Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 April 2018

Pengundi Pilihlah Samada Nak Undi Pencuri, Undi Terima Duit Pencuri Atau Undi Yang Nak Tangkap Pencuri - Mahfuz Omar.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menyenaraikan 3 pilihan utama yang pengundi perlu hadapi pada 9 Mei nanti. 

Menurutnya, pengundi lebih mudah berbuat pilihan pada masa sekarang dan tidak perlu hendak berdebat-debat.

"Sekarang nak undi senang sikit. 

Tiga pilihan saja : 

1. Undi pencuri 
2. Undi yang menerima duit pencuri 
3. Undi yang nak menangkap pencuri. 

Pilihan di tangan anda. Tak payah debat-debat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada isnin.

Walaupun tidak menyebutkan secara jelas tetapi ramai percaya nombor satu adalah merujuk kepada UMNO, nombor dua merujuk kepada PAS dan nombor tiga merujuk kepada Pakatan Harapan.

PAS dianggap menerima duit pencuri apabila Dr. Zuhdi mengakui menerima derma dari individu dalam satu sesi wancana yang diadakan oleh Sinar Harian baru-baru ini.

“Bekas pemimpin Pas mendakwa kita menerima RM1.5 dan satu juta dalam bank.

“Sebenarnya ini adalah derma, derma dari individu, bukan dari Umno. Bukan dari pejabat Umno.

“Sebab itu kita ucapkan terima kasih kepada orang yang derma itu. Lepas ini kalau ada yang mahu menderma RM5 juta, alhamdulillah,”
kata Zuhdi dalam program anjuran Sinar Harian itu.
 
Susulan daripada pengakuan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki yang mengakui ada menerima derma individu sebanyak rm1 juta, 1.5juta, (tidak dapat dijelaskan secara tepat) tampil netizen yang menyebarkan gambar individu yang dikatakan sebagai pemberi derma kepada PAS itu.

Menggunakan nama Ana Tahu, admin page itu berkata individu yang memberikan derma kepada PAS ialah Datuk Shamsul Zairil Kamarudin. Beliau merupakan Pegawai Khas kepada Datuk Dr. Salleh Said Keruak yang juga merupakan Bendahari Agung kepada Barisan Nasional dan UMNO Malaysia.


Derma 2.5 juta itu dikatakan telah masuk ke dalam dua tabung PAS iaitu Tabung Pembangunan JPP PAS Pusat dan Akaun Bersama 3 penama pemimpin PAS Terengganu iaitu Timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha dan Bendahari PAS Terengganu.

Setakat ini Pegawai Khas Salleh Keruak dan Salleh Keruak tidak memberikan apa-apa kenyataan balas samada mengesahkan atau menafikan pendedahan dan penyebaran perkara berkenaan di sosial media. - 26 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...