Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 Oktober 2013

Gula, Tepung Naik Harga Untuk Kesejahteraan Rakyat - Menteri.


Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar).
Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.
"Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik daripada Berita Harian Online.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-gula-dan-tepung-naik-untuk-kesejahteraan-rakyat-kata-menteri

Nampaknya memang confirm la gula + tepung akan naik harga. Baikla. Peniaga2 boleh start sorokkan stock2 jualan sekarang. Dah naik harga nanti boleh la amek keuntungan.

KAH KAH KAH 

Sekarang neh cuma tunggu pengumuman rasmi je la. BTW, kenaikan harga gula + tepung akan memberikan kesan langsung kepada industri pemakanan tahu. Macam kilang roti le, kilang biskut le, segala2 kilang yang memproses product mereka dengan menggunakan gula dan tepung. Jika mereka nak serap kos2 tersebut, itu lebih baik. Tetapi jika takmo serap kos2 tersebut, maka kos2 tersebut akan berpindah kepada pengguna akhir. Kilang2 mungkin akan menyerap kos2 tambahan ini memandangkan mereka baru jek terikat dengan polisi gaji minimun paling rendah ialah rm900 sebulan.

Tak silap aku gula cuma ada subsidi 40sen ke 50sen. Ingat2 lupa. Mungkin kerajaan akan hapuskan terus subsidi untuk gula dan tepung. Aku rasa je la. 

Bersedia la ek semua. Kalau tak suka boleh buat gula dan tepung sendiri.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...