Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Oktober 2012

40juta boleh, naik jet peribadi tak boleh?

Najib yang mengaku.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.


Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."

Dengar sini. 

Terima sumbangan / dana tunai dari ahli perniagaan boleh. 

Naik jet peribadi tak boleh?

Terima sumbangan ataupun dana tunai takde agenda tersembunyik. 

Naik jet peribadi ada agenda tersembunyik?

Jika umno sabah boleh menerima dana berjumlah 40juta dari ahli perniagaan sebab apa anwar ibrahim tak boleh di sponsor naik jet oleh ahli perniagaan pula? Dua kes neh sangat serupa. Rujuk sini kes mengenai anwar ibrahim.

Oleh kerana umno melakukan hal yang sama maka tiada sebab untuk bloggers umno marahkan anwar ibrahim bukan? Yang aku bertambah pelik bila najib membenarkan aktiviti penyeludupan wang atas nama parti.

Apa nak jadi pm aku neh. Kenapa la dia lantik orang2 yang bodoh jadi penasihat dia? Kenapa la dia hanya berkawan dengan kaki2 ampu dan bodek? Semakin hari semakin terserlah kebangangan nya. Untuk rekod, offer aku untuk najib supaya aku dilantik menjadi penasihat najib masih terbuka. Oke? Hehehe.

Bagaimana pula wang yang diseludup masuk boleh di anggap sebagai saluran yang betul?

Wang 40juta diseludup masuk ke malaysia untuk sumbangan politik kepada umno sabah. Cara ia dibawa masuk itu sendiri menggunakan saluran seludup. Seludup = aktiviti jenayah = salah disisi undang2 negara. Tanya awang adek apa itu seludup. Dia pakar bab seludup2 time apa jua barang naik harga di malaysia.

kah kah kah

Jadi bagaimana mungkin ia boleh dianggap menggunakan saluran yang betul kalau dah cara ia dibawa masuk pun gunakan saluran seludup? Kes neh berkaitan rapat dengan kes ahli perniagaan yang bernama Micheal Chia seorang peniaga / hartawan balak terkemuka sabah yang pernah ditahan di HK kerana menyeludup wang haram sebanyak rm40juta dalam matawang SG pada tahun 2008. 

Wang itulah yang kemudian nya dikaitkan dengan musa aman dan sprm telah menyiasat kes tersebut sebelum musa aman dan micheal chia bebaskan daripada pertuduhan rasuah. Dan kini najib cakap pasal 40juta dan memperbodohkan kita seme dengan merahsiakan nama ahli perniagaan tersebut sedangkan bukankah secara terang lagi jelas ia berkaitan rapat dengan micheal chia? Kalau ikut kronologi kes la. 

Wang 40juta tue wang haram = hasil daripada aktiviti yang tidak sah. 

Nama pun wang haram. Ia diklasifikasikan sebagai wang haram dan disimpan di bank switzerland. Rujuk siasatan HK. Mereka klasifikasikan wang tersebut sebagai haram. Bahkan MSTAR pun cakap wang haram.

Kita seme sedia tahu bank switzerland seringkali dikaitkan dengan penyimpanan wang2 yang didapati secara haram. Umno nak cakap apa lagi? Najib sendiri mengaku wang seludup = saluran betul bagi umno.

So ini bermaksud ;

Wang haram = wang seludup = saluran betul bagi umno. 

Kalau ikut pernyataan dari najib sendirilah. Hanya ada dua jenis manusia je yang undi penjenayah dan penjahat jadi pemimpin mereka. Yang pertama bodoh yang kedua penjahat. 

KAH KAH KAH

Sumber

http://www.malaysiakini.com/news/211532

http://www.malaysiakini.com/news/211390

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/10/13/mstar_berita/20121013004145&sec=mstar_berita

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...