Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 6 Ogos 2017

Malaysiakini Salah Guna Titah Sultan Perak Demi Politik Kata Aktivis.

Oleh : Danial Ariff
Malaysiakini salah guna titah Sultan Perak, biarkan Raja-Raja dihina dan diherdik.
Sekali lagi, laporan berita Malaysiakini yang memecah belahkan rakyat, memencilkan mesej utama titah Sultan Perak bahkan hanya menumpukan dan mengutamakan isu kleptokrasi atau 'perjuangan' Pakatan Harapan kononnya untuk merebut kuasa daripada pihak kerajaan (BN) demi membawa perubahan.
Baru saja saya luahkan perasaan ingin tahu apakah reaksi puak ultra-liberal sekular dan orang kafir yang memusuhi Islam berkenaan titah Sultan Perak yang cukup indah dan menginsafkan.
Tajuk berita memainkan peranan penting. Ia menjadi mesej utama atau "bottomline" apakah yang mahu disebarkan atau yang patut digarap rakyat tanpa berfikir panjang atau membaca teks laporan ataupun teks asal titah Sultan Perak.
Bagaimana garapan dan sentimen rakyat? Anda nilailah sendiri. Lihat beberapa komen yang saya "snap".
Seolah-olah Sultan dan Raja-Raja memihak kepada kerajaan kleptokratik BN dan bukannya membela rakyat semata-mata seperti apa yang di'perjuang'kan oleh PH.


Apakah di negara kita ini itu sahaja isu yang ada? Itu sahaja yang perlu rakyat khususnya orang Melayu Islam khuatirkan?
Yang sedihnya, orang Melayu Islam juga yang komen seperti itu.
Padahal sekiranya rajin sedikit untuk baca, begitu banyak Tuanku Sultan Perak menyebut tentang hak istimewa orang Melayu, kepentingan bahasa Melayu, konsep raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan suara rakyat, kedudukan Islam, bahkan hak dan kepentingan orang bukan Islam dan bukan Melayu.
Titah Sultan Perak merupakan aspirasi yang sewajarnya memberi inspirasi kepada rakyat bahkan pemimpin kerajaan dan pembangkang termasuklah penggiat politik untuk berubah dan mengubah dalam segenap aspek pentadbiran negara dan kehidupan agar akhirnya rakyat Malaysia boleh bersatu padu untuk merealisasikan hasrat murni ini.
Intipati Sultan Perak juga mengajak ralyat Malaysia untuk hormati dan fahami Perlembagaan serta sejarah pembentukan negara, termasuklah prinsip-prinsip asas yang menjadi warisan zaman berzaman terutamanya Islam dan Melayu.
Nah, mengapa Malaysiakini enggan meletakkan "Islam dan Melayu prinsip asas Perlembagaan" sebagai tajuk berita berbanding sekadar dilaporkan dalam laporan berita?
Malaysiakini juga sudah melampau kerana menggunakan petikan atau menjuruskan titah Sultan Perak ke arah matlamat politik PH yang mereka tatang berbanding mengajak rakyat keseluruhannya untuk kembali menghormati Perlembagaan dan hak-hak yang terkandung didalamnya serta taat setia kepada Raja dan negara.
Saya cabar Malaysiakini (BM Version) untuk terbitkan titah penuh Sultan Perak dan biarkan pembaca-pembaca portal anda menilai sendiri, itupun sekiranya mereka berlapang dada, berfikiran terbuka dan positif untuk membawa perubahan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...