Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Mei 2019

Penjelasan Kenapa EPU Tolak Permohonan Pinjaman RM3.95b Kepada SRC International.

BICARA NAJIB | Saksi ke 28, bekas Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Dr Kamariah Noruddin mendedahkan;


👉
SRC International pernah memohon pinjaman berjumlah RM3b pada Ogos 2010.

👉 Ketika itu SRC International belum lagi ditubuhkan.

👉 Hanya menggunakan kertas cadangan 3 helai, permohonan dihantarkan kepada EPU dengan jumlah pinjaman sebanyak RM3b.

👉 Dr Kamariah Noruddin tidak meluluskan pinjaman tersebut kerana ia 7% dari jumlah keseluruhan peruntukan untuk EPU - Unit Perancangan Ekonomi. 

👉 "Di EPU, kami ketika itu tidak boleh memberikan dana (RM3 bilion) kerana permohonannya (dimuatkan) dalam kertas cadangan setebal tiga halaman saja.

"Peruntukan untuk pembangunan seluruh negara setahun ialah sebanyak RM42 bilion.

"(Kalau) ambil RM3 bilion daripadanya, ia merupakan 7 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan negara.

"Kalau permohonan RM3 bilion itu diluluskan untuk diberi kepada sebuah syarikat yang belum ditubuhkan, ia akan menjadi satu kecuaian di pihak EPU,"
katanya.

👉 Menteri di JPM Nor Mohamed Yackop -> mengarahkan Noriah Ahmad -> pegawai atasan kepada

Dr Kamariah Noruddin untuk memproses permohonan RM3b untuk SRC International.

👉 Hanya RM20 juta sahaja diluluskan untuk geran permulaan 1MDB manakala RM3b ditolak kerana permohonan yang tidak masuk akal (kertas cadangan 3 helai, syarikat belum ditubuhkan).


Saksi ke 29, Amirul Imran Ahmat mendedahkan;

👉 SRC International Sdn Bhd (SRC International) hanya mengemukakan dua muka surat permohonan bagi meminjam RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011.

👉 Surat itu pula ditandatangani oleh Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil itu bertarikh 3 Jun dan di alamatkan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

👉 “Kebiasaannya, sebarang permohonan untuk pinjaman wang memerlukan banyak lagi dokumen tambahan.

“Dalam perkara ini, tiada dokumen yang diterima KWAP namun Panel Pelaburan KWAP membuat keputusan sama ada untuk meluluskan atau tidak pinjaman RM1 bilion kepada SRC bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am,”
katanya.

KWAP bagaimanapun meluluskan pinjaman sebanyak RM4b kepada SRC International yang dibayar sebanyak 2 kali. - 4 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...