Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 Mei 2013

Polis Akan Tahan Peserta Perhimpunan Kelana Jaya Malam Ini.

Malam ini. Jam 8.30 malam. Stadium Kelana Jaya. Baju HITAM. Ini baju HITAM hari rabu. Baju HITAM hari sabtu takde perhimpunan. Cuma kita berbaju HITAM di mana2 sebab kita tak dapat turun di Kelana Jaya.

Tanda kita membantah keputusan blackout PRU 13.

Tanda kita menyatakan bantahan walaupun secara diam tetapi JELAS.

Rakyat menolak PENIPUAN dan PEMANIPULASIAN yang berlaku di beberapa station perkiraan peti undi seperti yang berlaku di Tapah, Bentong dan Terengganu.

Penipuan wujud meskipun tidak terpakai untuk semua tempat. Ini hakikat. Kita tak kata 100% SPR menipu. Kita tak juga kata SPR menipu di SEMUA tempat yang PR kalah. Tetapi penipuan memang berlaku di beberapa tempat yang PR memang kalah.

Ada tempat2 yang PR kalah kerana PR memang kalah. Tak mendapat sokongan pengundi di situ. Bab tue kita kena akur. Tetapi di tempat yang mana berlaku penipuan contohnya di dua DUN Perak, takan kita nak akur pula?

Sampai ada FRU.

Sampai petugas PR, pemerhati pilihanraya di larang masuk. Sedangkan 2 kawasan terakhir itu ialah faktor penentu samada PR dapat memerintah Perak ataupun sebaliknya.

Takpela. Apa pun urusan penipuan di Perak dan Terengganu akan dibantah menerusi jalan undang2. Bukti sedang dikumpul dan petisyen akan dihantar.

Ini respon balas polis terhadap perhimpunan malam ini ;
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
    
"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
    
Beliau menasihatkan penganjur perhimpunan supaya mematuhi undang-undang selain menggunakan saluran betul dengan meminta kebenaran ketua polis daerah berkenaan.
        

  
Turun ke stadium dan bersedia dengan tindakan POLIS.

Atau duduk rumah makan kuaci.

No, aku tidak turun ke stadium sebab jauh. Tapi aku akan duduk rumah sambil update facebook. Tolong la memahami. Apa pun misi kita tetap diteruskan. Tak dapat kena bantai dengan polis pun takpe. Kami akan menyusul pada hari Sabtu kelak. Sekarang sesiapa yang hampir boleh la tadah badan biar polis bambu.

KAH KAH KAH

Macam tak biasa plak. Perjuangan la katakan. Redha la oit. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...