Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label SPR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPR. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mac 2017

Eh, Kenapa Status Pengundi Saya Dibantah Oleh Ahli UMNO?? - Ini Apa Yang Patut Anda Tahu!

Kita tahu sejak beberapa minggu yang lepas ada ramai belia terutamanya dari kaum cina tampil ke hadapan berkongsikan cerita bagaimana status mereka sebagai pemilih yang berdaftar di SPR telah dibantah oleh individu tertentu.

Siapakah yang bantah?

Ya, sudah tentu kita tertanya-tanya siapakah mereka ini yang berperanan membantah status pengundi yang telah berdaftar di SPR.

Hasil semakan mendapati mereka ialah individu-individu yang membantah kelayakan pengundi-pengundi tertentu di kawasan- kawasan tertentu yang dipercayai;

- Kawasan yang dimenangi pembangkang
- Kawasan yang berkemungkinan pembangkang akan menang

Ya, bila kami sebut pengundi-pengundi tertentu ia bermaksud lebih dari seorang pengundi yang telah dibantah dan bila kami sebut kawasan-kawasan tertentu ianya lebih dari satu kawasan yang terlibat dalam proses bantahan tersebut.

Menurut info dari Friends Of Selangor, individu-individu yang membantah pengundi baru telah dikenalpasti. 

Mari kita lihat wajah jelita-cantik kacak yang suka membantah itu. 😉😉😉😉

Hi, nama saya Mohd Noor Radiman. Kerja saya membantah pengundi-pengundi baru yang berdaftar dengan SPR. Saya ahli UMNO Bahagian Kuala Langat ya. 


Hi semua, salam satu Malaysia, nama saya Zakaria Mohd Yusof. Saya ada kerja part-time sekarang menyahut seruan menteri untuk buat dua kerja bagi mencari duit tambahan. Kerja part time saya ialah membantah berpuluh-puluh nama pengundi yang baru berdaftar dengan SPR. Saya ini ahli UMNOnya Gombak ye.



Hai semua, saya satu-satunya bunga dalam kerja gila ini. Nama saya Norazimah Mahmud. Saya ialah Naib Ketua UMNO di Bahagian UMNO PJS. Saya akan bantah-bantah-bantah pengundi2 baru. Jadi tolong la berhati-hati dengan perangai gile saya neh ye.



Hai semua, nama saya Ahmad Murdani Parto. Saya neh bekas AJK Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Saya ada hobi unik. Hobi saya menuduh pengundi baru sebagai pengundi hantu. Jadi kalau awak semua nak dituduh sebagai pengundi hantu oleh saya, rajin-rajinkanlah diri berdaftar sebagai pemilih dengan SPR ya.



Hi nama saya Anuar anaknya Mokthar. Saya ahli UMNO Petaling Jaya Selatan. Saya telah memalukan keluarga saya kerana asyik membantah pengundi baru secara beramai-ramai. Mohon jangan tiru perangai buruk saya neh ye.


Salam 1 Malaysia pada semua, nama saya Azaman Arshad. Saya ahli UMNO PJS. Walaupun dah tua saya tetap buruk perangai. Saya neh asyik membantah pengundi-pengundi baru kat Selangor neh. Nampak sangat saya cuba nak menang guna cara tipu. Mohon pembaca semua jangan tiru perangai buruk saya dan tolongla rahsiakan dari anak-anak saya. Malu dorang dapat abah macam saya neh. Tsk tsk tsk.


Menurut info yang kami kutip-kutip dari cilisos yang menulis kisah seorang pengundi dibantah;


Gambar Oleh CiliSos
1. Tahun lepas tersebar satu info yang mengatakan jika anda mahu mengundi pada Mac 2017, maka anda perlu mendaftar sebagai pemilih pada tahun ini juga.

2. Maka berlakunya pendaftaran pengundi baru yang sangat ramai bermula September 2016.

3. Salah seorang yang turut berdaftar sebagai pemilih ialah Ross Stephenson. Beliau telah mendaftar sebagai pemilih pada tahun lepas pada bulan September dan selepas menunggu beberapa bulan, beliau melakukan semakan di SPR dan mendapati pendaftaran beliau sebagai pengundi telah dibantah yang bermaksud status beliau sebagai pengundi yang layak telah diragui oleh SPR disebabkan bantahan yang dilakukan oleh individu tertentu.

Banyak kes seperti ini kata pegawai SPR.

4. Ketika melakukan semakan di SPR, mereka diberitahu memang banyak kes di mana pendaftaran pengundi baru dibantah.

5. Setiap pengundi baru yang telah berdaftar dengan SPR, datanya akan dikemaskini dan diprint-out untuk semakan orang awam dan sesiapa pun boleh melakukan bantahan jika meragui kelayakan satu-satu pengundi yang telah berdaftar sebagai pemilih..

Pameran Pendaftaran Pengundi Baru
Gambar Oleh CiliSos - Pameran Pendaftaran Pengundi Baru
6. Caranya mudah - dengan mengisi borang dan membayar rm10 kepada pihak SPR; maka SPR akan menghantar satu surat makluman kepada pengundi yang dibantah bahawanya mereka telah dibantah oleh sekian-sekian individu, dan untuk itu pengundi yang dibantah sila hadir ke pejabat bagi melawan bantahan tersebut. 

7. Dalam surat makluman juga ada dinyatakan kenapa sekian-sekian pemilih dibantah berserta sebabnya dan pemilih perlu membawa dokumen sokongan bagi membuktikan beliau 'sah dan layak' sebagai pengundi. Jika tidak respon kepada surat dengan hadir ke pejabat, maka pendaftarannya sebagai pengundi baru terbatal yang mana beliau tidak akan boleh mengundi pada PRU yang akan datang.

8. Dan jika pengundi baru menang kes ketika sesi pendengaran di antara pengundi baru, individu yang membantah dan pegawai SPR maka pengundi baru boleh menuntut bayaran pampasan sebanyak rm100 dari individu yang membantah. Oleh itu, jika anda di antara mereka-mereka yang dibantah kelayakan sebagai pengundi baru, jangan lupa tuntut bayaran rm100 anda dari individu yang membantah. Jangan lepaskan mereka hokayy kerana mereka menyusahkan anda. 😁😁😁😁😁

Dalam pada itu, kami akan kongsikan beberapa maklumat terbaru berkaitan SPR.


i) Masih ingat apa yang kami pernah tulis : 136,272 pengundi hilang secara misteri?

Ini ada update terbaru tentang kes itu. Pada 9 March lepas, mahkamah telah menolak permohonan kerajaan negeri Selangor bagi memanggil pengerusi SPR Datuk Seri Hashim Abdullah ke mahkamah bagi menjawab kenapa 136,272 pengundi Selangor dihilangkan dari database SPR.

Menurut Hakim Azizul Azmi Adnan tujuan memanggil pengerusi SPR ke mahkamah tidak akan dapat menjawab tuntutan kerajaan negeri Selangor kerana rekod SPR hanya ada maklumat berkaitan lokalti pengundi dan bukannya alamat jadi tak dapat la nak jawab persoalan-persoalan tu. Pelik bin ajaib. Kenapa hakim pula tolong jawab kan.. 
😕😕😕


ii) DAP Selangor pada 10 Mac lepas mempersoalkan SPR berikutan kegagalan SPR sediakan borang untuk proses pendaftaran pengundi baru di Selangor. Naib Pengerusi DAP Selangor, Hannah Yeoh berkata JKKK Kampung Pasir Kerling telah meminta 1,000 borang dari SPR untuk tujuan pendaftaran pengundi baru tetapi mereka hanya dapat 100 borang je. Malahan SPR enggan bekerjasama dengan DAP untuk tujuan pendaftaran pengundi baru sehingga DAP terpaksa batalkan beberapa program. SPR juga enggan melantik Penolong Pendaftar Pemilih di kalangan DAP.



Baca : Awas, pengundi baru - taktik untuk mengenakan kamu!

Baca : 8,000 pengundi ditukarkan tanpa notis - eh boleh pula macam tu?

Tolong macam mana nak selamatkan diri dari penipuan ini!!!

Semak kelayakan anda di website SPR. Buka website SPR disini ==> http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/ 

Jika anda pengundi yang dibantah, hilang, diragui, ada maklumat yang tak tepat, tolong verify dengan SPR terlebih dahulu dan selepas dapat butiran lanjut boleh maklum kepada BERSIH 2.0 untuk proses kenalpasti masalah dan penyelesaian.

Jika tiada sebarang masalah dengan pendaftaran anda sebagai pengundi, tolong buat pilihan yang bijak ketika memangkah ya. Jangan undi Barang Naik hokay. 😏😏😏😏

Ahad, 5 Mac 2017

Secara Tiba-Tiba 136,272 Pengundi Selangor Hilang..

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, mohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemuka asas kukuh berkenaan tindakan melupus 136,272 maklumat pemilih di Selangor termasuk alamat mereka, lapor TV Selangor.

Dalam satu kenyataan Menteri Besar Selangor itu kepada pihak media, Azmin Ali menyatakan jawapan SPR berhubung isu kehilangan 136,272 pengundi adalah tidak jelas.

"Di dalam afidavit, jawapan yang diberikan oleh pengerusi SPR, beliau mengesahkan bahawa maklumat ini telah dilupuskan. 

Oleh itu mereka tidak dapat membekalkan maklumat kepada mahkamah. Dan ini satu perkara yang serius. Bagaimana sebahagian pemilih boleh dikekalkan nama penuh, alamat, dan butiran yang lain tetapi 136,272 pengundi di Selangor dilupuskan alamat mereka dalam daftar pemilih", katanya kepada wakil media.

Perkara ini penting untuk diperjelaskan kerana ia merupakan satu jumlah yang besar kata Menteri Besar itu lagi.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili SPR, Alice Loke berkata permohonan untuk memanggil hadir Pengerusi SPR ke mahkamah adalah tidak perlu kerana pertikaian utama ialah tentang persempadanan semula dan bukannya tentang pengundi.

136272 Pengundi Selangor Hilang
Gambar Oleh Suara Rakyat
Untuk mendaftar pengundi, alamat adalah subjek penting bagi SPR menentukan kedudukan lokalti, sebarang pertikaian berkaitan kawasan atau pertukaran kawasan tidak boleh menjadi sebab untuk memanggil hadir pegawai berkaitan (bagi menjawab soalan) ke mahkamah.

Perkara itu dinyatakan oleh Alice Loke ketika berhujah dalam mahkamah bagi menolak permohonan peguam kerajaan negeri Selangor untuk memanggil Datuk Seri Hashim Abdullah ke mahkamah untuk memperjelaskan isu kehilangan 136,272 pengundi berdaftar di Selangor.

Tindakan mempersoalkan daftar pemilih juga melanggar Seksyen 9A dalam Akta Pilihan Raya kerana daftar pemilih yang telah diperakui di bawah Akta tidak boleh dipersoalkan atau diketepikan. 

Sebarang pertikaian tentang daftar pemilih merupakan satu serangan langsung terhadap daftar pemilih dalam hujahnya kepada peguam kanan kerajaan negeri, Ambiga Sreenavasan.

Keputusan permohonan memanggil pengerusi SPR ditetapkan 9 Mac nanti oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Yang Arif Azizul Azmi.

Isnin, 14 November 2016

Ini Kenyataan Media Rafizi Selepas Dijatuhkan Hukuman Bersalah & SPR Sahkan Rafizi Masih Ahli Parlimen.

KENYATAAN MEDIA RAFIZI RAMLI

*MANFAAT MASA YANG ADA UNTUK #ProjekBuangNajib*

Saya berterima kasih kepada pasukan peguam saya yang diketuai Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham, Saudara Ahmad Nizam dan dibantu oleh kumpulan peguam-peguam muda Saudara Haijan, Saudara Adi, Saudara Nik Zarith, Saudari Joanne, Saudara Falihin dan Saudara Ashraf. 

Bersama-sama satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara Ranjit Singh, Saudara Razlan Hadri, Saudari Siau San dan Saudari Michele, serta satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara William Leong dan Saudara Halim, ketiga-tiga pasukan peguam ini menangani kesemua 12 kes yang saya hadapi dalam saya menjalankan tugas saya sebagai seorang wakil rakyat.

Mereka tidak pernah mengenakan satu sen pun yuran guaman sejak tahun 2012 mereka menangani kes-kes saya. Saya tidak boleh menjadi lantang jika tidak kerana peguam-peguam ini yang sewajarnya diberikan pengiktirafan oleh masyarakat.

Keputusan pada hari ini telah saya jangka. Hukuman penjara 3 tahun bagi kedua-dua kes juga telah saya jangka.


Saya yakin atas penghujahan undang-undang yang kukuh oleh pasukan guaman, rayuan saya ke Mahkamah Tinggi ada peluang baik untuk menang. Saya telah meminta supaya Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham dan Saudara Ahmad Nizam bersama-sama peguam muda untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin.

Pun begitu, saya bukan orang baru dalam sepak terajang politik negara. Saya tahu saya perlu realistik bahawa besar kemungkinan saya akan dipenjarakan dan ia boleh berlaku dalam masa beberapa bulan sahaja dari sekarang.
Saya telah susun seadanya segala perancangan agar isteri, anak dan ibu bapa kami dapat menjalankan kehidupan sebaik mungkin walaupun saya tiada buat sementara waktu. 

Saya menghargai rasa prihatin yang dicurahkan, namun saya juga memohon supaya ruang peribadi kami bertiga (saya, isteri dan anak) dihormati dalam beberapa bulan akan datang supaya kami boleh menjalani kehidupan seperti sebuah keluarga biasa.

Setiap kali saya berdoa kepada Allah SWT, saya tidak pernah memohon agar dibebaskan atau tidak dipenjarakan. Saya memohon supaya Allah SWT melapangkan dada saya supaya redha dengan apa-apa keputusan hari ini dan yang akan datang kerana semuanya telah ditetapkan olehNya.

Saya tenang tanpa rasa marah, takut atau pun sedih kerana saya yakin saya telah menjalankan amanah saya sebagai seorang rakyat biasa, seorang pemimpin parti pembangkang dan seorang wakil rakyat. Setiap kali saya berdepan dengan keputusan, saya tidak pernah menghadapi dilema untuk membuat keputusan kerana hukumnya kebajikan dan kesusahan rakyat mengatasi kepentingan peribadi kita sebagai ahli politik.

Oleh itu, keputusan saya sebagai seorang wakil rakyat atau ahli politik kadang-kadang mengundang rasa marah atau rasa terancam di kalangan pemimpin lain baik di dalam Barisan Nasional atau parti saya sendiri. Ingatan kepada diri saya setiap pagi saya ke pejabat ialah setiap tindakan dan amal kita disukat setiap saat bukannya oleh ahli-ahli politik yang nampak berkuasa, tetapi oleh malaikat yang tidak akan lalai walau sezarah pun. 

Maka janganlah terlalu takut atau bimbang dengan pandangan sang berkuasa, atau terlalu berkira-kira dalam keputusan kita sebagai seorang pemimpin, kerana berkira-kira kerana takut atau bimbangkan pertimbangan politik dalam keadaan kita berdepan dengan isu yang jelas yang benar dan jelas yang salahnya; itu pun akan turut dicatat untuk dihisab.

Oleh sebab itu, keputusan pemenjaraan yang memang telah dijangka pada hari ini sedikit pun tidak akan mengubah apa-apa. Saya akan terus lantang seperti sebelum ini di dalam dan di luar parti. 

Saya akan teruskan dengan pembongkaran dan menyemak setiap satu sen yang dibelanjakan oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak selagi dalam kemampuan saya. Esok, saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan iaitu YB Tony Pua, YB Wong Chen, YB Dr Hatta dan YB Ong Kian Ming akan terus mendedahkan kepincangan projek keretapi pantai timur (ECRL) yang kini dilaksanakan Dato' Seri Najib.

Saya juga akan menjawab isu-isu berkenaan Tabung Haji dan membentangkan beberapa analisa baru kedudukan kewangannya. Selain Tabung Haji, fokus saya masih lagi kepada isu pendidikan tinggi dan kelangsungan PTPTN, kedudukan tabung pencen negara, perbezaan imbuhan gaji yang terlalu ketara di antara kakitangan kerajaan berpangkat rendah dan tinggi, mendesak dihapuskan GST dan sebagainya.

Mulai esok, saya akan mula turun berceramah bersama-sama pimpinan dan aktivis yang mahukan Dato' Seri Najib meletak jawatan. Ceramah pertama yang bertemakan #LawanTetapLawan akan bermula di Pandan iaitu di Dewan Kampung Cheras Baru.

Hari Rabu, saya akan ke Pengkalan Tentera Laut (TLDM) Lumut untuk berjumpa dengan pesara-pesara tentera laut yang mula-mula sekali membawa ke pengetahuan saya kelewatan pembayaran pampasan persaraan. Malam itu, saya akan berceramah di Lumut bersama-sama pimpinan Pakatan Harapan yang lain.

Mulai minggu ini, saya akan jelajah ke setiap negeri dengan menumpukan di kerusi-kerusi marginal (BN menang tipis) supaya saya telah berkempen di kesemua negeri dan kerusi marginal menjelang akhir Januari. Di setiap negeri, di sebelah siangnya saya akan tumpukan untuk merekrut sukarelawan dan melatih mereka, di sebelah malamnya saya akan gempur kerusi-kerusi marginal dengan isu-isu pembongkaran terbaru melalui ceramah-ceramah #LawanTetapLawan

Saya telah lama bersedia dengan keadaan ini dan telah persiapkan semua yang diperlukan untuk melawan pentadbiran Dato' Seri Najib.

Bagi mereka yang merasakan saya bodoh kerana membela golongan pencen askar, pertimbangan saya bukanlah sokongan politik atau kedudukan. Orang yang paling tiada suaralah yang perlu kita bela.

Bagi mereka yang marah atau simpati, jangan hanya marah di Facebook atau Twitter. Zahirkan rasa mual anda terhadap Dato' Seri Najib itu dengan menjadi sukarelawan INVOKE yang saya latih sendiri dan sertai ribuan sukarelawan yang akan memastikab Dato' Seri Najib hilang semua kerusi marginal yang dipegang Umno/BN sekarang.

Layari www.invokemalaysia.org untuk mendaftar menjadi sukarelawan atau menghulurkan bantuan kewangan kepada #ProjekBuangNajib yang saya sedang usahakan.

Dato' Seri Najib mungkin rasa kebal apabila berdepan dengan beberapa Ahli Parlimen seperti saya, tetapi beliau pasti kalah jika berdepan dengan puluhan ribu sukarelawan terlatih dari kalangan rakyat biasa.

Akhir sekali, saya sedar saya mungkin hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum direhatkan. Saya berharap Dato' Seri Najib juga sedar beliau pun mungkin hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebagai Perdana Menteri sekiranya kemarahan rakyat itu terus merebak.

#LawanTetapLawan kita jumpa di Pandan dan kawasan-kawasan lain selepas ini.

*Rafizi Ramli*
Ditulis dari kandang tertuduh semasa penghakiman dibacakan

Isnin, 14 November 2016





------------------------




Berikut adalah kenyataan media daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengenai kedudukan Rafizi Ramli sebagai Ahli Parlimen Pandan.

*YANG BERHORMAT RAFIZI RAMLI MASIH KEKAL SEBAGAI AHLI PARLIMEN PANDAN*

1. Berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini yang menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara ke atas Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli. SPR telah menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung dengan status beliau sebagai Ahli Parlimen.

2. SPR ingin memaklumkan bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan. Berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan beliau berhak untuk merayu terhadap keputusan itu.

3. Oleh yang demikian kerusi yang disandang oleh beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau akan kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya .

4. Memandangkan kes ini masih belum selesai, adalah tidak wajar bagi SPR untuk membuat ulasan berkaitan dengan keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut. Tambahan pula dalam kes ini, berdasarkan laporan oleh pihak media bahawa rayuan akan difailkan oleh Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli.

5. Sebarang proses perundangan berkaitan dengan kerusi Parlimen Pandan akan hanya ditentukan setelah proses rayuan di mahkamah dan di bawah Perlembagaan Persekutuan dimuktamadkan.

Sekian, terima kasih.
*DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH*
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
PUTRAJAYA
Tarikh : 14 November 2016

Selasa, 7 Mei 2013

Najib Ditipu SPR - Dakwat Kekal Di Jari Najib Hilang!

Gilaaa!!!

Bukan hanya dakwat di jari aku je hilang. Dakwat kekal kat jari Najib pun hilang tak sampai sehari.

Bodoh betul SPR neh. Sampai Najib pun kena tipu.

Puiiii.

Tue la orang desak suruh siasat. Adakah pembekal hantar barang reject. Atau pegawai SPR yang cuai. Atau SPR tersalah beli. Neh tidak, langsung taknak siasat. Apa takde hal ke rugi berjuta2 di sebabkan dakwat bodoh tue?

Yang aku heran dakwat kekal kat jari SPR pun hilang. Cuba korang tengok balik video masa pengerusi SPR buat pengumuman siapa yang menang PRU 13. Ada nampak jari dia bercalit dakwat tak? Takde wehhh. Aku tak nampak pun.

Beria2 buat sidang. Calit dakwat. Then basuh beria2.

Eh tak hilang pun!

Dengan muka bangga.

Tapi masa kat pc untuk umum parti mana yang menang takde pun jari dia yang bercalit.

Pe citer?

7 hari?

5 hari?

3 hari?

Sehari pun tak lepas woit. Amek air sembahyang terus tanggal.

Kah kah kah

Apa pun yang pasti bukti yang paling kredibel kita sudah jumpa. Mohon Najib tampil jadi saksi kita. Dia pun mangsa tau. Mangsa penipuan dakwat kekal yang tak kekal oleh SPR.

Kah kah kah

Jumaat, 26 April 2013

Tiada Lagi Undi POS - SPR Kantoi?

Hello encik SPR. Apa sudah jadi? Lue cakap lain tapi lue buat lain. Itu satu hal. Lepas tue lue marah bila rakyat persoalkan tindakan2 lue? Padahal lue yang sebarkan benda2 gitu dalam media dan lue nak blame orang pula?

Alamak aii SPR neh.. 

Lihat bawah neh. Kenyataan media oleh SPR..

  
Kenyataan oleh Abdul Aziz..

Blablablabla.. untuk anggota keselamatan yang bertugas di luar negara dan di perbatasan ..

Dan

Blablablabla.. undi anggota keselamatan ini akan dikenali sebagai undi awal

Hehe.

Jap. AKu nak tanya yang semalam tue PGA Galing tue dekat dengan sempadan apa? Laut China Selatan ka? Itu boleh di anggap sedang berada di perbatasan ka?

Lihat sini ==>  https://maps.google.com.my/maps?hl=en&authuser=0&q=Kem+PGA+Galing,+Kuantan,+Pahang&ie=UTF-8&ei=8OV5UavLO6KziAfW1oGICQ&ved=0CAsQ_AUoAg

Beginila, sebelum kami bertambah tertanya2, aku cadangkan SPR memberikan penjelasan. Kami bukan tuduh2. Jauh sekali kami meletakkan hukuman ke apa ke. SPR hanya perlu beri penjelasan bila kami tanya. Adakah bertanya juga merupakan satu kesalahan disini? Sebelum kami tambah salah faham sudah sewajarnya SPR memberikan kami kefahaman. Kami tunggu oke. Thanks.

Khamis, 25 April 2013

SPR Mengamuk, Buat Laporan Polis.

Gara2 gambar kertas undi yang tersebar. Berikut di bawah ialah statement SPR sendiri.

Perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.
   
Beliau menggulas perbuatan beberapa pengguna laman sosial yang memuat naik gambar kertas undi yang akan digunakan oleh pengundi pos bagi Pilihan Raya Umum
ke-13.
   
Berikutan itu, SPR sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putarajaya hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.    

"Selain untuk menjaga nama baik dan intergriti SPR, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan, selaras Akta 574 Kanun Keseksaan (Pindaan) 1997," katanya.

Ini bermaksud SPR ;
 

1. Mengesahkan kertas2 undi yang tersebar itu TULEN/WUJUD/BENAR/SAHIH. Tapi tahu kah anda ada penyokong2 BN mengatakan itu ialah satu bentuk fitnah? Mereka kata sejak bila kertas undi ada letak nama pangkat dan blablabla.. mana aku nak tahu. Itu kena tanya SPR sendiri la. Dan bukan kah dengan kenyataan terkini dari SPR ini mengesahkan bahawa gambar2 yang tersebar itu adalah TULEN dan kata2 korang adalah merupakan satu FITNAH? Ada niat nak betulkan ataupun terus sebarkan benda FITNAH?

2. Cubaan SPR menakut2kan pengundi. Sekarang neh sejauh mana pengundi2 POS/pengundi AWAL tahu bahawa ia adalah SATU KESALAHAN UNTUK TANGKAP GAMBAR KERTAS UNDI DAN SHARE DI FACEBOOK? Tahu kah mereka itu merupakan satu kesalahan? Mereka telah diberitahu? Di ajar? Dikursuskan atau apa? Kalau mereka tidak tahu bagaimana pula mereka patut dipertanggungjawabkan atas tindakan2 mereka bila mereka sendiri TIDAK DIBERITAHU? Sejauh mana SPR ada letakkan KEWAJIPAN untuk membaca syarat2 sebelum sesiapa patut MENANDA KERTAS UNDI? 

Kepada individu2 yang SHARE kan gambar kertas undi dorang tue, dorang tidak tahu ia adalah merupakan satu KESALAHAN. 

Dan SPR juga menyebut ;

Selain itu, SPR turut menafikan maklumat yang disebarkan dalam laman sosial yang menyebut proses pengundian awal bagi kategori pengundi yang layak, telah dilaksanakan semalam (23 April), sebaliknya, menegaskan pengundian awal hanya dijalankan pada 30 April.

"Perbuatan itu sekadar untuk mengelirukan orang ramai dan berharap orang ramai jangan mempercayai berita tersebut, jika ada sebarang pertanyaan dan kekeliruan, hubungi SPR untuk penjelasan," katanya.

Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/spr-memuat-naik-gambar-kertas-undi-satu-kesalahan-1.153797

Baiklah SPR. Aku juga keliru. Sebab satu lagi gambar mengenai pengundi tersebar.

Lihat bawah ;


Ini undi POS ke atau pengundi AWAL? Kalau undi POS bukan kah seperti yang tersebar sebelum neh? Kalau pengundi AWAL, err tidak kah ia terlalu awal? Ada ke pemantau dan etc2 tue? SPR mungkin boleh memberikan penjelasan, tanpa naik marah.

Yang sebenarnya, SPR juga kena bertanggungjawab atas semua kenyataan2 yang dikeluarkan di media. Aku tatau SPR sedar atau tidak sedar bahawa antara punca kekeliruan ini WUJUD ialah bilamana media2 pro kerajaan sendiri update benda2 yang SPR sendiri sebut dalam akhbar masing2. 

Contohnya seperti berikut ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/kertas-undi-untuk-petugas-media-mula-di.html

Jangan hanya tahu salahkan rakyat marhaen. Ini kerana rakyat marhaen sendiri tidak didedahkan dengan info yang betul dan tepat. Kat sini jentera penerangan SPR sendiri yang perlu diperbetulkan, bukan nya salahkan persepsi orang ramai. Sekian. 

Sumber gambar di atas : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=570778356275977&set=a.452526664767814.100828.100000314541927&type=1&ref=nf

Khamis, 18 April 2013

Pengerusi SPR kata DAP masih boleh bertanding PRU-13.



Desas desus yang mengatakan bahawa DAP mungkin akan bertanding menggunakan logo PAS pada PRU ke 13 ini semakin tersebar meluas. Sekarang neh cuma tunggu kenyataan rasmi dari pusat pimpinan DAP yang akan buat statement sebentar nanti bagi mengesahkan khabar angin yang wujud neh.

Semua neh timbul selepas ROS mengesahkan bahawa mereka telah mengiktirafkan jawatankuasa eksekutif pusat CEC yang mengadakan pemilihan pada tahun lepas. Atas masalah teknikal. 

Rujuk sini.

Dan menurut SPR, meskipun ROS telah mengantung jawatankuasa pemilihan DAP, tetapi DAP still boleh meletakkan calon mereka di kawasan bertanding. Aku bukan nak ragu2 ke apa. Tapi yela, better DAP berhati2 dengan kenyataan terkini dari SPR ini.

Bukan apa, risau jika last2 minute tetiba je masalah teknikal berlaku, calon dibatalkan pada saat akhir disebabkan masalah2 berkaitan ROS. So di harapkan DAP mengambil sikap ber-ahti2 la ek. Better tanding guna LOGO PAS dan PKR je la, bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini. 

Bukan nak sangka buruk kat SPR, tetapi sekadar ber-ahti2. Melainkan SPR ada buat kenyataan surat / bertulis bahawa ia TIDAK SALAH / TIDAK MELANGGAR UNDANG2, itu takpe kot.

Baca bawah ;  

DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.

Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

"Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini dalam jawapannya melalui SMS.

ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...