Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 Januari 2013

Porsche Cayman ini bukan Ustaz Pas yang punya walaupun atas nama Ustaz Pas.

Harap maklum.

Gambar kereta mewah kat bawah neh memang atas nama Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Ini pengakuan dia sendiri oke ;


Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menjelaskan bahawa beliau bukanlah pemilik kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000 seperti yang hangat diperkatakan dalam beberapa laman blog yang tersiar di internet.

Sebaliknya menurut beliau, kenderaaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau selaku wakil rakyat.

"Saya sendiri pun tak pernah memandu kereta tersebut. Saya juga menafikan dakwaan kereta tersebut telah dibeli dengan harga melebihi RM300,000 sebaliknya dengan menggunakan AP, kereta tersebut hanya dibeli pada harga sekitar RM100,000 sahaja.

"Anak saya merupakan seorang ahli perniagaan dan membeli kereta tersebut menggunakan AP saya, jadi kereta Porsche itu tak ada kena mengenapun dengan dakwaan nakal yang cuba mengaitkannya dengan saya mahupun dengan PAS sendiri," jelasnya. -HD-

Bagus.

Bagus sangat sikap Pesuruhjaya PAS Perlis sebab berterus terang dalam isu kereta mewah. Aku puji sebab tidak berdolak dalih. Straight to the point jek mengaku bahawa ;

1. Kereta tue memang atas nama dia tapi yang guna tue anak dia. 

2. Kereta tue dibeli menggunakan AP yang diperolehi time jadi wakil rakyat dulu.

Bila dia berterus terang maka aku pun seronok untuk berterus terang juga. Kereta dibeli menggunakan AP. AP wakil rakyat adalah AP yang diperuntukkan kepada wakil rakyat. Kenapa? Sebagai kelonggaran untuk mereka beli kereta import. Bagi memudahkan pergerakkan, membantu kerja2 mereka yang konon nya untuk membantu rakyat.

Undang2 ini BN yang buat. Kerana pada ketika itu BN melihat hanya asyik2 muka BN je menang jadi wakil rakyat kat mana2. So apa kata kita buat satu polisi yang memudahkan diri kita? Dan kita bagi alasan untuk memudahkan pergerakkan kita bagi membuat kerja2 rakyat. Mari la geng mari la. Kita hadiahkan diri kita masing2 satu AP. 

Proton?

PERGI LA MAMPOS.

Kita ada kereta import ma.

Tindakan Ustaz Hashim gunakan AP tue tak salah. Dia dapat melalui cara sah. Tindakan dia hadiahkan AP tue pada anak dia pun tak salah. Dia dapat cara sah, hak dia nak hadiahkan kepada sesiapa pun. Tapi oleh kerana tujuan AP tue adalah untuk buat kerja2 rakyat maka adakah tujuan itu sampai? Tidak. Maksud sebenar dah lari. Tujuan sebenar pemberian AP tue dah takde.

Aku tak salahkan Ustaz Hashim kat sini. Kalau AP tue sampai kat aku pun, aku akan gunakan tanpa was2. Bukan senang nak beli kereta tanpa cukai melambung di malaysia oke. Apakah kita sanggup bayar rm300k jika kita mampu dapat benda yang sama dengan 100k? 

Takan ada yang jawab ya .. keadaan ekonomi di malaysia menjadikan kita materialistik. Kita pun tak suka tapi kita tak boleh nak buat apa. Kalau kita takde apa2 orang hina kita macam2. Itulah inila. 

Jadilah kita si miskin yang dihina sentiasa. Sentiasa. Dan sentiasa.

Usah kata AP pada Ustaz Hashim, bahkan ada banyak AP yang wakil rakyat di luar sana dapat. Adakah mereka menggunakan AP berdasarkan kepada tujuan dan matlamat asal pemberian AP tersebut? Kita tatau. Aku tatau.

Jadi, instead of mengecam Ustaz Hashim, kecam la pemberian AP ini. Jika rakyat mahu hentikan penyalahgunaan AP ini, maka hentikan pemberiaan nya. Kalau kita kecam Ustaz Hashim kita takan dapat apa. Ustaz Hashim pun takan faham. Aku tak mencuri pun untuk dapatkan AP neh, so kenapa nak marah?

Kita hentikan pemberian AP ini. Kita hentikan melalui wakil rakyat. Cari wakil rakyat yang boleh up kehendak kita. Instead of hanya beberapa orang jek boleh memiliki kenderaan tertentu melalui pemberian AP apa kata ko biarkan seme orang merasai peluang yang sama? Jika cukai kereta di rendahkan baik import mahupun tempatan maka AP is baseless.

Jadi hentikan pemberian AP, turunkan cukai kereta, supaya kita sama2 dapat merasa. Boleh? 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...