Ia secara jelas disebarkan oleh blogger umno.
Rujuk sini ==> http://lydiausm72.blogspot.com/2013/03/suami-nurul-izzah-tangkap-bengang-bila.html
Printscreen dengan link blog sebagai bukti pula ;
Sekarang strategi umno ialah divert isu neh seolah2 yang hebahkan, siarkan, dedahkan dan blablalaba ialah pembangkang. Dorang akan buat isu begini ;
1. Ada perpecahan dalaman PKR.
2. Nurul Izzah menjadi mangsa sabotaj Azmin Ali.
3. Nanti Nurul Izzah akan terkesan/syak/wasangka/sakit hati dengan team Azmin Ali.
4. Jadi team Nurul Izzah akan react bagi membalas apa yang team Azmin Ali lakukan ke atas dia.
5. PKR berpecah/bergaduh sesama sendiri.
Jangan tanya mana aku tahu.
Tak penting pun.
Di atas ini ialah pelan mereka dan ia sama sekali tidak benar. Isu video seks Nurul Izzah sudah lama dimainkan oleh bloggers umno.
Rujuk link2 di bawah ;
http://matkilaupenang.blogspot.com/2012/04/video-seks-nurul-izzah-pulak-dah.html
http://dinturtle.blogspot.com/2012/05/kalaulah-nurul-izzah-pun-ada-video-seks.html
http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/11/nurul-izzah-ada-video-seperti-bapaknya.html
Tengok tahun2 diterbitkan artikel ini. 2012. Bermaksud tahun lepas. Mungkin ramai yang tidak terdedah dengan penulisan mereka disebabkan blog mereka tidak baca oleh ramai orang. Maaf ye, bukan nak kutuk, sindir atau apa. Ia just nak highlightkan kenapa ada orang TIDAK SEDAR mengenai penulisan2 korang.
Itu satu. Yang ingin disampaikan disini ialah bloggers umno sendiri memainkan isu ini.
Yang kedua Saifuddin Nasution membuat sidang akhbar kerana telah dipelawa menonton gambar2 dari klip2 lucah tersebut.
Jadi dia bagitau la.
Bahawa selepas ini gambar2 lucah yang membabitkan Nurul Izzah akan disebarkan secara meluas. Nama UMNO dan BN disebut kerana Saifuddin ber-andaian dia mendapat jemputan dari mereka yang mesra UMNO. Ini common sense.
Persoalannya, adakah aksi itu benar?
Jika benar, adakah aksi itu ialah Nurul Izzah?
Kenapa perlu disebarkan selepas 10 tahun?
Kalau betul sekalipun Nurul Izzah, tiada keperluan untuk dia mengaku. Harus dia menafikan sekeras kerasnya hal ini. Benda lampau, dah insaf, bertaubat, bukan urusan lue nak kecoh. Itu kalau betul. Kalau fitnah? Lebih2 lagi.
Dan oleh kerana bloggers umno melihat eh isu video seks Nurul Izzah mendapat respon berbanding isu video seks Anwar Ibrahim.. maka mereka mula edarkan beberapa gambar untuk sebarkan/wujudkan spekulasi.
Tujuan mereka ialah ;
1. Nak suruh bloggers pr menulis / menafikan / mengatakan gambar2 yang disebarkan oleh mereka ialah fitnah / super impose / bukan nurul izzah
2. Sebab tu mereka tak tulis nama Nurul Izzah secara terang-terangan..
3. Juga TIDAK tuduh secara terang - terangan..
4. Mereka cuma buat artikel dan mengaitkan2 dengan Nurul Izzah agar pemikiran kita terarah woo ini ke gambar yang dikatakan Nurul Izzah itu..
5. Mereka nak gambarkan penyokong2 PR yang perasan sendiri bahawa kita mengakui gambar2 yang tersebar itu ialah Nurul Izzah..
6. Then mereka akan jaja cerita bahawa kita la yang sahkan bahawa gambar itu ialah Nurul Izzah.. bukan mereka yang cakap apa2 pun..
Sebab tu aku tulis tajuk macam tu. Aku dah predict tingkahlaku mereka.
Stance aku.
Apa2 yang dari bloggers umno adalah fitnah sehingga terbukti sebaliknya. Let say kalau ia benda benar sekalipun. Jika Nurul Izzah pernah berbuat demikian, jika dia ialah calon yang bertanding di kawasan aku, aku akan undi dia.
Aku tidak akan menilai apa yang dia dah pernah buat. Kalau dia dah tinggalkan, ia bagus untuk diri dia. Allah akan menilai mana pengakhiran dia, bukan aku.
Dosa yang dah terhenti, bukan urusan aku nak UP lebih2.
Dosa yang berterusan, itu baru isu.
Video seks ini, samada benar atau fitnah, menyebarkan ia tidak pernah menjadi benda betul. Tetapi aku takmo ulas lebih2 akan tindakan UMNO. Aku hanya mampu nasihat je. Jangan sebarkan fitnah. Kalau betul pun jangan sebarkan. Samada UMNO nak sebarkan ataupun tidak, itu terpulang pada mereka. Perbuatan mereka dilihat oleh Allah. Allah swt tidak buta, dan tidak pula pekak. Cepat atau lambat, kebenaran akan terdedah juga. Kita tunggu dan lihat sudah la. Bai.