah itu betul?

Apakah itu yang ko sokong? Ko lebih sokong Ibrahim Ali dan PERKASA berbanding Allah swt, Tuhan ko sendiri? Ko fikirlah ek. Teruskan cakap aku murtad di inbox. Setakat penulisan dan tuduhan tue aku tak heran. Sebab aku lebih tahu ko hanya mampu bercakap. Andai diminta bukti untuk menunjukkan aku murtad, ko takan pernah mampu. Bai. 

http://www.malaysiakini.com/news/219688

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...