Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 24 Januari 2013

Hasan Ali dakwa menyokong pendirian Anwar hukumnya syirik.


Pemimpin dan ahli Pas termasuk orang Islam lain yang menyokong pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah tergolong sebagai syirik.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini telah membuat ketetapan sedemikian dan seharusnya dipatuhi terutama oleh semua pemimpin dan ahli parti itu.

Sehubungan itu, tegasnya, kepimpinan tertinggi Pas terutama Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Haron sendiri perlu segera menjelaskan perkara berkenaan supaya tidak mengelirukan umat Islam.

"Saya harap Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Haron beritahu mereka semua ini amalan syirik. "Jangan mati dalam syirik. Jangan nanti mereka (berjuang) dalam parti Islam tetapi mati dalam syirik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas ditemui selepas menjadi panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul. - UTUSAN

Pertama, aku bukan sokong pendirian DSAI. Tak silap aku perkara ini di minta oleh paderi kristian dalam penerbitan Herald  pada tahun 2010, setelah membaca dan meneliti beberapa pendapat aku tak nampak kenapa itu tak boleh. So what? Sekarang aku syirik plak? Hehe. Suka kau la.

Kedua, keputusan majlis syura PAS ialah seperti di bawah ;

Majlis Syura Ulama PAS telah memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
“Tindakan menterjemahkan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehendak sebenar,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Mohon Hasan Ali sila updated dengan kenyataan terkini dari PAS oke?

Ketiga, berhentilah mewujudkan persepsi bahawa TGNA dan Ustaz Haron Din tak sefahaman.. dan berhentila menjaja nama Ustaz Haron Din sana sini.. mentang2 la orang tue tak suka cakap banyak.. jenis pendiam dan malas layan.. melalut je korang seme jaja nama dia sana sini kan? Hentikanla. Nak cakap, cakap je. Tak payah heret orang lain. Simple.

Keempat, walau apa pun pendirian PAS, PKR dan DAP dalam isu penggunaan Kalimah Allah oleh kristian dalam bible, mereka meraikan perbezaan. Meraikan perbezaan adalah lebih baik daripada memaksa orang untuk bersetuju dengan kita. Tiada masalah disini. Kita rasional dalam berhujah.

Bahkan MCA pun berbeza pendapat dalam isu neh. Kenapa tak persoalkan? MCA tue segeng dengan UMNO = BN yang pegang kuasa la neh.

Kita kalau nak tegur pun biarlah ikut keutamaan. Orang berak tengah jalan ko tak bising. Orang kencing menyorok tepi rumah ko marah. Agak2 la weh Hasan Ali. Agak2 la. Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...