Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Jun 2012

Kos sewaan PANDA RM3.2 Juta setahun.



Sekarang neh ramai orang dah mula bercakap2 mengenai kos penjagaan panda pinjaman yang dibawa dari CHINA ke MALAYSIA atas nama diplomatik. Sebenarnya aku tak sangka juga yang panda pinjaman neh berbayar. Fikir aku untuk tanggung kos makan minum dan kemudahan asas serta penjaga dia jek. Aku tatau larh pula hubungan diplomatik macam neh pun perlukan guna sejumlah wang.

Tambahan pula namanya kontrak - sewaan penjagaan. Dah sewa yang najib pongpang2 cakap pinjam buat apa? Sepatutnya dia sebut je larh jelas2 panda neh malaysia sewa jek dari china. Tak lama, cuma 10 tahun. Setelah habiskan masa, wang, tenaga dan usaha selepas 10 tahun kita bagi larh kat china balik. Itupun setelah dipercayai kita akan membayar cukai kepada china sebanyak rm3.2juta setahun.

Kata mereka, kita akan dapat balik segala pengorbanan atas nama pelancongan. Akan ada yang melawat malaysia semata2 kerana nak tengok panda. Apakah kita boleh mendapat rm3.2juta setahun kos cukai yang dibayar kepada china? Apakah kita juga akan mampu mendapat semula pulangan kos modal yang diperlukan setiap hari ketika menjaga dua ekor panda neh?

Takpelah najib. Kalau rakyat malaysia neh seme nya kaya raya, takde yang susah, takde yang berhutang nak belajar, takde yang muflis muda akibat tak mampu bayar harga kereta akibat cukai dan riba yang mahal, takde yang miskin akibat barang naik sentiasa,  rasanya tiada sesiapa pun nak kesah ko nak sewa panda 10 juta setahun sekalipun. No hal. 

Tapi itulah najib, baru2 neh kita ada dedahkan keadaan sekolah yang daif. Rasanya kalau buat ikut saluran yang betul, sekolah daif tue tak memerlukan pun satu juta untuk memperbaiki keadaan mereka. Sebab murid pun tak banyak mana.

Dan, sebenarnya 3 atau 4 tahun yang lepas aku ada melawat zoo negara. Siyes aku cakap. Sedih. Tak sangka zoo kita macam tue. Ketika melawat zoo taiping pun aku rasa sedih. Dengan tandas yang menyedihkan. Dengan papan tanda yang buruk, uzur dan kotor. Takan nak berganti dan memperbetulkan benda tue pun takde duit? Tak cukup ke income yang digenerate dari pengunjung zoo untuk tampung apa2 yang rosak?

Kalau tak cukup kenapa tak terai apply peruntukkan dari kerajaan negeri or pusat? Bayangkan ajek kalau pelancong yang tengok keadaan zoo macam tue? Takde ke rasa alahaiii dari aku melawat zoo macam neh baik aku pergi tempat lain? Tahun melawat perak 2012? Yeke? Buat aku rasa nak menangis jek ada menteri macam neh.

Aku ingat lagi. Kali terakhir aku melawat zoo negara, time nak balik tue pekerja zoo minta derma. Kata mereka untuk tampung keperluan makanan haiwan2 kat sini. Minta derma? Tak paksa pun. Katanya poskad neh jualan nya di anggap derma untuk haiwan2 dalam tue.  Nak beli makanan. Tolong lah bantu kami kalau sudi. Hahaha.. sedih aku. Benar2 sedih.

Nak bagi makan untuk binatang dalam zoo sendiri pun takde peruntukkan ek? Hina sangat ke binatang yang kita sendiri ada neh dibandingkan dengan panda luar negara tue? Sorry aku bukan pembenci panda oke. Aku pencinta haiwan. Ular pun aku dah boleh berani nak pegang. 

Baru2 neh time pergi zoo taiping aku face to face lagi dengan ular. Aku nak pegang tapi rasa geli sikit. Ingat nak bergambar gak tapi sorang pun takmo teman. Maleh larh aku. Tapi kepala ular tue memang seram sikit kalau korang tengok depan2. Bagi yang dah biasa tue memang tak rasa apa kot. Tapi ular sawa tue jinak jek aku tengok. Maybe dia rimas orang pegang2 kepala dia. Cam kucing larh.



Korang google larh sendiri. Baca apa yang rakyat negara lain komen bila dapat tahu pemimpin mereka kemaruk nak jalin hubungan diplomatik dengan CHINA guna panda. Macam dah takde cara lain. CHINA gak yang untung sebab buat duit akibat memberikan panda pinjaman bercukai.

Untuk 10 tahun jika RM3.2 juta setahun maka ;

RM32juta untuk kos sewaan = cukai = yang dibayar kepada CHINA sahaja. Untuk rekod korang, dia guna nilai USD. Boleh turun, boleh naik. Kalau turun takde hal. Kalau naik sakit jiwa juga dibuat bila dok fikir2 keputusan bahlol kabinet najib.

Canada sewa USD3million setahun. Tempoh 10 tahun. Sama macam malaysia. Maybe menteri kita boleh cakap harga sewaan panda kita lebih rendah berbanding negara lain andai benar2 terbukti sewaan kita cuma USD1million. 

Itu satu alasan yang bagus juga untuk memujuk rakyat malaysia macam aku yang memerlukan sokongan dan bantuan dari bien. Tapi rate USD1million itu rate paling rendah aku bagi. Aku tak jamin kalau malaysia memperuntukkan kos yang lebih tinggi dari jumlah itu.

Nampaknya, benarlah aku selama neh telah berharap pada kerajaan yang salah. Tak sia2 lagi kenapa aku berpaling secara total sejak 3 tahun yang lepas. Panda itu lebih dikasihi oleh bn dari rakyat macam aku. Bahkan lebih dikasihi dari murid2 yang bersekolah daif di sabah. Juga lebih dikasihi dari rakyat malaysia yang tak mampu beli rumah.

Juga lebih dikasihi dari rakyat malaysia yang mengharapkan pendidikan percuma. Juga lebih dikasihi dari rakyat malaysia yang memerlukan jalan tar di sesetengah tempat. Tak lupa juga, mereka lebih mengasihi panda itu dari mereka yang memerlukan lebuhraya di kelantan. Terima kasih bien. 

Anda mungkin mengasihi benda yang betul tapi kami mengasihi kerajaan yang salah. Jangan ditanya pada rakyat kenapa kami berpaling tadah. Alangkah baiknya jika anda berupaya membaca isi ahti rakyat. Nescayalah, akan ada rakyat yang menangis kalau tahu anda sebenarnya membayar panda yang dipinjam berbanding membantu rakyat yang lebih memerlukan. Bai.

Nota : Untuk rekod panda binatang yang dikasihi dan disayangi di CHINA tue. Tanpa kita pun, dia akan terjaga dengan baik kat sana.

Ameno : Jika kemiskinan di malaysia sudah pupus, maka najib nak bela mana2 haiwan yang diancam bahaya sapa pun tak heran.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...