Berdoa agar malaysia dijadikan negara kristian.
Di dalam satu majlis keraian.
Majlis keraian dibuat untuk menyambut kemenangan pakatan rakyat yang memenangi pr sarawak.
3 benda neh jek kita dapat tahu. Majlis keraian tue bagaimana, di hadiri oleh siapa, di buat oleh siapa dan apa seme benda tatau. Adakah majlis itu terbuka, tertutup atau apa seme tue kita tatau. Sebab ustaz tak bagitau.
Sudah tentu majlis terbuka berbeza dengan majlis tertutup. Sudah tentu majlis yang menjemput pelbagai penganut berbeza dengan majlis yang hanya menjemput satu penganut.
Benda neh pergi lebih dalam sebab korang percaya apa yang ustaz nasha cakapkan itu adalah perkara yang benar. Kalau korang tak percayakan kata2 ustaz nasha, benda neh takan pergi lebih dalam iaitu menghurai patut ke tak patut perkara tersebut dilakukan.
Aku tak memilih untuk percaya. Jauh sekali untuk tidak percaya. Aku cuma mahu tahu, ustaz saksi kejadian kah?
Aku ada pandangan. Pandangan untuk mereka yang memilih mempercayai apa yang diperkatakan oleh ustaz nasha. Bukan bermaksud korang menyokong ustaz nasha, tetapi apa yang ustaz nasha cakapkan di video tue, korang percaya.
Doa dalam majlis tertutup.
Jika majlis itu dibuat secara tertutup tiada keperluan untuk merasa sensitif. Kenapa korang nak sensitif dengan doa2 yang didoakan oleh umat kristian? Doa2 seperti neh didoakan oleh pelbagai penganut dalam pelbagai majlis keraian. Bukan hanya doa negara kristian bahkan doa agar negara menjadi negara hindu, negara buddha dan apa jua negara bagi apa jua penganut pun wujud di dunia neh.
Doa sesiapa pun boleh buat. Agak parah juga keadaan kita kalau apa yang orang doakan menjadi kesibukkan kita. Sepatutnya doa dibalas doa. Ko doa? Aku pun boleh. Ingat ko sorang jek boleh buat beb? Tue cara dia. Bukan sibuk dan marahkan orang yang berdoa dalam majlis tertutup.
Doa dalam majlis terbuka.
Majlis terbuka tue bukan bermaksud buat di stadium bhai. Majlis terbuka = umum tue maksudnya majlis yang mana dia tahu aktiviti2 yang terdapat dalam majlis tue mengundang pelbagai kaum dan agama untuk hadir.
Contohnya majlis meraikan kemenangan pakatan rakyat. Ini majlis yang mengundang pelbagai bangsa dan agama. Dalam pakatan rakyat, bukan hanya ada kristian. Hindu, buddha, muslim, tiada agama, agama sendiri2 pun ada.
Majlis neh bukan lah majlis bersifat keagamaan jauh sekali majlis yang dianjurkan oleh mana2 persatuan agama kristian. Jika dalam majlis seperti neh tiba2 ko amek mike dan speaker lepas tue berdoa Ya Tuhan, berikan kemenangan kepada pr dan jadikanlah malaysia neh negara kristian..
Apa perasan penganut2 yang hadir?
Yang muslim akan cakap apa benda lue merepek neh hah?
Yang buddha mungkin akan pelik. Bila plak gua nak malaysia jadi negara kristian? Gua nak negara buddha la bongok.
Yang hindu mungkin akan persoalkan. Sejak bila aku sokong lue sebab nak negara kristian? Aku nak negara aku bebas dari rasuah je la bodoh.
Yang takde agama lagi heran. Gua tak percaya agama lagi mamat neh nak meng-agamakan negara? Kebodohan apekah itu?
Ini bukan soal iman. Jauh sekali soal sensitiviti. Ini soal provokasi. Provokasi tak kena gaya. Jika ia dibawa keluar dari majlis tersebut akan jadi konflik.
Ko tahu tadi kan dalam majlis pr ada ka dorang doakan malaysia neh jadi negara kristian? Aku fak gile dengan orang yang berdoa tue... <-- Watak A
Yeke ke beb? Kurang hajor punya pakatan rakyat <-- Sampai cerita kat watak B
Laaa aku dah lama agak dah pr = negara kristian = agenda utama.. <-- Sampai kat watak C
Nampak tak? Bagaimana satu tindakan boleh menjurus kepada tindakan yang lain? Pada asasnya doa itu tidak salah dan bukan bermasalah. Yang bermasalah cara ia didoakan dan tempat/situasi yang digunakan untuk berdoa.
Berdoa lah apa2 jua yang ko mahu doakan. Doa malaysia neh nak jadi negara kristian ka, buddha ka apa ka lantak ko le. Berdoa sesiapa boleh buat, perkenan hanya Allah swt je boleh buat.
Tapi jangan sampai meriakkan dan menayangkan doa ko kepada tatapan umum. Ada sesetengah perkara kalau kita share, kita tak rugi apa2. Tapi ada sesetengah perkara kalau kita share memang kita akan rugi apa2.
Dalam isu neh, kita bersama bukan nak sebab nak mengkristian negara ka nak memuslimkan negara ka apa ka kerana apa2 perkara jahat yang diganti dengan baik, automatik di anggap selari dan selaras dengan tuntutan agama itu sendiri.
So instead dari nak mendoakan perkara itu secara public dan memberikan kesan negatif terhadap pr, baik ko doakan sesuatu yang tak bercanggah dengan pendapat umum. Contohnya doakan negara neh bebas dari rasuah dan pemimpin zalim.
Yang muslim ka, buddha ka, takde agama ka, hindu ka apa ka akan rasa happy. Nak berdoa sesuatu tak salah. Tapi jangan penting diri sendiri dengan berdoa sesuatu untuk ko semata2 di majlis yang dihadiri pelbagai anutan.
Ia ibarat ko minta tuhan epal. Ya Tuhan berikan aku epal. Sedangkan ko berucap dan berdoa di depan orang ramai. Apa salahnya ko doakan, Ya Tuhan, berikan kami seme epal. Sekarang nampak dan faham tak betapa ko pentingkan diri ko sendiri disitu? Itu, jika statement ustaz nasha terbukti benar.
Jangan. Jangan sampai tatau beza antara rasmi dengan tidak rasmi.
Oke bai.