Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 Januari 2013

4 pemimpin tertinggi BN terkantoi dalam skandal.


Skandal  apa? Sinar Harian melaporkan ;

Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit. -SH-

Jika sungguh mereka ada masalah dengan undang2 ini bermaksud apa? Mereka langgar undang2 dan tak dihukum? Jika itu berlaku mesti ada sesuatu disitu. Kenapa mereka tak disiasat? Kenapa mereka boleh terlepas dari hukuman?

Siasatan SPRM dah cantik dah. Siyes, cantik. Nampaknya dia boleh tahu siapa yang bermasalah dan siapa yang boleh jadi calon PRU. Tapi yang aku heran lepas ko dah tahu mereka2 ini bermasalah kenapa tak terus proceed dengan siasatan pula?

Maksud aku begini.

1. SPRM siasat senarai calon2 PRU yang bermasalah.

2. Then antara nama2 yang disenaraipendek tue terdapat calon2 yang bermasalah dari segi undang2.

3. SPRM ialah penguatkuasa undang2.

4. Kalau pun ini bukan bidang kuasa SPRM, kenapa tak hantar nama2 tue kepada PDRM untuk di ambil tindakan?

5. Tak kira la siapa sekalipun mereka ini, bahkan Ali Rustam sekalipun [ehem2] kena la siasat juga kan?

6. Kalau mereka ada masalah peribadi, aku tak heran sangat. Tak payah la perbesarkan sampai nak heret ke muka pengadilan.

7. Tapi kalau masalah undang2 seperti langgar peraturan or menyonglap, kena la disiasat sampai selesai kes. Baru betul.

Mohon SPRM buat kerja sampai ke penghabisan. Bukan sekadar siasat sapa bersih sapa tak bersih jek. Dakwa terus mereka2 yang tak bersih. Dan, PR dah hantar belum senarai calon ke SPRM? Ka nak bagi alasan? Heh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...