Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 Oktober 2012

Jangan lupa jasa kerajaan - Mahathir.

Macam tak percaya pula yang Mahathir keluarkan statement begini. 


Petikan dari utusan ;

Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang terhadap sikap segelintir generasi muda Melayu yang semakin tidak menghargai jasa kerajaan dalam memberi nikmat serta keselesaan kepada mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal tersebut dibuktikan apabila ramai di antara golongan berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang mereka peroleh, sebaliknya menuduh kerajaan sebagai penindas.

"Contohnya pelajar yang dihantar belajar ke luar negara, bila pulang ke tanah air menolak orang yang memberi nikmat kepada mereka iaitu kerajaan yang dikatakan tidak adil, tidak liberal serta menindas orang lain," katanya.
Menurut Dr. Mahathir, hal demikian wujud disebabkan sikap sesetengah ibu bapa yang gagal mendidik anak mereka dengan nilai-nilai sebelum menghantar mereka ke luar negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121009/po_01/Jangan-lupa-jasa-kerajaan#ixzz28lESMXpC 

Kerajaan kita cenderung salah faham. Apa yang dikatakan nikmat? Apa yang dikatakan keselesaan? Hanya kerana ko rasa mereka dihantar belajar ke luar negara oleh kerajaan ko akan fikir bahawa pelajar itu sedang menikmati hidup dan mendapat keselesaan?

Lagi satu aku tengok bien neh makin lama makin senget cara dorang berfikir. Dorang neh macam sewel pun ada. Korang bayangkan lah sebagai kerajaan yang juga manusia sama sebijik cam kita dorang beria2 bercakap pasal ;

1. Bersyukur

2. Nikmat

Sebenarnya nak sembang kencang bab bersyukur nikmat apa bagai aku tak kisah. Tapi kena juga tengok siapa yang bercerita bab tue. Contohnya kita nak sembang kencang bab bisnes. Mestilah kita rujuk usahawan yang berjaya kan? Takan ko nak tanya rahsia kejayaan bisnes kepada seseorang yang tak pandai berniaga langsung?

Sama juga kalau ko nak memasak dan tatau satu2 resipi, mestila ko nak tanya pada yang arif dan pakar dalam masakan kan? Takan ko nak tanya orang yang tatau nak bezakan mana satu bayam dan sawi kan?

So dalam perkara di atas pun sama juga. BN nak suruh bersyukur, mahathir bercakap pasal nikmat. Tapi kalau kita tengok cara mereka mengamalkan kehidupan mereka tak nampak plak macam mereka bersyukur dan menghargai nikmat Allah swt. 

So kalau dah mereka sendiri pun tak buat, kenapa pula nak suruh rakyat buat? Pelik gile.

Orang yang bersyukur ialah orang yang melakukan kebaikan. Orang yang menghargai nikmat ialah orang yang menyeru kepada kebaikan. Ciri2 neh takde pada bien. Ciri2 yang ada pada bien ialah ciri2 yang terdapat pada firaun = gelaran raja mesir dulu2. 

Sudah sampai masa nya untuk bien disedarkan bahawa mereka tue manusia. Satu spesis dengan kita. Bukan Allah swt. Aku rasa salah faham neh dah terbentuk dan boleh mengundang kepada kesyirikkan. 

Maaf cakaplah.. bien, adakah ko sedar bahawa ko tue manusia = sebijik cam aku, ataupun sebenarnya ko dah terbawa2 dengan satu kuasa halus? Masih sempat untuk berubat. Jangan risau, selagi belum mati, ruang untuk berubat tue sentiasa ada. Fikirkan nasihat aku neh baik2 oke. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...