Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 Oktober 2013

Bangladesh, Indonesian, Kini Warganegara Malaysia?

Tadi ada seseorang mesej kat page. Dia inbox satu benda yang aku pun lepas baca terus jadi pelik macam dia.

Ini apa yang dia sharekan kat aku ;



Salam Sejahtera,

Semalam saya terdengar iklan/makluman di radio mengenai Parlimen Belia Malaysia. Dan saya amat berminat untuk turut serta dalam sidang tersebut kerana ingin terlibat secara langsung dalam pelbagai aspek menyuarakan rasa hati sebagai rakyat Malaysia.

Hari ini saya mendaftarkan diri di laman web Parlimen Belia dan saya dapati apabil scroll down di petak bangsa, saya dapati ada pelbagai pilihan yang tidak masuk dek akal di situ. Saya attached print screen untuk makluman iaitu: 

1. Bangladeshi
2. Pakistani
3. Sri Lanka
4. Indonesian
5. Lain-lain Asia
6. European

Pendaftar yang layak untuk berdaftar adalah rakyat Malaysia seperti yang dinyatakan di laman web tersebut "Pendaftaran Pemilih Parlimen Belia Malaysia dibuka kepada Warganegara Malaysia berusia 15 tahun hingga 40 tahun pada tahun semasa."

Jadi bagaimana pula mereka yang yang berbangsa tersebut menjadi rakyat Malaysia?

Aku check website tersebut sendiri.

Rujuk :  http://www.parlimenbelia.gov.my/index_permohonan.php


Selepas bagi no ic, korang akan dibawa ke satu laman web seperti yang tertera dalam gambar pertama untuk mengisi maklumat lanjut mengenai korang. Lepas tue untuk kategori bangsa memang ada seperti yang dinyatakan. 

Untuk kategori warganegara pula takde opsyen lain.

Dia tulis sila pilih kewarganegaraan, dan hanya ada Malaysian.

So apa yang dapat aku simpulkan bila melihat perkara ini? Aku percaya anak2 dari pasangan yang berkahwin dengan bangladesh, indonesian, pakistan dan blablabla kini dah membesar, paling2 koman usia dorang dah 15 tahun dan membolehkan dorang untuk menyertai parlimen belia atas nama warganegara malaysia yang berbangsakan indonesia, bangladesh atau lain2.

Sejujurnya aku tak berapa kisah bab negara, bangsa apa seme neh sebab itu semua kejadian Allah. Tidak Allah jadikan kewujudan mana2 bangsa untuk dihina. Begitu juga dengan mana2 negara. Sebaliknya jika ada kesalahan ia adalah untuk pengajaran dan iktibar untuk kita semua. Tapi aku terfikir2 juga..

Jika mereka terlalu ramai nanti, suatu masa nanti kita akan hadapi konflik. Kita akan ada kebebasan untuk sekolah jenis bangla mungkin. Ataupun sekolah jenis pakistan, indonesian, untuk mereka mengekalkan jatidiri dan bahasa mereka mungkin?

Kita kena ingat. Situasi kita pada hari neh tak sama macam situasi dulu2.

Dulu2 cina + india bersama2 orang melayu untuk memerdekakan tanahair. Ini fakta.

Tapi bangladeshi, pakistani mahupun indonesia yang ada pada hari neh di Malaysia, mereka tidak melalui sejarah itu. Lagipun generasi mereka masih baru bertapak di Malaysia. Cina dan India2 waktu merdeka bukan baru datang tapi dah duduk bertahun2 di tanah melayu sampai melahirkan 2,3 generasi. Ini juga fakta.

Berbalik soal bangladeshi dan lain2 tue. Apa yang aku nampak mereka ramai. Ya ramai. Jika peratusan itu kecil, baik terus ke selection lain2 bangsa, betul tak beb ? Tapi sebab jumlah mereka ramai maka ada la kolum untuk memilih bangsa bangla ke apa ke..

Apa yang perlu difahami oleh aku ialah macam mana nak menyelesaikan konflik neh tanpa mewujudkan unsur2 diskriminasi yang tidak disukai oleh Allah dan tidak pernah pula dianjurkan oleh Islam itu sendiri?

Apa pun marilah kita belajar untuk terima hakikat, di Malaysia kita bukan hanya ada melayu, cina, india, suku kaum Sabah dan Sarawak, bahkan kini kita ada bangsa2 seperti Bangladeshi, Pakistani, Indonesian, Sri lanka, Europe dan lain2 lagi.

Selamat datang ke Malaysiaku yang tercinta.

Buatla macam negara korang sendiri oke.

KAH KAH KAH

Lihat ini juga : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204155223090913&set=a.169365469903222.1073741827.169361723236930&type=1&relevant_count=1

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...