Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 September 2017

Wajarkah Menteri Main Rasmi Je Syarikat Tanpa Usul Periksa? Netizens Sindir Noh Omar.

Pada semalam Tan Sri Noh Omar telah mengeluarkan satu kenyataan bagi menafikan penglibatan beliau dalam syarikat milik Norul Iman atau lebih dikenali sebagai DBI - Datuk Boy Iman, seorang pelakon yang kurang dikenali dan juga usahawan membina rumah murah.


 
Kenyataan itu adalah bagi menjawab dakwaan dan spekulasi yang tular di laman sosial selepas tersebarnya gambar dan rakaman video yang menyaksikan beliau merasmikan syarikat yang dikaitkan dengan aktiviti scam.

Selain itu netizens turut menyebarkan beberapa event yang pernah berlangsung beberapa tahun kebelakangan ini, yang ada kaitan dengan Boy Iman sebagai penganjur, pemilik syarikat yang juga pernah dirasmikan oleh Tan Sri Noh Omar. Pendedahan itu menguatkan lagi spekulasi yang hangat tersebar di laman sosial.

Susulan dari penafian yang dibuat oleh menteri berkenaan, netizens tampil mempersoalkan Noh Omar yang disifatkan terburu-buru dan cuai kerana merasmikan sesuatu syarikat tanpa menyemaknya terlebih dahulu.



"Orang tua neh takde akal ke? Semua yang dia cakap menyakitkan hati orang," kata Abdul Rahman.

"Kementerian yang jaga hal ehwal perumahan pun boleh kena tipu dengan syarikat scam? Memang cap udang sungguh," respon Azoy pula.

"Yang kita risau jerung tukul bersembunyi disebalik kelompok ikan buntal," sindir Zaidi Zainal.

"Satu lagi manipulasi nak tipu orang ramai," kata Ranjit Singh.

"Berapa ramai dah menteri bodoh macam neh," respon Annuar pula.

"Kena sangka baik. Mungkin menteri ingat projek ternakan udang," perli Ayein.

"Senang betul jadi menteri. Orang suruh rasmi kau rasmi. Apa benda yang kau rasmi kau pun taktahu. Bila kantoi bermasalah kau salahkan orang lain. Menteri apa neh? Otak kau bengap Noh. Penuh taik udang kot," marah Susanti pula.


Rata-rata netizens memilih tidak mempercayai alasan yang diberikan oleh Tan Sri Noh Omar melainkan segilintir yang dilihat proksi kepada menteri berkenaan.

Malahan kebanyakan dari mereka menggunakan tagline 'terkejut' bagi menyindir menteri berkenaan yang dikatakan 'baru terkejut' selepas setahun dikaitkan dengan syarikat yang didakwa terlibat dalam aktiviti scam. 

Ada juga yang mempersoalkan hubungkait Boy Iman dengan isteri Noh Omar seperti yang tular di laman sosial.


Bagaimanapun Noh Omar mahupun isteri beliau tidak menjawab kepada dakwaan yang tular itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...