Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Mei 2013

Tiada kenaikan Gula, ROTI dan GST.

Lagi. Atau belum lagi.

Kat tempat aku. Disebabkan ramai yang protes, marah dan wujudnya kekeliruan maklumat, maka aku decided nak pergi check. Asalnya nak pergi check hari khamis. Tapi ah busy plak masa tue. So malam semalam aku pergi.

MALAM.

Isu kenaikan roti tue dah diperjelaskan kat sini

Sejujurnya harga roti kat tempat aku tiada beza. Ia sama. Aku pelanggan setia gardenia. Ya ya aku tak boikot. Dan aku tak minat nak boikot. Maaf la ek. Aku dah lama makan roti jenis neh dan akan kekal makan roti jenis neh. Bersetuju la untuk tidak bersetuju, oke?

Hehe.

Selepas depa war2 kenaikan harga roti tue, aku memang ada beli. Dan harga still sama. Walaupun agak confuse kenapa tiada kenaikan harga di tempat aku, aku still rilex2 lagi. Agaknya stok lama kot sebab tue harga kekal. Tapi dah beberapa hari berlaku still harga sama kat tempat aku. Aku beli roti dalam 2,3 hari sekali ataupun hari2. Memang brand neh la aku makan. Brand lain aku tak layan.

Sehinggala penafian dikeluarkan oleh syarikat Gardenia sendiri. Oke fine. Mungkin ada kedai2 yang suka2 naikkan harga kenakan orang atau ada pihak yang suka2 gembar gemburkan benda neh untuk mengelirukan orang?

Kadang2 kesalahan info bukan di kalangan tegar PR. Ia adalah disebabkan tegar PR telah dipengaruhi untuk sebarkan maklumat palsu. So macam neh pun ada. Tapi takmo tuduh2 la. Sesiapa yang rasa dipengaruhi boleh betulkan keadaan. Don't worry la.

Isu gula.

Aku baru beli 2 peket gula semalam. Nak beli lebih. Tapi aku tengok berebut orang beli aku tak jadi beli. Aku heran gak.

Apsal ramai2 beli gula neh?
Gula nak naik.
Yeke?
Ye. BN nak naikkan gula.

Tah la. Yeke gula nak naik harga? Aku pun confuse. Aku tak dengar citer. Spekulasi memang berlambak2. 

Harga belian gula masih sama. Tiada beza langsung. Aku tatau tempat lain. Tapi kes neh membuatkan aku teringat kat satu pakcik yang kecoh2 harga minyak dah naik kat tempat aku. Last2 aku bergaduh dengan orang yang pergi hebohkan maklumat tue kat sahabat2 dia.

KAKI FITNAH je la kau.
Dasar totok pas.
Pui.

KAH KAH KAH

Rilex. Kita orang memang begitu. Takde apa2 yang sensitif kat sini.

Cuma nya aku nak pesan sikit. Sekarang neh memang wujud maklumat yang mengelirukan kita. Try not to believe terus.

Macam isu GST yang aku ada tulis disini.

Aku dah check. Tapi tue ah pasaraya tak sama. Bukan tesco dan bukan juga JJ. Adakah benda neh terpakai untuk tesco dan JJ jek? Siyes kat tempat aku memang tiada GST dalam pasaraya GIANT tue. Aku dah pergi check sendiri.

Bagi membuktikan bahawa benda neh completely rumour, aku cadangkan sesiapa yang berhampiran TESCO dan JJ pergi check sendiri. Aku mewakili GIANT, confirm takde.

Sekarang terserah lue untuk jalankan siasatan sendiri. Apa pun isu kenaikan GAS memasak tue BETUL. Meskipun bukan GAS MEMASAK yang naik secara langsung, tetapi KOS PENGHANTARAN yang naik, still ia melibatkan GAS MEMASAK secara tidak langsung. RM2. Rujuk sini.

Apa pun jika berlaku kenaikan yang korang rasakan tidak patut ditempat korang, jangan lupa lakukan aduan kat sini.

Bai.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...