Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Julai 2011

Bukan satu tapi naik tiga sekaligus.

Aku rasa lebih sebulan dah kot aku ada buat tutorial pasal teknik SEO. Teknik SEO bagi aku neh penting untuk menaikkan pagerank. Penting pagerank bagi aku supaya bila orang cari isu politik maka dorang akan singgah kat blog aku dulu berbanding blog papa gomo. Penting untuk suruh orang singgah ke blog aku sebab aku pro pakatan. Dan impression yang baik kepada pakatan akan membantu mereka memberikan persepsi yang baik kepada pakatan dan seterusnya undi pakatan rakyat.

Sebab tue dalam tiga bulan kebelakangan neh aku belajar dan banyak baca bab2 ilmu yang berkaitan dengan SEO. Kalau nak di ikutkan traffic blog aku stabil tapi PR aku tak pernah naik waima satu sekalipun. Aku pun confused gak. So dari situ aku pun banyaklah digging kat web benda2 yang ada kaitan dengan seo tue. Asal boleh baca, aku baca. Tinggal lagi dia tulis bahasa yang aku tak faham. Macam bahasa jerman. Ari tue aku godek punya godek sampai ke blog jerman daaa. Hahaha.. lawak siot.

Dan bila aku dapat tipsi aku memang selalu nya akan rajin tulis balik kat sini untuk tujuan sharing. Tapi bebaru neh aku terlalu busy untuk berbuat demikian. Tapi hasil dari kajian aku dan menjadikan blog aku sebagai testimoni aku dapati apa yang aku selalu baca + buat + share kat blog = menjadi.

Buktinya PR untuk amenoworld = 3 sekarang. Ianya dulu 0 sahaja. Dulu tue bukan dulu sangat. Dulu tue lebih kurang sebulan ataupun dua bulan yang lepas. Dan dia naik kepada 3 terus. Takde 1 dan takde 2. Terus pergi kepada 3. Dulunya aku fikir hanya bergantung kepada traffic boleh menaikkan PR. Tetapi aku silap. Memang betul traffic boleh menaikkan PR blog ko. Contohnya ko dah berblog selama 3 tahun dan insya-Allah traffic yang stabil boleh menaikkan PR disebabkan blog ko = konsisten updated + traffic konsisten + usia.

Tetapi ada satu kaedah yang lebih baik iaitu mengetahui dan mendalami apa itu teknik SEO. Mengetahui apa itu teknik SEO tanpa traffic yang tinggi + usia blog, PR korang tetap boleh naik. Blog sozcyili pula mempunyai PR = 2 sekarang. Adakah blog itu blog yang lama? Tidak. Blog itu blog yang baru. 3 bulan pun takde lagi kat pasaran bhai. Malahan dari segi traffic blog tue biasa2 je. Ada blog yang mana satu hari traffic dia 100k - 300k orang masuk sehari. Actually amenoworld pun kalah. Heh. Tapi PR dia cuma = 2 sahaja. Sama macam sozcyili. So disini aku dapat tahu bahawa ;

1. traffic tinggi = mempengaruhi PR blog tetapi bukan faktor utama penentu kepada PR blog.

2. Usia blog = mempengaruhi PR blog tetapi cuma sebahagian dalam membentuk menaikkan PR blog.

3. Backlink = mempengaruhi PR blog tetapi cuma sebahagian dalam membentuk menaikkan PR blog.

4. SEO = Punca utama kepada kenaikan ranking PR blog. Ini lah sebab utama.

Blog aku kalah daripada segi traffic, daripada segi usia, daripada segi backlinks. Tapi disebabkan aku amalkan tipsi SEO yang betul, maka dalam masa sebulan lebih PR 0 naik kepada 3. Aku amalkan untuk kedua2 blog.

Kenapa perlu PR yang tinggi? Sebab bila orang search satu2 keyword maka blog korang lah yang akan terpapar di muka depan enjin carian google = menambahkan traffic dan unique visitor = menaikkan pendapatan masing2 = memang cara blogger indi hidup = situasi normal.

Aku dah pernah tulis sebahagian kecil teknik SEO kat sini. Korang cuma perlu godek2 dan amalkan sahaja. Aku akan share lagi. Yang sebetulnya apa yang aku pernah tulis kat sini cuma sebahagian kecil yang aku share. Ada banyak yang aku amal. Cuma macam aku katakan tadi aku belum kesempatan nak update dalam bentuk penulisan setiap kali aku tahu teknik SEO yang baru. Sekian.

Ameno : Baca buku SEO..

Share this

0 Comment to " Bukan satu tapi naik tiga sekaligus. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...