Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Jun 2013

Azmin Berhak Pertikaikan Perlantikkan Saifuddin Nasution.

Woww..



Azmin Ali pertikaikan perlantikkan Saifuddin..
Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali berkata kalangan anggota parti kurang senang dengan pelantikan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail ke jawatan pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar.
 
Laporan Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang menyebut bahawa anggota parti berkenaan juga merasakan bahawa keputusan tersebut seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang lain.

“Kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu,” kata Azmin seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/231894
 
Pendapat aku demi menjaga kredibliti Azmin Ali, Azmin Ali kena stop bagi statement macam neh di media massa. It's not to halang Azmin dari menyatakan ketidakpuasan ahtinya. Jangan salah faham. Saifuddin dan Khalid tak maksum. PKR pun sama. Boleh jadi Azmin ada asas nya sendiri. Dia berhak beb nak pertikaikan satu2 isu yang dilihat patut dipertikaikan.  

Tapi beb as aku mentioned above. Kita tak maksum. Nobody is perfect la. Aku ko kita seme ialah manusia biasa. Have to accept that. Sebab tue Azmin kali neh kena lihat dari kaca mata penyokong2 PR melihat isu neh. Iaitu stop kondem2 benda2 gini untuk jaga imej dan kredibliti Azmin dan PKR itu sendiri.

Pasal apa aku cadangkan Azmin Ali buat macam neh?

1. Hari tue ada kontroversi isu jawatan MB Selangor.

2. Isu tue still terkesan di ahti penyokong2 PR dan PKR itu sendiri.

3. Memang la Azmin rasa dia kukuh di Selangor. But jangan ingat sentimen2 penyokong di Selangor mewakili sentimen2 di negeri2 lain pula.

4. Tahun 2010 ialah tahun bermula nya disaster kepada kredibliti dan imej Azmin Ali bila mana nama Azmin Ali dan Anwar Ibrahim terkait dengan skandal pemilihan parti yang tidak bersih, tidak telus dan tunggang langgang. 

5. Bermula dari tahun itu la, gerakan2 dalam PKR dah terbahagi kepada beberapa pecahan dan kumpulan. Ini aku sendiri dok perhatikan. Aku tengok masing2 ada team masing2. Secara zahir bersatu, secara batin, perghhh.. perpecahan tue wujud dan semakin melebar. Atas macam2 alasan la kan. Aku pun takley nak hurai detail. Mungkin lain orang lain alasannya.

6. Sebab tue untuk mengurangkan jurang perpecahan tue, aku cadangkan baikla korang sesama pemimpin hentikan statement2 yang kontroversi di media massa. Apa2 yang ko tak ngam, sakit ahti ke apa ke, bawa pergi mesyuarat parti. Sekarang neh orang nampak Azmin Ali je jahat. WHY?

7. Sebab Azmin Ali je balon sana sini secara terbuka. Kena kat Khalid, dia diam. Kena kat Wan Azizah dan Nurul Izzah, dorang diam. Kena kat Saiffuddin dia pun bantai diam. Terpalit kat DSAI, dia pun turut sama diam.

8. Sebab tue la persepsi negatif ke atas sesetengah pemimpin PR bertambah besar.. manakala ke atas sesetengah pemimpin yang lain semakin positif feedback nya. Semua tue bergantung kepada setiap tindakan2 dan kenyataan2 kita sebenarnya.

9. Sedar tak sedar, perlantikkan Saifuddin ini direstui oleh Anwar Ibrahim. Anwar la antara individu pertama yang menyebut mengenai hal di atas neh beb.

10. Secara tak langsung nak gambarkan Azmin VS Anwar. Pasal isu blackout tue pun Anwar dok berhimpun sana sini, Azmin agak 'kondem' perkara tue secara tak langsung. Isu neh dah menimbulkan cakap2 di kalangan penyokong PR. Anwar dan Azmin bergaduh ka? 

11. Nampak tak benda2 gini akhirnya tetap akan mengundang persepsi dan telahan2 yang berbaur negatif. Telahan2 ini sebenarnya akan membuka jurang untuk sesama korang terus jauh sesama sendiri. Dan yang lebih parah, jikalau ada je orang2 yang sengaja mengambil kesempatan di atas perbezaan2 pendapat sesama korang.

12. Untuk nyatakan perbezaan tue boleh. Aku sokong. Aku bahkan suka. Bagi pencari bahan berita, isu2 macam neh boleh sparkkan kontroversi beb. Kita orang suka. Tapi sayang yang tegar PR mesti tak suka. Sebab tue terai buat secara dalaman dulu. Settle dan bincang secara dalaman dan tertutup. Agak2 tak boleh pergi gak, betul2 melampau gak, nak involve media, involve je la.

13. Walaupun ini masa terbaik nak serang sesama sendiri, sebab pru lambat lagi, tetapi ini juga tak begitu baik jika di amalkan secara keterlaluan. Baik PAS, PKR dan DAP, korang pandai2 la jaga imej parti dan pemimpin masing2.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...