Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Oktober 2012

Bila MP BN sendiri tolak AES sebab terkena..

Nampak?

Jika ia dilaksanakan ikut apa yang dirancangkan betul2 atas paperwork aku tak nampak kenapa sistem neh bermasalah. Tapi biasalah. Segala plan, perancangan atas kertas memang cantik. Tulisan tersusun. Graf bergambar yang menarik. Carta warna warni yang comel. Tapi bila ia dilaksanakan oleh sekumpulan manusia, apa yang cantik atas keras sudah tidak nampak cantik lagi atas dunia realiti.

Sistem cantik = pelaksana tidak cantik = tetap la tidak cantik.

Baru2 neh MP BN merunggut mengenai sistem AES. Rujuk keratan akhbar kat bawah neh ;

 
Sumber : sini

Akhirnya dorang dah nampak apa yang kita nampak. Lambat sangat nak hadam der. Ada juga runggutan yang aku baca di facebook untuk jalan yang boleh bawa 100kms tiba2 letak AES dan hanya boleh bawa 70kms. 

Agak2 la weh.

Macam mana roadsign boleh bercanggahan dengan AES pula? Takan masa set sistem tak check dulu owhh jalan neh boleh bawa berapa2 sekian2 kms ? ROADSIGN tulis lain tapi pengimbas AES letak lain? Macam neh ramai la yang terkena BODOH!

Walaupun ikut peraturan tetap la terkena. Ini bukan tak ikut peraturan jek terkena. Bahkan yang ikut peraturan pun terkena.

Contohnya gini. Ko sedang sedap2 memandu dalam 70kms atas jalan biasa. Dan ko tahu kat jalan tue hadlaju yang dibenarkan pun memang 70kms. Dah biasa ma. Sebab hari2 guna jalan tue. Then tiba2 dorang letak AES. Roadsign lama pasal hadlaju dikekalkan. Notis pasal AES dinaikkan.

Dorang set AES dengan hadlaju berbeza dari roadsign. Yakni apa yang ada dalam sistem berbeza dengan roadsign. Jika ko lalu kat jalan yang ada AES tue ko hanya boleh bawa 60kms jek sebab sistem dah set macam tue. Bayangkan berapa ramai yang terkena kalau yang tak perasan notis? Itu kalau ada notis le.

Kalau yang suka langgar peraturan tue maybe steady kot. Alah gua nak pecut 100kms apa ade hal. 70kms ka 60kms ka gua apa ade hal. Gua standard 100kms beb. Maybe dorang tak sakit ahti la sebab disaman akibat melanggar peraturan. 

Tapi bagi mereka yang disaman sebab ikut peraturan jalanraya macam biasa tetapi terlanggar peraturan AES yang dikuatkuasakan secara tiba2 macam mana pula? 

Dah tahu nak setkan had laju baru, buang dulu roadsign lama. 

Jangan kelirukan orang.

Dah cakap nak pasang notis, pastikanlah seme jalan yang ada AES dilengkapi notis.

Dah tahu notis tak dipasang di seme tempat, buat la penerangan / iklan menerusi media.

Sistem neh boleh dimanipulasikan. Ia bagus. Tapi ia boleh dimanipulasikan. Setelah berfikir secara mendalam, sistem neh agak bahaya jika dilaksanakan. Walaupun ia ada tujuan yang baik tetapi kerana ia boleh dimanipulasikan maka aku rasa jangan pasang lagi bagus. Sekurang2nya jangan pasang sehingga bn terkubur.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...