Penyokong bn tetap tegar nak pertahankan kenaikan harga gula. Dorang tak boleh terima jika aku tak sebut betul2 kenapa aku wajar complaint. Demm. Aku akan sudi tulis bagi tarbiah dorang habis-habisan kenapa aku complaint kenaikan harga gula.
Aku bukan apa. Aku neh jenis yang memahami. Ada sesetengah orang tue takan faham sehingga diberitahu dari A sampai Z. Ada sesetengah orang tue pula belum aku sebut A dia dah faham sampai Z. Dasat siot. Pandai gile.
kah kah kah
Kata penyokong bien yang nampaknya tak puas ahti dengan aku dan mereka2 yang complaint bab kenaikan gula di malaysia ;
Mr Berahim · 15 minutes agoHarga gula naik RM0.20 sekilo telah menyebabkan rakyat menderita tak mampu membeli kereta import, guna Astro full package, lepak kat coffee bean, makan mekdi, kepsi, pizza hut, main kat legoland, melancong ke pulau langkawi, pulau pangkor. dan paling menyanyatkan hati, rakyat tidak mampu menggunakan penapis air hi-0.. zalim betul kerajaan ye?
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/10/dua-kisah-lucu-hari-ini.html#ixzz28gFa6ZHz
Untuk menjawab orang yang berfikir begini, kita mula2 kena betulkan dulu urat saraf yang terputus kat otak dia tue. Cara dia mudah.
Pak berahim ;
1. Kat malaysia neh orang2 yang miskin tak yah beli gula ke?
2. Confirm ke seme pembeli gula tue ==> ada astro full pakej, pernah melancong ke langkawi + pangkor, pizza hut, mekdi, kepsi, coffee bean, ada kereta import, p legoland, n ada penapis air hai-O?
Aku jadikan diri aku contoh. Aku tak p coffee bean, tak pernah p legoland, langkawi n pangkor, takde astro full package n penapis air hai-o. Kereta import model lama tue bukan aku punya dan aku cuma ada motor je. So aku tak perlukan gula dalam kehidupan aku?
kah kah kah
3. Kat malaysia neh pembeli gula tue terdiri dari orang2 yang hanya beli untuk minum sendiri ke? Peniaga kecil2an bukan rakyat malaysia dan mereka tak perlu fikirkan kos modal mereka? Peniaga hanya meniaga dan wang digunakan untuk pusing modal? Peniaga takde tanggungan, anak2 dan keluarga atau kena bayar pelbagai bill?
4. So jika peniaga kecil naikkan harga makanan + minuman sebab terbeban dengan kos modal = para pelanggan pun terbeban.
5. Bercakap pasal kira2. Memandangkan umno cakap setakat 20sen je pun nak kecoh.
Katakanlah untuk keluarga yang ada anak 3. Isu rumah 5 orang. Guna gula 4kilo sebulan.
Sebulan 4k gula x rm2.50 / rm2.60 = rm10 / 10.4
==> kena tambah 80 sen ataupun 1.2 dalam penggunaan sebulan.
Setakat 80 sen aku percaya ramai orang tak heran. Tapi masalah mulai timbul bila ;
==> kena tambah 80sen untuk penggunaan gula sebulan.
==> kena tambah beberapa ringgit lagi utk anak2 disebabkan peniaga kantin naikkan harga makanan dan minuman setiap kali bagi belanja sekolah kat anak2. So duit belanja budak kena tambahkan juga. Dorang pun teringin sekali sekala minum dan makan itu neh. Takde la layan bekal mak jek. Itupun mak pening sediakan bekal disebabkan kos barang dapur makin mahal tau.
==> kena tambah beberapa ringgit time beli barangan dapur kering disebabkan peniaga2 besar naikkan harga barangan mereka yang menggunakan gula utk hasilkan product, disebabkan kerajaan naikkan harga gula. Peniaga2 besar biasa kerajaan tak kacau. Peniaga2 kecil baru kerajaan sibuk potpet.
==> kena tambahkan beberapa ringgit bila sekali sekala bawa anak jalan2 dan makan kat luar. Kesian dak2. Dorang pun nak kasih sayang mak bapak der. Asyik kerja jek mak bapak aku neh. Bila la nak sayang aku.
==> bapak budak dah pecah otak. Terpaksa la dia tambahkan beberapa ringgit utk sakit deman sebab asyik fikir masalah duit.
==> mak budak pun dah penat badan. Terpaksa la dia tambahkan beberapa ringgit untuk jaga kesihatan sebab asyik fikir peningkatan kos sara hidup.
Jadi isunya sekarang bukan setakat 80sen punya citer der. Bukan orang2 kaya jek beli or guna gula der. Bukan orang yang ada astro jek layan gula der. Bukan juga orang yang nak p legoland tu aje makan gula der. Ini kes berkait.
Biasanya benda neh orang2 bodoh kurang faham sebab dia punya pemahaman berkisar kepada apa yang ada di atas / dasar. Tapi takpe, orang2 cerdik macam aku dan pr akan sentiasa bantu korang oke. Dont worry, be happy.
kah kah kah
Sebenarnya.. kehidupan yang aku impikan ialah rileks2 cari wang, rileks2 berbelanja, rileks2 cari ilmu, rileks2 beribadat, rileks2 meninjau alam ini.. tapi aku tak boleh dapatkan itu dengan umno sebab untuk rileks2 beribadat, rileks2 meninjau alam, rileks2 cari ilmu, rileks2 berbelanja, perlukan tak rileks2 dalam mencari duit sampaikan masa ke mana, family ke mana, amal ke mana, ilmu ke mana. Hadoiii..