Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Jun 2013

Laporan Polis Ke Atas Obefiend.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Apa la malang blogger kesukaan ramai Obefiend kena mengadap kebodohan puak2 tertentu dalam menafsirkan ayat.

Kalau dah bangang tue bangang la juga. Ko, yang report polis tue, di cadangkan pergi ke twitter Obefiend dan baca balik betul2. Takde satu patah perkataan yang dia sebutkan tue melanggar apa2 kesalahan dan akta. Dan apa yang dia tulis sebijik2 tue 100% tepat dan bernas.

Sultan ka, Agung ka, Raja ka bukan tuhan. Tuhan = Allah. Raja + Agung + Sultan = manusia macam ko dan aku. Boleh mati, boleh sakit, boleh berdosa, boleh terdedah kepada kesalahan dan sudah tentu la juga boleh terdedah kepada persepsi negatif dan positif berdasarkan kepada amalan2 dan perbuatan2 mereka.

Kecoh betul la dorang neh. Sultan dan Agung pun tak heran ko sapa. Beria2 sangat dah kenapa?

KAH KAH KAH

Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat dan 19 badan bukan kerajaan (NGO) di Perak hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan dua individu yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
   
Laporan itu dibuat di Balai Polis Sungai Senam di sini pada kira-kira 1 petang tadi.
   
Antara NGO berkenaan adalah Persatuan Belia Islam Perak, Persatuan Belia 4B Parit, Persatuan Melayu Manjoi, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Perak, Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintar Malaysia dan Persatuan Arah Terpuji Sahsiah.
   
Dalam akaun Facebooknya seorang wanita yang menamakan dirinya Melissa Gooi dan pemilik akaun twitter yang memegang nama Twithandle@10Befiend atau dikenali sebagai Effi Obefiend didakwa menghina Tuanku Abdul Halim.
   
Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi yang mewakili kumpulan itu berkata perbuatan mereka ini seolah-olah mencabar institusi

Perlembagaan Diraja selain dianggap sebagai rasis yang melampaui batas.
   
"Mereka ini perlu dilucutkan kerakyatan. Sekiranya perbuatan sebegini tidak dibendung, sikap biadab mereka ini akan menganggu-gugat keamanan, ketenteraman dan perpaduan kaum di Malaysia," katanya.
   
Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab dua individu terbabit.   - Bernama

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/nasional/lagi-laporan-polis-kes-hina-agong-1.167007

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...